Teks Pengacara Majlis Lestari Kasih Sanjungan Budi
Teks Pengacara Majlis Lestari Kasih Sanjungan Budi
PERKARA UCAPAN
PENGUMUMAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
PERTAMA
(BERI
Mohon perhatian, saya minta jasa baik hadirin untuk senyap dan memastikan
PERINGATAN
telefon bimbit anda berada dalam pengaturcaraan senyap. Majlis kita akan
KEPADA
bermula sebentar sahaja lagi. Terima kasih
HADIRIN)
Mengalu-alukan ketibaan
PENGUMUMAN
Yang Berusaha, En Muhammad Safuan Chai bin Abdullah dan dif-dif
KETIBAAN VIP,
kehormat serta tetamu jemputan ke perkarangan majlis.
DIF-DIF
KEHORMAT
(VIP mengambil tempat duduk masing-masing)
DAN TETAMU
JEMPUTAN.
Hadirin dipersilakan duduk.
SALUTASI Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
ِيم
ِ الرح َّ ِ ِب ْس ِم هَّللا
َّ الر ْح َم ِن
Saya, Muhammad Firdaus bin Omar, pengacara majlis anda pada hari ini.
Sebenarnya, tidak lengkap majlis ini tanpa peneman saya disisi. Sudah saya
bergaya mengenakan busana pengantin kuning diraja, segak bertanjak,
berkeris di pinggang tetapi apakan daya, belum jodoh lagi untuk saya
mempunyai teman kata Yang Maha Esa. Maka, berdirilah saya keseorangan,
mengemudi majlis ini.
BACAAN DOA
Gosok tembaga sampai berkilat,
Nampak cahayanya semakin hebat,
Majlis kita insya-Allah berkat,
Bersulam dengan rahim dan rahmat.
Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis menjemput Ustaz Azmi
bin Md Yusof untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Aamiin Aamiin Aamiin YRA.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Azmi bin Md Yusof atas bacaan doa
sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat,
Marilah sama-sama kita alihkan pandangan kita ke layar putih untuk
TAYANGAN menyaksikan tayangan montaj sempena Majlis Lestari Kasih, Sanjungan
MONTAJ
Budi.
Sama-sama kita saksikan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati, En. Azrol Nizad Bin Mail,
Pengerusi Kelab Staf, SMK Sungai Rambai atas ucapan beliau sebentar tadi.
UCAPAN TUAN Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha,
PENGETUA En Muhammad Safuan Chai bin Abdullah untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan takzimnya, mempersilakan.
PENYAMPAIAN Diminta Tuan Pengetua untuk kekal berada di hadapan bagi sesi
SIJIL penyampaian sijil penghargaan dan hadiah kepada guru-guru SMK Sungai
PENGHARGAAN Rambai.
Kita mulakan majlis dengan penyampaian sijil penghargaan. Sijil ini
merupakan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru SMK
Sungai rambai atas sumbangan tenaga, fikiran, masa, wang ringgit dan
kerjasama yang mantap bagi merealisasikan kecemerlangan bidang
kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid sepanjang tahun 2022. Oleh itu,
majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati, En.
Azrol Nizad Bin Mail, Pengerusi Kelab Staf bagi mewakili warga pendidik
SMK Sungai Rambai untuk menerima sijil penghargaan. Dipersilakan.
DAN HADIAH
Seterusnya,penyampaian hadiah sempena ___________________________
kepada Pn Uminaterah Binti Ramly dan En Badiozaman Bin Azman.
DOA MAKAN
Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.
Games - Clown
CABUTAN Cabutan bertuah kedua
BERTUAH Dijemput Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran untuk mencabut nombor cabutan bertuah kedua
Games - Clown
Cabutan bertuah ketiga
Dijemput Tuan Haji Azhari bin Jaafar untuk mencabut nombor cabutan
bertuah ketiga
Majlis diteruskan lagi acara penyampaian hadiah bagi best dress. Dijemput
En Muhammad Safuan Chai bin Abdullah untuk menyampaikan hadiah.
BEST DRESS 1) Perempuan : ________________________________________________
2) Lelaki : ________________________________________________
3) Pasangan : ________________________________________________
Seterusnya untuk grand prize kita pada hari ini.
1) Emas - 0.25 gram : Nombor __________
CABUTAN
2) Emas - 0.5 gram : Nombor __________
BERTUAH
3) Emas - 1 gram : Nombor __________
GRAND PRIZE
4) Emas - 1/4 Dinar : Nombor __________
5) Emas - Loket emas : Nombor _________
PENUTUP Hadirin sekalian,
Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga persahabatan tersimpul rapi.
Mudah-mudahan kita berjumpa lagi.
Saya selaku pengacara majlis anda ingin memohon ampun dan maaf
sekiranya terdapat kesilapan tutur kata dan sebarang kekurangan dalam
majlis ini.