Anda di halaman 1dari 5

(TAJUK 1L) MTQSS 2019

PERISTIWA NUZUL AL-QURAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Terima kasih Pengerusi Acara. Barisan yang hakim yang bijaksana.
Guru-guru dan rakan semua.

Peristiwa Nuzul Al-Quran.

Al-Quran ialah kalam Allah yang diturunkan sebagai mukjizat kepada Nabi
Muhammad SAW.

Ia diturunkan dalam Bahasa Arab dan membacanya merupakan satu ibadah.

Diturunkan kitab suci Al-Quran ( Nasyid )


Kepada lisan Nabi junjungan
Jibril membawa penuh ketertiban
Pada malam 17 Ramadhan

Surah al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud :


Bulan Ramadhan di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk buat
manusia & penjelasan kepada petunjuk & pemisah.

Ya rakan-rakan…

Bacalah al-Quran penuh penghayatan.


Penganjuran Majlis Tadarus Al-Quran pada setiap tahun adalah bukti penghayatan
kita kepada Al-Quran.

Kawan-kawan,

1
Pada mulanya…

Kitab al-Quran telah diturunkan ( Nasyid )


Dari Luh Mahfuz, penuh keagungan
Ke Baitul ‘Izzah penuh kemuliaan
Secara sekaligus penuh ketertiban

Tahukah kawan-kawan di manakah letaknya Luh Mahfuz dan Baitul Izzah?

Ya… Kita wajib percaya bahawa Luh Mahfuz ialah tempat mulia yang terkumpul
di dalamnya segala ketentuan Allah untuk semua makhluk-Nya.

Sementara Baitul Izzah pula ialah satu tempat di langit yang tidak diketahui
kedudukannya secara tepat.

Surah al-Buruj, ayat 21 dan 22 yang bermaksud :


Bahkan ia adalah Quran yang mulia.
Yang tersimpan di Luh Mahfuz.

Ya rakan-rakan…

Pelihara kesucian al-Quran kerana ia berasal dari tempat yang mulia.

Lihat sahaja naskhah al-Quran yang terpelihara daripada terbakar dalam kejadian
kebakaran di Maahad Tahfiz baru-baru ini.

Kawan-kawan,

Setelah itu…
Barulah al-Quran diturunkan dari Baitul ‘Izzah ke langit dunia melalui perantaraan
Malaikat Jibril yang mulia.

Pada peringkat ini, al-Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi


junjungan.
2
Ada hikmah pada setiap kejadian ( Sajak )
Al-Quran menjelaskan menjawab persolalan
Mengikut peristiwa, ayatnya diturunkan
Begitulah keagungan kitab suci al-Quran
Mudah difahami dan menjadi hafazan
Diturunkan pada malam yang penuh keberkatan

Surah ad-Dukhan, ayat 3 yang bermaksud :


Sesungguhnya Kami telah menurukannya pada malam yang berkat.
Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan.

Ya rakan-rakan…

Renungilah hikmah penurunan al-Quran.


Setiap kejadian pasti ada tujuan.

Hari ini Program Tahfiz Muda mendidik anak-anak menghafaz dan menghayati al-
Quran.

Kawan-kawan,

13 tahun diturunkan di Mekah ( Syair/Nasyid )


10 tahun bersambung di Madinah
Menghuraikan aqidah, syariah dan sirah
Surah tersusun Makkiyah dan Madaniyah

Al Quran mengandungi 86 buah surah Makkiyah dan 28 buah surah Madaniyah.

Wahyu yang pertama? Ya…


Bermulanya wahyu pertama al-Quran ( Pantun )
3
Surah al-‘Alaq terkandung pengajaran

Surah al-‘Alaq, ayat 1-5 yang bermaksud :


Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.
Yang menciptakan manusia daripada segumpal darah.
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mulia.
Yang mengajar dengan pena.
Mengajar manusia apa yang tidak diketahui.

Ya rakan-rakan…

Amalkan budaya membaca dalam kehidupan.

Amalan Bacaan Nilam di sekolah-sekolah, kita jayakan.

Kawan-kawan,

Begitulah Peristiwa Nuzul Al-Quran ( Nasyid )


Diturunkan ayatnya penuh ketertiban
Membacanya beroleh pahala & ganjaran
Satu hurufnya sepuluh kebaikan

Marilah membaca al-Quran setiap hari, walaupun sedikit.


Kata pepatah, ‘Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.’

Oleh itu kawan-kawan…


Jadikanlah al-Quran sebagai panduan ( Pantun )
Kelak hidupmu mendapat keberkatan

4
Sekian. Wabillahittaufiq walhidayah.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai