Anda di halaman 1dari 11

ETIKA PROFESSIONALISME

MPU2232
FOLIO (ETIKA KERJA)
SEMESTER 1 / 2023

NAMA PELAJAR:
NUR ALYA NABILAH BINTI MOHD ISMAIL
NO KAD PENGENALAN:
050424-14-0636
KELAS:
1 DVM TEKNOLOGI MULTIMEDIA KREATIF (ANIMASI)
TAJUK:
PROFESION PILIHAN
NAMA PENSYARAH:
PUAN AISAH BINTI AMRAN
TARIKH HANTAR:
10 OKTOBER 2023
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN………………………………..………………………...…………………..3
TUGAS PROFESION…………………………….…..…………………………………….4
 TAAT SETIA
 DISIPLIN
 KEBERANIAN
 AMANAH
 MENGHAYATI SISTEM PEMERINTAHAN REJIMENTAL
CIRI ETIKA PROFESION…………………………………...……………………………..5
 KEHADIRAN
 KEPERIBADIAN
 KERJA BERPASUKAN
 PENAMPILAN DIRI
 SIKAP
 PRODUKTIVITI
 KEMAHIRAN ORGANISASI
 KOMUNIKASI
 KERJASAMA
 HORMAT
KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA PROFESION………………………….…………….…7
 JATI DIRI
 MENCEGAH SALAH LAKU DALAMAN DAN LUARAN
 KEAZAMAN
 INTEGRITI
 PENDEKATAN BERORIENTASIKAN MATLAMAT

KESIMPULAN………………………..………………..…………………………..…..…...8
LAMPIRAN …………………………………..…………..………………………..………..9
RUJUKAN…………………………………..…………………………………..…….……10
PENGENALAN

Profesion didefinisikan sebagai pekerjaan bergaji, terutamanya yang


melibatkan latihan berpanjangan dan kelayakan rasmi. Profesion ialah bidang
pekerjaan yang telah berjaya diprofesionalkan (Perkin, Harold James). Menurut
Kamus Bahasa Melayu, pekerjaan bermaksud sesuatu yang dilakukan untuk
mencari nafkah hidup.

Pemilihan profesion mesti dijalankan bukan sahaja mengikut keinginan, tetapi


juga dengan kesesuaian profesional untuk melaksanakan semua fungsi yang
diperlukan. Kebanyakan jawatan mempunyai syarat ketat yang mesti dipatuhi
sepenuhnya oleh calon.

Profesion yang saya akan bincangkan dalam folio ini ialah askar. Umum
mengetahui bahawa bidang ketenteraan mempunyai sejumlah besar kepakaran
yang masing-masing mempunyai perbezaan tersendiri. Kerja yang dilakukan oleh
seseorang dikaitkan dengan kedudukan yang didudukinya dengan pendidikan yang
diterima, pengalaman dan pengalaman kerja, serta pangkat tentera orang itu.
TUGAS PROFESION

1. Taat Setia
Patuh terhadap segala perintah dan sedia berkorban nyawa demi
mempertahankan negara untuk menentukan kejayaan pelaksanaannya.

2. Disiplin
Melibatkan aspek kawalan diri sendiri dan mematuhi peraturan.

3. Keberanian
Menjurus kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan semangat juang
yang kental dari segi mental dan fizikal walaupun menghadapi risiko yang
tinggi.

4. Amanah
Sifat kebolehpercayaan yang perlu diwujudkan dalam diri anggota ATM dalam
memikul tugas dan tanggungjawab yang diberi.

5. Menghayati Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR)


Mengikuti aturan hidup yang ketat berdasarkan arahan, adat dan tradisi di
mana semangat perajurit dan disiplin yang tinggi merupakan keperluan
utama. Ia memerlukan pengabdian diri kepada perkhidmatan ATM demi
mempertahankan maruah pasukan dan menentukan pencapaian kejayaan
dalam segala tugas yang diarahkan.
10 CIRI ETIKA KERJA

a) Kehadiran
Seorang askar mestilah hadir ke tempat kerja pada masa yang telah
ditetapkan dan balik apabila dibenarkan. Selain itu, memaklumkan terlebih
dahulu kepada majikan sekiranya tidak dapat hadir beserta alasan untuk
mengelakkan masalah yang tidak diingini seperti salah faham. Tambahan
lagi, mereka mestilah melaksanakan tugas yang diberikan mengikut skop
masa yang telah diberikan.

b) Keperibadian
Penting untuk askar menunjukkan kesetiaan, kejujuran, amanah,
kebolehpercayaan, boleh diharap, berinisiatif, disiplin diri dan
bertanggungjawab.

c) Kerja Berpasukan
Ciri mustahak ini boleh meningkatkan kecekapan dan produktiviti. Ia
membolehkan operasi berjalan dengan lancar dan membuatkan semua
orang dalam pasukan rasa dihargai dan berguna dalam peranan mereka.
Operasi ketenteraan yang berjaya berkisar pada kerja berpasukan yang
luar biasa di mana boleh menjadi masalah hidup atau mati.

d) Penampilan Diri
Pakaian seragam tentera adalah lebih daripada sekadar pakaian. Ia
merupakan simbol am bagi pasukan pertahanan negara. Seorang askar
mesti mengekalkan penampilan profesional kerana ia menunjukkan imej
profesional, kebanggaan dan disiplin diri. Seterusnya, mengekalkan
kesihatan pada tahap optimum juga harus tidak dipandang remeh.

e) Sikap
Mempamerkan sikap positif, tampil berkeyakinan dan mempunyai
jangkaan yang realistik terhadap dirinya. Sikap dan teladan yang
dipamerkan adalaha wajar supaya dapat dijadikan contoh kepada
generasi hari ini.
f) Produktiviti
Mematuhi amalan keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak
diingini berlaku, menjaga bahan dan sumber supaya tidak mudah
disabotaj musuh, mengekalkan persekitaran kerja yang kemas dan bersih
serta mematuhi arahan dan prosedur bagi memastikan semua berjalan
lancar.

g) Kemahiran Organisasi
Mempamerkan kemahiran dalam pengurusan diri, pengurusan masa,
memilih keutamaan, pengurusan stres, menangani perubahan dan
fleksibel. Hal ini dikatakan demikian kerana ia membolehkan mereka
meningkatkan kualiti yang bermakna untuk prestasi di tempat kerja yang
berkesan.

h) Komunikasi
Dalam bidang ketenteraan, komunikasi yang baik adalah penting untuk
kejayaan mana-mana misi. Untuk menjadi seorang pegawai yang berjaya,
kemahiran untuk membuat keputusan dengan cepat, jelas dan tepat
adalah penting terutama ketika melaksanakan misi. Tugas sebagai
seorang pegawai juga adalah untuk memberi taklimat serta informasi
kepada orang bawahan di samping mendapatkan kepercayaan mereka
(Abidin, Hashim & Razali, 2006).

i) Kerjasama
Kerjasama antara orang-orang dalam proses menyelesaikan sesuatu
perkara adalah apa yang membuat kerja dilakukan dengan berkesan.
Semangat kolaborasi (sama ada rakan sepasukan berada jauh atau di
lokasi yang sama) amat berguna untuk dipraktikkan seterusnya
menjadikan persekitaran yang memudahkan kejayaan.

j) Hormat
Hormat menghormati adalah penting dalam reka bentuk sistem
ketenteraan itu sendiri. Askar perlu secara automatik mempercayai dan
melakukan apa yang dikatakan pegawai berpangkat lebih tinggi kerana
mereka memegang kuasa dan kemungkinan besar mempunyai lebih
banyak pengalaman.

KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA PROFESION

1. Jati Diri
Etika membentuk satu tingkah laku yang positif dan mampu memperbaiki
potensi seorang askar. Sekiranya prinsip dan disiplin sering kali diikuti ianya
membantu askar melangkah lebih jauh seterusnya akan memperdalam
semangat patriotisme mereka jika mereka menganggap semua tindakan yang
berkaitan dengan bangsa mereka adalah adil dan saksama. Rasa kewajipan
ini membantu askar mengatasi ketakutan mereka apabila bahaya hadir.

2. Mencegah Salah Laku Dalaman dan Luaran


Mematuhi akan menggalakkan pembinaan moral yang kukuh. Etika berusaha
untuk membina kapasiti anggota tentera bagi membuat pilihan yang wajar,
seperti keputusan untuk tidak menerima salah laku dan melaporkan kejadian
sedemikian.

3. Keazaman
Askar boleh menunjukkan etika kerja yang kuat dengan berazam demi
memenuhi atau melebihi matlamat. Walaupun mereka tidak biasa dengan
tugas itu, mereka akan mencari sumber untuk membantu mereka mencapai
matlamat mereka dengan jayanya.

4. Integriti
Hal ini boleh dilihat apabila seseorang askar itu menghargai orang lain
dengan menunjukkan rasa hormat di tempat kerja. Mereka melakukan yang
terbaik untuk menepati masa untuk latihan, memenuhi tugas dengan
sempurna dan mengambil kira perasaan orang lain dalam fikiran.

5. Pendekatan berorientasikan matlamat


Lebih memberi tumpuan kepada menyelesaikan tugas tertentu untuk
mencapai hasil yang dirancang. Menetapkan matlamat memberi anda rasa
tujuan. Ini menjadikan mereka lebih bersedia dan jelas tentang kerja yang
perlu disiapkan dan bila.
KESIMPULAN

Etika kerja yang digariskan bukan untuk membebankan individu, ianya


membantu setiap individu dalam bidang tertentu untuk lebih komited dan memupuk
akauntabiliti dalam menjalankan sesuatu kerja yang dijalankan. Etika kini menjadi
penting dan perlu difamahi dan dipelajari oleh setiap individu. Masyarakat kini sudah
peka dan prihatin tentang permasalahan yang berlaku melibatkan etika dan
perbuatan yang tidak bermoral. “Tepuk dada tanyalah selera atau tepuk dada
tanyalah iman” ini semuanya tertakluk kepada induvidu itu sendiri. Panduan dan
prinsip-prinsip tentang etika telah digariskan dan dirangka, sekiranya individu
berkenaan tidak berubah ini bermakna kod etika yang dirangka hanya sekadar
diatas kertas sahaja dan ianya tidak diperakui oleh setiap individu.
LAMPIRAN
RUJUKAN

Perkin, Harold James (2002). The Rise of Professional Society: England Since 1880
(2nd ed.)

Wataniah Sebagai Pemangkin Penguasaan Soft Skills di Kalangan Siswa Siswi


KUKTEM oleh Imaduddin Hj Abidin, Haslinda Hj Hashim & Jamal Rizal Razali
(2006).

Dr Mohammad Diah Jurini.(2003). Profesional Ethics

Anda mungkin juga menyukai