Anda di halaman 1dari 1

KENALI "BUGAR DAN PUGAR"

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) menjelaskan "bugar" sebagai pelengkap


kepada kata ganda "segar-bugar" yang bermakna sangat sihat (hal. 212). Kata
terbitan bugar" bagi kata dasar "bugar" ialah kebugaran, iaitu 1. hal subur (tentang
tumbuhan); 2. hal sihat dan segar (tentang tubuh manusia). Tidak ada kata terbitan
"pembugaran" bagi entri "bugar". Dalam konteks judul kursus "Pembugaran dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa", panel penyedia modul telah
memutuskan untuk memilih istilah "pembugaran" dan bukan "pemugaran".
Kata dasar "pugar" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1241)
memaparkan makna yang lebih menyerlahkan inti sari dan hasrat kursus. Kamus
Dewan menjelaskan bahawa kata dasar "pugar" juga bersinonim dengan kata dasar
"bugar", iaitu sihat benar. Kata terbitan yang dikemukakan dalam kamus ialah
"memugar" dan "memugari" yang bermaksud 1. memperbaiki, memperelok semula,
membaharui, memulihkan; sementara "pemugaran" diberikan maksud pemulihan
semula, pembaikan kembali, pembaharuan; 2. perihal memugar (membuka,
mengusahakan) tanah.
                  Daripada penjelasan di atas, tampak bahawa perkataan yang lebih
menepati maksud kandungan kursus ialah "pemugaran". Hal ini demikian
kerana kursus ini bertujuan untuk memperelok strategi, membaharui
semangat, memulihkan suasana muram, dan membuat pembaharuan dalam
situasi pengajaran dan pembelajaran, sama ada yang berlangsung di bilik
darjah atau di luar bilik darjah. 
                  Dengan ini, yakinlah kita bahawa kursus "pemugaran" dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa lebih menampilkan maksud yang diingini daripada kita
memilih perkataan "pembugaran". Walau bagaimanapun, kedua-dua perkataan,
"bugar" dan "pugar" tidaklah berlawanan maksud, justeru tidaklah bersalahan jika
penggunaan nama "kursus pembugaran" dipilih.

Anda mungkin juga menyukai