Anda di halaman 1dari 1

Sirih berlipat terletak rendah,

Sirih dari Pulau Mutiara;


Pemanis kata madah nan indah,
Awal bismillah pemula bicara.

Assalamualaikum dan salam Malaysia madani

Nama saya Amani Nur Zahra .Saya berumur 11 tahun dan bersekolah di sekolah kebangsaan ayer
merbau,bemban melaka.Kod sekolah saya MBA1079.

Pada harini saya berasa amat teruja untuk berkongsikan buku cerita yang telah saya baca berjudul buaya
yang tidak jujur

Didalam buku ini banyak pengajaran dan nasihat yang berguna kepada kita semua. Jadi, ayuh dengarkan.

Buku ini adalah hasil karya penulis Wanita nor azlin japar.

Buku ini mengandungi 16 halaman cetakan yang menarik.Buku ini diterbitkan pada tahun 2021 oleh kualiti
books sendirian berhad.

Buku ini mengisahkan tentang raja buaya yang telah memerintah dengan adil dan bijaksana.Pada musim
kemarau, banyak buaya yang mati disebabkan tiada makanan. Untuk mengelakkan lebih banyak buaya
mati, raja buaya telah memanggil buaya hitam dan putih untuk membahagikan daging dengan sama rata.
Buaya putih membahagikan dengan adil pada buaya buaya lain, tapi sebaliknya buaya hitam tidak berbuat
demikian. Raja buaya memuji kedua dua buaya kerana bersikap adil,tanpa mengetahui kisah yang sebenar.
Buaya putih telah datang melawat tempat buaya hitam dan berasa pelik kerana banyak bangkai buaya di
tempat itu. Buaya putih berasa marah setelah mengetahui keadaan yang sebenar bahawa buaya hitam
tidak membahagikan daging kepada kawan kawannya.Dia hanya makan sendiri daging daging itu.Tanpa
berlengah buaya hitam dan putih bertarung sesame mereka.Buaya hitam dapat dikalahkan dan dibawa
menghadap raja buaya. Raja buaya menjatuhkan hukuman mati kepada buaya hitam kerana kelakuannya
yang tidak adil. Kerana sikap buaya putih yang adil, raja buaya memberi Amanah kepadanya untuk
menggantikan tempat raja buaya setelah beliau mangkat nanti.Setelah raja buaya mangkat, buaya putih
menggantikannya dan memerintah dengan Amanah dan bersikap prihatin terhadap rakyatnya.

Buku ini sangat sesuai untuk kanak kanak kerana terdapat banyak keindahan semulajadi yang diselitkan
oleh pengarang.

Buku ini mempunyai kelebihan dari segi struktur bukunya iaitu muka depan buku ini sangat menarik dan
boleh menarik minat pembaca untuk membacanya.

Selain itu tulisan bagi tajuk muka depan buku ini besar dan jelas untuk dibaca oleh kanak kanak.

Harga buku ini pula sangat berbaloi bagi murid seperti saya.

Terdapat beberapa nilai murni di dalam cerita ini. Antaranya ialah kita perlulah bersikap adil terhadap
sesiapa sahaja.kawan atau pun lawan kerana ini dapat menghindarkan rasa irihati dan terhadap satu sama
lain serta Kerjasama antara ahli akan semakin kuat.

Kita perlu juga bersikap jujur apabila melaksanakan sesuatu Amanah. Jika sikap jujur ini diamalkan, orang
akan mempercayai kita.

Kerjasama juga adalah nilai murni yang sangat penting dalam cerita ini. Kita mesti bekerjasama untuk
melakukan sesuatu tugasan demi kebaikan kita bersama kerana bulat air kerana pembentung,bulat
manusia kerana muafakat.

Anda mungkin juga menyukai