Anda di halaman 1dari 4

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

(Berdasarkan Kitaran – PERHATI- REFLEKSI-RANCANG- TINDAKAN)

MEMBUAT PEMERHATIAN
[Kitaran 1 (a)]

Hasil pemerhatian saya semasa mengajar di kelas eS1 bagi mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Saya dapati bahawa murid saya tidak mempunyai
kemahiran untuk mengurus diri dengan baik terutamanya ketika hendak ke
tandas untuk membuang air kecil atau besar.

Hal ini dapat ditunjukkan melalui sikap yang ditunjukkan oleh murid tersebut.
Murid sering menunjukkan tingkahlaku yang sukar untuk dikawal seperti tantrum
dan mengamuk. Ada juga keadaan dimana murid membuang air kecil di dalam
seluar dan di luar kelas iaitu di tepi longkang.

REFLEKSI
[Kitaran 1 (b) ]

Hasil daripada pemerhatian tingkah laku murid dan temu bual bersama dengan
ibubapa, guru-guru dan pembantu pengurusan murid berdasarkan isu murid
yang takut untuk ke tandas dan menunjukkan tingkah laku tidak terkawal.

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid tersebut ialah kerana murid
mempunyai masalah fobia di sekolah lama tentang tandas dan juga seorang yang
takut dengan gelap.
Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana kerana tidak dapat
mengenalpasti punca masalah ini lebih awal.

Daripada refleksi di atas, didapati bahawa murid tidak dapat menguasai


kemahiran mengurus diri dan takut untuk ke tandas adalah disebabkan faktor
masa lalu dan perlu dibantu untuk memberi peluang kepada murid untuk belajar
berdikari dan melawan perasaan fobia tersebut.

Jika perkara/masalah ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan
terus fobia dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah dan
mengurus diri dengan baik semasa ke tandas. Murid juga akan terlepas peluang
untuk belajar berdikari dan tahu untuk menjaga kebersihan diri secara tidak
langsung. Bagi mengatasi masalah ini, saya akan mencuba untuk membantu
murid tersebut melawan perasaan fobia dan cuba untuk ke tandas secara
beperingkat tanpa perlu di paksa atau dalam keadaan mengamuk serta tantrum.
MERANCANG
[Kitaran 1 (c)]

Objektif kajian :-
MEMBANTU MENGATASI MASALAH MENGURUS DIRI KE TANDAS MURID
AUTISME

●Murid dapat mengurus diri dengan baik di tandas tanpa menunjukkan


tingkahlaku tidak terkawal seperti menangis, mengamuk atau tantrum.
●Murid dapat melawan perasaan fobia akibat insiden masa lalu.
●Murid dapat tahu cara menjaga kebersihan diri sendiri.
●Guru dapat mengendalikan masalah utama murid dan mengajar tentang cara
mengurus diri dengan bentuk bersama separa bimbingan.

Saya merancang mendapatkan data dengan menggunakan kaedah (metodologi) :


i Pemerhatian
ii. Temubual
iii. Borang Perekodan dan Kekerapan Peristiwa (Event Recording)

ANALISIS DATA yang akan saya gunakan untuk menentukan kejayaan ialah
dengan melihat kadar kekerapan murid menunjukkan tingkah laku negatif atau
tidak terkawal sekiranya diminta untuk mengurus diri di tandas mengikut tempoh
masa yang telah ditetapkan.

Saya akan melaksanakan aktiviti/intervensi seperti berikut :

Aktiviti 1 : Meransang pengetahuan dan pengetahuan sedia ada murid tentang


tandas.

Langkah 1 : Saya akan menggunakan medium elektronik dan imej gambar


tandas. Murid akan diperkenalkan tentang jenis dan fungsi tandas.

Langkah 2 : Saya akan menunjukkan video dan menyediakan permainan video


tentang tandas dan cara pengurusan diri dengan betul.

Aktiviti 2 : Meransang kesediaan murid ke tandas

Langkah 1 : Saya akan membuat jadual pengurusan diri ke tandas dengan semua
murid kelas tersebut. Oleh itu, murid akan dapat melihat sendiri rakan yang lain
menggunakan tandas.

Langkah 2 : Saya akan menerangkan dan memberi ruang kepada murid untuk
biasa dengan suasana persekitaran.
MELAKSANAKAN TINDAKAN
[Kitaran 1 (d) ]

Berdasarkan perancangan tindakan yang telah saya tetapkan , saya laksanakan


aktiviti/intervensi seperti berikut :

Aktiviti 1 : Meransang pengetahuan dan pengetahuan sedia ada murid tentang


tandas menggunakan BBM elektronik dan kad gambar.

Langkah 1 : Saya akan menggunakan medium elektronik dan imej gambar


tandas. Murid akan diperkenalkan tentang jenis dan fungsi tandas.

Langkah 2 : Saya akan menunjukkan video dan menyediakan permainan video


tentang tandas dan cara pengurusan diri dengan betul.

Intervensi ini akan dilaksanakan secara berkala mengikut tempoh masa yang
ditetapkan. Disebabkan murid mempunyai masalah tumpuan singkat, oleh itu
15minit adalah masa maksimum untuk dikongsikan tentang penggunaan tandas.

Saya akan memperuntukkan masa untuk meransang kesediaan murid


menggunakan bahan soft copy dan hard copy bersama dengan bantuan guru-
guru dan pembantu pengurusan murid.

Aktiviti 2 : Meransang kesediaan murid ke tandas menggunakan jadual ke tandas


secara berkala.

Langkah 1 : Saya akan membuat jadual pengurusan diri ke tandas dengan semua
murid kelas tersebut. Oleh itu, murid akan dapat melihat sendiri rakan yang lain
menggunakan tandas.

Langkah 2 : Saya akan menerangkan dan memberi ruang kepada murid untuk
biasa dengan suasana persekitaran.

Intervensi ini akan dilaksanakan secara tersusun mengikut jadual yang disusun
mengikut waktu. Murid perlu pergi ke tandas bersama-sama dengan rakan yang
lain. Pendedahan daripada aspek kebersihan akan diselitkan semasa aktiviti.

Saya akan memperuntukkan masa pada setiap hari dan bilangan waktu ke tandas.
Selain daripada jadual, saya juga akan merekodkan tingkah laku yang ditunjukkan
mengikut jadual bagi merekod pengurangan tingkah laku tidak terkawal semasa
ke tandas.
MEMBUAT PEMERHATIAN
[Kitaran 2 (a) ]

Perbandingan Pengurangan Tingkah Laku Tidak Terkawal

TINGKAH LAKU PRA PASCA PENGURANGAN


SUBJEK TINGKAH LAKU

Menangis 20 3 17

Tantrum dan mengamuk 13 4 9

Kencing dalam seluar 7 2 5

Berdasarkan analisis keseluruhan pada jadual di atas, terdapat perbezaan


signifikan antara data pra dan data pasca selepas intervensi penggunaan BBM
elektronik dan penjadualan ke tandas. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa
data yang diperoleh berjaya menjawab soalan kajian iaitu sejauh manakah
penggunaan BBM dan jadual pengurusan ke tandas dapat membantu
mengurangkan masalah tingkahlaku tidak terkawal untuk ke tandas?
Kesimpulannya, jelaslah bahawa bagi membentuk tingkah laku seseorang
individu bukanlah tugas yang mudah. Oleh itu, sesuatu tingkah laku haruslah
dibentuk daripada peringkat awal dan dipupuk secara berterusan.

Namun begitu terdapat perancangan yang boleh saya gunakan pada masa
hadapan. bagi mengurangkan masalah tingkahlaku tidak terkawal. Cadangan yang
pertama ialah saya boleh mengaplikasikan penggunaan token ekonomi dalam
meningkatkan tingkahlaki positif murid. Peneguhan yang sebaik-baiknya adalah
peneguhan positif seperti pemberian ganjaran, sama ada berbentuk pujian,
tepukan mahupun pemberian token. Menurut Mok Song Sang (2008) dalam
konteks psikologi pendidikan, penggunaan ganjaran adalah lebih berkesan
berbanding denda.

Hal ini adalah kerana ganjaran akan memberi kesan peneguhan secara
langsung, manakala denda pula membawa kesan secara tidak langsung. Token
ekonomi merupakan ganjaran atau peneguhan positif yang diberikan kepada
murid sekiranya memenuhi syarat-syarat yang diberikan. Namun, sekiranya murid
gagal memenuhi syarat-syarat yang ditentukan token akan ditarik balik.
Penggunaan token ini berpotensi untuk memberi ransangan kepada murid supaya
sentiasa memberi kerjasama dan tidak menunjukkan tingkahlaku yang negatif
serta tidak terkawal. Para guru dan pembantu pengurusan murid hendaklah
berganding bahu semasa melaksanakan program token ini.

Anda mungkin juga menyukai