Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah :
Kod Sekolah :

1. Nama Guru
ZUBAIR BIN AWWAM
2. Judul PENGIRING NABI 3. Bidang:

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Zubair berasal dari Bani Asad, merupakan anak kepada Awwam ibn Khuwailid dan Saffiyah binti
Abd Al-Muttalib. Zubair berkahwin dengan Asma binti Abu Bakar. Hasil perkahwinan ini, mereka
dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Abdullah ibn Zubair, Urwah ibn Zubair dan Ursa ibn Zubair.
Zubair memeluk Islam ketika berumur 15 tahun. Semasa Zubair memeluk Islam, diceritakan
bahawa bapa saudaranya pernah menghukum beliau dengan membalutnya di dalam tikar lalu
kakinya digantung di atas dan di bawah kepalanya api yang membara. Bapa saudaranya Naufil
memaksanya kembali menyembah berhala, tetapi walaupun disiksa berkali-kali, Zubair
menegaskan “Saya tidak akan kafir kembali sama sekali”.
Beliau adalah seorang yang terhormat. Beliau tanpa ragu berkorban ke jalan Allah. Segala harta
yang diperolehnya, terus dikembalikan kepada Islam hingga matinya hanya meninggalkan jasa.
Mendengar namanya sahajasudah cukup menggentarkan musuh. Hebatnya di medan perang
menjadikan Islam gagah dan disegani. Beliau adalah antara 10 sahabat Nabi Muhammad SAW
yang dijamin masuk syurga. Inilah kisah beliau yang dalam mencari kebenaran, mempertahankan
kebenaran dan seterusnya menyebarkan kebenaran.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Kisah ini memberi satu pengajaran iaitu kepentingan peranan Hawariy bagi perjuangan Islam.
Hawariy merupakan pembantu setia atau disebut sebagai Ansarullah. Para Anbiya’ memiliki para
poembantu bukan sekadar beriman dengannya, tetapi juga memahami kehendak dan aspirasi
baginda, malah bersedia melaksanakan segala arahan baginda bila-bila masa sahaja dan
mempertahankan baginda dari apa jua bahaya..

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Konsep Hawariy perlu diterapkan dalam organisasi. Para peminpin wajar memiliki hawariy
tersendiri yang lebih khusus dari pengikut biasa. Mereka adalah orang kepercayaan yang
membantu dari segala sudut .

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai