Anda di halaman 1dari 2

KESIMPULAN

Al Ijarah merupakan akad yang memindahkan hak guna atas barang dan manfaat
melalui pembayaran upah sewa, tanpa diikuti dengan pemindahan hak milik atas sesuatu perkara
itu sendiri. Tetapi pada zaman sekarang wujudnya konsep sewa dan beli iaitu satu konsep yang
menggaitkan antara sewa dan jual beli. Konsep pemindahan sewa ke pemilikan hak milik ia
membuat Ijarah ini berbeza dengan ijarah biasa. Ijarah ini mempunyai pelbagai jenis, bergantung
kepada persetujuan antara dua belah. Misalnya, al-ijarah dan jual beli iaitu nilai sewa yang
mereka tetapkan dalam al ijarah, harga barang dalam transaksi jual beli dan bila pemilikan
dilakukan. Sebagai contoh, pembiayaan kenderaan biasanya di aplikasikan oleh bank syariah
dengan membuat pindahan barang hak milik sah barang yang disewakan. Tetapi memerlukan
akad penjualan pada setiap bahagian yang dijual kepada penyewa.

Ijarah mempunyai dua bahagian, iaitu Ijarah terhadap fizikal atau sewa-menyewa,
dan juga Ijarah ke atas manfaat yang tidak nampak atau upah-mengupah. Bahagian ijarah ini
diguna pakai oleh masyarakat islam di dunia pada zaman ini. Tetapi tidak dipraktikan secara
meluas masyarakat hanya mengunakan separuh sebagai panduan. Aplikasi ini biasanya di
lakukan oleh bank Syari’ah seperti Bank Muamalat membiayai jasa tenaga kerja bangunan untuk
pembangunan rumah pada tahun 1999 dan bank memberikan kemudahan penyewaan barang-
barang berat untuk keperluan.

Ijarah terhadap fizikal atau sewa menyewa atau dipanggil Ijarah al maqsudah (al ain)
bisanya digunakan dalam masyarakat ke atas barang mubah seperti kenderan,rumah dan lain lain,
tetapi ijarah dilarang digunakan pada benda-benda yang haram, Allah Ta’ala berfirman:

ِ ‫ض ْال َحيَا ِة ال ُّد ْنيَا ۚ َو َمن يُ ْك ِرهه َُّّن فَِإ َّن هَّللا َ ِمن بَ ْع ِد ِإ ْك َرا ِه ِه َّن َغفُو ٌر ر‬
‫َّحي ٌم‬ َ ‫َواَل تُ ْك ِرهُوا فَتَيَاتِ ُك ْم َعلَى ْالبِغَا ِء ِإ ْن َأ َر ْدنَ تَ َحصُّ نًا لِّتَ ْبتَ ُغوا َع َر‬

“… Dan janganlah kamu paksa budak-budak wanitamu untuk melakukan pelacuran, sedang
mereka sendiri menginginkan kesucian, karena kamu hendak mencari keuntungan duniawi. Dan
barangsiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang (kepada mereka) sesudah mereka dipaksa (itu).” [An-Nuur: 33]
Sebagai contoh, manfaat terhadap barang sewaan yang biasa diaplikasikan pada masa sekarang
ialah apabila seseorang menyewa kenderaan seperti perkhidmatan kereta sapu ia boleh
memanfaatkan mengikut kesesuaiannya mahupun untuk diri sendiri atau orang lain dan boleh
disewakan lagi atau dipinjamkan terhadap orang lain.

Ijarah terhadap manfaat yang tidak nampak atau upah mengupah atau juga
dikenali sebagai al mu’lumah ( al manfa’i). Ijarah ini melibatkan pembayaran ke atas sesuatu
perkerjaan yang dibuat atau dilakukan dengan mengunakan tenaga. Sebagai contoh,
perkhidmatan menjahit pakaian, membina rumah, dan lain-lain lagi. Ayat berikut berdsarkan
ijarah upah mengupah menurut Q.S. Az Zukhruf ayat 32:

ٗ ‫ضهُم بَ ۡع‬
‫ضا‬ ٖ ‫ض َد َر ٰ َج‬
ُ ‫ت لِّيَتَّ ِخ َذ بَ ۡع‬ ٖ ‫ق بَ ۡع‬ َ ‫ضهُمۡ فَ ۡو‬ َ ‫ك ن َۡحنُ قَ َسمۡ نَا بَ ۡينَهُم َّم ِعي َشتَهُمۡ فِي ۡٱل َحيَ ٰو ِة ٱل ُّد ۡنيَ ۚا َو َرفَ ۡعنَا بَ ۡع‬
َ ۚ ِّ‫َأهُمۡ يَ ۡق ِس ُمونَ َر ۡح َمتَ َرب‬
٣٢ َ‫ر ِّم َّما يَ ۡج َمعُون‬ٞ ‫ك خ َۡي‬ َ ِّ‫ت َرب‬ ُ ‫س ُۡخ ِر ٗيّ ۗا َو َر ۡح َم‬

“Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka
penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan Kami telah meninggikan sebahagian mereka
atas sebagian yang lain beberapa derajat, agar sebagian mereka dapat mempergunakan sebagian
yang lain. dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.”

Sumber:
 https://almanhaj.or.id/1640-ijarah-sewa-menyewa.html
Zulkifli Mohammad al-Bakri,Kewangan islam dalam Fiqh Syafi’I ( Kuala Lumpur: IBFIM 2011)
Mohd Sabri Abdul Ghafar, ‘Pembiayaa Ijarah dalam Sistem Perbankan islam di Malaysia,’
(Thesis kedoktoran ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2006)

Anda mungkin juga menyukai