Anda di halaman 1dari 1

TAJUK: DADAH MUSUH NEGARA Masalah penagihan dadah di kalangan rakyat negara kita semakin parah dan cukup

membimbang masyarakat hari ini, kerana ianya bukan sahaja merosakkan kehidupan penagih dadah itu, malah akan merosakkan institusi kekeluargaan, masyarakat dan negara. Pada saya masalah penagihan dadah adalah ibu kepada masalah sosial seperti mencuri, tidak menghormati ibubapa, mat rempit, bohsia, ibu tanpa nikah, keganasan rumahtangga, perceraian, seks bebas dan sebagainya lagi. Isu ini telah lama bermula di negara kita semenjak tahun 1970 an, kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk memeranginya. Masalah penagihan dadah diletakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, kerana pada masa itu penagihan dadah dikategorikan sebagai pesakit sosial yang perlu dirawat dan dipulihkan, selepas itu pula Bahagian Rawatan Dan Pemulihan Dadah, Kementerian Dalam Negeri. Kemudian diwujudkan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) dan diubah pula Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Mingguan Malaysia (01.07.2007) menurut kajian Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (Nadi) mendapati bilangan penagih dadah di Malaysia kini dianggarkan melebihi sejuta orang. Namun menurut AADK yang berdaftar dari tahun 1988 hingga 2006 seramai 297,470 orang penagih. Stastitik jumlah penagih tidak penting, persoalannya sampai bila masalah penagihan dadah ini mampu dibasmi dan dihapuskan di negara kita. Apa yang diketahui ramai sasaran kerajaan Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 dan Malaysia Bebas Dadah tahun 2015. Apakah impian dan sasaran ini mampu dicapai ? Kita mengharapkan impian ini tercapai demi kesejahteraan hidup. Kesimpulannya semua impian mampu dicapai jika semua pihak memainkan peranan masing-masing seperti agensi penguatkuasaan, NGO, pemimpin, masyarakat, ibubapa dan individu amnya. Semua individu mesti berusaha menjauhkan diri dari terlibat dengan penagihan dadah. Dengan itu dadah musuh negara nombor satu ini mampu dihapuskan sama sekali di negara kita maka kehidupan generasi yang akan datang akan lebih aman dan tenang.

Anda mungkin juga menyukai