Anda di halaman 1dari 2

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, ketika baginda Nabi

Muhammad SAW sedang beribadat di Gua Hira’.

Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui
perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Turunnya Al-Quran secara keseluruhannya bukanlah sekadar untuk dibaca semata-mata


walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah SWT, tetapi
turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh
manusia agar sejahtera dunia dan juga akhirat.

Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat
selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya
(Sunnah Nabi SAW).”

cerita-cerita yang dihidangkan di dalam Al-Qur`an adalah bersifat pendidikan, pengajaran,


contoh tauladan, menjadi iktibar, menuntut berfikir, menjadi pedoman dan panduan

Nabi Adam adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah. Nabi Adam dimulai ketika
ia dan istrinya, Hawa, diusir dari surga karena melakukan kesalahan dengan makan buah
yang dilarang oleh Allah. Meskipun diusir dari surga, Nabi Adam tidak menyalahkan atau
meratapi nasibnya. Sebaliknya, dia memohon ampun dan taubat kepada Allah. Kita dapat
belajar dari cara Nabi Adam dalam mengakui kesalahan, meminta ampun kepada Allah,
berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan, bersyukur dan bersabar. Dengan mengikuti
cara ini, kita dapat menjadi lebih baik dalam menjalani hidup dan meraih pertobatan dari
Allah.

surah Al-Maidah - Qabil dan Habil yang diperintahkan mempersembahkan korban


kepada Allah. kedua-dua adik-beradik itu meletakkan korban masing-masing. Habil
memberikan korban yang terbaik kerana dia pengembala kambing. Dia memberikan
kambing paling elok dan gemuk sebagai persembahan kepada Allah. Manakala Qabil yang
juga abang kepada Habil adalah petani. Malangnya, dia memberikan hasil pertaniannya
yang sudah rosak selain korban yang dilakukan atas dasar hasad dengki. Lalu Allah
menurunkan api dari langit dan menyambar korban Habil sebagai isyarat korban itu
diterima Allah.

malaikat dan iblis yang ada di langit pada ketika itu diperintahkan untuk sujud kepada Nabi
Adam. Seluruh malaikat sujud kepada Nabi Adam melainkan iblis. Alasannya adalah kerana
ia berasa dirinya lebih baik dari segi kejadiannya berbanding dengan Nabi Adam. Iblis
diciptakan daripada api manakala Nabi Adam diciptakan daripada tanah liat. Oleh sebab
itu, iblis dilaknat oleh Allah dan dihalau keluar dari syurga dan nikmat Tuhan. Lalu iblis
meminta izin dengan Allah untuk menggoda dan menghasut anak-anak Nabi Adam supaya
melawan Allah, tidak mengikut ajaran agama dan akhirnya menjadi kufur. Allah memberi
peluang kepada iblis untuk berbuat sedemikian sehingga hari kiamat.

FIRMAN Allah SWT, "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah
melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Jika salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua
dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar) sekalipun perkataan `Ha' dan janganlah engkau menengking menyergah
mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."
(Surah Al-Israa', ayat 23)

Sebagaimana yang kita tahu, sebab Nabi Musa pergi mencari Khidir adalah untuk mencari
ilmu iaitu ilmu yang tidak ada lagi pada dirinya. Walaupun dirinya adalahseorang nabi,
bahkan dia dikurniakan kelebihan berkata-kata terus dengan Allah swtdan juga diturunan
kepadanya Taurat yang mengandungi ilmu dan petunjuk yangbanyak di dalamnya, dia
masih tetap keluar mencari ilmu.Kesungguhan beliau dalam mencari ilmu terserlah apabila
beliau bersungguhbertanya kepada Allah swt, dimanakan dia dapat menemui khidir
tersebut. Sebagaidaie, kita sepatutnya mempunyai keinginan dalam meningkatkan ilmu
danpengetahuan kita. Ini kerana tidak kira siapa kita, sama ada raja, PM, pelajar terbaikdsb,
ilmu dan pengetahuan kita masih kurang dan tidak mencukupi.

Anda mungkin juga menyukai