Anda di halaman 1dari 19

TOPIK 5

METAFIZIK
GIG1012 FALSAFAH DAN ISU SEMASA
HASIL PEMBELAJARAN

 Menjelaskan hubungan antara insan dengan alam dalam


konteks faham kosmologi silam & ekologi semasa.
 Menjelaskan kepercayaan dan hubungan antara insan
dengan Tuhan berdasarkan dalam konteks teologi/
kepercayaan/akidah kerohanian.
 Menghuraikan pembentukan dan perkembangan sistem-
system metafizik seperti teisme, monoteisme, ateisme,
agnostisme, politeisme, monism, pluralism, atomisme,
mekanisme, occasionalisme, realisme, idealism &
nominalisme.
 Menganalisis pembentukan metafizik yang lebih meluas
kegunaannya dalam perkembangan sains, teknologi &
inovasi nasional.
PENGENALAN

 Menjelaskan hubungan horizontal antara insan sebagai


manusia & alam sekeliling.
 Hubungan vertikal antara insan & pencipta juga dijelaskan.
 Seterusnya perbincangan tentang sistem metafizik yang
wujud dalam kalangan manusia dihuraikan.
 Akhirnya, pembentukan metafizik dikaitkan dengan
perkembangan ilmu pengetahuan.
 Satu cabang falsafah yang bermula dari zaman
Greek.
 Bidang ilmu yang memberi penekanan kepada the
ultimate nature of reality

 Dari mana datangnya kita?


 Kenapa kita berada di sini?
 Ke mana destinasi akhir kita?

Terdapat 4 nama mengenai cabang falsafah ini:


 “first philosophy”
 “first science”
 “wisdom”
 “theology”
Meta bermaksud melepasi (bebas).
Metafizik bererti sesuatu yang tidak bersifat fizikal.

2 ELEMEN METAFIZIK

Berunsur falsafah – Berkaitan keagamaan –


kajian pada peringkat fenomena di luar alam
yang paling abstrak atau nyata.
paling umum mengenai Contoh: hidup selepas
sesuatu perkara/ mati, syurga, neraka.
fenomena/alam. Benda ghaib tidak boleh
Contoh: kerusi, sebab & dibuktikan dengan deria
akibat. yang bukan rasional &
empirikal.
HUBUNGAN INSAN DENGAN ALAM

 Manusia mempunyai tanggungjawab yang besar


untuk memastikan kehidupan & alam berkesinam-
bungan antara satu sama lain.

 Bumi ini dianugerahkan dengan segala kemudahan


& sumber kehidupan yang banyak untuk manusia
hidup dengan penuh makna & bahagia.
KOSMOLOGI

 Kosmos bermaksud alam & logi bererti ilmu.

 Secara umumnya kosmologi adalah cabang ilmu


astronomi yang berkait dengan kewujudan &
perubahan alam semesta dari awal kejadiannya hingga
sekarang & seterusnya.

 Sebagai insan yang berfikir, manusia mampu


memahami asal kejadian alam ini sama ada dari sudut
metafizik atau empirikal.

 Tidak timbul pandangan yang mana lebih tepat & besar


di peringkat ini.
 Apa yang penting adalah kesedaran sebagai manusia
yang mampu berfikir akan kewujudan diri & alam
sekeliling yang didiami.

 Alam secara umumnya terbahagi kepada 2 iaitu alam


fizik & metafizik.

 Alam fizik ialah alam nyata yang dapat dicapai oleh


pancaindera manusia.

 Alam metafizik adalah alam yang tidak dapat dilihat


oleh anggota pancaindera manusia, namun ia wujud.

 Alam fizik juga disebut sebagai alam al-Syahadah,


metafizik disebut sebagai alam al-Ghaib.
EKOLOGI

 Ekologi adalah satu cabang sains yang mengkaji habitat &


interaksi antara benda hidup dengan alam sekitar.
 Perkataan ekologi berasal dari Greek, oikos bererti rumah
& logos bermakna sains.
 Perbincangan ilmu ekologi dilihat dari aspek sains,
falsafah & agama.
 Dari aspek sains, ia merupakan salah satu cabang sains
yang membincangkan habitat, interaksi antara kehidupan
& alam sekitar.
 Dua tugas penting manusia yang berkait rapat dengan
ekologi adalah pemeliharaan & pemuliharaan alam.
 Semua kehidupan saling memerlukan & saling bergantung
antara satu dengan yang lain.
 Memelihara bermaksud menjaga dan melindungi
alam seperti mengawal penebangan pokok &
menjaga keindahan serta kebersihan sungai.
 Memulihara bererti memulih alam supaya berada
dalam keadaan baik.
 Alam sekitar menyediakan sumber makanan kepada
manusia & segala keperluan lain.
 Dari aspek agama, manusia sebagai khalifah
ditugaskan untuk mengurus & mengatur alam
sebagaimana dikehendaki oleh Tuhan yang men-
cipta alam ini melalui sistem yang teratur, teliti &
seimbang.
HUBUNGAN INSAN DENGAN TUHAN

 Fokus utama kehidupan ialah manusia & segala


berkaitan dengannya.
 Segala tingkahlaku manusia, aktiviti & tindakannya
terhadap alam & sesama mereka selalunya ber-
gantung kepada hubungan manusia dengan Tuhan.
 Jika baik hubungannya dengan Tuhan, maka baiklah
tindakannya atau hubungannya dengan alam.
 Ahli-ahli falsafah mengemukakan pandangan masing-
masing mengenai hubungan antara manusia, Tuhan
& alam.
TEOLOGI/KEPERCAYAAN/AKIDAH

 Teologi adalah hasil daripada proses pertimbangan &


penilaian akal manusia yang berkaitan dengan ketuhanan,
keagamaan & kerohanian.
 Setiap manusia mempunyai kepercayaan sendiri ber-
dasarkan kedudukan geografi dan latar belakang kebuda-
yaan. Contoh, bangsa Eropah menganut agama Kristian,
Bangsa Arab di Timur Tengah menganut agama Islam.
 Persoalan penting yang sering dibangkitkan & jawapan
diberikan adalah rencam.
 Pertembungan antara pemikiran berdasarkan sains &
metafizik berlaku dalam menjelaskan perkara ini.
 Mereka yang berpegang kepada konsep empirikal
sebagai sumber, percaya kepada konsep evolusi
Darwin.
 Mereka yang berpegang kepada metafizik pula
percaya kepada perkara yang disampaikan oleh
agama masing-masing.
KEROHANIAN

 Kerohanian merujuk kepada perkara-perkara berkaitan dengan roh


(spiritual).
 Berkait rapat dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan
emosi & pertimbangan akal secara logik.
 Agama sangat menekankan konsep kerohanian kerana inilah
sumber pegangan moral manusia secara umum.
 Kepentingan aspek rohani dalam pembangunan insan sangat
berkait rapat dengan hubungan manusia dengan Tuhan.
 Dari perspektif Islam, keimanan & kepercayaan kepada Tuhan yang
didasari oleh hakikat tauhid yang sebenar dapat dihasilkan melalui
antaranya ialah menginsafi kebesaran & keesaan Allah S.W.T,
memelihara kesucian agama dengan menegakkan syariat agama
serta yakin balasan akhirat di atas setiap perbuatan di dunia.
ALIRAN PEMIKIRAN ATAU KEPERCAYAAN
METAFIZIK

Aliran pemikiran atau kepercayaan berkaitan dengan metafizik:


teisme, ateisme & agnostisisme.
 Teisme – kepercayaan akan wujudnya Tuhan atau dewa dewi.
 Monoteisme – kepercayaan akan wujudnya hanya SATU
Tuhan.
 Ateisme – kepercayaan yang menafikan Tuhan.
 Agnostisisme – wujud atau tidaknya Tuhan adalah sesuatu
yang tidak diketahui & tidak dapat diketahui.
 Politeisme – kepercayaan kepada banyak Tuhan & dewa-dewi.
 Pluralisme – kepercayaan yang menerima semua agama-
agama yang ada sebagai benar.
 Atomisme – kepercayaan bahawa dunia fizikal
terbentuk daripada komponen atom yang tidak boleh
dirungkai.
 Occasionalisme – kepercayaan bahawa jiwa & tubuh
tidak berhubung dalam hubungan sebab & musabab
tetapi hanya dimungkinkan dengan perantaraan Tuhan.
 Realisme – kepercayaan terhadap dunia tanpa ilusi
atau sebarang penjelasan tertentu. Dunia seadanya.
 Idealisme – kepercayaan bahawa realiti tidak boleh
dipisahkan daripada kefahaman & persepsi manusia.
 Nominalisme – kepercayaan bahawa konsep umum
tentang sesuatu perkara tidak menunjukkan perkara
sebenar.
METAFIZIK UNTUK KEMAJUAN ILMU

 Ahli falsafah merujuk perbincangan mengenai metafizik


kepada akal.
 Ahli sains menjadikan pancaindera sebagai asas rujukan
dalam membincangkan metafizik.
 Ahli agama menjadikan wahyu sebagai teras kepercayaan
dalam perbincangan metafizik.
Ketiga-tiga ini saling menguatkan dalam mencari kebenaran &
mencapai kebahagiaan dalam kehidupan.
 Pandangan berkaitan metafizik:
- Positivisme – sains merupakan satu-satunya pengetahuan
yang sah.
- Empirisme – fakta empirikal adalah pernyataan paling kukuh
untuk menerangkan tujuan pengetahuan.
 Pandangan tersebut tidak boleh diterima secara mutlak
kerana terdapat pelbagai kejayaan besar dicapai oleh
saintis yang berpegang teguh kepada ajaran agama &
kepercayaan kepada metafizik.
 Secara umumnya, agama & pegangan isme memisah-
kan sains & metafizik.
 Islam tidak menganggap sains terpisah daripada ajaran
agama yang disampaikan melalui wahyu.
 Islam menyeru supaya manusia sentiasa mempunyai
sifat ingin tahu & bertanya tentang alam, kewujudan
manusia & hubungan dengan Pencipta.
 Kaedah saintifik & empirikal perlu dipelajari & diambil
manfaat untuk kemajuan manusia.
 Tiada pertentangan antara
sains & agama jika manusia
memahami dengan baik &
mampu menggunakan
kebijaksanaan akal di tempat
yang benar.
 Berpandukan ajaran yang
dipegang dalam agama
masing-masing, gunakanlah
kepercayaan metafizik untuk
lebih mendalami ilmu.

Anda mungkin juga menyukai