Anda di halaman 1dari 14

Ta’rif Al – Quran

Takrif AL – Quran dari segi Bahasa ialah bacaan qiraat. Dari segi istilah pula bermaksud Al – Quran
ialah kalam atau firman Allah yang diturunkan pada nabi dan membacanya adalah satu ibadah.

Nuzul Al – Quran

Nuzul Al -Quran merupakan satu peristiwa agung di mana Allah menurunkan Al - Quran ini secara
serentak ke langit dunia selepas itu di wahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W. pada malam
Lailatul Qadr dan penurunannya secara beransur - ansur selama 25 tahun agar mereka menerimanya
dalam keadaan sabar. Dalam sebuah riwayat Al - Quran di pisahkan dari Lauhul Mahfuz lalu di
letakkan di Baitul Izzah dari langit paling bawah lalu Jibril A.S menurunkannya kepada Nabi S.A.W
Cara penurunan Al - Quran & kitab - kitab Samawi yang terdahulu adalah berbeza dan sebab – sebab
penurunannya secara beransur - beransur itu untuk menetapkan hati Nabi S.A.W. Al – Quran
Di turunkan secara beransur - beransur supaya dapat menenangkan, melembutkan hati dan menjadi
salah satu hiburan sepanjang dakwah nabi yang penuh dengan rintangan dan cabaran sukar. Antara
hikmahnya ialah supaya ia mudah di hafal, di ingati dan di tadabbur oleh para sahabat kerana
kebanyakkan umat Islam pada ketika itu adalah mereka yang tidak tahu membaca dan menulis. Selain
itu, dapat memberi kemudahan kepada umat Islam supaya dapat mengikuti peristiwa - peristiwa yang
berlaku semasa syariat Islam di turunkan.

1
Definisi Usul Tafsir

Usul ialah kaedah, cabang, bukti dan lain - lain manakala tafsir ialah menerangkan dan menjelaskan
sesuatu.

Salah satu pendapat dari Imam Jalaludin As - Sayuti ia berkata, “Ilmu yang membahas tentang Al -
Quran dari segi hujahannya selaras dengan kehendak Allah, sekadar untuk keperluan dan kefahaman
manusia”. Tujuan usul tafsir ialah untuk mengetahui makna yang terkandung di dalam Al – Quran.
Salah satu faedah yang boleh di ambil untuk para pentafsir ialah mengeluarkan hukum dan dalil dari
Al – Quran. Ada beberapa kitab Ulum Al - Quran yang telah dikaji oleh penulis - penulis ini seperti
Majaz Al – Quran karya Abu Ubaidah Ma’mar Bin Al – Mutnanah, Ijaz Al – Quran karya Al –
Mawardi dan I’rab Al – Quran karya Muhammad Bin Mustanir. Pada zaman Rasulullah kerja
mentafsir Al - Quran itu dilakukan oleh rasulullah sendiri kerana baginda masih hidup dan
perkembangan ilmu tafsir terbahagi kepada empat. Antaranya ialah, zaman Rasulullah, zaman
sahabat, zaman Tabi’in dan zaman Tabi’ Tabi’in.

2
 Tafsir Zaman Rasulluah

Pengasas tafsir pada zaman ini ialah Rasulullah sendiri dan Rasulullah juga ditugaskan supaya
mentafsir, menyampai dan semua orang merujuk pada Rasulullah dan Rasulullah juga melarang untuk
menulis atau membukukan tafsir pada zaman ini supaya tidak bercampur dengan Al - Quran dan pada
zaman ini juga, sumber tafsir ada dua iaitu Al – Quran dengan Al – Quran dan Al – Quran dengan
Hadith.

3
 Tafsir Zaman Sahabat

Pada zaman ini sahabat adalah golongan yang paling mengetahui Al - Quran selepas Rasulullah
S.A.W., para sahabat menjadi tempat rujukan utama apabila berlakunya perselisihan dan
kemusykilan terhadap ayat Al – Quran dan pada zaman ini juga, kitab tafsir masih lagi belum di
bukukan. Nama - nama sahabat yang terkenal pada zaman ini ialah :

 Khulafa’ Ar – Rasyidin
 Zaid Bin Thabit
 Ubay Bin Ka’ab
 Ibnu Mas’ud
 Ibnu Abbas Abdullah Bin Zubair

Mereka mentafsirkan Al – Quran mengikut suasana, peristiwa, tahap penguasaan bahasa yang tinggi
dan kefahaman aqidah yang mantap. Sumber tafsir sahabat pada zaman ini terbahagi kepada empat.
Antaranya ialah Al – Quran, Ijtihad, Istinbat, Al – Hadith dan Sumber Ahli Kitab. Maksud – maksud
di dalam Al – Quran menunjukkan secara umum yang menyebabkan ada sebahagian para sahabat
tidak mempunyai kesefahaman yang sama dan mereka terpaksa merujuk kepada Rasulullah sendiri
untuk mencari jawapan.

4
 Tafsir Zaman Tabi’in

Rasulullah dan sahabat hanya mentafsir ayat - ayat yang sulit sahaja. Telah timbul masalah baru yang
tidak pernah terjadi pada zaman Rasulullah dan sahabat. Pada zaman tersebut, pentafsiran Al – Quran
berkembang dengan begitu pantas dan lahirnya lebih ramai tokoh tafsir, negara Islam sudah
berkembang luas dan para Tabi’in mengambil kesempatan untuk meluaskan lagi ilmu tafsir. Walau
bagaimanapun, tafsiran Tabi’in tidak di kumpulkan di dalam satu himpunan dan tidak tersusun serta
tafsiran tersebut telah dicampur adukkan dengan Al – Hadith. Begitu juga kitab tafsir sudah mula di
bukukan dan antara kitab yang telah di bukukan ketika ini ada empat. Antaranya ialah, kitab As –
Saudi Tafsir Ibnu Juraij, Tafsir Maqatil dan Tafsir Ibnu Ishak.

5
 Tafsir Zaman Tabi’ Tabi’in

Zaman ini bermula pada kurun ke tiga hijrah. Ulama’ golongan Tabi’ Tabi’in telah mengumpul,
menyusun dan menulis kitab tafsir untuk menyempurnakan dan membuat ia lebih teratur. Mereka
menulis tafsir yang merangkumi semua surah di dalam Al - Quran. Antara lain di dalam kitab tafsir
dari Tabi’ Tabi’in, majoritinya banyak terkandung perkataan - perkataan dari pada sahabat dan
Waqidi yang meniggal pada tahun 207 hijrah, Al - ‘Allaf yang meniggal pada tahun 226 hijrah dan
Tafsir Al – Tabari yang meninggal pada tahun 310 hijrah. Tafsir Al - Tabari ialah kitab tafsir
Mutaqaddimin yang paling besar wujud sehingga kini. Ibnu Jarir telah menulis tafsirnya itu dengan
mengikuti kaedah – kaedah salaf, menerangkan mengenai Ta’wil yang kukuh dan memasukkan
Ijtihad beliau sendiri di dalam kitab tafsirnya.

6
Tafsir Bil Ma’thur

Tafsir Bil Ma’thur ialah, tafsir Al – Quran berdasarkan riwayat dan tafsir ini terbahagi kepada dua
kaedah penyebarannya iaitu secara lisan, tulisan dan berbentuk buku. Menurut Al - Zarkasyi Tafsir
Bil Ma’thur bermaksud menyingkap isi kandungan di dalam Al - Quran dengan penjelasan yang di
nukil oleh khalaf dan salaf. Tafsir ini merujuk pada Al – Quran, As - Sunnah dan Tabi’in. Penafsiran
Al - Quran dengan Al - Quran sendiri dan penafsiran Al - Quran dengan berpandukan
hadith - hadith sahih. Penafsiran Al – Quran merujuk pada riwayat para sahabat kerana meraka adalah
golongan yang lebih mengetahui Al – Quran selepas Rasulullah S.A.W.

7
SYARAT - SYARAT TAFSIR BIL MA’THUR :
 Ilmu yang mencukupi.
 Mengetahui tentang ilmu sunnah.
 Mengetahui asbab Al – Nuzul.
 Kefahaman tentang perkara yang disampaikan para sahabat dan Tabi’in.
 Tidak bersandar pada Riwayat Israiliyat.
 Mengetahui tentang Ilmu Nasakh dan Mansukh.
 Mampu menghimpunkan dua nas yang berbeza.
 Mengambil pendapat yang sahih sahaja.

Tidak bersandar pada Riwayat Israiliyat, mengetahui tentang ilmu nasakh dan Mansukh, mampu
himpun dua nas yang berbeza dan mengambil pendapat yang sahih sahaja.

8
Sumber – Sumber Tafsir Bil Ma’thur :

i. Al – Quran dengan Al – Quran


ii. Al – Quran hadith nabi
iii. Al – Quran dengan pendapat sahabat
iv. Al – Quran dengan pandangan Tabi’in

9
i) Tafsiran Al – Quran dengan Al – Quran

Penafsiran Al - Quran dengan Al - Quran terjadi kerana terdapatnya I’jaz dan Itnab, Ijmal dan Tabyin,
Itlaq dan Taqyid, umum dan khusus. Contohnya di dalam [surah Al – Hajj : 30],
Allah berfirman: “Telah dihalalkan bagi kamu memakan binatang - binatang ternak (kecuali apa yang
dibacakan kepada kamu)”, kemudian turunnya ayat khusus yang dimaksudkan apa yang dibaca itu.
Contoh lain di dalam [surah Al – Maidah : 3], Allah berfirman: “diharamkan bagi kamu memakan
darah, daging, bangkai babi dan yang disembelih selain atas nama Allah S.W.T.

10
ii) Tafsiran Al – Quran dengan Hadith Nabi

Cara mentafsirkan ayat Al - Quran melalui Hadith ini ketika baginda masih hidup dan merujuk pada
sunnahnya ketika beliau sudah wafat. Contohnya di dalam [surah Al - An’am ayat : 82] Allah
berfirman: “Orang - orang yang beriman dan yang tidak mencampur adukkan iman mereka dengan
kezaliman (syirik) itulah yang dapat keimanan dan merekalah orang - orang yang dapat petunjuk”. Di
dalam [surah Luqman ayat: 13] Allah berfirman: “Sesugguhnya menyekutukan Allah adalah suatu
kezaliman yang besar”.

11
iii) Tafsir Al – Quran dengan para sahabat

Tafsir Al – Quran dengan para sahabat ada dua, yang pertama ialah tafsir para sahabat dikira
sebagai Tafsir Bil Ma’thur kerana mereka mentafsirkan Al - Quran menggunakan Asbab Al -
Nuzul dan ada yang berpendapat tafsiran para sahabat patut diterima kerana tafsiran para sahabat
mempunyai kedudukan sebagaimana kedudukan Hadith yang salasilahnya sampai ke Nabi dan
ciri - ciri perwatakan para sahabat.

Dan yang kedua ialah, ada Ulama’ yang berpendapat bahawa tidak mewajibkan mengikuti kerana
Ijtihad para sahabat sama dengan para mujtahid yang lain dan ia boleh menjadi salah atau benar,
dan ada Ulama’ lain yang berpendapat bahawa wajib mengikuti kerana para sahabat mendengar
apa yang dilafazkan oleh Rasulullah dan apabila mereka mentafsirkan dengan Ra’yu mereka jadi
ianya adalah benar kerana mereka salah satu golongan yang faham dengan Al - Quran.

12
iv) Tafsir Bil Ra’yi

Tafsir Bil Ra’yi ialah, tafsir yang menggunakan aqal fikiran untuk berijtihad dan mencari sesebuah
maksud di dalam Al – Quran. Menggunakan ilmu tersendiri untuk berijtihad tanpa terkait dengan
pendapat sahabat dan Tabi’in. Mentafsirkan Al - Quran menggunakan Al - Ra’yu hendaklah merujuk
terus kepada Al – Quran, riwayat – riwayat yang sahih, bahasa arab dan mentafsirkan ayat Al - Quran
berdasarkan apa yang ada di dalam Al - Quran. Seorang yang mentafsirkan ayat Al - Quran dengan
Ijtihad sebaiknya mengelakkan diri dari berhujjah dengan orang ramai.

Ada dua pendapat Ulama tentang tafsir ini yang pertama ialah, tidak digalakkan untuk mentafsirkan
Al - Quran dengan menggunakan pendapat atau Ijtihad dan bagi mereka Al - Quran hanya perlu
ditafsirkan menggunakan sumber Ra’yu sahaja.

Yang kedua ialah, mentafsirkan Al – Quran hendaklah menggunakan Al - Ra’yu tetapi ia tak
bermakna mengetepikan sumber - sumber yang terdahulu yang lebih baik dan sahih malah ini adalah
pilihan terakhir setelah sumber - sumber asli tidak dapat diperolehi.

SYARAT – SYARAT TAFSIR BIL RA’YI

 Ilmu Bahasa Arab


 Ilmu Balaghah
 Usul Fiqh
 Ilmu Qiraat
 Asbab Al - Nuzul
 Mengetahui tentang Ilmu Nasakh dan Mansukh
 Ilmu yang mencukupi

KARYA - KARYA TAFSIR BIL - MA’THUR DAN KARYA - KARYA TAFSIR BIL - RA’YI

Ada lapan buah kitab Tafsir Bil Ma’thur yang dibukukan dan yang popular diantaranya ialah Tafsir Al
- Tabari dan Tafsir Ibn – Khathir. Manakala, ada lapan buah kitab Tafsir Bil Ra’yi yang di bukukan
dan yang popular diantaranya ialah, Mafatih Al – Ghaib oleh Fakhir Al – Din Al – Raziy Sayuti dan
Al - Tafsir Al - Jalalayn oleh Jalal Al - Din Al - Mahalliy dan Jalal Al - Din Al – Sayuti

13
SYARAT - SYARAT MUFASSSIR

 Akidah yang benar.


 Melepaskan diri dari hawa nafsu.
 Mulai terlebih dahulu mentafsirkan Al – Quran dengan Al – Quran.
 Mencari tafsir dari As – Sunnah.
 Merujuk kepada para sahabat.
 Merujuk kepada para Tabi’in.
 Mengusai ilmu Bahasa Arab dan cabang – cabangnya.
 Menguasai dasar – dasar ilmu tentang Al – Quran.

ADAB - ADAB MUFASSIR

 Niat dan tujuan yang benar.


 Berakhlak mulia.
 Rendah hati dan menjaga maruah diri.
 Berani menyampaikan kebenaran.
 Teliti dan berfikir panjang.
 Mendahulukan orang yang lebih arif dan berilmu.
 Persiapan metode yang baik.

14

Anda mungkin juga menyukai