Anda di halaman 1dari 6

PENDAHULUAN

Media sosial merupakan salah satu perkara yang penting dalam kehidupan masyarakat
pada hari ini. Masyarakat pada hari ini tidak mengira usia, latar belakag atau status,
semuanya memiliki akses kepada penggunaan media sosial. Penggunaan media sosial adalah
seiring dengan perkembangan teknologi dan era kemodenan pada hari ini. Pembangunan serta
kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini telah
membuka satu dimensi baru dalam kehidupan masyarakat pada hari ini di mana pencapaian
dan kecanggihan teknologi serta arus pendigitalan telah membuka rangkaian perhubungan
dan pencapaian maklumat yang lebih meluas dan tanpa sempadan (Abu-Shanab & Al-
Tarawneh, 2013). Penulisan Kemp (2022) di dalam laporan Digital 2022 Global Overview
April Report menjelaskan bahawa sehingga tahun 2022, dianggarkan sehingga 4.95 bilion
daripada 7.91 bilion penduduk dunia mempunyai akses dan menggunakan internet. Daripada
jumlah tersebut, hampir 50% daripada pengguna internet adalah pengguna aktif dan
mempunyai pelbagai akaun media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan
sebagainya dengan 45.8 adalah di kalangan pengguna wanita manakala 54.2% pula adalah
pengguna lelaki. Di dalam laporan itu juga menyatakan bahawa setiap tahun terdapat
peningkatan hampir 7.5% atau sebanyak 326 juta penduduk dunia yang menggunakan mula
menggunakan media sosial. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan
Multimedia (KKMM) pada tahun 2021 menunjukkan bahawa hampir 28 juta penduduk
Malaysia atau 86% penduduk negara ini menggunakan media sosial iaitu peningkatan
sebanyak 7% atau penambahan dua juta penduduk negara ini yang menggunakan media
sosial berbanding pada tahun 2020.

Menurut Kamus Dewan Bahasa, media sosial memberi definisi sebagai alatan
perantaraan atau saluran komunikasi yang digunakan untuk penyampaian maklumat kepada
orang ramai dalam kadar masa yang cepat. Istilah media sosial terhasil dari dari susunan dua
perkataan iaitu media dan sosial. Media didefinisikan sebagai alat komunikasi (Laughley,
2007) manakala sosial membawa maksud kenyataan sosial yang merujuk bahawa setiap
individu melakukan tindakan yang memberi kesan baik atau sebaliknya dalam masyarakat.
Oleh demikian, secara jelasnya maksud media sosial membawa makna penegasan bahawa
semua media dari pelbagai jenis, sudut dan peringkat merupakan sebuah pergerakan sosial
atau juga boleh ditafsirkan sebagai produk pergerakan sosial (Durkheim, 2014).
PANDANGAN JEAN BAUDRILLARD

Jean Baudrillard merupakan seorang ahli falsafah dan ahli sosiologi yang pernah
membuat penafsiran berkenaan impak media dalam kehidupan masyarakat. Penulisan beliau
bertajuk “Simulacra and Simulation” membincangkan tentang hubungan antara realiti,
simbol, dan masyarakat, khususnya makna dan simbolisme budaya dan media yang terlibat
dalam membina pemahaman tentang kehidupan masyarakat (Goldman & Papson, 2003).
Beliau menerangkan bahawa masyarakat akan hidup di dalam lingkungan yang digelar
sebagai hyperreality, dunia di mana simulasi realiti kelihatan lebih nyata daripada realiti itu
sendiri. Bakhtiari (2020) secara ringkas menerangkan situasi hyperreality di mana
masyarakat pada hari ini sukar untuk hidup atau melakukan sesuatu tanpa teknologi seperti
komputer atau telefon pintar, aplikasi web seperti Google, sosial media seperti Facebook dan
Instagram, serta hiburan seperti Netflix. Kebergantungan masyarakat terhadap teknologi dan
media sosial dan massa adalah sangat keterlaluan dan penggunaan media sosial dan peranti
digital secara meluas ini telah menjadikan dunia laman web kelihatan dan terasa seperti
dunia sebenar berbanding dunia sebenar itu sendiri. Kecenderungan masyarakat dalam
bergantung dan mempercayai media serta dunia digital menjadikan mereka kehilangan
keupayaan untuk memahami serta menyedari perbezaan antara dunia realiti dan fantasi.

Di dalam penulisan beliau juga, Baudrillard menunjukkan salah satu fenomena yang
berlaku dalam masyarakat bagi menyokong pemahaman beliau terhadap dunia hyperreality
dan juga menjelaskan kehilangan perbezaan di antara dunia realiti dan dunia simulasi adalah
berkenaan budaya media. Beliau menjelaskan bahawa penggunaan media kontemporari
bukan sahaja bertujuan untuk penyampaian maklumat atau cerita tetapi juga menjadi alat atau
instrumen yang menafsirkan diri seseorang atau masyarakat tersebut. Manusia tidak lagi
berhubung secara fizikal atau mendekati satu sama lain secara tradisional, tetapi hanya
melalui lensa imej media. Selain itu, setiap individu tidak lagi memikirkan tentang keperluan
utama dalam membuat penilaian sebelum membeli sesuatu keperluan, sebaliknya keputusan
dibuat berdasarkan keinginan yang dipacukan oleh iklan dan imej yang dikomersialkan serta
kehendak mengikut imej orang lain di dalam media, bukan berdasarkan diri sendiri. Ini
menjadikan manusia itu tidak menyedari realiti dirinya adalah berbeza dengan apa yang
dipancarkan oleh media.
Baudrillard juga menerangkan ketika zaman media massa berleluasa, makna dicipta
oleh aliran imej seperti dalam rancangan TV. Cara persembahan menggunakan imej untuk
mencipta makna adalah apa yang mempengaruhi kehidupan sosial dan peribadi manusia.
Sebagai contoh, jika rancangan TV adalah mengenai watak dan persekitaran watak adalah
yang mencetuskan maksud rancangan itu, maka persekitaran rancangan itu (iaitu dunia
sebenar) adalah sesuatu yang dicipta. Orang bertindak balas terhadap imej yang dicipta dan
ditayangkan daripada orang sebenar atau tempat sebenar (orang sebenar dan tempat sebenar)
(Syed Ibrahim & Yusof, 2004).

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MEDIA SOSIAL MENURUT BAUDRILLARD

Walaupun Baurdrillard menyatakan bahawa penggunaan media akan memperngaruhi


cara kehidupan dan berfikiran sesebuah masyarakat, namun beliau juga tidak menafikan akan
kepentingan penggunaan teknologi serta media dalam kehidupan masyarakat. Teori beliau
hanya menjerumus kepada penggunaan sistem teknologi dan media oleh masyarakat tidak
lahi hanya berpaksi oleh faktor keperluan atau keinginan semata – mata, tetapi juga didorong
oleh satu set keinginan untuk mendapatkan kehormatan, pujian dan prestij. (Baudrillard,
2004).

Satu kajian yang dijalankan oleh Karci (2022) menggunakan teori Baudrillard untuk
memahami kebaikan dan keburukan penggunaan media sosial terhadap remaja. Kajian ini
dijalankan dengan tujuan untuk memahami penggunaan media sosial yang berlebihan dalam
kalangan remaja dan apakah mereka menyedari tentang kebaikan mahupun keburukannya
dalam kehidupan mereka. Berdasarkan rumusan kajian tersebut, didapati bahawa terbaik
beberapa kebaikan dan keburukan media sosial yang dilaporkan oleh responden (golongan
remaja) terhadap kebaikan dan keburukan media sosial dalam kehidupan mereka. Antara
kebaikan yang dilaporkan oleh golongan remaja ini ialah media sosial membantu mereka
mempraktikkan banyak perkara yang menarik dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh,
hantaran video berkaitan cara hidup termasuk sukan, pendidikan dan hobi seperti senaman,
memasak, kerja sekolah dan sebagainya memberikan ruang praktikaliti untuk mereka belajar
secara efektif. Mereka berasakan pembelajaran dan pemahaman sesuatu perkara melalui
hantaran video adalah lebih praktikal dan mudah difahami serta lebih interaktif dengan aturan
dan pemahaman yang tersusun. Di samping itu, mereka berasakan bahawa keyakinan mereka
akan lebih tinggi melalui pembelajaran video interaktif kerana kurangnya kritikan yang
diterima tanpa bantuan orang lain jika mereka mengalami kegagalan. Kebaikan lain juga
ialah mereka merasakan bahawa media sosial membantu mereka membesarkan lagi horizon
kehidupan mereka dengan membenarkan mereka untuk berinteraksi bersama orang lain di
seluruh dunia yang berkongsi minat, keperluan, hobi dan idea yang sama. Interaksi melalui
media sosial memudahkan seseorang itu untuk berhubung dengan orang lain di luar horizon
atau dunia mereka, dan interaksi yang luas ini membantu mereka melihat dunia dalam
perspektif yang berbeza, selain meransang mereka untuk meletakkan matlamat untuk melihat
sendiri perspektif itu secara berdepan. Sebagai contoh, interaksi antara seseorang yang duduk
di satu negara dengan seseorang di negara yang lain, namun berkongsi minat yang sama, akan
membuatkan kedua-dua lebih bersemangat untuk berjumpa dan berinteraksi secara berdepan.
Selain itu, kajian itu juga mendapati bahawa media sosial membantu seseorang dalam
memelihara emosi dan interpersonal diri. Kajian ini mendapati bahawa media sosial
membantu individu untuk melindungi perasaan dirinya sendiri. Responden kajian
menyatakan bahawa mereka menggunakan media sosial untuk menghilangkan rasa kesunyian
dan kesedihan dengan melihat perkara – perkara menarik dalam hantaran di media sosial.
Melalui media sosial, ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan atau melupakan seketika
perasaan ketidaktenangan atau anxiety yang membelenggu individu. Namun begitu, kajian ini
juga menyatakan bahawa media sosial hanyalah perantara sementara dalam mengawal emosi
negatif ini dan perlu difahami bahawa penggunaan media sosial tanpa perhubungan sosial
secara fizikal juga boleh menjadi punca berlakunya masalah mental.

Antara keburukan media sosial pula yang dapat dilihat melalui kajian tersebut ialah
penggunaan media sosial secara berlebihan menyebabkan seseorang itu sukar untuk hidup
tanpa media sosial dan boleh menjerumus kearah ketagihan yang ekstrem. Antara responden
di dalam kajian itu menyatakan bahawa mereka tidak boleh menidakkan media sosial dalam
kehidupan mereka dan boleh menyebabkan mereka mengalami withdrawal symptoms yang
kronik. Mereka melihatkan bahawa media sosial merupakan intipati atau sisi penting
kehidupan mereka, dan ketiadaan media sosial menjadi kehidupan mereka tampak polos dan
tidak bermakna. Selain itu, keburukannya juga ialah ianya menjejaskan kehidupan sosial
mereka sama ada bersama rakan atau keluarga. Hal ini adalah kerana mereka yang
bergantung dengan media sosial secara keterlaluan selalunya akan menggunakan masa
mereka secara bersendirian dan tidak suka diganggu oleh persekitaran yang sesak dan bising.
Oleh yang demikian, mereka ini kurang gemar berinteraksi secara berdepan dan
menyebabkan hubungan sosial mereka dengan masyarakat sekeliling menjadi renggang.
Selain itu, media sosial juga menjadi punca kepada kejatuhan dan kegagalan prestasi
seseorang itu sama ada dari segi pelajaran, kerja atau sebarang aspek kehidupan termasuk
perhubungan. Kajian mendapati bahawa mereka yang bergantung kepada media sosial
menggunakan kebanyakan masanya sama ada membuat atau melihat hantaran di media
sosial, sekaligus menyebabkan fokus dan keutamaan mereka terhadap perkara lain
diketepikan.

KESIMPULAN

Media sosial mempunyai kesan yang besar terhadap cara masyarakat berkomunikasi. Ianya
telah mengubah cara manusia untuk berinteraksi dalam pelbagai cara dan dari segala sudut
kehidupan sama ada daripada komunikasi sosial kepada pendidikan, pekerjaan dan banyak
aspek hidup lain. Namun begitu, masyarakat perlu sedar bahawa disebalik kebaikan, media
sosial juga boleh membawa mudarat, terutama jika digunakan secara berlebihan dan tanpa
kawalan serta akhirnya menjadikan masyarakat dunia sebuah masyarakat yang disfungsi.

(1490 p.p)

RUJUKAN

Adhitya, P. D. (2022). Simulacra Laptop (Post-modern Study of Virtual World


Communication Laptop Users). International Journal of Politics and Sociology Research,
9(4), 102–113.

Bakhtiari, K. (2020, December 30). Welcome To Hyperreality: Where The Physical And
Virtual Worlds Converge. Forbes.
https://www.forbes.com/sites/kianbakhtiari/2021/12/30/welcome-to-hyperreality-where-the-
physical-and-virtual-worlds-converge/?sh=3a4854e50283

Felluga, D. (2015). Introduction to Jean Baudrillard, Module on Simulacra and Simulation.


Retrieved March 23, 2022, from
https://cla.purdue.edu/academic/english/theory/postmodernism/modules/
baudrillardsimulation.html

Goldman, R.; Papson, S. (2003). "Simulacra definition". Information technology. Canton,


New York: St. Lawrence University. Archived from the original on 27 June 2020

Ibrahim, S. N. S., & Yusoff, I. (2004). Teori pascamoden dan krisis sosial: Penjelasan teori
ke atas fenomena sosial. Seminar Antarabangsa Nilai Dalam Komuniti Pasca Modenisme.
Karci, H. D. (2022). The University Students’ Awareness of Hyperreality on Social Media
and Problematic Social Media Usage: A Qualitative Study. The Journal of Selcuk University
Social Sciences Institute, 49, 300–314.
https://dergipark.org.tr/en/pub/susbed/issue/74233/1162290

Mulawarman, M., & Nurfitri, A. (2017). Perilaku Pengguna Media Sosial beserta
Implikasinya Ditinjau dari Perspektif Psikologi Sosial Terapan. Buletin Psikologi Universitas
Gadjah Mada. Fakultas Psikologi, 25(1). https://doi.org/10.22146/buletinpsikologi.22759

Setiadi, A. (2016). PEMANFAATAN MEDIA SOSIAL UNTUK EFEKTIFITAS


KOMUNIKASI. Cakrawala - Jurnal Humaniora, 16(2).
https://doi.org/10.31294/jc.v16i2.1283

Smulligan, B. W. (2021, December 8). Social Media and Baudrillard’s Simulation and
Simulacra. Medium. https://medium.com/@brettwilliamsmulligan/social-media-and-
baudrillards-simulation-and-simulacra-a1adae355dc1

SÜTLÜOGLU, Ç. B. (2021). STORIES THAT BECOME US: HYPERREALITY AND


STORYTELLING IN 21ST CENTURY SOCIAL MEDIA PHENOMENA. CULTURAL
STUDIES M.A. THESIS.

Taqwa, M. I. (2018). INTENSITAS PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL INSTAGRAM


STORIES DENGAN KESEHATAN MENTAL. FAKULTAS PSIKOLOGI UNIVERSITAS
MUHAMMADIYAH MALANG.
https://eprints.umm.ac.id/mwg-internal/de5fs23hu73ds/progress?id=KYhErtdWrg3k-
KGOLIqM0Vlzsrb02ftug4fBbLpLijY,&dl

Anda mungkin juga menyukai