Anda di halaman 1dari 4

Al-Bany (Wahaby) : Muhadits sesat tanpa Sanad

Posted on March 5, 2009 by admin

METOD HADIS SONGSANG

Kitab : al-Takrif Bi Auhami Man Qassama al-Sunan Ila Sahih Wa Dhaif Karangan
Allamah Syeikh Mahmud Said Mamduh, Pegawai Penyelidik, Institut Penyelidikan,
UAE
Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albaani yang dipuja oleh golongan Salafiyyah al-
Wahhabiyyah
Dalam posting terdahulu, saya telah menulis tentang Siapa Syeikh Muhammad
Nasiruddin al-Albaani?. Saya melihat artikel ini banyak dimuatkan beberapa website
yang lain. Ia disusuli dengan komentar yang kebanyakkannya tidak ilmiyyah. Bahkan
banyak pula yang berlandaskan perasaan berbanding hujjah. Sekarang, mari kita ikuti
kenyataan Murid Kanan al-Allamah al-Imam al-Muhaddith Syeikh Abdullah bin al-
Siddiq al-Ghumari iaitu Allamah Syeikh Mahmud Said Mamduh tentang kesilapan
metodologi hadis yang diperjuangkan al-Albaani dan para muridnya. Beliau telah
mengarang banyak kitab untuk mendedahkan beberapa kesilapan metodologi Syeikh
Muhammad Nasiruddin dalam ilmu hadith.
Antara karangan beliau yang terbaru ialah : al-Ta’rif bi Awham Man Qassama al-
Sunnan Ila al-Sahih Wa al-Dhaif (Satu pengenalan bagi mereka yang mendatangkan
kesamaran dgn membahagikan al-hadith kepada Sahih dan Dhaif). Kitab ini berjumlah
enam jilid bermula bab Taharah (bersuci) sehingga bab kelebihan Makkah. Di dalam
kitab ini Allamah Syeikh Mahmud Said Mamduh berjaya menjelaskan metodologi
songsang al-Albaani satu persatu. Beliau telah mengesan hampir 1000 hadis yang telah
ditashih dan ditad’ifkan mengikut selera hawa nafsu Syeikh al-Albaani. Penjelasan ini
membuktikan Syeikh al-Albaani tidak memiliki konsistensi kukuh dalam pentashihan
hadis.

Walaupun menceburi bidang hadith, Syeikh al-Albaani sebenarnya tidak mempunyai


silsilah perguruan dalam bidang hadis secara bersanad. Jika dikaji secara teliti dalam
terjemahan biografi Syeikh al-Albaani, tidak diketahui siapakah gurunya yang
meriwayatkan hadis kepadanya. Ajaib sekali jika seseorang yang menceburi bidang
hadis tidak memiliki guru hadis yang memiliki silsilah yang sampai kepada Rasulullah
SAW.
Disamping itu, Syeikh al-Albaani juga bertanggungjawab merungkai metodologi ilmu
hadis yang telah sekian lama disusun rapi oleh para ulamak hadith. Contohnya : Para
ulamak hadis telah sepakat membahagikan hadith kepada empat bahagian utama : Iaitu
Hadith Sahih, Hadis Hasan/Maqbul (yg tidak menepati spesifikasi sahih dan tidak pula
dhaif), Hadith Dhaif dan Hadith Mauduk (Rekaan). Tetapi bila hadirnya Syeikh al-
Albaani, beliau merombak metodologi berkenaan. Lalu membahagikan hadis kepada
dua bahagian sahaja. Iaitu Hadis Sahih dan Hadith Dhaif/Mauduk (rekaan).
Bukan sekadar itu, Al-Albaani juga turut menjelaskan bahawa tidak boleh beramal
dengan hadis dhaif berkenaan. Sedangkan para ulamak menaskan : ”Para Ulamak
Hadis, Feqah dan selainnya menjelaskan : Diharuskan dan disunatkan beramal dengan
hadis dhaif di dalam kelebihan-kelebihan perkara ibadah, galakan terhadap janji-janji
baik Allah dan larangan terhadap janji-janji buruk Allah selagi mana hadis tersebut
tidak mencapai tahap hadis rekaan,”-Imam al-Suyuthi di dalam Kitabnya Tufah al-
Abrar dan Imam al-Nawawi di dalam al-Azkaar, hlm 14, Cet Dar al-Makrifah, 1996
Oleh itu, tidak pelik jika ada pihak yang membicarakan ilmu hadis, secara sombong
menolak keberhujahan hadis-hadis hasan atau hadith dhaif dalam bidang dan kelasnya
sebagaimana yang dibenarkan para ulamak hadis, feqah dan selainnya. Dakwa mereka,
hadis berkenaan tidak sahih. Atau hadis berkenaan adalah hadis dhaif. Ternyata sikap
begini tidak mencerminkan metodologi Ahl Hadis yang sebenar. Sebaliknya,
mencerminkan sikap penolakan terhadap hadis secara halus. Inilah salah satu hasil dari
pegangan Ijtihad al-alBaani yang perlu ditolak secara jujur.

Selain itu, alAlbaani juga begitu gigih ingin menilai semula hadis-hadis Nabi SAW yang
telah dinilai sahih oleh para ulamak muktabar sebelumnya. Dalam kes ini, perlu
dipertanyakan Siapa al-Albaani dan siapa gurunya? Dimana sanadnya @ silsilah
periwatannya? Dimana Standard beliau dalam disiplin ilmu hadis? Apakah beliau al-
Hafidz, al-Hakim, al-Hujjah, Pakar Ilal al-Hadis? Pendek kata, Syeikh al-Albaani juga
perlu dinilai secara Jarh dan Ta’dil oleh para ulamak yang layak menilai
penghadisannya. jadi, mengapa harus ada pihak yang menuduh kita ekstrem bila kita
ingin mengadili beliau berdasarkan metodologi Ahli Hadis yang silam? Sepatutnya, ia
bukan isu yang perlu dipertikaikan.

Kini sudah 10 tahun Syeikh al-Albaani bersemadi di Tanah Perkuburan Jabal Nasir, di
Amman, Jordan . Namun fikrah dan metodologi hadis modern yang dirintisnya
mendapat tempat dalam masyarakat disebabkan beliau pernah menjawat Mahaguru
Hadis di Universiti Islam Madinah. Memandangkan metodologi hadisnya bertepatan
dengan aliran Salafiah Wahhabiyyah, maka namanya dijulang dan beliau diberi
penghargaan serta dimasyhur ke tahap Amir Mukminin Fi al-Hadis. Muncul pula
murid-murid yang mengagung-agungkan al-Baani ke serata dunia, dengan sokongan
wang ringgit yang banyak menyebabkan fikrah al-Albaani mudah tersebar dengan
cepat. Berbanding karya ulamak yang hebat dalam pelbagai bidang tetapi kurang diberi
perhatian sesetengah pemerintah. Akhirnya, karya berkenaan terkubur begitu sahaja.

Apapun kesalahan al-baani dalam bidang hadis perlu diperjelaskan. Bukan bermaksud
bila kita membicarakan kesalahan seseorang ulamak beerti kita mencela
keperibadiannya. Tidak sebegitu, namun tujuannya ialah ingin diperbetulkan
kesilapannya. Dan memberi ingatan kepada umat ini agar tidak tersalah faham dengan
pendapat yang sememangnya salah. Apatah lagi untuk mengambil manfaat dari
metodologi songsang yang diperjuangkannya.
Justeru, diperingatkan kepada para pendakwah, penceramah @ sesiapa sahaja yang
melibatkan diri dalam bidang hadis supaya berpegang kepada metodologi yang telah
disepakti ulamak hadis. Dan usah mengambil jalan pintas untuk menghukum hadis jika
anda tidak mengetahui disiplinnya. Dikhuatiri, jika anda menukil tashih dan tashih al-
Albaani, anda akan dikenali se kapal dgn metodologi songsang ini. Dan tidak hairanlah
jika anda dituduh Wahhabiy. Atau di gam oleh negeri-negeri tertentu.

Bagi mereka yang tidak tahu apa-apa akan hal ini…dia pasti berkata : al-Albaani pun ulamak
jugak… zamihan tu siapa? Masalahnya bukan siapa saya, kita dan mereka…Tetapi
permasalahannya ialah metodologi songsang, tiada disiplin ilmu dan kesalahan seseorang perlu
diperjelaskan supaya tidak berlaku kerancuan dan salah faham sesama Islam. Lebih-lebih lagi
dalam sesuatu bidang yang melibatkan sumber perundangan Islam iaitu al-Hadith.
Wallahu’alam.

Jika kita membuka lembaran fatwa yang melibatkan al-Albaani, khususnya bab feqah, disana
terdapat beberapa fatwa syadz al-Albaani yang bertentangan Ijmak ulamak. Contohnya masalah
wajibnya dipindahkan maqam Nabi SAW dari masjid Nabawi al-Syarif kerna maqam tersebut
dianggap sebagai berhala. Nauzubillah. Ummuhatul Mukninin didakwa beliau harus utk berzina
dengan lelaki lain selepas kewafatan Nabi SAW. Umat Islam Palestin wajib keluar dari Palestin
kerana tidak berkuasa melawan Yahudi dan macam lagi fatwa pelik tapi benar2 berlaku. Dan
direkodkan dalam kitabnya. Apakah kita harus berdiam diri sahaja dan terus menyanjunginya.
Tanpa menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan beliau. Masya Allah.

http://al-ghari.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai