Anda di halaman 1dari 11

BAB 3

METODOLOGI

3.0 Pengenalan

Metodologi kajian merujuk kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan


penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektik bagi menjawab pemasalahan
kajian. Bab ini merangkumi pengenalan bab, rekabentuk kajian, analisis, fabrikasi
data dan rumusan bab.

Setiap langkah mesti diikuti satu persatu dan perlu dilakukan dengan teliti.
Jika beberapa kesilapan berlaku akan menyebabkan projek mungkin tidak dapat
beroperasi atau tidak kelihatan kemas dan sempurna. Projek sebelum penamat,
pelbagai proses perlu dilakukan mengikut prosedur yang betul bagi memastikan
projek yang tidak mempunyai sebarang masalah.

Antara langkah kerja yang dilakukan dalam menyediakan projek ini adalah
proses mereka bentuk projek. Dengan adanya kerja yang teratur, maka segala kerja
dan tugas yang ingin dilakukan dapat diikuti dan dilaksanakan dengan teratur dan
selamat. Dalam bab ini akan dibincangkan mengenai langkah - langkah kerja yang
akan dilakukan untuk menyiapkan projek. Setiap langkah kerja yang akan dilakukan
akan diterangkan bersama rajah yang boleh membantu pemahaman mengenai
penghasilan projek itu.
3.1 Carta Alir Projek

Carta aliran projek akhir ini ditunjukkan pada jadual. Pertama, mengesan
permasalahan yang dihadapi oleh guru Teknologi Elektrik Kolej Vokasional Tawau.
Kemudian, membuat senarai pecambahan idea dan membuat pemilihan idea yang
terbaik serta pemilihan bahan - bahan yang sesuai untuk digunakan. Disamping itu,
melakar reka bentuk projek dan menghasilkan produk. Akhir sekali, membuat
pemasangan dan pengujian sebelum mempersembahkan projek kepada para panel
penilai.

MULA
MEMBUAT
PEMBENTANGAN

MENDENGAR
TAKLIMAT
MEMBELI BAHAN
KOMPONEN DAN
PERKAKASAN

PEMILIHAN
PROJEK

MENJALANKAN
PROJEK

MEMBUAT KERTAS
CADANGAN

TIDAK PTA 2

KERTAS
CADANGAN
DITERIMA?
3.3 Prosedur Projek

Prosedur projek akan dipecahkan kepada beberapa peringkat bagi mendapatkan


maklumat yang teratur. Pada peringkat awal, satu struktur perlu dibentuk bagi
mendapatkan gambaran tentang perjalanan kajian. Prosedur kerja merupakan
perkara penting kerana dengan adanya prosedur kerja, kerja yang dilakukan lebih
tersusun dan teratur serta dapat mengurangkan masa yang diambil untuk
menyiapkan projek tersebut.

3.3.1 Perancangan projek.


Perancangan sesuatu projek amatlah diperlukan sebelum memulakan sesuatu
kerja-kerja pembersihan dan pemeriksaan komponen. Perancangan projek yang
dijalankan adalah dengan menentukan sesuatu litar yang hendak digunakan
dalam projek ini. Rancangan projek ini dapat mengurangkan masa yang diambil
dalam melakukan apa-apa kerja yang ingin dilakukan.

3.3.2 Membuat kertas cadangan.


Kertas cadangan projek adalah dokumen awal yang memperincikan kajian yang
hendak dilaksanakan dan merupakan pelan keseluruhan yang menerangkan
latar belakang projek serta strategi yang digunakan untuk mendapatkan jawapan
kepada permasalahan dan persoalan.

3.3.3 Reka bentuk projek.


Penjanaan konsep reka bentuk dihasilkan selepas spesifikasi rekabentuk
ditetapkan. Beberapa konsep yang diilhamkan adalah memenuhi setiap
spesifikasi reka bentuk. Kemudian perkembangan konsep dilakukan sehingga
mendapat reka bentuk yang paling sesuai. Tujuan analisis reka bentuk dibuat
adalah untuk mendapatkan rekabentuk yang optimum seperti penggunaan
bahan, penentuan saiz dan pemasangan litar atau bahagian.

3.3.4 Pemilihan konsep dibuat melalui jadual penilaian bermatrik untuk pemilihan
konsep-konsep yang ada. Konsep yang telah terpilih akan melalui proses
perkembangan konsep sehingga menghasilkan rekabentuk terperinci. Reka
bentuk terperinci bermaksud reka bentuk akhir yang boleh dicadangkan untuk
analisis reka bentuk.
3.3.5 Penyediaan bahan dan komponen.
Setelah menyiapkan reka bentuk projek, perkara seterusnya yang perlu
dilakukan ialah menyediakan bahan, peralatan dan komponen-komponen yang
diperlukan bagi menjalankan proses pemasangan mengikut reka bentuk projek
yang telah dibuat dan ditetapkan. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan
barang keperluan projek tidak mencukupi semasa melakukan pemasangan
projek.

3.3.6 Menguji komponen.


Pengujian komponen dilakukan apabila semua kelengkapan seperti peralatan
dan komponen telah lengkap. Langkah seterusnya yang perlu dibuat adalah
menguji setiap komponen tersebut dengan menggunakan meter pelbagai.
Perkara ini bertujuan untuk memastikan setiap komponen berfungsi dengan baik
sesuai kehendak projek. Hal ini juga berujuan untuk mengelakkan komponen
tidak mengalami sebarang kerosakan dan menimbulkan masalah semasa proses
pemasangan projek berjalan.

3.3.7 Melakukan pemasangan komponen.


Pemasangan komponen akan dilakukan pada prototaip pintu setelah litar projek
telah siap diuji, selamat dan boleh digunakan, ini bertujuan untuk memastikan
projek dapat berfungsi dengan baik apabila hendak digunakan.

3.3.8 Membuat pendawaian litar.


Pendawaian litar dilakukan pada prototaip pintu apabila kesemua komponen
yang diperlukan telah siap dipasang. Kerja pemasangan ini dilakukan secara
berkumpulan untuk memastikan tiada kesalahan yang dibuat semasa membuat
pendawaian.

3.3.9 Membuat pengujian litar pada projek.


Pengujian ini dibuat selepas proses pemasangan komponen dan pendawaian
litar telah siap dipasang. Langkah ini bertujuan untuk memastikan lagi
kefungsian pada litar projek dan juga sebagai persediaan awal sebelum proses
pembentangan projek dilakukan.
3.3.10 Melakukan kemasan projek.
Kerja-kerja kemasan yang dilakukan seperti mengecat, membersihkan habuk
dan meratakan permukaan papan lapis. Hal ini untuk memastikan projek berada
dalam keadaan bersih, cantik dan selamat digunakan.

3.4 Bentuk Projek

Dalam Pembangunan suatu projek saiz juga penting untuk memainkan peranan agar
pengguna dapat mengendalikan projek tersebut dengan baik dan selesa. Oleh itu,
projek reka bentuk model ini dengan mengambil kira saiz yang ideal kepada
pengguna model tersebut. Berikut merupakan ukuran bahagian demi bahagian yang
telah dicadangkan oleh pengkaji.

6 kaki

4 kaki

2 kaki

Rajah 3.1 Rangka Projek


Rajah 3.2 Pandangan Hadapan

Rajah 3.3 Pandangan Belakang


Rajah 3.4 Pandangan Sisi Kiri

Rajah 3.5 Pandangan Sisi Kanan


3.5 Anggaran Projek

JADUAL 1 : KOS ANGGARAN PROJEK


BIL PERKARA HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH
(RM) HARGA (RM)

1 Angle Bar (1’’) 44.00 2 pcs 88.00

2 Plywood (4 kaki x 8 kaki x 55.00 2 sht 110.00


9mm)

3 Rubber wheel (2’’) 4.35 4 pcs 17.40

4 Cat kayu 9.00 2 ltr 18.00

5 Berus cat (3’’) 3.20 2 btg 6.40

6 Welding rod (no 12) 40.00 1 ktk 40.00

7 Skru (2’’) 10.00 1 ktk 10.00

8 PVC trunking (3’’) 12.00 1 btg 12.00

9 Paip PVC (1/2’’) 3.50 1 btg 3.50

10 U-clip 2.00 1 ktk 2.00

11 Metal trunking (3’’) 35.00 2 btg 70.00

12 Grand disc (4’’) 1.08 2 pcs 1.08

13 Cutting disc (4’’) 2.00 2 pcs 4.00

14 Penyambung paip (1/2’’) 1.20 10 pcs 12.00

15 Cat besi 46.00 1 ltr 46.00

16 Square Tube 10.00 5 btg 50.00

17 Kabel merah (1.5mm) 3.00 5 mtr 15.00

18 Kabel hitam (1.5mm) 3.00 5 mtr 15.00

19 Kabel hijau (1.5mm) 3.00 5 mtr 15.00

20 Kabel merah (2.5mm) 5.00 8 mtr 40.00

21 Kabel biru (2.5mm) 5.00 8 mtr 40.00

22 Kabel kuning (2.5mm) 5.00 8 mtr 40.00

23 Kabel hitam (2.5mm) 5.00 8 mtr 40.00

24 Kabel hijau (2.5mm) 5.00 8 mtr 40.00

JUMLAH KESELURUHAN 695.38


3.6 Rujukan
1. Buku Teknologi Elektrik ( Penyelenggaraan Pendawaian Satu Fasa Dan Tiga
Fasa) Kolej Vokasional Tawau.

2. https://id.scribd.com/document/397968395/Penyenggaraan-Pendawaian-Tiga-
Fasa

3. https://notaelektrikkolejvokasional.blogspot.com/2018/03/penyelenggaraan-dan-
pembaikan-peralatan.html

4. https://airamirasamsuri.blogspot.com/2017/05/definisi-bahan-bantu-mengajar.html

5. http://kamibudakpendidikanuthm.blogspot.com/2014/11/pendawaian-elektrik-suis-
satu-hala.html
3.7 Lampiran

Gambar 1 : Proses Pembuatan Slide Pembentangan

Gambar 2 : Proses Membuat Lakaran 3D


Gambar 3 : Pembentangan

Gambar 4 : Selesai Pembentangan

Anda mungkin juga menyukai