Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

MINGGU 23 HARI Selasa


TARIKH 19.09.2023 MASA 12.20-1.20

KELAS 1 Alpha JUMLAH MINIT 1 Jam

TEMA TEMA 8 : SEKTOR PERTANIAN PESAT MEMBANGUN


TAJUK UNIT 15 : PERTANIAN SATU PERNIAGAAN
STANDARD KANDUNGAN 3.4 Menulis untuk menghasilkan prosa secara terancang.

STANDARD PEMBELAJARAN 3.4.2 Menulis perenggan pendahuluan dengan membina ayat tema, ayat rangsangan dan ayat
arahan secara terancang, tertib dan kemas menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik.

KRITERIA KEJAYAAN Murid dapat menulis 1 pendahuluan dengan membina ayat tema, ayat rangsangan dan ayat
arahan secara terancang dengan tepat, indah dan menarik.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Mengenal pasti idea untuk menulis perenggan pendahuluan.


2. Menulis pendahuluan dengan membina ayat tema, ayat rangsangan dan ayat
arahan secara terancang dengan tepat, indah dan menarik.
AKTIVITI 1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan
objektif pelajaran dan kriteria kejayaan. SI: Video
(Buku Teks MS ) 2. Murid menulis perenggan pendahuluan tentang pengalaman anda sewaktu
berkunjung ke ekspo pertanian.
3. Murid menceritakan pengalaman mereka sewaktu berkunjung ke ekspo pertanian
atau pasar tani.
4. Murid dibahagikan secara berpasangan.
5. Murid bergilir-gilir memberikan respons atau menyelesaikan masalah perenggan
pendahuluan dengan menulis di kertas yang sama dan menggunakan pen atau
pensil yang sama.
6. Guru bersoal jawab dengan murid tentang keseluruhan aktiviti.
7. Murid melengkapkan latihan yang diberi oleh guru.
8. Murid mendengar guru membuat kesimpulan tentang isi pelajaran.
PETA i-THINK Peta Titi STRATEGI PAK21 Rally Table TAHAP TP 3

PENGISIAN KURIKULUM Kemahiran Abad Ke-21 Mahir Berkomunikasi


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Menganalisis
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pendekatan Berpusatkan Murid
Pendekatan Tematik Kekeluargaan
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) EMK - Bahasa

Nilai Murni – Baik Hati

BBM Buku teks, Kertas manila ,


PENTAKSIRAN Soalan ( Lisan dan Bertulis )
REFLEKSI Pada akhir pengajaran;
Seramai 16 murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan murid yang tidak mencapai
objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai