Anda di halaman 1dari 13

____________________________________________________________

JKJ 203 FALSAFAH SAINS POLITIK

ANALISIS ARTIKEL
“DARI PARTI SERPIHAN KE RAKAN GABUNGAN PAKATAN HARAPAN:
EVOLUSI GERAKAN HARAPAN BARU (2015 – 2018)”

DISEDIAKAN OLEH:

AHMAD FAKARUDDIN BIN ABDUL RAHMAN JK/13668/21


NORKAMALIYA IRMA BINTI KAMSANI JK/13825/21

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. SAIYID RADZUWAN SYED SOPI


JKJ 203 FALSAFAH SAINS POLITIK

ISI KANDUNGAN

NO. TAJUK HALAMAN

PENGHARGAAN i

PENDAHULUAN
1) 1
 PENGENALAN ARTIKEL

DUA (2) FALSAFAH YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN


2) OLEH GHB UNTUK MENGUASAI POLITIK 2-3
MALAYSIA.

DUA (2) PERBINCANGAN UTAMA YANG BOLEH


3) 4-5
DITONJOLKAN OLEH GHB.

BAGAIMANA PENULIS BOLEH MENGEMBANGKAN


DAPATANNYA, APAKAH MUNGKIN FOKUS KAJIAN
4) AKAN DATANG DAN HALA TUJU KAJIAN AKAN 6-7
DATANG SERTA BAGAIMANA ILMU BERKENAAN
BOLEH DIKEMBANGKAN LAGI?

PENILAIAN MUKTAMAD MENGENAI SUMBANGAN


5) ARTIKEL TERHADAP KEPENTINGANNYA KEPADA 8–9
PENGEMBANGAN ILMU.

6) RUJUKAN 10
JKJ 203 FALSAFAH SAINS POLITIK

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke-hadrat Ilahi kerana dengan izin dan

limpah kurnia-Nya kami dapat menyempurnakan tugasan bagi subjek JKJ 203 Falsafah

Sains Politik iaitu menganalisis sebuah artikel yang bertajuk “Dari parti serpihan ke

rakan gabungan Pakatan Harapan: Evolusi Gerakan Harapan Baru (2015 – 2018)” yang

diterbitkan menerusi Jurnal Perspektif (2020) Jil.12 Bil.1 (1-11) ISSN 1985-496X

eISSN 2462-2435.

Selain itu, terima kasih dan tahniah diucapkan kepada ahli kumpulan atas usaha

bersama dalam menyelesaikan tugasan ini. Sepanjang menghasilkan tugasan ini, kami

banyak memperoleh pelbagai pengalaman yang amat berharga dan bermakna dalam

ilmu politik tanah air, yang mana pengalaman ini mungkin hanya datang sekali sahaja

dalam hidup kami. Tanpa usaha bersama, tidak akan terhasilnya tugasan ini dengan

jayanya. Sekalung penghargaan serta diiringi ucapan terima kasih yang tidak terhingga

buat pensyarah bagi subjek ini iaitu YBrs. Dr. Saiyid Radzuwan Syed Sopi yang

sentiasa membimbing serta memberi pelbagai solusi dalam menyempurnakan tugasan

ini.

Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan

kepada individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

membantu dan mencetuskan idea sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.

i
JKJ 203 FALSAFAH SAINS POLITIK

1.0 PENDAHULUAN

Pengenalan Artikel

Tajuk Artikel : Dari Parti Serpihan ke Rakan Gabungan Pakatan Harapan: Evolusi

Gerakan Harapan Baru (2015 – 2018)

Penulis : Saiyid Radzuwan Syed Sopi

Tahun Terbitan : 2020

Bil. Muka Surat : 11 Muka Surat

Sumber : Jurnal Perspektif (2020) Jil.12 Bil.1 (1-11) ISSN 1985-496X eISSN

2462-2435

Artikel ini diterbitkan adalah bagi mengenal pasti hala tuju Gerakan Harapan

Baru (GHB) sebelum tertubuhnya Parti Amanah Negara (PAN) setelah mereka

mengambil keputusan untuk berpisah daripada Parti Islam Se-Malaysia atau lebih

dikenali sebagai Parti PAS. Kewujudan Parti AMANAH Negara mencetuskan sebuah

lagi parti Islam di negara ini yang bersifat inklusif dan bekerjasama dengan beberapa

parti politik pembangkang yang lain sedia ada untuk melakukan perubahan demi

kebaikan negara. Kegagalan kumpulan progresif di dalam PAS untuk mempertahankan

jawatan mereka dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 membawa kepada

penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang mana ianya amat mengejutkan banyak

pihak terutamanya kepada ahli-ahli PAS.

Pada awalnya, gerakan ini ditubuhkan sebagai platform untuk mereka yang

kalah di dalam Muktamar Tahunan PAS untuk terus berpolitik tanpa perlu menyertai

mana-mana parti lain yang sedia ada sebelum ianya didaftarkan sebagai parti politik

dengan nama rasminya iaitu Parti AMANAH. GHB secara dasarnya membawa ideologi

bahawa negara perlu dibentuk dan ditadbir bersama sokongan akademik dan teknologi

secara seiring dan tidak hanya bersandar kepada nilai-nilai keagamaan sahaja yang

mana pendekatan ini dilabelkan sebagai Islam liberal ketika bersama PAS dahulu.

1
JKJ 203 FALSAFAH SAINS POLITIK

2.0 DUA (2) FALSAFAH YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN OLEH GHB

UNTUK MENGUASAI POLITIK MALAYSIA.

i) “Ikatan hubungan antara ketua dengan penyokong yang dibina

bersumberkan kepada faktor kepentingan peribadi, pertukaran habuan dan

pengagihan kekayaan sudah pasti tidak akan berkekalan disebabkan struktur

persahabatan yang lemah.” – Niccolo Machiavelli

Falsafah politik yang boleh diaplikasikan atau dipraktikkan oleh GHB dalam

usaha menguasai politik tanah air adalah dengan mengangkat nilai persahabatan sesama

ahli dan tidak menjadikan material sebagai penghubung holistik antara ketua dan para

pengikutnya. GHB seharusnya menolak corak politik wang dan memberi ganjaran

kepada ahli gerakan dan pengikut sebagai cara untuk kekal relevan dan diterima

masyarakat. Menurut Niccolo Machiavelli, ikatan yang tanpa bersandarkan nilai

persahabatan sejati tidak akan bertahan lama dan pasti akan mengalami permasalahan.

Hal ini dapat diterjemahkan seperti keadaan perpindahan pemain bola sepak yang

bertukar dari satu kelab kepada kelab lain yang mana para pemain akan berkhidmat

kepada pasukan yang sanggup membayar gaji yang lebih tinggi dan lumayan.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku dalam GHB, ketua gerakan seharusnya

menanamkan sikap jujur dan setia kawan dalam kalangan ahli agar tidak mudah dibeli

dengan wang ringgit oleh pihak yang cuba menjatuhkan GHB. Ketua juga perlu

mempamerkan semangat patriotisme yang tinggi bagi memupuk kesetiaan ahli parti.

Walaupun berlainan parti tidak menjadi halangan untuk meneruskan ukhuwah dan

saling menyantuni di antara satu sama lain. Sebagai rakyat Malaysia, pemimpin serta

ahli parti politik perlu memilih semangat keharmonian dan pastikan setia kawan kekal

utuh. Walaupun berbeza ideologi politik, masing-masing sudah mengenali hati budi.

2
JKJ 203 FALSAFAH SAINS POLITIK

ii) “Kejayaan seseorang penguasa mencapai dan mengekalkan kuasa, termasuk

bagaimana kuasa itu digunakan membuktikan bahawa penguasa tersebut

bijak memanipulasikan kepercayaan rakyat untuk kepentingan dirinya.” -

Niccolo Machiavelli

Pucuk pimpinan GHB juga perlu bijak memanipulasikan keadaan sekeliling

bagi meraih sokongan dan kepercayaan masyarakat. Formula ini terbukti berjaya dan

telah digunakan sejak puluhan tahun dahulu oleh nama-nama besar yang pernah

menggegar dunia seperti Adolf Hitler, Joseph Stalin, Vladimir Putin dan ianya masih

kekal relevan. Jika pemimpin atau ketua mengambil pendekatan terlalu jujur, bersikap

lurus atau tidak agresif, ianya akan menjadikan perjalanan kumpulan atau partinya

perlahan dan membosankan, seterusnya secara tidak langsung akan membuatkan

ahlinya beralih arah dan mencari kumpulan atau parti lain yang dilihat lebih “hidup”

dan boleh bergantung harap.

Memanipulasikan bukanlah merujuk kepada perkara-perkara yang buruk

semata-mata. Terdapat pelbagai jenis manipulasi positif seperti kontak mata atau

senyuman untuk menarik minat orang sekeliling selain menayangkan usaha yang

bersungguh-sungguh bagi menimbulkan keyakinan orang ramai. Pemimpin GHB perlu

kreatif mencari peluang-peluang yang dirasakan perlu untuk memperkukuhkan

kumpulannya dan menepis tanggapan PAS bahawa GHB adalah parti nyamuk dan tidak

akan kekal lama. Penggubalan Akta Pendanaan Politik perlu dipandang sebagai

langkah pertama yang harus diambil oleh para pemimpin demi memulihkan

kepercayaan rakyat terhadap sistem politik dan demokrasi di Malaysia. Di samping itu

juga, pemuafakatan politik membantu mewujudkan kesepaduan sosial masyarakat yang

pelbagai kaum di Malaysia.

3
JKJ 203 FALSAFAH SAINS POLITIK

3.0 DUA (2) PERBINCANGAN UTAMA YANG BOLEH DITONJOLKAN

OLEH GHB.

GHB yang ketuai oleh Yang Berhormat Haji Mohamad bin Sabu telah

mendapat status rasminya sebagai parti politik pada 16 September 2015 dan GHB

kemudian dikenali sebagai Parti Amanah Negara (PAN). Antara perbincangan yang

boleh ditonjolkan oleh GHB adalah:

i) PARTI SERPIHAN – KESETIAAN KEPADA KEPIMPINAN

BERKUKU BESI

GHB boleh dikatakan satu kumpulan yang berpaling tadah

terhadap kepimpinan parti yang bersikap kuku besi, mengamalkan cara

pemikiran Machiavelli dan merancang konspirasi untuk menyingkirkan

mana-mana ahli parti yang tidak sehaluan dengan ketua parti.

Umum mengetahui bahawa GHB tertubuh selepas tidak

mendapat tempat di dalam PAS yang mana rata-rata ahlinya adalah

daripada golongan ulama, manakala blok GHB yang sewaktu bersama

PAS pula adalah golongan yang lebih terbuka menerima sebarang

bentuk perubahan termasuk elemen-elemen barat.

Tindakan “survival” dan menongkah arus oleh ahli dengan

menubuhkan GHB dilihat satu usaha yang tidak berputus asa walaupun

telah disingkirkan daripada parti utama dan terpaksa bermula semula di

bawah jenama Parti AMANAH. Namun dari sehari ke sehari, parti yang

pernah dilabel sebagai parti nyamuk kian mendapat tempat di hati rakyat

dan pernah diangkat menganggotai blok kerajaan di bawah

pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

4
JKJ 203 FALSAFAH SAINS POLITIK

ii) STRATEGI YANG BERKESAN

GHB yakni Parti Amanah mengambil tindakan bijak dengan

meneruskan perjuangan bersendirian dan mengambil keputusan untuk

bergabung bersama PH yang pada itu turut dianggotai oleh Parti Pribumi

Bersatu Malaysia, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action

Party (DAP). Strategi ini walaupun dilihat seperti “menumpang”, namun

ianya dapat menaikkan rating GHB dengan cepat dan berkesan sehingga

terlupa parti tersebut belum pun mencecah usia sedekad. Apa yang lebih

menarik lagi, penerimaan penyokong-penyokong PH terhadap Parti

Amanah seperti tidak berbelah bahagi walaupun ia baru menyertainya.

Parti Amanah mempunyai potensi besar dan mampu menjadi

tunjang kepada kekuatan Pakatan Harapan. Pemimpin Amanah dilihat

berjiwa besar dan tahan uji walaupun setiap hari dicaci dikeji tetapi tetap

mampu melangkah dengan senyuman. Amanah juga mempunyai kualiti

pimpinan yang mantap walaupun dikatakan parti nyamuk, tetapi mereka

tetap meneruskan perjuangan demi kesejahteraan parti. Matlamat parti

Amanah itu sendiri merupakan strategi utama dalam keberkesanan

menakluki ahli-ahlinya antaranya ialah; 1) memartabat Islam sebagai

asas perjuangan, 2) melahirkan masyarakat dan negara madani, 3)

melaksanakan pemerintahan berteraskan tadbir urus yang baik selari

tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan, kompetensi dan

ketelusan, 4) menyokong pendekatan kepada kesederhanaan,

keterbukaan, demokratik dan bergerak dalam kerangka demokrasi dan

Perlembangaan Persekutuan. 5) mengembleng seluruh elemen

warganegara dalam wadah perjuagan politik yang inklusif supaya dapat

merentasi jurang kaum, budaya dan kepercayaan keseluruh persekutuan.

5
JKJ 203 FALSAFAH SAINS POLITIK

4.0 BAGAIMANA PENULIS BOLEH MENGEMBANGKAN

DAPATANNYA, APAKAH MUNGKIN FOKUS KAJIAN AKAN

DATANG DAN HALA TUJU KAJIAN AKAN DATANG SERTA

BAGAIMANA ILMU BERKENAAN BOLEH DIKEMBANGKAN

LAGI?

Pada pendapat kami, salah satu cara mengembangkan dapatan dalam teks

eksposisi adalah dengan cara menerangkan dengan lebih terperinci kelebihan pendapat

penulis dan kekurangan yang juga secara lanjut bagi memudahkan pembaca untuk

menilai sesuatu artikel atau bahan tulisan itu. Pada masa akan datang, mungkin penulis

boleh memberi fokus terhadap kajian mengenai cara terbaik untuk melahirkan

pemimpin muda yang berkualiti dan dapat memacu perjalanan negara ke arah kemajuan

dan berdaya saing. Kajian sebegini dilihat amat penting kerana banyak negara yang

terlepas dari era emas mereka kerana gagal melahirkan generasi pemimpin muda yang

berkaliber. Segala ilmu dan dapatan ini boleh dikembangkan lagi dengan lebih cepat

melalui teknologi internet yang ada pada masa kini dan juga kemunculan beberapa

platform berpengaruh seperti Facebook, Instagram, Tiktok, Twitter dan sebagainya

yang digunakan oleh berbilion masyarakat dunia.

Kajian juga boleh menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan

borang soal selidik. Tambahan pula, dengan kecanggihan zaman teknologi masa kini,

pelaksanaan kuantitatif boleh dilakukan menerusi dalam talian seperti Google Form

atau sebagainya. Untuk mendapatkan maklum balas yang boleh dijadikan rujukan bagi

kajian akan datang, penulis boleh mencari responden daripada golongan ilmuan dan

profesional yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti golongan pendidik,

sektor awam atau swasta, usahawan, ahli politik khasnya, NGO dan sebagainya.

6
JKJ 203 FALSAFAH SAINS POLITIK

Dengan inisiatif ini, penulis dapat mengetahui pandangan dan persepsi

responden terhadap parti politik yang mereka pilih dan mengetahui parti politik yang

mana menepati pilihan mereka. Selain itu, penulis juga dapat menilai berdasarkan hasil

dapatan yang diperolehi ini dalam mengenalpasti parti politik yang manakah

mengamalkan sikap yang baik, amanah, jujur, bertanggungjawab dalam setiap

pemerintahan dan kepemimpinan yang dilaksanakan dalam masyarakat. Dapatan yang

diperoleh ini akan memberi gambaran yang jelas kepada penulis tentang penerimaan

dan bagaimana penilaian yang diberikan daripada responden terhadap parti politik yang

menjadi pilihan mereka.

7
JKJ 203 FALSAFAH SAINS POLITIK

5.0 PENILAIAN MUKTAMAD MENGENAI SUMBANGAN

ARTIKEL TERHADAP KEPENTINGANNYA KEPADA

PENGEMBANGAN ILMU.

Pada dasarnya, keperluan dalam mengetahui dan memahami politik semasa

adalah satu tanggungjawab yang sewajarnya diambil berat oleh seluruh rakyat yang

menyayangi tanah tumpah darahnya. Aktiviti dan pelaksanaan politik sangat

berperanan besar dalam membentuk cara hidup, berfikir, beragama bagi setiap rakyat,

dan dari sudut pandangan yang lain iaitu kesan pada tahap ekonomi, pendidikan,

kesihatan dan keamanan kepada negara.

Justeru, penulisan artikel sebegini dilihat amat penting dalam memberi

pengetahuan dan kesedaran kepada pembaca mengenai corak politik Malaysia yang

mana secara tidak langsung memberi gambaran awal kepada pembaca dan pengundi

khususnya dalam memilih pemimpin untuk menerajui negara. Ilmu mengenai politik

sama sekali tidak diajar di sekolah peringkat menengah, dan disebabkan itu adalah

menjadi tanggungjawab seseorang individu untuk mencari maklumat dan infomasi

sendiri terhadap kesedaran politik negara. Dengan adanya tulisan artikel sebegini,

sedikit sebanyak memudahkan pembaca untuk membuat rumusan dan ulasan mengenai

politik tanah air.

Artikel ini mengubah dan memberi kesan terhadap cara berfikir seseorang

pembaca tentang perkara yang dibangkitkan di dalam artikel. Hal ini kerana, artikel ini

memberi pencerahan dan mengubah persepsi pembaca itu daripada tidak tahu apa-apa

kepada tahu dan sedar akan kesan politik dalam pentadbiran negara. Ini juga dapat

diperkukuhkan lagi di mana sebahagian besar ahli politik yang berasa begitu selesa di

dalam sesebuah parti tanpa ada kerisauan terhadap anasir-anasir negatif seperti

penyebaran fitnah atau sebagainya. Ini kerana cara permainan dalam politik adalah

sangat strategik dan bijak dalam menyembunyikan matlamat sebenar mereka.


8
JKJ 203 FALSAFAH SAINS POLITIK

Sedangkan secara realitinya dan sebaliknya isu ini sangat besar impaknya.

Dengan adanya artikel ini, ianya dapat memberi ilmu pengetahuan kepada pembaca dan

mereka akan lebih berhati-hati tentang pemilihan tampok pemerintahan negara serta

mereka dapat mengaplikasikan perkara-perkara baik sepertimana yang dinyatakan oleh

penulis di dalam artikelnya. Sehubungan itu, penulisan artikel ini dapat dibuktikan

sebagai relevan dan boleh dijadikan panduan untuk membuat rujukan serta kandungan

laporan kajian dalam menerangkan secara mendalam dan terperinci tentang politik di

Malaysia. Sebagai kesimpulan, artikel ini sangatlah efektif dan memberi impak yang

mendalam kepada sesiapa yang membacanya.

9
JKJ 203 FALSAFAH SAINS POLITIK

6.0 RUJUKAN

Bellicose. (2015). Gerakan Harapan Baru (GHB) Amanah Progresif Peduli. Dimuat
turun pada 10 November 2022 daripada https://memoirinsani.wordpress.com/
2015/07/20/gerakan-harapan-baru-ghb-amanah-progresif-peduli/

Kelab Greenboc. (2015). Gerakan Harapan Baharu: Koleksi Tulisan, "Printscreen" &
Video Menarik. Dimuat turun pada 10 November 2022 daripada
http://greenboc.blogspot.com/2015/07/gerakan-harapan-baharu-koleksi-
tulisan.html

Kelab Greenboc. (2015). Gerakan Harapan Baru - PAS Tak Sepatutnya Resah
Gelisah.. Dimuat turun pada 9 November 2022 daripada
https://greenboc.blogspot.com/2015/08/video-gerakan-harapan-baru-pas-perlu.
html

Malaysia Today. (2015). Gerakan Harapan Baru dan Alternatif Politik Baru. Dimuat
turun pada 13 November 2022 daripada https://www.malaysia-
today.net/2015/07/23/gerakan-harapan-baru-dan-alternatif-politik-baru/

Nasuha Rahman. (2020). 2021: AMANAH yang Rahmah. Dimuat turun pada 5
November 2022 daripada https://malaysiadateline.com/2021-amanah-yang-
rahmah/

Saiyid Radzuwan Syed Sopi. (2020). Dari Parti Serpihan ke Rakan Gabungan Pakatan
Harapan: Evolusi Gerakan Harapan Baru (2015 – 2018). Jurnal Perspektif
(2020) Jil.12 Bil.1 (1-11) ISSN 1985-496X eI SSN 2462-2435.

Wikipedia. (2022). Gerakan Harapan Baru. Dimuat turun pada 13 November 2022
daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Gerakan_Harapan_Baru

The Star. (2015). GHB announces setting up of Parti Amanah Negara. Dimuat turun
pada 30 November 2022 daripada
https://www.thestar.com.my/news/nation/2015/08/31/ghb-amanah-pas/

Mstar. (2015). Nama Baru GHB: Parti Amanah Rakyat Atau Negara?. Dimuat turun
pada 30 November 2022 daripada
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/08/18/parti-amanah

ECentral. (2022). Parti AMANAH Negara: Senarai Penuh Calon PRU15. Dimuat turun
pada 01 Disember 2022 daripada https://ecentral.my/parti-amanah-negara/

SuaraMerdeka. (2022). Warga Twitter undi PH tidak mahu dilabel #RakyatGagal,


mahu Anwar jadi PM!. Dimuat turun pada 01 Disember 2022 daripada
https://suaramerdeka.com.my/warga-twitter-undi-ph-tidak-mahu-dilabel-
rakyatgagal-mahu-anwar-jadi-pm/

10

Anda mungkin juga menyukai