Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacara Majlis - Majlis Perkahwinan

Muhammad Zulhilmi & Wan Nadiah


Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di Pulau Pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik samalah padan

Hadirin dan hadirat sekalian, berjalan ke arah Dewan, pasangan


pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan,
pasangan Raja Sehari; Muhammad Zulhilmi Bin Mazlan dan Wan
Nadiah Binti Azhar.

Anak Cina memasang lukah


Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Berarak masuk ke dalam Dewan, pasangan raja sehari;


Muhammad Zulhilmi Bin Mazlan dan Wan Nadiah Binti Azhar.

Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis seterusnya ingin


mempersilakan kepada kedua-dua mempelai bersama pengapit
mereka dan wakil ahli keluarga kedua-dua mempelai untuk naik
ke atas pentas dan duduk di Meja Kasih yang telah disediakan.
Dipersilakan.

Dipersilakan juga kepada ahli keluarga yang lain untuk duduk di


meja yang telah disediakan.

Dari Raub pergi ke Pontian


Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis
BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.

Hari ini menugal jagung


Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli
Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati Encik Mazlan Bin Salam dan Puan Norizan Binti
Isa, selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari
ini, yang diraikan pasangan mempelai; Muhammad Zulhilmi Bin
Mazlan dan Wan Nadiah Binti Azhar, yang dihormati ahli
keluarga, saudara-mara, bekas-bekas guru dan rakan-rakan
kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang
diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Selamat datang ke:

Majlis Perkahwinan Muhammad Zulhilmi Bin Mazlan dan Wan


Nadiah Binti Azhar.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Burung Nuri hinggap di balai


Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati


Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh ____________.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ____________ di atas bacaan


doa sebentar tadi.

Orang jauh dikenang-kenang


Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu
Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini,


mereka mula berkenalan ketika sama-sama menuntut di
Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Perkenalan yang tidak
disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta dalam hati
kedua-dua pasangan ini.

Untuk pengetahuan semua, kedua-dua mempelai ini telah


selamat diijabkabulkan pada 26 Julai 2019 bertempat di Masjid
Negeri Pulau Pinang, Georgetown.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan kepada En __________,


selaku wakil bagi pihak pengantin lelaki untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En __________ di atas ucapan


yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya Majlis ingin mempersilakan kepada __________


selaku wakil bagi pihak pengantin perempuan untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada __________ di atas ucapan yang


telah disampaikan sebentar tadi.

Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati


daripada wakil kedua-dua belah pihak mendoakan agar ikatan
yang terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T.
Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada
cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih
bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan
perkahwinan yang dituntut agama.
Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Untuk memeriahkan lagi Majlis Perkahwinan kita pada hari ini,


marilah sama-sama kita saksikan persembahan silat yang akan
dipersembahkan oleh ____________________ sebagai hadiah
yang cukup istimewa buat kedua-dua mempelai kita.Dipersilakan

Itulah sebentar tadi persembahan silat yang telah


dipersembahkan oleh ____________________. Terima kasih
diucapkan.

Puan dibawa ke Gunung Ledang


Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu
majlis makan beradab.
 Sebelum itu, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa makan beradab yang akan
dibacakan oleh _____________. Dipersilakan.

 Terima kasih diucapkan kepada _____________. di atas


doa yang telah dibacakan sebentar tadi.

 Dengan bacaan bismillahhirrahmannirrahim, dipersilakan


mempelai dan para hadirin menikmati segala hidangan.
Dipersilakan

Semerbak bunga seroja


Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan

Majlis akan diteruskan dengan upacara memotong kek, dengan


ini majlis mempersilakan mempelai yang diraikan Muhammad
Zulhilmi Bin Mazlan dan Wan Nadiah Binti Azhar untuk mengambil
tempat bagi menyempurnakan upacara. Dipersilakan

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di


pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa


syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja
Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan
memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tanam langguna tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan


Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya
mengucapkan salam hormat buat semua, wabilLahit Taufiq
walHidayah wasSalamu `Alaikum W.B.T. Saya serahkan kembali
kepada rakan saya ___________ untuk sesi bergambar.
Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai