Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN.........................................................................................................................

1.0 KENAL PASTI MASALAH / ISU......................................................................................4

2.0 ANALISIS DAN PERTIMBANGAN UNTUK MENERIMA ATAU MENOLAK


DAKWAAN...............................................................................................................................7
OLEH RAKAN SEKERJA........................................................................................................7

3.0 ENAM LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH OLEH HAYES (1981) UNTUK...11


MENYELESAIKAN MASALAH...........................................................................................11

4.0 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH................................................................14

KESIMPULAN........................................................................................................................16

RUJUKAN...............................................................................................................................16

PENGENALAN
Dalam kehidupan seharian manusia, pelbagai masalah yang sering kali timbul dan
ianya hadir dalam pelbagai bentuk. Masalah sering dikaitkan dengan nasib yang buruk dan
terdapat juga bencana atau musibah yang menimpa. Kadang-kadang masalah itu hadir
sebagai peluang untuk memperbetulkan kelemahan dalam diri sendiri dan ianya bergantung
kepada situasi dan cara kita menanginya. Kehadiran masalah turut secara langsung boleh
menolak atau memotivasikan seorang individu untuk bergerak kehadapan terutamanya dari
aspek pemikiran dan tindakan yang boleh memberi jalan penyelesaian terhadap permasalahan
yang dihadapi. Masalah adalah sesuatu yang harus kita selesaikan, dan kita tidak perlu lari
dari masalah. Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam proses pertolongan,
namun matlamat kearah penyelesaian masalah bukanlah suatu yang mudah dicapai kerana ia
melibatkan tahap-tahap dan penggunaan kemahiran-kemahiran tertentu. Masalah merujuk
kepada suatu keadaan, situasi atau pengalaman yang boleh memberi kesan kepada
ketidakseimbangan seorang individu dari segi aspek emosi, pemikiran, tindakan dan
adakalanya fizikal (Compton, Gallaway & Cournoyer, 2005). Secara amnya, kemahiran
berfikir dibahagikan kepada dua (2) iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran
berfikir secara kreatif. Kesemua kemahiran ini akan digunakan untuk membuat keputusan
terutamanya untuk meyelesaikan masalah.
i) Kemahiran berfikir secara kreatif – Membawa maksud keupayaan atau kecekapan
menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan
sesuatu yang baru, asli, luarbiasa dan bernilai samada bersifat abstrak atau
gagasan, kemahiran berfikir secara kreatif adalah keupayaan seseorang untuk
menghasilkan dan mencetuskan ideal yang baru dan mempunyai originality yang
tersendiri. Hasil idea yang kreatif juga merupakan hasil idea yang diilhamkan
sendiri daripada individu atau hasil gabungan idea yang sedia ada. Kemahiran ini
sangat penting dalam kehidupan kita seharian kerana ia boleh meningkatkan dan
menghasilkan idea asli bersifat generative, ideal yang baru terhasil melalui ilham
atau gabungan ideal-ideal yang ada. Antara proses-proses dalam Kemahiran
berfikir secara kreatif ialah dengan Menjana Idea, Membuat Inferens dan
Meramal. Di antara halangan yang sering dihadapi dalam kemahiran ini adalah
seperti berikut;
 Berkelakuan negatif.
 Takut kepada kegagalan.
 Tekanan.
 Mengikut peraturan.

1
 Membuat tanggapan sendiri
 Terlalu bergantung dengan logik.

ii) Kemahiran Berfikir Secara Kritis – Pemikiran kritis/kritikal ditakrif sebagai


penggunaan operasi berfikir yang asa untuk menganalisis, mentafsir dan menilai
sesuatu hujah yang mendalam. Diungkapkan kebanyakan pemikiran kritikal
adalah satu cara untuk mengatasi masalah hidup (Sumner, 1906). Perkataan kritis
adalah berasal dari perkataan inggeris iaitu “CRITIC”, kata dasar ‘KRITIS’
merupakan perkataan greek ‘KRITHS’ (kritokis) yang membawa erti menimbang.
Menimbang pula bermaksud menilai, membezakan , mencetuskan dan menyoal
samada sesuatu itu benar atau salah. Berikut ialah kepentigan berfikir secara kritis;
 Mengajar kaedah pemikiran yang digunakan untuk berhujah lebih
berkesan.
 Penghujahan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat.
 Domain kemahiran berfikir secara mendalam.
 Dapat mempertingkatkan analisis kendiri.
 Mempromosikan daya pemikiran kreatif.

KEMAHIRAN BERFIKIR

KREATIF KRITIS
• Menjana idea • Mencirikan
• Menghubung kaitkan • Membandingkan &
• Membuat inferens membezakan
• Meramalkan • Mengumpul &
• Membuat hipotesis mengelaskan
• Mensintesiskan • Membuat urutan
• Mengitlak • Menyusun mengikut
• Membuat gambaran urutan
mental • Menganalisis
• Menganologikan • Mengesan
• Mereka cipta kecondongan
• Menilai
• Membuat keputuan
Membuat keputusan
dan menyelesaikan

Rajah 1.1 : Jenis-jenis kemahiran berfikir

2
Setiap perjalan dalam kehidupan manusia pasti akan ada pahit dan manis, yang hidup
pasti akan mati. Saya merupakan seorang bapa tunggal dan mempunyai tiga orang anak yang
masih kecil dan masih bersekolah. Pasangan saya telah tiada, beliau telah meninggalkan
beliau pada bulan lepas kerana kemalangan jalan raya semasa pulang dari kerja. Setelah
beberapa bulan selepas kematian pasangan hidup, Adakah perbelanjaan sudah melebihi dari
pendapatan? Dan menyebabkan pengurusan anak agak terhad. Terdapat khabar angin
mengatakan syarikat di tempat saya bekerja sekarang ini akan mengecilkan operasi
perniagaan dan mungkin akan memberhentikan pekerja. Keadaan ini membelenggu
kehidupan seharian saya, Adakah perlu setia menunggu keadaan syarikat kembali pulih atau
pun mencari pekerjaan yang lain?

Objektif tugasan ini untuk mengenalpasti:


a) Masalah Peribadi – Mengenalpasti keadaan emosi dalam membuat keputusan selepas
kematian isteri. Saya perlu berfikir secara kritis iaitu membandingkan dan
membezakan masalah peribadi. Keputusan yang dibuat akan mempengaruhi pada hari
yang mendatang dan melibatkan kelangsungan hidup saya serta anak-anaknya.
b) Masalah tempat kerja – kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam menanggani
khabar berita mengenai ura-ura pemberhentian para pekerja, samada perlu mencari
kerja baru atau kekal di syarikat yang sama.

Realitinya, fenomena manusia menjadi tidak rasioanal apabila ditimpa dengan peristiwa
Menyayat hati adalah berpunca daripada pemikiran dan perasaan mereka sendiri. Mereka
terpengaruh dengan tanggapan bahawa apa yang berlaku bertentangan dengan apa yang
diinginkan dalam kehidupan. Menurut (Razali Ahmad, 2004) untuk selesaikan masalah,
setiap orang perlu berfikir menggunakan alat dan strategi yang berkesan.

1.0 KENAL PASTI MASALAH / ISU.

Tidak di nafikan kehilangan orang yang tersayang mendatangkan kesedihan yang


mendalam. Apatah lagi jika pemergian itu sekelip mata atau secara tiba-tiba dan
menyebabkan masalah kemurungan dan konflik kewangan berlaku di dalam keluarga.
Merujuk kepada Rajah Tulang Ikan dibawah masalah dan isu telah dapat dikenal pasti dari
segenap aspek.
Masalah yang pertama dihadapi ialah masalah keluarga atau peribadi, kematian isteri
telah menyebabkan pelbagai kesan kepada keluarga, termasuklah masyarakat sekeliling.
3
Suami perlu menjaga tiga orang anak yang masih bersekolah dan memerlukan kedudukan
kewangan yang stabil bagi menjamin keselesaan untuk meneruskan kehidupan. Suami perlu
memantapkan lagi ilmu pengurusan kewangan yang lemah demi menjamin kedudukan
kewangan yang baik dimasa akan datang, ramai dia kalangan kita tidak menyedari
kepentingan pengurusan kewangan dengan betul. Derita kewangan juga meyebabkan
berlakunya emosi yang mendesak untuk mencari sumber kewangan bagi menampung
keperluan dan bebanan hutang. Perbelanjaan keluarga perlu diurus semula disebabkan hanya
suami sahaja yang bekerja. Pada masa yang sama, kehidupan sekeluarga tidak terurus
terutamanya dalam menguruskan anak yang masih kecil dan bersekolah. Kanak-kanak
memerlukan perhatian dan kasih sayang yang mencukupi dalam meneruskan kelangsungan
hidup yang normal. Kejutan emosi yang berlaku boleh menyebabkan anak-anak tidak
responsive dengan sekeliling, seolah tidak mengerti dan tidak percaya atas peristiwa yang
berlaku dan sangat perit baginya untuk menerima kenyataan yang pahit itu. Ada ketikanya
juga anak kecik juga akan meragam, marah, bersikap degil, memberontak dan ada ketikanya
mereka juga akan kelihatan lemah, kecewa, lesu dan tidak bersemangat. Bagi golongan
dewasa yang menjaga kebajikan dan menguruskan anak-anak ini sangat perlu sensitive dan
responsive dengan tindak-tanduk yang diberikan.
Keduanya ialah masalah rakan ditempat kerja, Rita, Shidi dan Janet menyatakan bahawa
masalah syarikat yang dihadapi itu sahih. Oleh sebab yang sedemikian, mereka menyatakan
syarikat ini akan mengecilkan modul operasi dan memberhentikan pekerja untuk
mengurangkan kos perbelanjaan syarikat. Manakala Rakan sekerja lain iaitu Zana, Ramli &
Jamil menyatakan berita itu hanya khabar angin. Oleh yang demikian, situasi ini memberikan
kesan yang tidak baik kepada pekerjaan saya. Ini kerana saya tidak dapat menumpukan
perhatian sepenuhnya ketika bekerja kerana memikirkan masalah tersebut. Saya tidak pasti
sumber manakah yang benar. Masalah antara manusia berlaku dimana-mana sahaja, sumber
yang tidak mencukupi, percanggahan pendapat dan persepsi, salah anggap menyebabkan
sebab-sebab timbulnya masalah ini. Ianya berlaku dimana terdapatnya hubungan manusia
terutamanya apabila mereka perlu berkomunikasi dan bekerja bersama untuk mencapai
matlamat yang sama tetapi berlainan peranan, tanggugjawab dan keperluan.
Ketiga ialah masalah syarikat yang dikatakan akan mengecilkan pengoperasian dan akan
memberhentikan pekerja sedia ada. Saya mungkin akan kehilangan pekerjaan sekiranya
berita ini benar. Oleh yang demikian, masalah ini menambah tekanan dalam kehidupan saya.
Tekanan ini akan menjadi bertambah teruk apabila tidak mendapat sokongan daripada rakan
sejawat atau ketua dan tidak mempunyai kawalan terhadap punca tekanan. Bagaimanapun

4
tekanan berlebihan dan tidak terurus boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental
dan fizikal saya selain menjejaskan produktiviti organisasi.
Keempat ialah khabar angin mengenai masalah kewangan dan pendapatan yang dihadapi
oleh syarikat ini, saya mendapati bahawa berita tentang masalah syarikat hanyalah khabar
angin, maka saya perlu menyelidik lebih mendalam dan terperinci. Saya berada dalam dilema
samada perlu mencari pekerjaan lain atau pun bertahan di syarikat ini selagi belum
mengetahui fakta yang sebenar.
Individu menerima semua maklumat yang dikehendaki untuk menyelesaikan masalah
samada masalah dalam bentuk lisan atau tulisan dalam arahan yang diberi kepadanya.
Masalah yang rumit, memerlukan penaakulan dan analisis yang logic manakala masalah yang
senang mempunyai penyelesaian yang spesifik dan individu mudah mengetahui samada ia
langkaha yang betul atau salah. Masalah wujud ketika seseorang merasakan jurang antara
dimana ia harus menyeberangi tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyeberangi jurang
tersebut (Poh Swee Hiang, 2000).

MASALAH MASALAH
KELUARGA DARI RAKAN

Isteri Meningggal Dunia Rita, Shidi & Jenet – fikir negatif

Anak-anak masih kecil Zana, Ramli & Jamil – fikir positif

KEWANGAN DAN
KEMURUNGAN

Syarikat mengecilkan operasi Selidik khabar angin

Buang pekerja Stress

MASALAH KHABAR
SYARIKAT ANGIN

RAJAH 1.1: TULANG IKAN - SEBAB-SEBAB MASALAH / ISU

5
2.0 ANALISIS DAN PERTIMBANGAN UNTUK MENERIMA ATAU MENOLAK DAKWAAN
OLEH RAKAN SEKERJA.

Terdapat khabar angin yang mendakwa syarikat tempat saya bekerja mengalami masalah
kewangan dan pengurusan, berita yang mereka sampaikan mendakwa bahawa syarikat ini
dalam proses mengecilkan operasi dan akan memberhentikan pekerja tidak lama lagi. Rita,
Shidi dan Janet menyatakan bahawa masalah syarikat yang dihadapi itu sahih dan mengenali
mereka daripada mulanya saya bekerja. Berkemungkinan besar mereka menyampaikan berita
yang benar. Namun berkemungkinan juga mereka menyampaikan berita yang tidak benar.
Maka, saya harus melakukan analisis dahulu. Rakan sekerja lain iaitu Zana, Ramli & Jamil
menyatakan berita itu hanya khabar angin. Dakwaan tersebut tidak kukuh dan tidak sahih
sepenuhnya. Banyak pihak mengutarakan pendapatan dan dakwaan yang berbeza-beza, jadi
saya perlu melakukan perancagan yang sistematik untuk menilai dakwaan itu benar atau
tidak. Terdapat beberapa persoalan tentang penerimaan sesuatu dakwaan yang akan
membawa kepada pertimbangan terhadap kepastian dakwaan yang diberikan maka saya harus
menganalisis terlebih dahulu dengan menggunakan Enam (6) langkah di bawah dalam
menilai kebolehpercayaan sesuatu dakwaan :-

SEJAUH MANAKAH PASTINYA DAKWAAN ITU?

ADAKAH KONTEKS DAKWAAN MEMPENGARUHI PENERIMANYA

ADAKAH DAKWAAN MEMERLUKAN PAKAR/KAJIAN UNTUK


MENENTUKANNYA?

ADAKAH IA DIKETAHUI ATAU DIPERCAYAI RAMAI?

SEJAUH MANAKAH DAKWAAN ITU SESUAI DENGAN KEPERCAYAAN KITA


DAN YANG LAIN?

ADAKAH IA DATANG DARIPADA SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI?

6
Rajah : Enam (6) langkah di bawah dalam menilai kebolehpercayaan sesuatu dakwaan

Sejauh manakah pastinya dakwaan tersebut? Saya perlu menganalisis dakwaan


daripada reputasi sumber yang boleh dipercayai melalui rakan-rakan iaitu Rita, Shidi dan
Janet beserta Zana, Ramli dan Jamil. Saya mengenali Rita, Shidi dan Janet sejak bermulanya
saya bekerja di syarikat ini, dan mereka merupakan kakitangan di Jabatan sumber manusia.
Berkemungkinan besar dakwaan yang mereka sampaikan adalah benar dan diterima akal.
Ianya bagi memberi amaran awal untuk saya, membuat persediaan dan membuat keputusan
yang tepat. Dakwaan yang menyatakan syarikat akan mengecilkan operasi dan akan
memberhentikan pekerja mungkin benar disebabkan kebelakangan ini sikap pengurusan
syarikat yang bermasalah. Syarikat ini mengeluarkan belanja yang amat besar untuk
pengeluaran produk, tetapi tidak mahu berbelanja besar untuk pemasaran, dalam masa yang
sama pakar pemasaran yang diambil tadi tidak mahir tentang strategi dan produk yang
dipasarkan. Pertumbuhan ekonomi dunia dijangka terus menyusut bagi bagi tahun 2019,
risiko besar untuk tahun akan datang terhadap ekonomi global adalah kejatuhan pertumbuhan
dagagagan dunia yang merudum kepada hampir kosong peratus pada hujung 2018. Faktor-
faktor ini juga mempengaruhi pengecilan syarikat dan pemberhentian pekerja.

Sumber : http://www.astroawani.com/berita-bisnes/ekonomi-dunia-terus-menjunam-ini-5-
ramalan-pakar-untuk-2019-195187
Adakah konteks dakwaan mempengaruhi penerimanya? Sama ada sesuatu dakwaan
itu diterima atau tidak bergantung pada konteks dan cara ia dibina. Untuk langkah ini, saya
sepatutnya perlu mengambil kira pendapat orang sekeliling dan pihak pengurusan dalam

7
membuat keputusan, setiap pekerja mempunya pendapat yang tersendiri dan bekerja di
berlainan unit. Saya perlu bijak membuat keputusan tanpa dipengaruhi khabar angin yang
tidak releven dan tidak tepat. Jika khabar angin sangat penting, ia adalah kerana mempunyai
potensi yang besar untuk menjana ketidakseimbangan, sama ada social atau peribadi. Sumber
awal atau tumpuan khabar angin tidak biasanya mudah untuk dikenalpasti. Terutamanya
kerana mesej yang diulang dan diubah kepada orang ygn terakhir.

Sumber : https://ms.psychologyinstructor.com/khabar-angin-bagaimana-untuk-menentukan-
mereka-dan-apakah-bahaya-yang-mereka-ada/
Adakah dakwaan memerlukan pakar/kajian untuk menentukannya? Dalam langkah
ini, saya telah membuat keputusan untuk mengetahui dan mendapatkan berita yang
sebenarnya daripada pihak atasan. Dakwaan ini telah menjadi buah mulut di syarikat kami.
Kadang kala makmulat yang disebarkan tidak lansung boleh dipercayai dan mengakibatkan
keadaan menjadi keruh. Dengan mendapatkan maklumat yang tepat, persediaan lebih awal
dapat diatur dengan baik.
Adakah ia diketahui atau dipercayai ramai? Di dalam syarikat ini terdapat banyak
kakitangan yang menyatakan mereka mengetahui perkara yang sebenarnya mengenai
dakwaan organisasi ini akan dikecilkan dan sejumlah pekerja akan dibuang. Pekerja-pekerja
di bahagian sokongan amat takut dengan dakwaan ini dan ada yang menyatakan dakwaan ini
hanyalah khabar berita. Saya mengambil keputusan untuk menilai & menganalisis apa yang
diluahkan oleh rakan-rakan sebelum membuat keputusan sebelum mengetahui perkara yang
sebenar. Perkara ini juga sedikit banyak menjejaskan produktiviti saya dan kakitangan lain.

8
Sumber : https://www.utusan.com.my/rencana/forum/bahaya-penyebar-berita-palsu-
1.353694
Sejauh manakah dakwaan itu sesuai dengan kepercayaan kita dan yang lain? Dalam
kehidupan seharian ada kala kita akan akan mendengar berita-berita yang tidak jelas asal-
usulnya. Sesunguhnya dalam Al-quran Allah SWT dengan jelas melarang setiap hamba-
nya yang beriman percaya kepada khabar angina, malah Allah SWT memerintahkan
setiap berita yang disampaikan terutama yang diragui kesahihanya perlu diselidiki (Surah
Al-hujrah,ayat 6).

Sumber : https://www.utusan.com.my/rencana/forum/bahaya-penyebar-berita-palsu-
1.353694
Langkah terakhir dalam menilai kebolehpercayaan sesuatu dakwaan ialah, adakah ia
datang daripada sumber yang boleh dipercayai? Rita, Shidi dan Janet menyatakan bahawa
masalah syarikat yang dihadapi itu sahih. Rakan sekerja lain iaitu Zana, Ramli & Jamil
menyatakan berita itu hanya khabar angin. Kedua-dua dakwaan ini mempunyai sumber yang
berbeza dan kepercayaan masing-masing. Kandungan maklumat yang salah dari sumber yang
salah akan menyebabkan penyampaian maklumat yang tidak betul kepada orang ramai.
Bahagian Pengurusan sumber manusia adalah tempat rujukan yang boleh dipercayai.
Pada pendapat saya, saya menerima dakwaan yang diberikan rakan sekerja saya
berkenaan dengan khabar angin mengatakan syarikat akan mengecilkan operasi dan akan

9
membuang pekerja. Fakta ini disokong oleh pihak pengurusan sumber manusia di syarikat
kami.

3.0 ENAM LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH OLEH HAYES (1981) UNTUK


MENYELESAIKAN MASALAH.

MENGENAL PASTI MASALAH

MEWAKILI MASALAH

MERANCANG PENYELESAIAN

MENJALANKAN PERANCANGAN

MENILAI PENYELESAIAN

MENGUKUHKANNYA

Rajah 3: Enam langkah penyelesaian masalah oleh Hayes (1981).

Untuk menyelesaikan masalah keputusan dalam suatu situasi ditentukan dengan


membuat keputusan yang dikehendaki, Faktor penting seperti matang, motivasi, pengetahuan

10
kreatif dan kebolehubahan perlu ada untuk membuat keputusan. Jadual di bawah
menerangkan masalah dalam mengenal pasti masalah yang dihadapi,

3.1 Masalah Keluarga / Peribadi


Masalah Yang Dihadapi Sebab Utama Kesan (Masalah Perlu diselesaikan)
Masalah Keluarga / 1. Isteri meninggal dunia 1.Perbelanjaan melebihi
Peribadi 2. Anak-anak masih kecil pendapatan.
dan bersekolah. 2. Anak-anak tidak terurus.

3.2 Masalah Rakan di tempat kerja


Masalah Yang Dihadapi Sebab Utama Kesan (Masalah Perlu diselesaikan)
Masalah Rakan di 1.Rita, Shidi dan Janet Situasi ini memberikan kesan yang
tempat kerja menyatakan bahawa tidak baik kepada pekerjaan saya
masalah syarikat yang kerana saya tidak dapat
dihadapi itu sahih. menumpukan perhatian sepenuhnya
2. Rakan sekerja lain iaitu ketika bekerja kerana memikirkan
Zana, Ramli & Jamil masalah tersebut. Saya tidak pastis
menyatakan berita itu hanya sumber manakah yang benar.
khabar angin.

3.3 Masalah Syarikat / Tempat Kerja


Masalah Yang Dihadapi Sebab Utama Kesan (Masalah Perlu diselesaikan)
Masalah Syarikat / 1.Syarikat dalam proses Kebarangkalian, akan kehilangan
Tempat kerja mengecilkan operasi. pekerjaan sekiranya berita itu
2.Kemungkinan ada pekerja benar.
akan diberhentikan.

3.4 Khabar angin

11
Masalah Yang Dihadapi Sebab Utama Kesan (Masalah Perlu diselesaikan)
Khabar Angin Perlu menyelidik lebih Saya berada didalam dilema dan
mendalam berkenaan perlu mengesahkan ketulenan
dengan khabar angin khabar angin itu.

3.2.Merancang penyelesaian
Saya perlu memastikan perancangan dalam meyelesaikan masalah di tempat kerja.
Menurut Deek, Turoff dan McHugh (1999), peringkat merancang penyelesaian masalah
memerlukan perancangan dari segi penyelesaian yang difikirkan beserta altenatif
penyelesaian yang ada. Cullingworths dan Caves (2003) mendefinasikan perancangan secara
umumnya ialah merancang untuk masa hadapan bagi menentukan tindakan yang akan
diambil. Faludi (1978) pula mendefinasikan bahawa perancangan sebagai jenis-jenis tindakan
yang perlu diambil.

3.3.Menilai masalah
Keadaan ini membelenggu kehidupan seharian saya, Adakah perlu setia menunggu
keadaan syarikat kembali pulih atau pun mencari pekerjaan yang lain? Proses penyelesaian
masalah sudah pasti menggunakan akal untuk berfikir,Ketika inilah tahap pemikiran dan cara
manusia berfikir diuji. Seseorang yang berfikir secara kritis, sentiasa menilai sesuatu idea
dengan sistematik sebelum menerima idea tersebut sepenuhnya (Andrew Lawless, 2014 dan
Steve Padget, 2013). Pemikiran poenting dalam kehidupan seharian kerana dengan
menguasai kemahiran ini, kita boleh menggumpulkan banyak maklumat dan menilai betul
atau salah sesuatu idea itu serta dapat membuat tindakan atau memilih yang lebih tepat.
Menilai kaedah penyelesaian merupakan fasa yang penting supaya langkah-langkah yang
bakal diambil akan memberi kesan atau tidak kepada masalah yang sedahg dihadapi.
Tujuannya adalah untuk melihat sejauhmana keberkesanan penyelesaian masalah yang
diambil, samada ianya benar-benar menyelesaikan masalah tersebut atau tidak serta melihat
keberkesanannya. Keberkesanan bermaksud membuat sesuatu yang betul.Keberkesan
mengutamakan pencapaian matlamat. Salah satu kegagalan paling kerap dalam penyelesaian
masalah ialah kekurangan penilaian terhadap penyelesaian masalah yang dilaksanakan.

12
3.4 Mengukuhkannya
Mengukuhkannya merupakan langkah yang terakir dalam proses penyelesaian Hayes,
membuat rumusan yang perlu diselesaikan. Saya juga perlu mengukuhkan matlamat yang
saya inginkan dalam proses untuk menyelesaikan masalah. Sebagai tambahan saya juga perlu
membuat keputusan yang tepat.Proses penyelesaian masalah turut akan menghadapi
kekangan atau halangan.Menurut Donner Wearing (1995) dan Funke (1991), sesetengah
kekangan yang dihadapi dalam menyelesaikan masalah yang sukar merangkumi:
a) Kurang jelas tentang situasi-Dalam hal ini, seseorang mungkin menghadapi kesukaran
sama ada memulakan atau meneruskan penyelesaian masalah.
b) Polytely-Ini melibatkan penyelesaian masalah yang kompleks dicirikan oleh
berberapa matlamat atau pengakhiran.
c) Kompleksiti-Masalah dengan sejumlah item yang banyak, saling berkaitan dan
keputusan.
d) Dinamik-Masalah yang tidak boleh diselesaikan kerana tempoh masa yang diberikan
tidak mencukupi.Dalam sesetengah keadaan, tempoh masa yang sepatutnya diperlukan bagi
menyelesaikan masalah tidak boleh dijangka.

4.0 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

4.1 Analisis menentukan matlamat akhir (Means-end)


Analisis menentukan matlamat akhir (Means-end) merupakan strategi memecahkan masalah
iaitu dengan membahagikan masalah besar ke dalam masalah yang sederhana, atau dari
masalah yang khusus ke masalah yang lebih umum sehingga mendapatkan rumusan serta
tujuan pembelajaran yang mudah untuk difahami.Langkah-langkah dalam strategi Means End
Analysis adalah seperti berikut:
1. Mendahulukan petunjuk/arahan dari pernyataan awal sampai pernyataan tujuan, atau
2. Terbalik mulai dari pernyataan tujuan sampai kepada pernyataan awal.

4.1.1 Syarikat sedang mengecil (downsizing)


Khabar angin mengenai syarikat yang sedang mengecil dan akan membuang perkerja.Perkara
yang membimbangkan bagi saya ialah apabila saya mendengar bahawa berberapa orang
pekerja perlu meletak jawatan tidak lama lagi.Saya berasa sangat bimbang kerana pasangan
saya baru sahaja meninggal dunia. Saya terpaksa mengubah cara hidup kepada perbelanjaan
yang minimum.

13
4.1.2 Masalah Rakan Sekerja
Ianya berlaku apabila saya keliru untuk mempercayai maklumat yang disampaikan oleh
rakan-rakan saya. Rita, Shidi dan Janet mengatakan bahawa masalah yang sedang syarikat
dihadapi itu adalah benar, ini kerana terdapat kekurangan dalam pengurusan di pihak atasan.
Walau bagaimanapun, menurut Zana, Ramli dan Jamil, berita itu hanyalah khabar angin;
syarikat itu masih dalam keadaan baik.

4.2 Analisis SWOT


Penggunaan analisis SWOT dalam menentukan kekuatan diri dan organisasi serta kelemahan
diri dan organisasi. Analisis Swot ini membolehkan saya membuka peluang yang mungkin
saya tidak sedar selain membantu anda bersedia menghadapi ancaman pada masa akan
datang.

S- Strength (Kekuatan)
W-Weakness (Kelemahan)
O-Opportunity (Peluang)
T-Thread (Ancaman)

S- Strength (Kekuatan)
1. Saya boleh menguruskan anak- anak seperti biasa, kerana saya mempunyai
pengalaman dalam menjaga adik-adik saya sebelum ini.
2. Saya mempunyai ahli keluarga yang menyokong dari setiap aspek, mereka juga
sanggup menjaga anak-anak bila diperlukan.

W-Weakness (Kelemahan)
1. Saya perlu mencari kerja berdekatan dengan keluarga mentua dan ibu ayah saya untuk
memastikan anak saya terjaga.

O-Opportunity (Peluang)
1. Banyak peluang pekerjaan diterima berdekatan dengan ayah dan ibu saya.
2. Peluang saya untuk mencari isteri yang baru.

T-Thread (Ancaman)
1. Anak-anak tidak dapat menerima suasana sekolah baru, jika kami berpindah.
2. Anak-anak tidak dapat menerima ibu yang baru dalam masa yang terdekat.
14
Analisis Dalaman – Mengkaji kekuatan dan kelemahan syarikat, dan memberikan nilai
keupayaan kepada organisasi.

Analisis Luaran - Daripada fakta utama, dalam analisis persekitaran, saya mengenalpasti
peluang dan ancaman.

Rajah : Ilustrasi Analisi SWOT

KESIMPULAN

Melalui permasalahan diatas, kesimpulan yang boleh dibuat ialah penyelesaian


masalah adalah satu proses yang sangat penting kepada manusia, kehidupan ini tidak boleh
dari masalah. Manusia seringkali berhadapan dengan pelbagai bentuk masalah. Bagi
mengatasi masalah tersebut kita perlu memastikan cara dan teknik yang terbaik untuk
mendapatkan keputusan yang bagus.
Dengan berfikir secara positif, mencari pekerjaan yang baru merupakan jalan yang
terbaik untuk memulakan hidup yang baru. Kehidupan akan lebih teratur dan sistematik, ini
merujuk kepada keputusan yang diambil untuk berpindah di kampung. Dalam masa yang
sama mencari pasangan hidup yang baru memberikan kesan yang baik kepada anak-anak
yang sedang membesar, mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian lebih daripada ibu
bapa.

RUJUKAN

1. Compton, B.R., Galaway, B., & Cournoyer, B. R. (2005). Social Work Processes (7th
Edition). California: Brooks/Cole Publishing.

15
2. Razali Ahmad. 2004. Stategic HRM – Universiti Utara Malaysia. Human Resoure
Management.

3. Sumner. W. G., 1906 Folkways: a study of the sociological importance of usages,


manners, customs, mores, and morals, Ginn and Co, Boston, p. 98.

4. Poh Swee Hiang (2000). Kemahiran Berfirki secara Kritis dan Kretif. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

5. Najib Aroff (2019), Ekonomi dunia terus menjunam, ini 5 ramalan pakar untuk 2019
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/ekonomi-dunia-terus-menjunam-ini-5-
ramalan-pakar-untuk-2019-195187

6. psychologyinstructor.com (2019), Khabar angin: bagaimana untuk menentukan


mereka dan apakah bahaya yang mereka ada
https://ms.psychologyinstructor.com/khabar-angin-bagaimana-untuk-menentukan-
mereka-dan-apakah-bahaya-yang-mereka-ada/

7. Muhammad Zubir (2019), Bahaya penyebar berita palsu


https://www.utusan.com.my/rencana/forum/bahaya-penyebar-berita-palsu-1.353694

8. StartMeUp (2018), 4 Fungsi Asas Sumber Manusia Dalam Perniagaan Peringkat


Permulaan http://www.smeinfo.com.my/my/operasi-pengurusan-sumber-manusia/4-
fungsi-asas-sumber-manusia-dalam-perniagaan-peringkat-permulaan

Patah Perkataan : 2997.

16

Anda mungkin juga menyukai