Anda di halaman 1dari 5

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 1

PEPERIKSAAN : KUIZ 2020

KAMPUS : BAHASA MELAYU

ANGKA GILIRAN : 2 0 2 0 1 9 2 3 1 0 1 2 4

KOD KURSUS : PIM1024


KURSUS : PENGANTAR ILMU AKIDAH
MASA : 30 MINIT
JUMLAH MARKAH : 15

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi satu bahagian:


Bahagian A : 3 soalan esei [15 markah]
2. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words
menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod
kertas peperiksaan di sebelah kanan header .
3. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi
peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

4. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

5. Calon hendaklah muat naik skrip jawapan ke dalam Google Clasroom pada
masa yang telah ditetapkan.

6. Calon yang gagal menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah dikira
telah gagal dalam peperiksaan.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 5 HALAMAN BERCETAK

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT PIM1024

BAHAGIAN A

JAWAB SEMUA SOALAN

Soalan 1:

Syeikh Prof Dr Ali Jumuah (2011)mentakrifkan akidah yang sahih adalah segala perkataan

dan perbuatan yang dilakukan oleh umat Islam sesuai dengan dalil syarak. Ilmu akidah

sangat penting kerana ianya adalah asas serta teras beribadah, kepercayaan dan keyakinan

kepada Allah SWT.

Berikan takrif akidah dalam Islam dan berikan penjelasan bagaimanakah akidah Islam boleh

terbatal.

(5 Markah)

Soalan 2:

Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni(2000) telah menjelaskan bahawa, Allah SWT telah

mengutuskan nabi dan juga rasul untuk menjadi qudwah hasanah kepada manusia sebagai

asas keimanan kepada Allah SWT.

Bincangkan, bagaimanakah Rukun Iman dan Rukun Islam dapat membina keimanan dan

keyakinan dalam diri anda.

(5 Markah)

Soalan 3:

Dakwah Rasulullah SAW kepada para sahabat pada permulaan perkembangan Islam

adalah melalui dakwah secara rahsia bertujuan untuk membina teras keyakinan iman yang

kukuh dan mantap. Usaha ini diteruskan kepada zaman sahabat sehinggalah pada zaman

Bani Umayyah dan kemunculan mazhab-mazhab dalam Islam.

2 SULIT
© 2020Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PIM1024

Gambarkan bagaimanakah kesan penghayatan akidah umat Islam masa kini dengan

mengambil iktibar daripada keutuhan akidah zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.

(5 Markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

3 SULIT
© 2020Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PIM1024

FARHAN HAKIMI BIN NARIZAM

Soalan 1

1. Takrif akidah dalam islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap allah
sebagai tuhan, beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari akhirat
dan qada dan qadar. Akidah islam boleh terbatal iaitu dengan tiga perkara iaitu
pegangan, percakapan, dan perbuatan. Pertama, melalui pegangan iaitu seseorang
boleh terbatal akidahnya dengan mempercayai bahawa terdapat tuhan selain allah.
Hal ini dapat menjadikan seseorang itu murtad. Kesannya, diri seseorang akan
dipandang serong oleh masyarakat. Kedua, melalui percakapan, seseorang itu boleh
terbatal akidahnya dengan memepersendakan hukum-hukum syara’ dalam agama.
Contohnya, seperti mewujudkan hukum-hukum syarak yang tidak berlandaskan
agama. Kesannya, ia akan membuatkan permusuhan dan perselisihan dalam
agama islam dan mudak dirobek oleh agama lain. Ketiga, melalui perbuatan
seseorang itu boleh terbatal akidahnya iaitu dengan menyembah perkara lain selain
allah. Contohnya mengikuti upacara hari ahad yang kebiasaannya dilakukan di
gereja. Kesannya, perkara ini juga dapat memalukan agama dan memperendahkan
martabat islam berbanding agama lain.

2. Rukun Iman dan Rukun Islam dapat membina keimanan dan keyakinan
dalam diri saya ialah dengan menjadi pegangan serta hujah untuk menentang
ideologi agama lain. Contohnya, melalui hujah, kita dapat menggunakan rukum iman
dan rukum islam dengan sebaiknya serta berasa bertanggungjawab untuk
melindungi keimanan. Kesannya, dalam masa yang sama pegangna kita terhadapa
agama islam dapat lagi dipertingkat. Selain itu, rukum iman juga dapat
mendisiplinkan diri kita untuk sentiasa mempercayai keenam perkara di dalamnya.
Hal ini ialah, apabila kita mempercayai perkara-perkara ini, ia akan membuatkan kita
menjadi takut untuk melakukan maksiat atau perkara munkar yang berkaitan
dengannya. Dalam jangka, masa yang lama secara tidak langsung, ikitiqad di dalam
diri berkaitan agama islam dapat dikuatkan. Seterusnya, rukun islam dapat
dipraktikkan sebagai wadah atau cara untuk menjadi mukmin sejati. Misalnya,
dengan wujudnya rukun islam, kita dapat mengetahui aturan agama iaitu syahadah,
solat, puasa, zakat dan menunaikan umrah. Dalam masa yang sama, kita dapat
merasa betapa tersusunnya agama islam dan membuatkan pegangan kita menjadi
lebih kuat.

4 SULIT
© 2020Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PIM1024

3. Kesan penghayatan akidah umat Islam masa kini dengan mengambil iktibar
daripada keutuhan akidah zaman Rasulullah SAW dan para sahabat ialah dengan
menjadikan rasullullah sebagai rujukan utama berkaitan aqidah. Contohnya apabila
wujudnya sesuatu perkara yang tidak difahami berkaitan akidah, para sahabat akan
terus menemui nabi dan bertanyakan kepadanya. Pada masa kini, penghayatan ini
terus dilakukan. Hal ini ialah dengan menjadikan ulama sebagai perujuk akidah dan
bukannya seseorang yang tidak faqih. Hal ini disebabkan rasulullullah pernah
bersabda bahawa ulama merupakan pewaris para nabi. Kesannya, akidah kita tidak
akan terseleweng selagi merujuk kepada sumber yang sah. Selain itu, akidah pada
masa para sahabat ialah berlandaskan al quran dan hadith. Hal ini dengan
menjadikan dua perkara ini sebagai pegangan yang kuat. Pada masa kini,
penghayatan ini juga telah dipraktikkan dalam masyarakat dengan terbuktinya
wujudnya hukum-hukum yang berkaitan pandemic kovid 19 bagi ibadah. Dengan
wujudnya akidah mempercayai al quran dan hadith sebagai pegangan, ia akan
membuatkan diri kita menjadi takut untuk mencipta hukum-hukum Syariah
sewenang-wenangnya. Kesannya, hukum-hukum ini dapat diterima oleh hati dengan
sepenuhnya seterusnya menjadi logik kepada akal untuk diikuti.

5 SULIT
© 2020Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai