Anda di halaman 1dari 6

Blog & Reflect

The Learning Journal


KHALIPAH MASTURA BINTI KHALID
KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN KEDAH

1. TAJUK INOVASI :
BLOG & REFLECT: THE LEARNING JOURNAL

2. NAMA PASUKAN :
THE BLOG JOTTERS

3. OBJEKTIF UMUM :
3.1. Menulis secara formal dan tidak formal tentang hasil aktiviti dan projek
yang mereka jalankan semasa kelas tutoran
3.2. Menanamkan sikap yakin dan berani dalam berkomunikasi secara lisan
dan bertulis.
3.3. Berkongsi refleksi diri secara telus selepas aktiviti dalam P&P.
3.4. Menyatakan pendapat mereka secara santai tanpa risau akan memberi
impak negatif kepada prestasi markah mereka.
3.5. Belajar menggunakan ruang masa secara optimum walaupun di luar
bilik tutoran.
3.6. Memberi ruang untuk Pensyarah mengutip refleksi tambahan selain
dari refleksi dari Pensyarah sendiri.

4. OBJEKTIF KHUSUS :
4.1 To EXPLORE the potential of blogs in collecting feedback on T&L.
4.2 To share and ENGAGE the audiences in conversation.
4.3 To let learners EXPRESS their point of view on the activities done in
class.
4.4 A helpful tool for instructors to ENHANCE their teaching methods
and learners’ communication skills.

5. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN


5.1 Ayat-ayat Bahasa Inggeris yang banyak kesalahan grammar dan
sentence structure.
5.2 Pelajar-pelajar yang sangat risau dan takut untuk berkomunikasi secara
lisan dan bertulis.
5.3 Mengambil masa yang lama untuk menulis kerana menggunakan pen
dan kertas yang kadangkala mengganggu atau melambatkan proses
penulisan.
6. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Sebelum inovasi dijalankan, pensyarah menghadapi masalah untuk
mendapatkan respon yang aktif dari pelajar yang diajarnya terutamanya di
dalam kemahiran menulis dalam bahasa kedua kerana pelajar masih terikat
dengan kelemahan2 lampau seperti :
6.1 Having negative mind-set
6.2 Having mental blocks
6.3 A big NO to English
6.4 The mechanics of writing
6.5 Previous learning experience
6.6 No feedback on the T& L

7. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

7.1 Hubungkait dengan PdP dan Penyelidikan :


Inovasi ini adalah transformasi dari satu penyelidikan yang dijalankan
oleh pengkaji apabila beliau menghadapi masalah meningkatkan
keyakinan diri para pelajar dalam kemahiran menulis bagi subjek Bahasa
Inggeris. Hasil penyelidikan ini menzahirkan tema-tema tertentu seperti
mana yang dinyatakan oleh pelajar-pelajar reflective journal writing di
dalam blog:
a. dapat meningkatkan tahap keyakinan para pelajar untuk terus
menulis.
b. menjadikan pelajar terus berinspirasi dan bermotivasi untuk menulis
di dalam Bahasa Inggeris.
c. menyatakan persepsi umum pelajar terhadap blog sebagai satu
kaedah pembelajaran alaf baru.
d. mengaitkan penggunaan blog di dalam pentaksiran di dalam bilik
tutoran
e. penggunaan kaedah pengajaran yang berbeza (Flipped Classroom,
Blended Learning, Google Classroom)
7.2 Deskripsi Inovasi :

a. Sebelum Pensyarah menjalankan PdP keesokan harinya,beliau


terlebih dahulu menulis blog entry di dalam blog. Kandungannya
adalah berkaitan pelajaran atau projek yang akan dijalankan di dalam
kelas tutoran. Ini adalah bertujuan untuk memberi gambaran awal
tentang apa yang akan dipelajari keesokan harinya. Pemikiran pelajar
akan lebih fokus dan boleh membuat persediaan awal. Blended
Learning dan Flipped Learning digabungjalin dengan penggunaan
blog serta Google Classroom.

b. Pensyarah menjalankan PdP seperti biasa dengan mengaplikasikan


pelbagai kaedah seperti Blended Learning, Flipped Classroom dan
Google Classroom dan aktiviti serta projek seperti Map Tree, Gallery
Walk, Fun Oral Group Project, Mind Map Online Project dan lain-
lain.

c. Selepas aktiviti dijalankan di dalam kelas tutoran, 10 minit sebelum


kelas berakhir adalah masa untuk menulis refleksi oleh
pelajar.Mereka akan terus ke blog yang discan menggunakan barcode
scanner di dalam talipon bimbit masing-masing ataupun melalui url
blog yang diberikan dan terus memberi respon terhadap blog entry
yang telah ditulis awal oleh pensyarah. Sekiranya P&P dijalankan di
dalam Makmal Bahasa atau Makmal Komputer, pelajar akan
menggunakan komputer yang disediakan.

d. Pelajar bebas menulis reflective journal mereka tanpa risau akan


impak terhadap markah Pentaksiran Berterusan mereka,malahan
akan dijadikan bonus untuk penambahbaikan nilai markah. Ini
adalah salah satu motivasi untuk menggalakkan mereka terus
menulis refleksi.
7.3 Bidang utama yang menjadi tumpuan :
Fokus utama inovasi ini adalah pengabungjalinan antara kemahiran
berbahasa di dalam bahasa kedua dan kecanggihan teknologi maklumat
masa kini iaitu blog dan Google Classroom.

7.4 Butiran lain :


Inovasi dimulakan bersama pelajar-pelajar Semester 2 sesi 2018/2019
dan diteruskan dengan pelajar Semester 1 Sesi 2019/2020 apabila
kejayaan dan perubahan ketara terhasil dengan jelas dan nyata.Tidak
melibatkan sebarang kos kerana pelajar menggunakan wifi kolej dan
Makmal Bahasa ataupun Makmal Komputer.

7.5 Situasi semasa pelaksanaan inovasi :


Pelajar gembira kerana aktiviti pembelajaran lebih tersusun walaupun di
luar bilik tutoran. Mereka boleh berinteraksi dengan Pensyarah dan
rakan-rakan pelajar yang lain di mana-mana juga walaupun bukan
semasa waktu tutoran yang ditetapkan.Tugasan dapat disiapkan dengan
segera dan lebih kemas serta teratur walaupun pensyarah dan pelajar
sama-sama sibuk dan tidak dapat bersemuka.
8. FAEDAH DARI INOVASI YANG DIPERKENALKAN
8.1Pengurangan Kos Operasi
Wang dapat dijimatkan kerana tidak lagi menggunakan pen dan kertas.
Penilaian dan pembetulan dibuat secara online atau maya dan tugasan
boleh dikembalikan kepada pelajar secara maya.

8.2 Penjimatan Masa


Pelajar boleh menulis refleksi semasa kelas tutoran mahupun di luar
kelas tuturan. Masa konsultasi juga tidak hanya secara face-to-face
sahaja malah boleh dijalankan secara non face-to-face.

8.3 Peningkatan Tahap Kepuasan Hati Pelanggan


Pelajar berpuas hati kerana luahan rasa hati mereka diterimapakai serta
tahap keyakinan mereka semakin meningkat kerana pensyarah sentiasa
memberi motivasi dan galakan.

8.4 Penilaian
Penilaian yang lebih telus boleh dibuat oleh pensyarah apabila boleh
menilai secara terus aktiviti pelajar samada semasa berada di dalam
bilik tutoran mahupun di luar bilik tutoran.

Terdapat peningkatan yang ketara pada kualiti penulisan pelajar


sebelum dan selepas inovasi dijalankan oleh pensyarah.
a. Data Kuantitatif :
Sebelum : Ramai yang mendapat markah antara 30 – 45
Selepas : Peningkatan markah antara 40 – 55

b. Data Kualitatif :
Sebelum : Mampu menulis antara 2 hingga 4 ayat sahaja.
Selepas : Lebih berani membuat penambahan ayat dengan kualiti
yang lebih baik dari segi nahu dan struktur ayat.

Rujuk rajah disertakan :

Anda mungkin juga menyukai