Anda di halaman 1dari 4

Tema : Sayang Si Kembar

“Kisah ini mengenai dua orang kembar, Arsya dan Irsya, melalui saat yang
genting apabila diberitahu yang ibunya, Puan Azraine jatuh sakit akibat
penularan COVID-19. Jirannya, Zamri dan Zamir serta keluarga mereka
menolongnya di saat genting itu.”

“Uhuk! Uhuk!”. Sudah dua hari Puan Azraine jatuh sakit, batuk tidak henti-henti. Irsya sudah mula
risau tentang keadaan ibunya yang lemah semacam.

“Ibu ni dah dua hari asyik batuk tak henti-henti. Kalau kita pergi hospital kerajaan nak tak? Servis
dia bagus, ibu pun cepat sembuh…” Irsya berkata sambil membawa segelas air kosong untuk
menghilangkan dahaga ibunya.

“Ibu okey je… Tak payah risaulah…” Puan Azraine berkata dengan suaranya terketar-ketar dek
kerana sakit tekak yang amat. “Tak boleh! Ica tak kira, kita pergi jugak petang ni, boleh?” kata Irsya
dengan harapan ibunya cepat sembuh dan boleh menjanani kehidupan seperti biasa.

“Okey, ibu setuju…” akhirnya si ibu terpaksa mengalah. Ibunya malas mahu bertanya lebih. Asalkan
dia sudah sihat dan boleh menjalani kehidupan bersama anak-anaknya, itu sudah cukup baginya.
Irsya akhirnya keluar daripada bilik ibunya dengan penuh gembira. Harap lepas Arsya balik dari
sekolah, dia pun turut gembira.

[Arsya pulang dari sekolah…]

“Arsya!” panggil Irsya dengan suara manjanya. Arsya terkejut melihat perwatakan Irsya yang berbeza
sekarang ini dengan hari-hari biasa. Pelik yang amat.

Tanpa melengahkan masa, Arsya terus meluru ke dalam rumah. Hasrat untuk berjumpa ibunya
berada pada tahap maksima. Namun, Irsya segera menarik lengan Arsya lalu berkata, “Ibu tengah
tidur, tak elok kalau kacau ibu sekarang ni…”.

“Oh, okey… nanti jelah jumpa ibu, mesti ibu penat…” Arsya bermonolog sendirian. Tiba-tiba dia
teringat akan perjanjian dengan kawannya yang hendak menolong lalu berkata, “Ica, Eri dah setuju
nak tolong kita pasal bil bayaran hospital tu. Bila kita nak pergi?”. “Mungkin petang ni kot…” kata
Irsya sambil menutup pintu rumah.

Dalam pada mereka berdua berbual kosong, ada seseorang yang mendengar, lalu bangkit dari katil
miliknya dan berjalan keluar daripada bilik. “Eh, Arsya dah balik rupanya… Macam mana sekolah hari
ni? Okey?” tanya Puan Azraine di hadapan pintu biliknya sambil bersandar di tepi pintu dengan muka
yang agak pucat lesi.

“Okey je sekolah… Ibu pergi hospital petang ni kan? Nanti kitorang teman… Ibu rehatlah dulu…
maaf kalau kami ganggu ibu tidur…” Arsya meminta maaf dengan penuh keikhlasan. “Ica, nanti pergi
hospital bila? Nanti boleh siap awal…” kata Puan Azraine, lembut yang amat. “Mungkin 4.30 petang
kita gerak… Jadi ibu kena siap awal, sebab kita tak nak sesak semasa masuk nanti… Ingat tau, ibu.”
Irsya bersuara lembut.

“Ibu masuk bilik dulu… Nak gosok baju…” Kata Puan Azraine sambil jalan menuju ke almari bajunya.
“Eh, ibu. Tak payah gosoklah… Nanti Aca yang gosokkan, boleh?” minta Arsya, mengharapkan ibunya
setuju. “Okey.” Itu sahaja jawapan yang mampu diberikan oleh Puan Azraine. Selepas itu, Arsya
segera masuk ke bilik untuk menukar pakaian sekolahnya dan terus ke dapur untuk makan tengah
hari.
[Petang itu di hospital…]

Petang itu mereka tiba di hospital lalu masuk ke dalamnya. Alangkah indahnya apabila Zamri dan
Zamir (Eri dan Emir) tiba di situ lebih awal.

“Assalamualaikum, mak cik.” tegur Zamri dengan muka manisnya. “Waalaikumusalam, kamu berdua
sihat? Ibu ayah sihat?” tanya Puan Azraine, lembut. “Mama dengan papa sihat je… ni nombor giliran
mak cik…kamu semua, mari duduk dahulu, nanti penat kalau berdiri lama-lama…” kata Zamir sambil
menghulurkan kertas nombor giliran kepada Puan Azraine lalu duduk di tempat duduk yang kosong.

Sementara menunggu giliran, mereka bersembang kosong. Pada kala mereka sedang rancak
berbual, giliran Puan Azraine sudah sampai lalu masuk ke dalam bilik yang disuruh. Jururawat yang
berada di kaunter memberitahu bahawa hanya yang sakit sahaja boleh masuk ke dalam bilik untuk
mengelakkan penularan COVID-19. Jadi, hanya mereka berempat sahaja yang menunggu di luar lalu
mereka membuat keputusan untuk berbual kosong sahaja di luar.

“Awak, saya nak tanya sikitlah… Mak awak ada pergi mana-mana ke sebelum ni? Kalau ada bagitau
kami sekarang.” Zamir berkata dengan sopan. “Erm… Rasanya ibu ada pergi satu majlis ni, katanya
salah seorang daripada pengantin itu positif… Tapi, apa sebenarnya COVID-19 ni… tak fahamlah…”
kata Irsya dengan penuh tanda tanya.

Zamri dan Zamir terkejut akan apa yang dikatakan Irsya sebentar tadi. Harapnya itu semua adalah
tipu belaka lalu Zamri pula yang menjelaskan soalan yang ditanya Irsya sebentar tadi, “COVID-19 ni
salah satu virus yang tergolong dalam Coronavirus. Virus tu boleh menyebabkan seseorang individu
itu selesema, batuk dan demam dan lebih teruk lagi ia boleh membawa kematian.”

Arsya hanya mendengar sambil termenung. Apalah agaknya nasib ibu… Positif atau negatif? Itu
yang bermain di dalam benak pemikiran Arsya.

Tiba-tiba seorang jururawat keluar dari bilik yang dimasuki Puan Azraine tadi dan ke kaunter untuk
memberitahu sesuatu kepada jururawat yang menjaga kaunter. Setelah selesai perbualan mereka,
nama Arsya dan Irsya dipanggil lalu mereka ke kaunter itu untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan
ibu mereka.

Akhirnya mereka duduk semula selepas mereka dipanggil dengan muka yang menahan sebak.
Apabila ditanya oleh Zamri dan Zamir, mereka berdua turut terkejut apabila diberitahu yang Puan
Azraine telah positif COVID-19. Jadi, mereka bercadang untuk terus pulang ke rumah kerana sudah
senja dan ibunya akan ditahan di wad buat sementara waktu. Mereka dinasihatkan supaya tidak
melawat ibunya dan hanya berada di rumah.

[Balik daripada hospital…]

“Aca! Saya sedih…” kata Irsya dengan tangisan yang ditahan sedari tadi. “Dahlah, kita doa jelah…”
Arsya memujuk adiknya. Tetapi pujukan itu lebih kepada dirinya sendiri kerana gagal menjaga ibunya
dengan baik. “Dah… jom makan. Ica tak lapar ke?” ajak Arsya.

“Takpelah… Saya tak lapar.” Irsya berkata lalu terus ke katil bilik tidurnya dan melelapkan mata.
Arsya pula terus ke dapur untuk mengambil nasi tetapi dia terlupa untuk menanak nasi lalu kembali
ke ruang tamu. Melihat ketiadaan Irsya di ruang tamu, dia ke bilik Irsya lalu mengejutkannya untuk
mengerjakan solat Maghrib dan Isyak bersamanya.
Setelah selesai solat berjemaah, Zamri dan Zamir bercadang untuk menghantar makanan kepada
mereka selepas selesai solat Isyak. “Nah… ni mama kasi…” Zamri menghulurkan bekas makanan
kepada mereka. Arsya menyambut bekas makanan tersebut sambil terkejut.

“Terima kasih. Kirim salam mak kamu ya…” Irsya berkata dengan nada lembut. Mereka terus masuk
ke rumah untuk menjamu selera yang dihidangkan di dalam bekas makanan itu.

[Esok pagi, di sekolah…]

“Arsya?” tanya Cikgu Liesya. Guru itu sedang mengambil kehadiran menjadi hairan akan
ketidakhadiran Arsya dan bertanyakan kepada seluruh kelas. Malangnya, semua tidak memberikan
respon.

“Irsya pun tiada juga hari ni?” tanya guru itu lagi. Dengan selamba, Zamir bangkit dan
memberitahu, “Cikgu, Arsya dan Irsya tidak hadir kerana ibunya dimasukkan ke dalam wad petang
semalam. Selepas itu, doktor menyarankan mereka duduk di rumah sementara waktu.”.

“Oh. Baiklah, terima kasih atas info yang diberikan, Zamir. Baik semua, buka buku teks halaman
25,” kata guru itu dengan nada tegas. Zamir segera duduk selepas memberi penjelasan.

[10 pagi…]

Waktu yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pelajar menengah atas untuk makan. Ramai pelajar
segera keluar untuk membeli makanan di kantin sekolah atau bermain telefon di dalam kelas. Tidak
terlepas juga bagi mereka, Zamir keluar membeli makanan untuk dirinya manakala Zamri pula segera
membuka telefonnya dan menekan aplikasi WhatsApp untuk bersembang kosong dengan Arsya.

Manakala mereka berdua di rumah, makan, tidur dan berangan sahaja yang boleh dibuat sekarang
ini. Irsya sedang membuat salad manakala Arsya pula sedang melayari komik online di telefonnya.
Sedang melayari komik online, satu mesej telah masuk. Ianya daripada Zamri. Terus sahaja Arsya
menekan aplikasi WhatsApp dan membalasnya.

Irsya yang sudah siap membuat salad terus ke ruang tamu dan duduk di sebelah Arsya. “Aca, kau
nak sikit tak? Aku buat banyak ni…” tanya Irsya. “Aku nak satu sudu je, boleh?” Arsya berkata sambil
matanya tak lekang dari merenung skrin telefonnya.

Irsya menyenduk sudu yang digunakan dan menghalakannya ke mulut Arsya. Arsya dengan
selambanya makan sambil bermain telefon tanpa menoleh Irsya. Setelah selesai menyuap, Irsya
membuka televisyen bagi menghilangkan kebosanan.

5 minit sudah berlalu, Arsya masih menenung skrin bercahaya yang berada di hadapan matanya
lalu membuatkan Irsya tertanya-tanya. “Aca, kau ni dari tadi asyik tenung je skrin telefon tu… apa
yang seronok sangat? Bagilah aku tengok jugak…”.

“Takdelah, Eri nilah… sibuk tanya macam-macam…” Arsya dengan penuh gedik berbicara
membuatkan Irsya jadi tak lalu makan salad.

“Emir kirim salam sayang…” Arsya berkata sambil matanya masih tak lekang daripada skrin
telefonnya. Irsya jadi terkejut dengan bicara kakaknya itu.

“Waailaikumusalam,” itu sahaja yang mampu diucapkan Irsya kerana malu yang teramat.

Mereka berdua berbual sampailah masa rehat sudah tamat. Apabila masa rehat sudah tamat,
mereka mematikan perbualan kerana pembelajaran akan diteruskan. Arsya menyambung semula
komik online yang dibacanya sebentar tadi dan Irsya pula melayan televisyen manakala Zamri dan
Zamir menuju ke kelas untuk meneruskan pembelajaran mereka.

Setiap pagi, Zamri dan Zamir akan bertanya khabar tentang mereka untuk memastikan mereka
sentiasa sihat menggunakan aplikasi WhatsApp. Tengah hari pula, mereka akan menghantarkan
lauk-pauk kepada Arsya dan Irsya untuk makan tengah hari. Petang pula, mereka akan ber’google
meet’ sesama mereka atau menelefon ibunya untuk menghilangkan kebosanan. Malam pula,
mereka akan menghantar lauk-pauk bersama nasi untuk Arsya dan Irsya makan malam. Rutin harian
mereka begitu sampailah satu masa…

[14 hari kemudian…]

Arsya dan Irsya bangun dari katil untuk menggosok gigi dan bersarapan bersama-sama. Sedang
bersarapan, tiba-tiba telefon Arsya berbunyi. Ianya panggilan daripada doktor yang merawat ibunya.
Arsya segera menjawab panggilan tersebut. Semasa berbual, Irsya yang disebelahnya hanya meneka
siapakah gerangan yang menelefonnya pagi-pagi begini. Nak kata Zamri, mustahil sangatlah… Zamri
kan pergi sekolah, mungkin tengah perhimpunan pagi… Selepas habis menjawab panggilan, Arsya
tersenyum lebar. Aik, perempuan ni dah kenapa tersenyum bagai… kena sampuk hantu ke apa ni…
Arsya terus duduk di meja makan dan kembali mengunyah bijirin di hadapan matanya sambil
tersenyum.

“Aca, kau dah kenapa tersenyum-senyum pagi-pagi begini…” tanya Irsya, kehairanan. Arsya ni
makin lama makin pelik aku tengok… haih… “Ica, ibu dah nak balik! Ibu dah nak balik!” Arsya
menjerit keterujaan membuatkan Irsya yang sedang minum susu yang berada di dalam mangkuk
menjadi tersedak. What? Ibu dah balik? Macam tak percaya…

“Ibu dah nak balik?! Bila?” tanya Irsya, merindu ibunya yang tersayang. “Tengah hari ni… Wei, nak
nangis… Ibu dah balik…” kata Arsya dengan air matanya mengalir laju ke pipi… “Ajak Emir dengan Eri
sekalilah…” Irsya memberikan pendapat. Yelah, diorang yang paling banyak berkorban semasa ibu
tak ada… “Erm… bagus jugak cadangan kau, kejap, bagi aku mesej Eri dulu… nanti lupa…” laju Arsya
berbicara. Terus laju membuka aplikasi WhatsApp dan menaip. Setelah menaip, dia kembali
menjamu bijirin di hadapan matanya.

[12 tengah hari…]

Arsya dan Irsya telah berada di hadapan pintu hospital yang merawat ibunya lalu masuk ke dalam
dan menuju ke stesen yang menempatkan ibunya ketika sakit dahulu. Doktor itu memberitahu
mereka untuk berada di situ buat sementara waktu. Setelah seketika, Zamri dan Zamir datang ke
stesen tersebut setelah diberitahu oleh Arsya melalui perbualan chat pagi tadi.

“Dah lama ke korang sampai?” tanya Zamri. Risau dua gadis di hadapannya menunggu lama
disebabkan mereka. “Takdelah, kitorang pun baru je sampai…” balas Irsya, malas nak panjang lebar,
takut gaduh pulak jadinya… “By the way, kenapa kita mesti tunggu kat sini? Kan boleh aje ambil
aunty dekat wad sana…” Zamir memberikan hujah yang sedari tadi berada di benak fikirannya.

“Doktor yang suruh… kitorang ikut aje…”

Anda mungkin juga menyukai