Anda di halaman 1dari 38

KEMAHIRAN

BERFIKIR
Shamsuri Shafie
Jabatan Sains Sosial
MAKSUD BERFIKIR
Menurut Kamus Dewan,
◦ fikir bermaksud akal atau keupayaan untuk berfikir
◦ berfikir bererti menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu.
◦ Jadi, kemahiran berfikir ialah kemahiran menggunakan akal
untukmenyelesaikan sesuatu.

Menurut Fraenkel (1980),


◦ berfikir merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman
dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.
Menurut John Dewey,
◦ berfikir ialah satu operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia
ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supaya fakta dapat
dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada.

Menurut Beyer pula,


◦ berfikir sebagai memanipulasi input deria dan persepsi yang diingat
kembali secara mental untuk membentuk pemikiran, sebab atau
keputusan.

Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses


menggunakan minda sama ada untuk mencari makna,
pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan
keputusan atau menyelesaikan masalah.
Kemahiran Berfikir
Terbahagi kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif.
◦ Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai
kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif.
◦ Kemahiran berfikir kreatif pula ialah kebolehan untuk mencerna dan
menghasilkan idea asli dan bersifat generatif.

➢ Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.
➢ Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi
peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan
beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif.
➢ Kemahiran berfikir secara menaakul dapat membantu
✓ pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir
dan strategi berfikir.
➢ Kemahiran berfikir telah disusun mengikut hieraki daripada
kemahiran asas kepada kemahiran yang lebih kompleks.
➢ Berfikir melibatkan tiga komponen
✓ operasi mental
✓ pengetahuan
✓ sikap

Operasi mental dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kognitif dan
metakognitif. Operasi kognitif digunakan untuk mencari makna dan meliputi
kemahiran yang ringkas dan strategi atau proses yang kompleks.
❑ Operasi metakognitif - operasi yang mengarahkan dan
mengawal kemahiran dan proses kognitif.
❑ Metakognisi - berfikir tentang pemikiran dan melibatkan
operasi memandu usaha seseorang demi mencari makna,
khususnya operasi merancang, mengarah dan menilai
pemikirannya.
❑ Oleh yang demikian, proses berfikir melibatkan interaksi
antara pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau
nilai. Contohnya dapat digambarkan pada rajah di bawah.
Perkaitan Pengetahuan, Kemahiran Kognitif
serta Sikap dan Nilai

Pengetahuan

Kemahiran Sikap dan


Kognitif Nilai
KEMAHIRAN
Model Kemahiran Berfikir BERFIKIR
KEMAHIRAN KRITIS KEMAHIRAN KREATIF

• Mencirikan
• Menjana idea
• Membanding dan KEMAHIRAN
• Menghubung kait
bezakan MENAAKUL
• Membuat inferens
• Mengumpul dan
• Meramal
mengelas
• Membuat hipotesis
• Membuat urutan
• Mensintesis
• Menyusun mengikut
• Mengilak
keutamaan STRATEGI • Membuat gambaran
• Menganalisis BERFIKIR mental
• Mengesan kecondongan
• Menganalogi
• Menilai • Mengkonsepsi
• Mereka cipta
• Membuat kesimpulan • Menyelesai
masalah
• Membuat
keputusan
KEMAHIRAN KREATIF
MAKSUD KREATIF
• Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan
menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan,
menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama
ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan.
• Kemahiran berfikir secara kreatif adalah keupayaan seseorang untuk
menghasilkan dan mencetuskan idea yang baru dan mempunyai idea
tulen yang tersendiri.
• Hasil idea yang kreatif juga merupakan hasil Idea yang diilhamkan
sendiri daripada individu atau hasil daripada gabungan idea yang sedia
ada.
KEPENTINGAN BERFIKIR SECARA KREATIF

➢ Penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia


dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna
dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif.

➢ Terhasilnya idea baru melalui ilham atau gabungan idea-


idea yang ada, membuktikan keupayaan meningkatkan
pemikiran dan dapat membantu pelajar dalam memahami
dan menghuraikan sesuatu konsep yang sedang mereka
pelajari semasa pembelajaran.
PROSES BERFIKIR SECARA KREATIF

1. MENJANA IDEA
❖ Menjanakan idea merupakan satu proses menghasilkan
sesuatu idea, pandangan atau pendapat secara spontan
berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini
digunakan apabila pelajar hendak mencari idea baru
dan mencari alternatif bagi sesuatu perkara.
PROSES BERFIKIR SECARA KREATIF
2. MEMBUAT INFERENS

❖ Merupakan tingkahlaku minda dalam membuat kesimpulan atau


andaian awal daripada sumber berasaskan isyarat-isyarat atau
tanda-tanda bagi memperoleh maklumat yang tersirat.
❖ Kesimpulan awal yang dibuat ini ada kemungkinan ianya benar
atau pun tidak kerana kesimpulan itu hanya akan diperoleh
berdasarkan maklumat daripada sesuatu pemerhatian.
❖ Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak merancangkan
langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan; dan menganalisis
sebab dan akibat keputusan atau kesan.
PROSES BERFIKIR SECARA KREATIF

3. MERAMAL
❖ Kemahiran berfikir yang membolehkan pelajar membuat
jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang
akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan bukti
dan maklumat tertentu.
❖ Aktiviti membuat ramalan pula akan dilakukan sekiranya
pelajar hendak memilih tindakan yang sesuai dengan
perkara yang dandaikan akan berlaku; dan mencari
jalan penyelesaian bagi sesuatu perkara.
CIRI-CIRI PEMIKIRAN KREATIF
1) Keaslian
a) Idea-idea yang diterbitkan adalah luar biasa dan asli.
b) tidak ditiru atau diciplak bulat-bulat. Keasliannya tetap dipelihara
dengan syarat idea tersebut merupakan pembaikkan daripada idea
lama.
i. Kita mendapat idea hasil daripada apa yang kita lihat dan saksikan
seperti benda, perkara dan peristiwa yang berlaku di sekeliling.
ii. e.g. Sudah sekian lama kita dapati orang mengukur kelapa secara
tradisional. Ia bukan sahaja tidak efisien tetapi amat memenatkan.
Apabila satu alat kukur kelapa yang canggih dan ekonomik dicipta, ia
boleh dilabelkan sebagai asli dan baru kerana masih belum terdapat
idea yang kita bayangkan.
CIRI-CIRI PEMIKIRAN KREATIF

2) Kelancaran
a) Keupayaan untuk melahirkan idea kreatif secara
spontan dan ada pula yang memakan masa yang
agak lama untuk diterbitkan.
b) Bergantung kepada individu, persekitaran dan
darjah sesuatu penyelesaian masalah dan
membuat keputusan.
PROSES MENERBITKAN PEMIKIRAN KREATIF
• Idea sangat penting kepada manusia kerana dengannya manusia
boleh membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah.
• Kreativiti terdiri dari himpunan pengetahuan, imginasi, dan
penilaian.
• Proses ini berlaku menerusi penyusunan semula dan perkaitan
antara pengetahuan dan pengalaman dalam cara yang baru.
• Untuk berfikiran kreatif, seseorang perlu mempunyai maklumat
tentang perkara yang hendak difikirkan.
PROSES MENERBITKAN PEMIKIRAN KREATIF
Terdapat beberapa cara bagaimana sesuatu idea kreatif dapat
diterbitkan antaranya.
a) Proses menyoal
Sesorang itu akan menyoal apabila ia ingin tahu atau tidak pasti akan
sesuatu. Soalan boleh ditujukan pada diri sendiri atau kepada orang
lain. Keadaan ini akan membuka minda kita dengan lebih luas.

b) Proses tidak sengaja


Proses ini berlaku secara tidak langsung. Idea datang menerusi
pemerhatian persekitaran dan mendapat idea dari persekitaran.
c) Pengalaman
Reka cipta melalui pengalaman adalah berbeza daripada reka cipta
yang melalui proses tidak sengaja. Melalui pengalaman kita tahu
bahawa sesuatu yang dicipta itu akan berjaya.
d) Proses kesilapan
Kemajuan dalam bidang sains dan perubatan adalah hasil dari kajian
dan eksperimentasi. Di dalam proses tersebut kadang-kadang ahli
sains membuat kesilapan dalam pentafsiran dan penelitian. Dalam
kesilapan tersebut mereka menjumpai formula atau kaedah baru
untuk menyelesaikan masalah atau menjayakan kajiannya.
TEKNIK-TEKNIK MELAHIRKAN PEMIKIRAN KREATIF

1) Teknik sumbangsaran
▪ Pengumpulan idea daripada ahli kumpulan tanpa
menjalankan undian atau kritikan terhadap idea yang
diberikan walaupun tidak logik seterusnya perbincangan
bersama akan dijalankan untuk menentukan idea yang akan
diguna pakai.
2) Teknik peniruan
▪ Meniru apa yang pernah dibuat oleh orang lain sehingga
mendapat satu idea baru yang diinginkan .
TEKNIK-TEKNIK MELAHIRKAN PEMIKIRAN KREATIF

3) Teknik peta minda


▪ Melibatkan mengambil nota dan menggunakannya untuk
menjana idea secara berkaitan. Ciri utama ialah
memori visual, kata kunci, penglibatan secara sedar,
pengelompakan dan perkaitan.
4) Analisis inventori masalah
▪ Menfokus kepada masalah-masalah yang wujud.
Mengenalpasti masalah dan membincangkan masalah.
KEMAHIRAN KRISTIS
DEFINISI KRITIS
• Frasa ‘pemikiran kritis’ adalah merupakan gabungan@hubungan antara dua perkataan
iaitu ‘pemikiran’ dan ‘kritis’.
• Maksud ‘pemikiran’ - kebolehan manusia untuk mencipta gagasan-gagasan dan
pengertian-pengertian, berhujah, menilai, serta membuat keputusan.
• Dari sudut bahasa perkataan kritis berasal daripada perkataan Inggeris ‘ Critic’.
• Namun begitu kata dasar ‘kritis’ merupakan perkataan Greek ‘Kriths’ ( kritikos) yang
bermaksud menimbang (judge). Menimbang pula membawa maksud menilai (evaluates),
membezakan (distinguishes), memutuskan (decide) dan menyoal (question) sama ada
sesuatu itu benar atau salah.
• Dalam Kamus Dewan (1984) pula, perkataan ‘kritis’ ditakrifkan sebagai “tidak dengan
begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu malahan menimbangkan buruk dan
baiknya terlebih dahulu”.
• Nik Azis sebagai “pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan.
Pemikiran kritis akan menganalisa isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat
masalah daripada berbagai- bagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah
dan bukan bergiat mencetuskan pelbagai krisis baru”.
• Dewey, 1993 - `berfikir secara serius (mendalam) dan seterusnya membuat
pertimbangan daripadanya.’
• Som dan Mohd Dahalan, 1999 - `kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk
menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan
dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
• pemikiran kritis juga boleh ditakrifkan sebagai pemikiran reflektif yang berusaha untuk
memutuskan sama ada untuk menerima atau menolak sesuatu maklumat. Ia juga turut
menekankan tentang soal fakta yang benar ataupun salah, soal bahasa yang mana jelas
atau kurang jelas dan terutama sekali soal susunan hujah sama ada sah atau sebaliknya
bagi sesuatu perkara.
CIRI-CIRI PEMIKIRAN KRITIS
Ciri-ciri pemikiran kritis ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

1. Konsisten
• pemikiran yang dibuat adalah tetap dan tidak berubah. Setelah membuat
keputusan tentang sesuatu perkara, maka ia tidak akan berganjak daripada
keputusan tersebut.
2. Logikal
• yang boleh difahami bahawa logik akan menentukan sama ada sesuatu itu
benar atau tidak dan ia bersandarkan kepada hujah akal
3. Analisis
• memberi perhatian terhadap unsur, elemen, bahan, perkara satu persatu
dan bertujuan menghurai dan meneliti satu persatu sesuatu perkara itu.
4. Penilaian
• penting dalam membantu individu membuat keputusan secara bijak dalam
sesuatu perkara. Tanpa ciri pemikiran kritis seumpama ini maka seseorang tidak
dapat membuat keputusan dengan bijak dan tepat
5. Kritikal
• boleh difahami sebagai menimbang yang membawa maksud menilai,
membezakan, memutuskan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau
salah.
6. Tidak berat sebelah
• pemikiran kritis juga bersifat tidak bias atau tidak berat sebelah. Tidak
menyebelahi mana-mana pihak dalam meletakkan sesuatu keputusan. Bersifat
neutral dan tidak berat sebelah membolehkan ia rasional dan waras dalam
membuat justifikasi sesuatu perkara

diterapkan oleh Abu Bakar As-Siddiq dalam kepimpinannya ketika beliau menjadi khalifah umat
Islam pertama selepas kewafatan Rasululllah s.a.w.
KEPENTINGAN PEMIKIRAN KRITIS
• bertujuan mengajarkan kaedah-kaedah pemikiran yang digunakan untuk berhujah
secara lebih berkesan.
• Pemikiran kritis menumpukan perhatian kepada kaedah-kaedah yang seharusnya
digunakan oleh manusia untuk berfikir secara berkesan. Aspek yang diutamakan
dalam bidang pemikiran kritis ialah penghujahan, iaitu cara memberi alasan untuk
menyokong atau menentang sesuatu pendapat.
• amat penting dalam kehidupan seharian
JENIS-JENIS PEMIKIRAN KRITIS

a) Pemikiran kritis rendah


➢ Kategori ini melibatkan proses kognitif yang sederhana . Antara
kemahiran-kemahiran kritis tahap ini ialah membanding dan
membezakan, membuat kategori, membuat sequens atau urutan,
meneliti bahagian-bahagian kecil serta keseluruhan dan menerangkan
sebabnya.
b) Pemikiran kritis tinggi
➢ Ia melibatkan proses kognitif dan metakognitif . Pemikiran tahap ini
juga menggunakan kemahiran metakognitif menerusi daya taakulan.
Di antara kemahiran pada tahap ini ialah membuat ramalan, usul
periksa andaian, membuat inferensi, mengesahkan sumber maklumat,
membuat generalisasi dan mencari sebab serta membuat kesimpulan.
TUJUAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

• Mewujudkan kecekapan dan kebudayaan menggunakan


minda.
• Menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea.
• Meneliti kebernasan dan kebaikan serta kelemahan sesuatu
hujah.
• Membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan
alasan dan bukti yang munasabah
KEMAHIRAN MENAAKUL
Kamus Dewan Bahasa
➢ menaakul adalah membuat pertimbangan yang logik.
➢ kemahiran menaakul adalah penggunaan pemikiran logik untuk memahami sesuatu
situasi atau idea.
➢ Menaakul adalah sifat semulajadi manusia
Menurut Terry & Higgs (1993)
➢ penaakulan merupakan proses kognitif sebab musabab terjadinya sesuatu berdasarkan
fakta atau pengetahuan, data dan strategi menyelesaikan masalah untuk menghasilkan
kesimpulan serta membuat keputusan
Mobley (2010)
➢ kemahiran menaakul sebagai kebolehan menganalisis maklumat dan menyelesaikan
masalah secara literal. Ia juga melibatkan pengetahuan asas tentang aspek dalam
kehidupan harian yang perlu difahami oleh individu melalui logik akal sebab sesuatu
tindakan berlaku dan impaknya kepada kehidupan.
Exforsys (2010)
➢ kemahiran menaakul melibatkan proses mendapatkan maklumat dan membuat
inferens berdasarkan tanggapan individu. Keupayaan intelek menaakul
membolehkan seseorang memahami idea dan konsep dengan lebih jelas untuk
membuat kesimpulan yang munasabah.
PPK (2001)
➢ kemahiran menaakul membantu kita sebagai pelincir dalam membuat
pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan
strategi berfikir.

Perkaitan antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran


menaakul dan strategi berfikir ditunjukkan dalam slaid diawal-awal tadi.
ASAS KEMAHIRAN
MENAAKUL

Calumet, Universiti Purdue


~ asas kemahiran menaakul
merupakan proses-
proses asas kepada kognitif.
ASAS KEMAHIRAN MENAAKUL
Menyimpan
➢ Proses ini membolehkan pemindahan maklumat kepada ingatan jangka
panjang. Antara kaedah yang digunakan adalah dengan membuat lakaran peta
minda dan gambaran imej.
Mengguna Semula
➢ Proses ini membolehkan maklumat digunakan semula daripada ingatan
jangka panjang bagi menjana dan memahami idea baru.
Memadan
➢ Proses ini membolehkan murid menentukan maklumat yang diterima adalah
sama ataupun berbeza daripada maklumat yang telah disimpan dalam memori
jangka panjang. Usaha memadan ini melibatkan lima jenis kemahiran iaitu:
5 Kemahiran Memadan
i. Mengkategori /mengkonsepsi
Ia membolehkan murid mengelaskan sesuatu objek atau idea. Ia mempercepatkan
proses pemikiran dan memudahkan penghasilan generalisasi daripada maklumat
yang diterima. Salah satu teknik ialah pemecahan kepada kumpulan (chunking).
Contohnya, pelajar melihat bunga ros dan mengkategorikannya dalam kumpulan
tumbuhan berduri.
ii. Ekstrapolasi / Generalisasi
Ia membolehkan pelajar membuat padanan maklumat yang diterima pada sesuatu
situasi kepada situasi lain. Maklumat sedia ada boleh disesuaikan dengan situasi
yang baru. Contohnya, seorang pelajar yang mengetahui peraturan asas dalam
permainan bola sepak boleh menggunakannya untuk memahami peraturan
permainan ragbi.
iv. Penaakulan Analogi
Ia merupakan kemahiran melihat persamaan antara objek atau idea. Pengetahuan
sedia ada bagi objek atau idea terdahulu digunakan bagi memahami idea yang lain.
Ianya membolehkan murid menggabungkan dua asas kemahiran penaakulan iaitu
mengkategori dan membuat generalisasi untuk menghadapi maklumat baru dengan
lebih berkesan.
v. Penilaian Secara Logik
Prose membandingkan maklumat yang diperolehi dengan maklumat sedia ada
untuk memastikan ianya sah atau benar.
vi. Penilaian
Proses memadankan nilai baru kepada nilai sedia ada untuk memastikan sama dad
ia logik atau sebaliknya.
ASAS KEMAHIRAN MENAAKUL
Prosedur Eksekutif
Merupakan proses terakhir dalam menaakul. Proses yang penting sebab ia
mengkoordinasikan kemahiran-kemahiran nagi membantu pembinaan dan struktur
kognitif yang baru dan menstruktur semula yang lama.

➢ Penghuraian
❖ Proses membuat inferen terhadap makluat yang didengar atau dilihat, tapi tidak
dinyatakan secara tersurat
❖ Termasuk penggunaan kemahiran mengkategori, menghurai.
❖ Dilakukan apabila situasi pembelajaran tidak sdiakan maklumat yang lengkap dan
apabila murid tidak faham maklumat sedia ada
ASAS KEMAHIRAN MENAAKUL
➢ Penyelesaian masalah
➢ Proses mencari maklumat atau strategi bagi mencapai matlamat@usaha2
mengatasi rintangan
➢ Melibatkan penerangan masalah, penentuan hasrat, pemilihan cadangan
penyelesaian, pemilihan strategi, pengujian cadangan penyelesaian, penilaian
dapatan dari cadangan penyelesaian dan mengkaji semula langkah perlu
➢ Kreativiti kritis diperlukan kerana ia menentukan kualiti penyelesaian yang diambil
JENIS-JENIS KEMAHIRAN MENAAKUL
➢ Penggubahan
➢ Proses mewujudkan maklumat baru untuk mengeluarkan idea secara atau lisan
melalui gambar, graf, peta minda dan petikan
➢ Antaranya ialah :
❖ Penaakulan spatial
❖ Penaakulan verbal
❖ Penaakulan logikal
❑ Secara induktif
❑ Secara deduktif
❖ Penaakulan abstrak dll.
TEKNIK-TEKNIK DALAM KEMAHIRAN MENAAKUL

• Semasa PdPc guru perlu ambil kira keperluan perkembangan intelek dan kemahiran berfikir secara
kreatif/kritis dan menaakul dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
• Aktiviti berkaitan boleh dilaksanakan sewaktu atau di luar bilik darjah. Ianya dapat dipraktikkan dalam
pelbagai kaedah atau melelui teknik-teknik berikut.
1. Teknik Perbincangan dan Soal Jawab
2. Teknik Penggunaan Pengurusan Grafik
3. Teknik Pembelajaran Secara Koperatif
4. Teknik Sumbang Saran
5. Teknik Projek
6. Teknik Permainan
7. Teknik Perbahasan
8. Teknik Inkuiri
…..ooopss dah habisssss !
..jumpa lagi minggu depan…

SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai