Anda di halaman 1dari 4

7 ELEMEN PENTING DALAM KONTRAK

Kontrak pada dasarnya dikuatkuasakan melalui Akta Kontrak


1950. Kontrak adalah perjanjian yang dimeterai oleh dua, atau
lebih individu yang mana kedua-duanya akan terikat pada
perjanjian tersebut. Contohnya, kontrak jual beli barang,
kontrak sewa beli dan pelbagai lagi.
Secara ringkasnya, terdapat tujuh (7) elemen penting yang
perlu diambil kira oleh setiap individu sebelum bersetuju
dengan mana-mana perjanjian yang ditawarkan.
Artikel ini akan mengupas secara ringkas berkait dengan
ketujuh-tujuh elemen penting, yang mesti disemak oleh setiap
individu sebelum bersetuju mengikat perjanjian secara sah.
Perlu diingat bahawa kesemua elemen ini mestilah dipenuhi
secara serentak.

1. Tawaran (Offer)
Sebagaimana yang kita sedia maklum, sebelum adanya Akta
Kontrak 1950, kita merujuk kepada Undang-Undang Inggeris.
Istilah ‘tawaran’ digunakan dalam Undang-Undang Inggeris,
manakala istilah ‘cadangan’ pula digunakan untuk Akta Kontrak
1950.
Seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950 telah mendefinisikan kontrak
sebagai suatu perjanjian, yang boleh dikuatkuasakan oleh
undang-undang yang mana kontrak ini, akan mengikat pihak-
pihak yang terlibat secara sah.
Syarat bagi sesuatu tawaran itu adalah ia mestilah sesuatu
tawaran yang jelas, dan dikomunikasikan kepada pihak yang
akan membuat penerimaan kepada tawaran tersebut.

Jika tawaran yang diberikan tidak jelas, atau tidak


dikomunikasikan kepada pihak yang berkenaan, ia adalah batal.
Oleh yang demikian, ‘offer’ atau tawaran itu sangat penting
untuk menjadikan kontrak itu sah, dan mengikat kedua-dua
pihak. Tanpa tawaran, tidak akan ada jalinan kontrak yang sah
antara kedua-duanya.
2. Penerimaan (Acceptance)
Jika dirujuk pada Seksyen 2(b) Akta kontrak 1950, penerimaan
ini didefinisikan sebagai persetujuan atau penerimaan kepada
tawaran yang telah ditawarkan sebelum ini.
Setuju ini membawa maksud bahawa penerima tawaran ini
akan turut bersetuju dengan syarat-syarat dan terma-terma
yang telah ditetapkan. Dengan adanya penerimaan tawaran ini,
maka sesebuah kontrak itu berjaya diwujudkan.

3. Balasan (Consideration)
Untuk menjadikan kontrak itu adalah kontrak yang sah di sisi
undang-undang, elemen ketiga ini tidak kurang pentingnya.
Tanpa balasan, perjanjian yang dibuat adalah batal. Balasan
yang dimaksudkan di sini adalah harga yang dibayarkan oleh
pihak yang menerima janji kepada pihak pembuat janji.
Dalam Akta Kontrak 1950, Seksyen 2 (d) ada menyebut tentang
balasan janji tersebut. Oleh yang demikian, pihak yang
membuat kontrak mestilah mempunyai balasan masing-
masing.

Sebagai contoh, satu pihak mendapat sebuah rumah, dan satu


pihak yang lain mendapat sejumlah wang sebagai bayaran
pada harga yang telah dipersetujui oleh kedua-duanya.

4. Keupayaan (Capacity)
Dalam Akta Kontrak 1950, Seksyen 11 turut menyentuh
perkara berkait dengan keupayaan ataupun kelayakan
seseorang. Hakikatnya, hanya mereka yang dewasa, sempurna
akal dan tidak dihalang oleh mana-mana undang-undang
sahaja yang layak untuk membuat kontrak.
Seseorang itu ditakrifkan sebagai dewasa apabila mencapai
usia dewasa iaitu 18 tahun. Oleh yang demikian, mereka yang
berumur di bawah 18 tahun adalah tidak layak untuk membuat
kontrak, kecuali dalam kes-kes tertentu sahaja.
Sebagai contoh, kontrak untuk keperluan atau insurans dan
juga biasiswa adalah sah jika kanak-kanak yang melaksanakan
kontrak tersebut.
Secara mudahnya, bagi yang muflis, tidak waras atau gila atau
dibawah umur dewasa adalah tidak layak dan tidak berhak
sama sekali untuk terlibat dalam mana-mana urusan kontrak.

5. Niat (Intention)
Niat atau kehendak ini terbahagi kepada dua iaitu bagi kontrak
yang melibatkan perjanjian perniagaan dan perjanjian
domestik, keluarga dan sosial.
Andaian yang dibuat, jika kontrak itu melibatkan urusan
perniagaannya, pihak-pihak yang terbabit dikatakan
mempunyai niat untuk membuat perjanjian, dan mengikat
mereka secara sah. Walaubagaimanapun masih boleh disangkal
jika mempunyai bukti yang jelas dan kukuh.
Bagi perjanjian melibatkan domestik, keluarga dan sosial pula
andaian mengatakan bahawa pihak-pihak yang terlibat tidak
diniatkan untuk mengikat dan mempunyai hubungan yang
mengikat secara sah disisi undang-undang.
Sebagai contoh, sekiranya pihak suami berjanji dengan pihak
isteri secara lisan untuk menghadiahkan isteri pakej percutian,
namun si suami gagal berbuat demikian, si isteri tidak berhak
membuat tuntutan undang-undang.
Namun begitu, jika janji itu direkodkan atau ditulis pada
sekeping kertas, perjanjian itu boleh dikuatkuasakan kerana
kedua-dua pihak dikatakan berniat untuk menghasilkan sesuatu
perjanjian yang mengikat kedua-duanya secara sah.

6. Kepastian (Certainty)
Kepastian adalah salah satu elemen yang penting dalam
sesebuah kontrak. Perjanjian-perjanjian yang mempunyai
unsur ketidakpastian, kabur, tidak jelas, atau mengelirukan
adalah batal dan tidak akan mengikat mana-mana pihak-pihak
yang terbabit.
Jika kontrak itu mempunyai elemen yang tidak dapat dipastikan
sama ada perjanjian itu mencapai syarat utama perjanjian atau
tidak, kontrak itu itu juga boleh terbatal sebagaimana yang
dinyatakan dalam Seksyen 30, Akta Kontrak 1950.

7. Kerelaan (Free Consent)


Semua pihak yang terlibat mestilah mempunyai kerelaan
secara bebas. Ini adalah kerana kesahan kontrak ini boleh
dipertikaikan, jika persetujuan pihak-pihak yang terlibat dalam
kontrak ini diterima secara paksa dan tanpa rela.
Akhir kata, setiap pihak yang terlibat dalam mana-mana
perjanjian mahupun kontrak mestilah mengambil tahu akan
kepentingan tujuh eleman dalam kesahan untuk membuat
kontrak ini. Jika satu elemen hilang, kontrak itu boleh
dipertikaikan dan mungkin terbatal kelak.

Anda mungkin juga menyukai