Anda di halaman 1dari 57

HAK SUAMI & HAK ISTERI

DISEDIAKAN OLEH:

NURUL ADIBAH BINTI BAHAUDDIN (2022142359)


NUR AISYAH SYAKIRAH BINTI ZAIDI (2022554107)
NURZAHIDAH BINTI MAZLAN (2022793903)
SKOP PERBINCANGAN
Hak Suami
Hak Isteri
Hak Bersama
Nafkah
Nusyuz
DEFINISI HAK
★ Hak (al-haq) : benar, petunjuk, kewajipan
Wahbah al-Zuhaili
★ Bahasa: sabit/ wajib
★ Istilah: kehendak syarak & bersandarkan daripada
hukum-hukum syarak.
KONSEP HAK
Setiap manusia ada haknya sendiri dan bertanggungjawab untuk
menunaikan hak pihak lain.
Daripada Abdullah Bin Umar, Nabi SAW bersabda:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan akan ditanya atas apa yang
dipimpinnya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya. Seorang
isteri adalah pemimpin atas rumah suaminya serta anaknya. Oleh
kerana setiap kamu adalah pemimpin, maka setiap daripada kamu
akan diminta bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya.”
(Riwayat al-Bukhari)
HAK -HAK SUAMI
1) ISTERI MENTAATI SUAMI

❖ Kunci untuk memasuki syurga bagi isteri terletak pada keredhaan suaminya.
Sabda Nabi SAW:

“Jikalau memerintahkan seseorang untuk bersujud, pasti saya akan memerintahkan


seseorang perempuan untuk sujud kepada suaminya.” - (Riwayat al-Bukhari)

❖ Hadis di atas menggambarkan betapa seorang isteri wajib mentaati suami.


❖ Namun, isteri dikecualikan daripada mentaati suami pada perkara yang mungkar.
Sabda Nabi SAW:

“Tidak boleh seorang isteri mentaati suaminya terhadap perkara-perkara maksiat” -


(Riwayat al-Bukhari)
❖ Keperluan batin suami adalah tanggungjawab isteri. Jika isteri enggan menurut
kehendak suami tanpa sebab keuzuran adalah berdosa. Hadis Rasulullah SAW:

“Apabila seseorang perempuan tidur pada malam hari dengan meninggalkan tempat
tidur suaminya, malaikat akan melaknatnya sehingga subuh hari.” - Riwayat al-Bukhari

❖ Ketaatan terhadap suami termasuklah tinggal bersama di rumah yang disediakan


❖ Tidak keluar rumah tanpa izin suami (nusyuz)
2) MENJAGA MARUAH SUAMI
❖ Isteri bertanggungjawab menjaga maruah suami dengan dua kaedah:
1) menjauhi zina
2) menjauhi pendahuluan-pendahuluannya (muqaddimah zina)
❖ Isteri tidak boleh bergaul bebas, tidak boleh mendedahkan aurat, tidak boleh
bertabarruj melainkan untuk suami dan tidak boleh benarkan lelaki ajnabi masuk ke
dalam rumah ketika suami tiada.
3) MENJAGA PERASAAN SUAMI
❖ Isteri perlu menjaga penampilan diri, perlu berhias untuk suami dan sebaliknya.
Berdasarkan dalil hadis Nabi SAW, daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
“Aku suka berhias untuk isteriku sebagaimana aku suka isteriku berhias untukku”
❖ Isteri wajib mengelakkan suami daripada berkecil hati ketika diajak bersama. Sabda
Nabi SAW:
Ketika seorang lelaki mengajak isterinya untuk memenuhi kehendaknya (jimak) maka
isterinya wajib memenuhi, meskipun ia berada di dalam dapur”. - (Riwayat Al-Tirmizi)

4) ISTERI MENTADBIR RUMAHTANGGA SUAMI


Isteri bertanggungjawab:
❖ Menjaga hak suami seperti harta benda dan anak-anak.
❖ Mendidik dan memelihara anak-anak dengan ilmu agama.
❖ Mengelakkan pembaziran, tidak meminta lebih dari keperluan.
HAK -HAK ISTERI
1) NAFKAH
❏ Hak berbentuk harta selain daripada mahar.
❏ Seksyen 60- 81 Enakmen undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003
Fuqaha:
Nafkah adalah apa yang dihajatkan oleh isteri seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, tempat tidur,
pembantu, kelengkapan rumah dan lain-lain.
❏ Suami wajib memberi nafkah (Surah Al-Talaq, 7)
❏ Nafkah adalah sedekah. Sabda Nabi SAW:
“Nafkah yang diberikan seorang lelaki kepada ahli keluarganya adalah sebagai sedekah”. – (Riwayat
al-Tirmizi)

2) MAHAR (MAS KAHWIN)


❏ Suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri atas sebab pernikahan/ untuk
halalkan perkahwinan.
❏ Seksyen 59 Enakmen undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003
❏ Mahar merupakan hak mutlak isteri & tidak boleh diambil oleh suami melainkan dengan keizinan
isteri.
❏ Hukum membayar mahar adalah wajib (Surah Al-Nisa’, ayat 24 dan 4)
❏ Mahar dikategorikan sebagai hak berbentuk harta.
3) PENDIDIKAN
❏ Suami wajib memberi pendidikan kepada isteri kerana tiang kerohanian lebih
kuat berbanding material.
❏ (Surah Al- Tahrim 28:6): Al-Qur'an mengarahkan supaya memelihara diri
sendiri dan ahli keluarga daripada api neraka di mana disebutkan bahan bakar
api neraka itu terdiri dari manusia dan batu-batu.
❏ Suami wajib mendidik isteri kepada perkara makruf dan bukan perkara maksiat
agar dapat mengelakkan isteri daripada nusyuz.

Contoh Pendidikan:

A. Beri bimbingan penghayatan agama (tutup aurat, menjaga diri, memelihara


agama & tanggungjawab pada Allah)
B. Memperbaiki akhlak (ajar ke arah kebaikan dan kebahagiaan)

❏ Isteri yang nusyuz boleh dididik dengan hukuman, tapi ianya perlu mengikut
panduan yang diajar Islam. (Surah Al-Baqarah, 5)
4) ADIL

❏ Adil dalam pembahagian di kalangan isteri-isteri bagi suami yang berpoligami


(Surah Al-Nisa’ 4:3)
❏ Isteri boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk membubarkan
perkahwinan atau fasakh jika suaminya tidak melayani isteri itu dengan adil
mengikut kehendak hukum Syarak berbanding dengan isteri-isterinya yang
lain.
❏ Ketidakadilan demikian dianggap sebagai suatu penganiayaan ke atas isteri
berkenaan.

5) PERGAULAN & PENJAGA YANG BAIK

❏ Menjaga perasaan isteri seperti menjaga lidah daripada menuduhnya dengan


keaiban yang dibencinya.
❏ Tidak memuji kecantikan orang lain ketika sedang marah
❏ Memelihara rahsia isteri khasnya berkaitan tempat tidur
❏ Panggil isteri dengan gelaran baik
❏ Tidak menyakiti isteri (pukul)
HAK -HAK BERSAMA
1) HAK ISTIMTA’ (BERSETUBUH)
★ Suami isteri berhak mendapat layanan batin kerana hikmah perkahwinan ialah untuk
menghalalkan hubungan.
★ Wahbah al-Zuhaili: suami isteri ada hak bersetubuh kerana ia adalah hajat dan naluri
semula jadi manusia.
★ Tiada larangan untuknya selagi tiada larangan/tegahan seperti haid, nifas, sakit dan
seumpamanya.

2) MENSABITKAN NASAB ANAK


★ Hukum syarak: Anak daripada perkahwinan sah perlu dinasabkan pada suami.
★ Anak dilahirkan oleh isteri secara terus bernasab pada ibunya.
★ Melalui nasab, ia mengikat ibu bapa pada anak-anak seperti hadhanah, pusaka, wali
dan sebagainya.
3) HADHANAH (HAK PENJAGAAN ANAK)

★ Hak hadhanah adalah hak bersama suami isteri.


★ Selain menjaga dan memberi makanan, ibu bapa wajib mendidik anak-anak dari segi ilmu agama.

4) BERGAUL SECARA BAIK

★ Islam menyeru suami agar hidup secara baik dengan isteri. Surah Al-Rum 21:21:

“Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan
untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati
dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu perasaan kasih sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan
kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”

Contoh bergaul dengan baik:

★ Berkomunikasi dengan baik


★ Saling kasih mengasihi
★ Nasihat menasihati
★ Tidak membuka aib pasangan
NAFKAH
NAFKAH DALAM PERKAHWINAN
•Nafkah ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada
mereka yang wajib ke atas seseorang sama ada isteri, anak
dan orang orang yang di bawah tanggungannya.
• Ia termasuk keperluan tempat tinggal, makanan, pakaian,
pendidikan, keagamaan dan perubatan.
Nafkah isteri, anak-anak dan lain-lain
SEKSYEN 60 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA
ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
1) Tertakluk kepada Hukum Syarak Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki
membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.
(2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah
berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut
kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain—
(a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;
(b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau
(c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa
apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.
•(3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut
kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri
itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.
•S73 KEWAJIPAN MENANGGUNG NAFKAH ANAK

•(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan
selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya,
sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada
dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan
pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf
kehidupannya atau dengan membayar kosnya.

(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang
bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi
sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat
di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak
berupaya menanggung nafkah mereka.
S74 KUASA MAHKAMAH MEMERINTAHKAN NAFKAH BAGI
KANAK-KANAK

•(1) Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah untuk faedah
mana-mana anaknya—

(a) jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi anaknya itu;

(b) jika dia telah meninggalkan langsung isterinya dan anaknya itu adalah dalam jagaan isterinya;

(c) dalam masa menanti keputusan sesuatu prosiding halehwal suami isteri;

(d) apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain; atau

(e) apabila memberi kebenaran kepada lelaki itu untuk berpoligami di bawah seksyen 23.
(2) Mahkamah adalah juga berkuasa memerintahkan seseorang yang
bertanggungan di bawah Hukum Syarak supaya membayar atau memberi
sumbangan terhadap nafkah seseorang anak jika Mahkamah berpuas hati
bahawa memandang kepada kemampuannya adalah munasabah bagi
Mahkamah memerintahkan sedemikian.

(3) Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh mengarahkan
supaya pembayaran dibuat kepada orang yang menjaga atau memelihara
dan mengawal anak itu atau kepada pemegang-pemegang amanah bagi
anak itu.
S 61 EUKIS
KUASA MAHKAMAH UNTUK MEMERINTAHKAN NAFKAH BAGI
SESEORANG TERTENTU

•Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang


bertanggungan tentang hal itu mengikut Hukum Syarak supaya membayar
nafkah kepada seorang lain jika dia tak upaya, sepenuhnya atau
sebahagiannya, dari mencari kehidupan oleh sebab kerosakan otak atau
jasmani atau tidak sihat dan Mahkamah berpuas hati bahawa
memandang kepada kemampuan orang yang pertama tersebut itu adalah
munasabah memerintahkan sedemikian.
S62 EUKIS PENTAKSIRAN NAFKAH

Pada menentukan jumlah sesuatu nafkah yang hendak


dibayar, Mahkamah hendaklah mengasaskan
pentaksirannya terutama sekali atas kemampuan dan
keperluan pihak-pihak itu, dengan mengira kadar nafkah
itu berbanding dengan pendapatan orang yang
terhadapnya perintah itu dibuat.
S63. EUKIS KUASA MAHKAMAH UNTUK MEMERINTAHKAN CAGARAN
DIBERI BAGI NAFKAH

Mahkamah boleh, apabila menentukan nafkah, memerintahkan orang yang


bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua
atau apa-apa bahagiannya dengan meletakhak apa-apa harta pada
pemegang-pemegang amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu
atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.
S75 KUASA BAGI MAHKAMAH MEMERINTAHKAN CAGARAN BAGI
NAFKAH SESEORANG ANAK

(1) Mahkamah boleh, apabila memerintah pembayaran nafkah untuk faedah


seseorang anak, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah
itu supaya memberi cagaran bagi kesemua atau sebahagian daripadanya
dengan meletakhak apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah dengan
amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada
pendapatan harta itu.
(2) Kemungkiran mematuhi perintah menghendaki orang yang bertanggungan
membayar nafkah itu meletakhak apa-apa harta pada pemegang amanah bagi
maksud subseksyen (1) boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan
terhadap Mahkamah.
S64 EUKIS MENKOMPAUN NAFKAH

•Sesuatu perjanjian untuk membayar, dengan wang atau harta lain, wang pokok
bagi menjelaskan segala tuntutan nafkah masa hadapan tidak boleh berkuat
kuasa sehingga ia telah diluluskan, dengan atau tanpa syarat-syarat oleh
Mahkamah, tetapi apabila diluluskan sedemikian, hendaklah menjadi suatu
pembelaan yang memadai terhadap apa-apa tuntutan nafkah.
S65 TEMPOH PERINTAH NAFKAH

•Kecuali jika sesuatu perintah nafkah dinyatakan sebagai


selama sesuatu tempoh yang lebih singkat atau telah
dibatalkan, dan tertakluk kepada seksyen 66, sesuatu
perintah nafkah hendaklah tamat apabila mati orang
yang kena membayar nafkah itu atau apabila mati orang
yang berhak menerima nafkah itu menurut perintah yang
telah dibuat itu, mengikut mana yang lebih awal.
S66 EUKIS HAK TERHADAP NAFKAH ATAU PEMBERIAN SELEPAS PERCERAIAN

(1) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada
suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila
tamat tempoh ‘iddah atau apabila isteri menjadi nusyuz.

(2) Hak isteri yang diceraikan untuk menerima pemberian daripada bekas suaminya di
bawah sesuatu perjanjian hendaklah terhenti di atas perkahwinan semula isteri itu.
S67 EUKIS KUASA MAHKAMAH UNTUK MENGUBAH PERINTAH NAFKAH

Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah, atau
boleh pada bila-bila masa membatalkan, sesuatu perintah nafkah yang masih
berkuat kuasa, sama ada bercagar atau tak bercagar, atas permohonan orang yang
berhak menerima atau yang kena membayar nafkah itu menurut perintah yang telah
dibuat itu, jika Mahkamah berpuas hati, bahawa perintah itu telah diasaskan atas
sesuatu salah pernyataan atau kesilapan fakta atau jika sesuatu perubahan matan
telah berlaku tentang hal keadaan.
S68 KUASA MAHKAMAH UNTUK MENGUBAH PERJANJIAN NAFKAH

Tertakluk kepada seksyen 64, Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari
semasa ke semasa mengubah syarat-syarat sesuatu perjanjian tentang
nafkah yang dibuat antara suami dan isteri sama ada dibuat sebelum atau
selepas tarikh yang ditetapkan, jika Mahkamah berpuas hati bahawa sesuatu
perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan, walau apa pun
peruntukan yang berlawanan dalam perjanjian itu.
S76 KUASA MAHKAMAH MENGUBAH PERINTAH PENJAGAAN ATAU
NAFKAH SESEORANG ANAK

Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang yang ada mempunyai kepentingan,


pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah, atau boleh pada
bila-bila masa membatalkan, sesuatu perintah mengenai penjagaan atau nafkah
seseorang anak, jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah itu telah diasaskan
atas sesuatu salah pernyataan atau kesilapan fakta atau jika sesuatu perubahan
matan telah berlaku tentang hal keadaan.
S77 KUASA MAHKAMAH MENGUBAH PERJANJIAN PENJAGAAN ATAU NAFKAH
SESEORANG ANAK

Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah
syarat-syarat sesuatu perjanjian berhubung dengan penjagaan atau nafkah
seseorang anak, sama ada perjanjian itu dibuat sebelum atau selepas tarikh
yang ditetapkan, walau apa pun peruntukan yang berlawanan dalam
perjanjian itu, jika Mahkamah berpuas hati bahawa adalah munasabah dan
untuk kebajikan anak itu berbuat demikian.
S69 Nafkah yang kena dibayar di bawah perintah Mahkamah tidak
boleh dipindahkan hakmiliknya

Nafkah yang kena dibayar kepada seseorang di bawah sesuatu perintah


Mahkamah tidak boleh diserahhak atau dipindahmilik atau kena ditahan,
diasingkan, atau dikenakan levi untuk, atau berkenaan dengan, apa-apa
hutang atau tuntutan.
S70 MENUNTUT TUNGGAKAN NAFKAH
(1) Tunggakan nafkah yang tak bercagar, boleh dituntut sebagai suatu
hutang daripada pihak yang mungkir itu dan, jika tunggakan itu terkumpul
kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak
yang mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebankrapannya
dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati, tunggakan
itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar dari harta
pusakanya.

(2) Tunggakan nafkah yang tak bercagar yang terkumpul kena dibayar
sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh dituntut sebagai
suatu hutang oleh wakil diri di sisi undang-undang orang itu.
S78 MENUNTUT TUNTUTAN NAFKAH
SESEORANG ANAK

Seksyen 71 hendaklah dipakai, dengan pindaan yang sesuai dan


mengikut Hukum Syarak, bagi perintah-perintah mengenai
pembayaran nafkah untuk faedah seseorang anak.
S71 NAFKAH SEMENTARA

(1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat alasan-alasan untuk


membayar nafkah, Mahkamah boleh membuat suatu perintah terhadap suami
bagi membayar nafkah sementara yang akan berkuat kuasa dengan serta merta
dan terus berkuat kuasa sehingga perintah Mahkamah dibuat atas permohonan
untuk nafkah.

(2) Suami boleh melaraskan nafkah sementara yang dibayar dengan amaun
yang diperintah supaya dibayar untuk nafkah di bawah perintah Mahkamah,
dengan syarat bahawa amaun yang diterima oleh isteri, setelah ditolak apa-apa
potongan, adalah cukup untuk keperluan asasnya.
S79 KEWAJIBAN MENANGGUNG NAFKAH KANAK-KANAK YANG DITERIMA
SEBAGAI AHLI KELUARGA
•(1) Jika seseorang lelaki telah menerima seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya
sebagai seorang ahli keluarganya, maka adalah menjadi kewajipannya menanggung
nafkah kanak-kanak itu semasa dia masih seorang kanak-kanak, setakat mana bapa dan
ibu kanak-kanak itu tidak berbuat demikian, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa
perintah yang perlu bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu.

(2) Kewajipan yang ditanggungkan oleh subseksyen (1) hendaklah terhenti jika
kanak-kanak itu dibawa balik oleh bapa atau ibunya.

(3) Apa-apa wang yang dibelanjakan oleh seseorang lelaki pada menanggung nafkah
seseorang kanak-kanak sebagaimana dikehendaki oleh subseksyen (1) boleh dituntut
daripada bapa atau ibu kanak-kanak itu.
S80 LAMANYA TEMPOH BAGI NAFKAH
Kecuali—

(a) jika sesuatu perintah mengenai nafkah seseorang anak dinyata sebagai selama tempoh yang lebih singkat;

(b) jika sesuatu perintah itu telah dibatalkan; atau

(c) jika sesuatu perintah itu dibuat untuk—


•(i) seseorang anak perempuan yang belum berkahwin atau yang, oleh sebab sesuatu hilangupaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan
menanggung nafkah dirinya; atau

(ii) seorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu hilangupaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya,
•perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur lapan belas tahun, tetapi Mahkamah boleh atas permohonan oleh anak itu atau oleh
seseorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya munasabah, bagi membolehkan anak itu
mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi.
(c) jika sesuatu perintah itu dibuat untuk—

(i) seseorang anak perempuan yang belum berkahwin atau


yang, oleh sebab sesuatu hilangupaya dari segi otak atau
jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya;
atau

(ii) seorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu


hilangupaya dari segi otak atau jasmani, tidak
berkebolehan menanggung nafkah dirinya,
•perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu
mencapai umur lapan belas tahun, tetapi Mahkamah
boleh atas permohonan oleh anak itu atau oleh
seseorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu
supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang
difikirkannya munasabah, bagi membolehkan anak
itu mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih
tinggi.
S81 KEWAJIPAN MENANGGUNG NAFKAH ANAK TAK SAH
TARAF
(1) Jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah seseorang anaknya
yang tak sahtaraf yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, melainkan seorang
anak yang dilahirkan akibat rogol, Mahkamah boleh, apabila hal itu dibuktikan dengan
sewajarnya, memerintahkan perempuan itu memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan
munasabah oleh Mahkamah.

(2) Elaun bulanan di bawah seksyen ini hendaklah kena dibayar dari tarikh bermulanya
kecuaian atau keengganan menanggung nafkah itu atau dari sesuatu tarikh yang kemudian
mengikut sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
NUSYUZ
DEFINISI NUSYUZ
Menurut kitab Al-Fiqh Al-Manhaji:

nusyuz bermaksud derhaka dan tidak taat. Isteri nusyuz bermaksud isteri menderhakai dan tidak mentaati
suami sebagaimana yang diperintahkan oleh syarak.

Dari segi Istilah dan menurut Imam Syirazi ialah

isteri yang menderhakai, angkuh serta ingkar terhadap apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT
kepada mereka mengenai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terhadap suami.
DALIL NUSYUZ
Surah An-Nisa ayat 34:

‫ﷲ ﻛَﺎنَ ﻋَ ﻠِ ّﯾًﺎ َﻛﺑِﯾرً ا‬


َ ‫اﻟﻼﺗِﻲ ﺗَﺧَ ﺎﻓُونَ ُﻧﺷُوزَ ھُنﱠ َﻓ ِﻌظُوھُنﱠ َواھْ ُﺟرُوھُنﱠ ﻓِﻲ ا ْﻟﻣَﺿَ ﺎﺟِﻊِ َواﺿْ رِ ﺑُوھُنﱠ ۖ َﻓﺈِنْ أَطَ ﻌْ َﻧ ُﻛ ْم ﻓ ََﻼ َﺗ ْﺑﻐُوا ﻋَ َﻠ ْﯾﮭِنﱠ ﺳَ ﺑ ًِﯾﻼ ۗ إِنﱠ ﱠ‬
‫َو ﱠ‬

Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz)


hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat
tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang
bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu
mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha
Besar.
DALIL NUSYUZ
Hadith Riwayat Muslim (1436)

َ‫إِذَ ا دَ ﻋَ ﺎ اﻟرﱠ ُﺟل ُ اﻣْ رَ أَ َﺗ ُﮫ إِﻟَﻰ ﻓِرَ اﺷِ ِﮫ َﻓ َﻠ ْم َﺗﺄْ ِﺗ ِﮫ َﻓﺑَﺎتَ ﻏَ ﺿْ ﺑَﺎنَ ﻋَ َﻠ ْﯾﮭَﺎ ﻟَﻌَ َﻧ ْﺗﮭَﺎ ا ْﻟ َﻣﻼَ ِﺋ َﻛ ُﺔ ﺣَ ﺗﱠﻰ ﺗُﺻْ ﺑِﺢ‬

Apabila suami mengajak isteri untuk tidur bersama-sama, kemudian isteri tidak mahu datang dan suaminya tidur dalam
keadaan marah, maka malaikat melaknati isterinya sehingga ke pagi.

Hadith Riwayat Muslim (1436)

‫ﺳﻣَﺎءِ ﺳَ ﺎ ِﺧطًﺎ ﻋَ َﻠ ْﯾﮭَﺎ ﺣَ ﺗﱠﻰ ﯾَرْ ﺿَ ﻰ ﻋَ ْﻧﮭَﺎ‬


‫ إ ﱠِﻻ ﻛَﺎنَ ا ﱠﻟذِي ﻓِﻲ اﻟ ﱠ‬،ِ‫ َﻓ َﺗﺄْﺑَﻰ ﻋَ َﻠ ْﯾﮫ‬،‫ ﻣَﺎ ﻣِنْ رَ ﺟُلٍ ﯾَدْ ﻋُو اﻣْ رَ أَ َﺗ ُﮫ إِﻟَﻰ ﻓِرَ اﺷِ ﮭَﺎ‬،ِ‫َوا ﱠﻟذِي َﻧﻔْﺳِ ﻲ ِﺑ َﯾ ِده‬

Demi Dia yang jiwaku di Tangan-Nya, tiada apa yang berlaku apabila seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur lalu
isterinya enggan kecuali Dia yang di langit akan murka ke atasnya sehingga suami berkenaan reda terhadap isterinya
HUKUM NUSYUZ

- Nusyuz adalah salah satu perbuatan dikategorikan sebagai dosa besar


- Hukum nusyuz adalah haram
PEMBAHAGIAN NUSYUZ
Nusyuz terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:-

1) Nusyuz isteri terhadap suaminya


2) Nusyuz suami terhadap isterinya
3) Kedua-dua suami dan isteri melakukan perkara tersebut
1. Nusyuz Isteri
1) Perlakuan seorang isteri seperti derhaka atau ingkar terhadap suaminya
2) Contohnya:-

a. Keluar rumah tanpa izin suami;

b. Tidak mahu memenuhi hak suami terhadapnya;

c. tidak melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri


2. Nusyuz Suami
1) Seorang suami dikatakan nusyuz apabila mengabaikan tanggungjawabnya sebagai
seorang suami.
2) Contohnya:-
a. Mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami seperti tidak memberi nafkah
zahir & batin
b. Menyakiti dan mendera isteri
c. suami tidak berlaku adil dalam bergilir bagi yang mempunyai isteri lebih daripada
seorang
3. Nusyuz Suami & Isteri
1) Perbuatan nusyuz oleh suami & isteri dinamakan sebagai syiqaq.
2) Syiqaq dari segi bahasa bermaksud pertengkaran, pergaduhan dan
pertelingkahan
3) Manakala dari sudut istilah hukum syarak adalah bermaksud pertelingkahan
yang tidak dapat diselesaikan lagi antara suami dan isteri yang menyebabkan
keduanya tidak dapat hidup bersama menjalankan tanggungjawab dan saling
menghormati antara satu sama lain.
SYIQAQ
Syiqaq dalam perkahwinan boleh berlaku di dalam situasi seperti:-

a. Pergaduhan yang kerap antara suami dan isteri sehingga menimbulkan kesukaran menjalankan
tanggungjawab masing-masing
b. Suami atau isteri saling tuduh menuduh mempunyai hubungan yang melampaui hukum syarak dengan individu
jantina yang berlainan
c. Pergaduhan sehingga menggunakan kekerasan
d. Suami & isteri sudah tidak tinggal bersama
e. Pergaduhan di antara suami & isteri disebabkan pengabaian anak-anak
f. Kegagalan isteri dalam permohonan cerai oleh sebab kegagalan pembuktian semasa perbicaraan di
Mahkamah Syariah
g. Apa-apa tindakan lain yang boleh menyebabkan dharar syarie terhadap suami atau Isteri.
HAK ISTERI HILANG KETIKA DIA NUSYUZ

1) Suami tidak wajib memberikan nafkah kepada isteri apabila isteri ingkar arahan
suami
2) Sungguhpun begitu, seorang isteri yang telah bertaubat dan kembali taat pada
suaminya tidak lagi dianggap melakukan nusyuz.
3) suami atau isteri tidak boleh mengatakan bahawa pasangannya telah melakukan
perkara dan meninggalkan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri dengan
mudah. Hanya mahkamah yang boleh mengisytiharkan bahawa isteri atau suami
telah melakukan nusyuz.
Indastri bin Saion v Sharifalaili bt Hussin @ Mukhtar [2018] 2 SHLR 70

1) Plaintif dan Defendan telah berkahwin pada 10/09/2003


2) Plaintif telah memfailkan tuntutan untuk mendapatkan perintah:-
a. defendan kembali taat kepada plaintif sebagai suaminya yang sah,
b. defendan bersama anak-anak tersebut kembali hidup bersama plaintif sebagai suami isteri;
c. dan mahkamah mengisytiharkan defendan sebagai seorang isteri yang nusyuz serta tidak layak
untuk mendapat nafkah dari plaintif.
Indastri bin Saion v Sharifalaili bt Hussin @ Mukhtar [2018] 2 SHLR 70

Sebagai panduan, mahkamah merujuk kepada ss 60(2) dan (3) EUUKIS 2003 yang memperuntukkan:

seseorang isteri tidak berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan
menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain:-

(a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;

(b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau

(c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain
RUJUKAN
1. http://jgd.uum.edu.my/images/vol4_2008_journal/3-rekayasa-2008-HAK%20SU
AMI%20ISTERI%20-1-ed%20pz-1.pdf
2. https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/12564/1/HAK-HAK%20IS
TERI%20DALAM%20PERKAHWINAN%20MENURUT%20AL-QURAN%20DAN
%20AL-SUNNAH.pdf
3. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JS/article/download/22939/11455/49699
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Nusyuz
5. https://akumuslim.asia/nusyuz-maksud-huraian-lengkap/
6. https://hakammahkamahsyariah.blogspot.com/2019/01/sabitan-syiqaq.html

Anda mungkin juga menyukai