Anda di halaman 1dari 13

3.

3 AKHLAK
3.3.1 Konsep akhlak
a. Definisi dan kepentingan akhlak
b. Dalil al Quran dan al Sunnah
c. Sifat mahmudah dan mazmumah dalam kehidupan
bermasyarakat
d. Hubungan akhlak, syariah dan akidah dalam pembentukan
masyarakat madani

3.3.2 Isu akhlak semasa


a. Isu-isu akhlak semasa :
● Keruntuhan akhlak remaja
● Penyalahgunaan media massa
● Pengaruh globalisasi
3.3 Akhlak Islam

3.3.1 Konsep Akhlak

Manusia tidak boleh dipisahkan daripada akhlak walaupun sedetik dalam umurnya untuk
meneruskan kehidupan. Segala aktiviti mereka sama ada kecil atau besar tidak terlepas
daripada perkiraan sama ada pahala ataupun dosa.

a) Definisi dan kepentingan akhlak

● Dari segi bahasa pengertian akhlak berasal dari kata

jamak: khalaqa- - khalqan akhlak yang


bererti sifat, tabiat, perangai, budi pekerti dan adab.

● Dari segi istilah; akhlak bermaksud kumpulan sifat yang dimiliki oleh seseorang
yang melaluinya akan lahir perbuatan yang baik atau buruk.

● Imam al Ghazali mendefinisikan akhlak adalah sifat yang tertanam dalam


jiwa seseorang. Darinya akan terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa
memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

● Imam Ahmad mengatakan al-khalq adalah kejadian atau bentuk yang


nampak, sedangkan al-khulq adalah perangai, tabiat, adat, maruah dan agama.

● Abu Bakar Jabir al Jazairi mendefinisikan akhlak adalah satu perkara yang
bersemi dalam diri seseorang yang menyebabkan lahirnya tindakan yang timbul dari
kemahuan sendiri sama ada baik atau jahat.

● Akhlak merupakan suatu sifat yang tetap dan sebati di dalam jiwa, di mana
dengannya akan melahirkan perbuatan-perbuatan (sama ada baik ataupun buruk)
tanpa perlu kepada pemikiran dan renungan terlebih dahulu.

Kesimpulannya, akhlak mempunyai makna yang sinonim dengan tabiat. Apabila


perkataan akhlak dikaitkan dengan kalimah Islam, ia mencakupi segala hubungan
manusia dengan makhluk.

Kepentingan Akhlak

Akhlak yang mulia mesti diamalkan dalam segenap lapangan kehidupan dan
disebarkan secara meluas untuk melahirkan peribadi yang mulia. Kedudukan
akhlak dalam Islam disamakan dengan agama itu sendiri. Terdapat banyak ayat-
ayat al Quran dan al Sunnah yang membincangkan kepentingan dan kelebihan
akhlak antaranya ialah:
i. Akhlak merupakan salah satu rukun agama yang utama dalam akidah dan
syariat. Ini dijelaskan oleh baginda SAW dalam sabdanya:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk


menyempurnakan kemuliaan akhlak.”
( Hadith Riwayat al Bukhari )

ii. Akhlak menunjukkan martabat dan kesempurnaan iman seseorang. Sabda


Rasulullah SAW :

Maksudnya:“Seorang mukmin yang paling sempurna imannya ialah


yang paling baik akhlaknya.”

( Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, Hakim dan al Tirmizi )

iii. Akhlak adalah perkara yang paling berat nilai timbangannya di akhirat
kelak. Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat di dalam


timbangan (di akhirat) selain daripada akhlak yang baik.”

(Hadith Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

iv. Tanda orang yang hebat ialah yang baik akhlaknya. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya : “Sesungguhnya orang yang terbaik di kalangan kamu


adalah yang terbaik akhlaknya.”
( Hadith Riwayat al Bukhari dan Muslim )

v. Akhlak yang baik akan menghapuskan dosa, dan akhlak yang buruk akan
merosakkan amalan yang baik. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksudnya:

“Akhlak yang baik mencairkan dosa seperti air mencairkan salji, dan
akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan
madu.”

( Hadith Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, Tabrani dan al Baihaqi )


vi. Orang yang berakhlak sangat dicintai oleh Rasulullah SAW seperti dalam sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat
duduknya denganku di akhirat ialah yang paling baik akhlaknya di
kalangan kamu.”

( Hadith Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, Tabrani dan al Baihaqi )

b) Dalil al Quran dan al Sunnah :

Terdapat banyak dalil-dalil yang menerangkan tentang akhlak dalam Islam.

i. Firman Allah SWT:

Maksudnya : “Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad)


mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia.”
( Surah al Qalam: 4 )

ii. Hadith Nabi SAW:

Maksudnya : “Kebajikan itu ialah akhlak yang baik.”


( Hadith Riwayat al Bukhari )

iii. Hadith Nabi SAW:

Maksudnya : “Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya


ialah orang yang paling baik agamanya.”
( Hadith Riwayat al Tirmizi )

iv. Firman Allah SWT:

Maksudnya : “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri


Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik.”
( al Ahzab: 21 )
c) Sifat Mahmudah dan Mazmumah Dalam Kehidupan Masyarakat Madani

Sifat mahmudah ialah sifat yang terpuji. Sifat yang baik untuk diikuti dan dicontohi. Sifat mahmudah
adalah sifat yang disukai oleh Allah SWT. Akhlak Rasulullah SAW ialah akhlak mahmudah dan
kehebatan akhlak baginda SAW tiada tandingannya dengan manusia lain.

Apabila Siti Aisyah RA ditanya oleh seorang Arab Badawi mengenai akhlak baginda, maka beliau
menjawab :

Maksudnya : “Akhlak Rasulullah adalah seperti al Quran”.


(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Contoh-contoh sifat mahmudah :


1. Adil ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya, memberi hak kepada mereka yang memiliki
hak, membebankan kewajipan bagi mereka yang mempunyai kewajipan. Hak yang diberikan itu
tidak lebih dan tidak kurang sebagaimana firman Allah Taala SWT.

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat baik.”


(Surah al Nahl : 90)

2. Memelihara kesucian diri (al-Iffah) ialah menjaga diri daripada segala keburukan supaya
terpelihara kehormataan diri. Seseorang muslim harus sentiasa berusaha memelihara kesucian
dirinya dan hawa nafsu, lidah serta hatinya daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah
SWT. Firman Allah SWT :

Maksudnya :“Berbahagialah orang yang membersihkan jiwanya dan rugilah orang yang
mengotorkan jiwanya.”
(Surah al Syams : 9-10)

3. Sabar ialah tahan menempuh sesuatu yang sukar. Sabar yang terpuji adalah sabar atas
mengerjakan taat kepada Allah SWT, menjauhi segala maksiat yang dilarangNya dan sabar atas
segala takdirNya. Sabar adalah merupakan salah satu daripada tangga-tangga ibadat menurut
Ahli Sunnah wal Jamaah bahkan ia merupakan darjat dan tangga ibadat yang paling agung. Allah
SWT menyebut perkataan sabar lebih 90 kali pada pelbagai tempat di dalam al Quran. Di dalam
Islam, sabar ada tiga darjat:
● Sabar terhadap ketaatan
● Sabar terhadap kemaksiatan
● Sabar terhadap ketentuan dan musibah

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan sembahyang sebagai
penolongmu sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(al Baqarah : 153)

4. Syukur ialah menzahirkan pujian kepada Allah SWT terhadap nikmat yang dikurniakan serta
mematuhi semua perintahNya. Bersyukur kepada Allah seperti melaksanakan segala ibadah
kepada Allah dengan hati yang ikhlas. Sentiasa memuji Allah dengan menyebut kalimah tayyibah
(Perkataan yang baik) seperti Allah Akbar, Subhanallah, Alhamdulillah dan sebagainya. Firman
Allah SWT :

Maksudnya : “Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu supaya Aku membalas kamu dengan
kebaikan, dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur.”
(al Baqarah : 152)

Sifat Mazmumah

Sifat mazmumah adalah sifat tercela.Sifat mazmumah ialah segala bentuk perbuatan
manusia yang dapat mendatangkan kemudharatan bagi diri sendiri dan orang lain, serta dapat
membahayakan iman dan mendatangkan dosa.

Contoh-contoh sifat mazmumah ialah :


1. Hasad dengki ialah rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu
mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya. Ibnu Taimiyah rahimahullah, dalam kitab
Majmu’ah Al-Fatawa memberi maksud “hasad adalah membenci dan tidak suka terhadap
keadaan baik yang ada pada orang yang dihasad.” Nabi SAW bersabda :

Maksudnya : “Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan


(membakar) kayu.”
(Riwayat Abu Daud)
2. Fitnah ialah tuduhan, khabar atau kisah yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan
atau menjatuhkan seseorang dan supaya orang yang mendengar menjadi benci dan marah.
Perbuatan ini amat tidak disukai dalam Islam sebab orang yang menghasut itu tergolong dalam
golongan orang yang fasik dan Islam tidak menerima orang fasik itu sebagai saksi apa lagi untuk
mendengar percakapannya. Firman Allah SWT :

Maksudnya : “Hai orang yang beriman jika datang kepadamu orang yang fasik membawa
perkhabaran hendaklah kamu periksa kebenarannya kerana ditakuti kalau-kalau kamu
menganiaya seseuatu kaum dengan tiada pengetahuannya akhirnya kamu akan menyesal
dengan apa yang kamu lakukan.”
(al Hujurat :6)

3. Mengumpat ialah memperkatakan seseorang di belakangnya. Biasanya yang diperkatakan ini


adalah sekitar kelakuan, keadaan badan, perangai dan sebagainya. Firman Allah SWT :

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya
kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari
sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan
keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah
seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian
keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-
larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima
taubat, lagi Maha mengasihani.”
(al Hujurat : 12)

d) Hubungan Akhlak, Syariah dan Akidah Dalam Pembentukan Masyarakat Madani


Akidah, syariah dan akhlak pada dasarnya merupakan rukun agama dalam ajaran Islam.
Ketiga unsur tersebut dapat dibezakan tetapi tidak dapat dipisahkan. Akidah sebagai sistem
kepercayaan yang bermuatan elemen-elemen dasar keyakinan, menggambarkan sumber dan
hakikat keberadaan agama. Sementara syariah sebagai sistem nilai yang mengandungi peraturan
yang menggambarkan fungsi agama manakala akhlak sebagai sistem yang menggambarkan arah
dan tujuan yang hendak dicapai agama.
Islam tidak hanya memberi bimbingan agama, dalam rangka hubungan manusia dengan
Tuhan, tetapi juga memberi bimbingan dalam hubungan antara manusia, bahkan hubungan manusia
dengan alam dan lingkungannya, baik lingkungan wujud nyata mahu pun yang tidak nyata.

Bimbingannya bukan hanya menyangkut hal-hal besar melainkan juga yang kecil-kecil, dan
boleh dianggap remeh oleh sebahagian orang, lalu yang remeh itu pun dikaitkan dengan Tuhan
Yang Maha Esa, Allah SWT. Berbagai aktiviti, bahkan makan dan berpakaian, tidur, cara tidur,
bangun tidur, mandi atau ke tandas, termasuk kaki mana yang hendaknya didahulukan melangkah
ketika masuk dan keluar, semua ada aturannya dan semua dikaitkan dengan Allah SWT.

Muslim yang baik adalah orang yang memiliki akidah yang lurus dan kuat yang
mendorongnya untuk melaksanakan syariah yang hanya ditujukan pada Allah sehingga tergambar
akhlak yang terpuji pada dirinya.

Atas dasar hubungan itu, maka seseorang yang melakukan suatu perbuatan baik, tetapi tidak
dilandasi oleh akidah atau keimanan, maka orang itu termasuk ke dalam kategori kafir. Seseorang
yang mengaku berakidah atau beriman, tetapi tidak mahu melaksanakan syariah, maka orang itu
disebut fasik. Orang yang mengaku beriman dan melaksanakan syariah tetapi dengan landasan
akidah yang tidak lurus disebut munafik.

Akidah, syariah dan akhlak dalam al Quran disebut iman dan amal saleh. Iman menunjukkan
makna akidah, sedangkan amal saleh menunjukkan pengertian syariah dan akhlak. Seseorang yang
melakukan perbuatan baik, tetapi tidak dilandasi akidah, maka perbuatannya hanya dikategorikan
sebagai perbuatan baik. Perbuatan baik adalah perbuatan yang sesuai dengan nilai-nilai
kemanusiaan, tetapi belum tentu dipandang benar menurut Allah. Sedangkan perbuatan baik yang
didorong oleh keimanan terhadap Allah sebagai wujud pelaksanaan syariah disebut amal saleh.
Justeru didalam al Quran mengatakan amal saleh selalu diawali dengan kata iman.

Firman Allah :

Maksudnya :“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan
mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka
berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka
berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk
mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan
menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahkuKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa
pun dengan aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka itulah orang-
orang yang fasik.”
(al Nur : 55)
3.3.2 Isu Akhlak Semasa
a) Isu-isu akhlak :

i. Keruntuhan Akhlak Remaja :

Keterlibatan remaja Islam di Malaysia dalam aktiviti yang meruntuhkan akhlak seperti
budaya hedonisme, pergaulan bebas dan perlakuan zina adalah satu perkara yang
sangat membimbangkan.

Ramai dalam kalangan remaja terjebak ke lembah gejala sosial yang tidak bermoral ini.
Rutin harian mereka juga dilihat telah banyak berlakunya pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan, aktiviti berfoya-foya dan bersuka ria di kelab malam telah
menjadi suatu kebiasaan dan akhirnya, berlakulah seks rambang dan perzinaan.
Tambahan pula,budaya barat yang dilihat tidak henti-henti meluru masuk ke dalam
kehidupan kita, seolah-olah mahu ‘membunuh’ jiwa-jiwa ‘hijau’ ini dengan racun
hedonisme, sekularisme, liberalisme dan bermacam-macam lagi. Mereka diburu dari
segenap arah; pemikiran, pakaian, pergaulan, hiburan dan cara hidup.

Implikasinya, perkara-perkara yang meruntuhkan akhlak seperti pergaulan bebas, aktiviti


pelacuran dan zina dilihat semakin meningkat dan berleluasa. Seharusnya,
pembentukan akhlak dalam kalangan remaja Muslim perlulah dititikberatkan oleh semua
pihak bermula daripada ibu bapa, pendidik, masyarakat, pemimpin dan yang paling utama
adalah remaja itu sendiri. Di Malaysia, jangkaan jumlah remaja adalah separuh
daripada keseluruhan rakyat Malaysia dan dengan itu, usaha untuk mendidik remaja
bukanlah satu tugas yang kecil. Sungguhpun begitu, isu berkaitan remaja seperti seks
bebas, zina dan sebagainya belum nampak kepada noktahnya malah terus meningkat.

ii. Penyalahgunaan media sosial :

Antara bentuk penyalahgunaan media sosial adalah seperti jenayah siber, pornografi dan
penyebaran berita palsu. Jenayah siber merupakan suatu bentuk perlakuan jenayah yang
menggunakan sebarang jenis peranti elektronik melalui sambungan perkhidmatan internet
yang membolehkan sesebuah perlakuan jenayah dilakukan sama ada ia melibatkan
seseorang individu atau sekumpulan orang serta mampu menjangkaui batasan dari
sesebuah negara ke negara yang lain dalam tempoh masa yang singkat dan tidak terhad
batasan.

Jenayah siber menyebabkan berlakunya kepada kehilangan atau kerosakan kepada


peralatan, data dan maklumat yang melibatkan sesebuah perisian mahupun pemprosesan
komputer sama ada serangan virus, pencerobohan (unauthorized access and use) serta
kecurian maklumat terhadap sesebuah komputer atau peranti elektronik yang dijadikan
sasaran.

Jenayah siber merupakan suatu bentuk jenayah moden yang wujud pada zaman ini di mana
ia tidak lagi seperti jenayah pada zaman dahulu yang hanya terhad kepada persekitaran
fizikal sahaja, namun kini ia telah menjangkau kepada perlakuan jenayah melalui alam
siber dengan menggunakan teknologi komputer.

Jenayah siber memberi ancaman yang sangat besar kepada pengguna dan turut dilihat
sebagai satu bentuk cabaran dan jenayah alaf baru yang tidak seperti mana jenayah
pembunuhan yang boleh dikemukakan senjata sebagai bukti sebaliknya jenayah siber
hanya menggunakan komputer mahupun peranti elektronik.

Pornografi sebagai segala bentuk perbuatan atau tindakan yang mengandungi kelakuan
seksual atau eksploitasi seksual yang melanggar norma moral dalam masyarakat atau
perbuatan mendedahkan aurat secara keterlaluan atau melampau. Manakala, menurut
Kementerian Kesihatan Malaysia istilah “pornography” berasal dari perkataan “porneia”
iaitu perkataan Greek yang digunakan bagi merujuk pelacur dan istilah ini membawa
makna penulisan tentang pelacur.

Pada masa kini, media sosial telah disalahgunakan oleh segelintir masyarakat yang tidak
beretika untuk menyebarkan berita dan maklumat palsu yang boleh mendatangkan kesan
negatif kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Maklumat dan berita palsu
tersebut mengandungi unsur penipuan, mengapi-apikan sentimen perkauman dan
memfitnah seseorang untuk menjatuhkan maruah dan reputasi dan sebagainya. Hal ini amat
membimbangkan kerana maklumat dan berita seperti ini boleh menyebabkan kesan negatif
ke atas penerimaan dan penggunaan. Kemunculan media sosial yang berkembang pesat
juga telah mengubah gaya hidup dan rutin kehidupan masyarakat. Hal ini kerana
kemudahan yang semakin canggih menyebabkan seseorang dapat mengaksesnya bukan
hanya menerusi penggunaan komputer mudah alih tetapi menerusi telefon pintar yang turut
dilengkapi kemudahan melayari internet.

Penggunaan media sosial semakin popular dalam kehidupan masyarakat, timbulnya


beberapa impak negatif secara tidak langsung. Impak yang dibawa akan mempengaruhi
kepada aspek sosial, ekonomi dan juga politik. Oleh itu, kita haruslah mengetahui undang-
undang atau peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negara masing-masing supaya
dapat menggunakan media sosial dengan cara yang betul dan bijaksana bagi mengelakkan
diri terjebak kepada sesuatu yang negatif. Pengguna media sosial yang beretika mestilah
mengetahui bahawa setiap keputusan dan tindakan yang dilakukan melalui media sosial
adalah dipertanggungjawab oleh diri sendiri. Bagi mengatasi kesan negatif, beberapa
langkah haruslah diambil sebelum isu ini tidak dapat dikawal.

Justeru setiap pengguna, ibu bapa, masyarakat dan kerajaan haruslah berganding bahu
menyelesaikan isu ini dengan melahirkan pengguna media sosial yang beretika supaya
pengguna media sosial mendapat lebih informasi tentang isu ini dan sedar tentang kesan
serta bahaya penyalahgunaan media sosial.

iii. Pengaruh globalisasi :

Era globalisasi merupakan hal yang sangat berpengaruh terhadap perkembangan


masyarakat dan generasi muda remaja. Globalisasi juga merupakan suatu gejala yang dapat
mempengaruhi berbagai macam aturan dan budaya di sesebuah negara.

Kecelaruan identiti jantina berlaku apabila seseorang lelaki menganggap dirinya


perempuan serta berkelakuan seperti perempuan atau seorang perempuan menganggap
dirinya seorang lelaki serta berkelakuan seperti lelaki.

Penampilan individu yang mengalami masalah kecelaruan identiti jantina ini juga
mempunyai kaitan dengan keseimbangan personaliti diri dan mempunyai kesan yang tidak
baik dari segi prospek masa depan. Antara penampilan ketara bagi mereka yang mengalami
kecelaruan identiti jantina ialah memakai barang kemas, memakai pakaian yang
menyerupai wanita atau lelaki serta bertingkah laku yang tidak bertepatan dengan identiti
jantina masing-masing.

Reaksi negatif sesetengah masyarakat dengan cara mengenakan label, stigma dan
diskriminasi terhadap individu yang mengalami masalah kecelaruan identiti jantina adalah
antara faktor yang mengakibatkan masalah itu semakin berleluasa hingga segelintir
individu berkenaan terjebak dalam hubungan sejenis. Keadaan itu dikhuatiri boleh
menyebabkan institusi kekeluargaan semakin goyah selain memupuk generasi masa depan
yang tidak mampu memahami erti hubungan mahram mahupun perkahwinan.

Isu kecelaruan identiti jantina kini menjadi suatu perkara normal kerana tiada pihak yang
memandang serius terhadap perkara tersebut. Keadaan ini dikeruhkan lagi dengan
penubuhan kelab keahlian dan kewujudan laman web yang menyokong aktiviti golongan
yang mengalami masalah kecelaruan identiti jantina ini.

Gaya hidup food, fun, dan fashion (3F) pula menjadi fenomena budaya popular di mana
kegiatan makan, hiburan, dan gaya berpakaian tidak hanya diertikan secara harfiah namun
mengarah kepada simbol status sosial dan ekonomi.

Gaya hidup food, fun, dan fashion (3F) juga dapat dikatakan sebagai sebahagian dari urban
life. Kehidupan masyarakat urban (urban life) pada saat ini sangat berkaitan dengan gaya
hidup (life style) masyarakatnya yang dipengaruhi oleh perkembangan zaman dan
teknologi terkini, moden dan up to date dalam bentuk kegiatan makan, hiburan, dan gaya
berpakaian membuat masyarakat urban terutama remaja tertarik untuk melakukannya.
RUJUKAN

1. Tafsir Pimpinan al Rahman kepada pengertian al Quran 30 juzuk. Darul Fikir


2. Dr.Haron Din. Islam dan Manusia. Hizbi Sdn.Bhd. Selangor.
3. Nazirmuddin Ahmad,Mohd Taib Ariffin, Marinah Awang, Azita Yunos @ Ahmad
.Pengantar Etika, Edisi Ketiga.
4. Abu Saufi. Keutamaan Amalan dan Akhlak Muslim.
5. Ghazalli Darussalam. Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah.
6. Humaidi Tatapangarsa. Pengantar Kuliah Akhlak.
7. Muhammad Abdullah Darraz. Prinsip Akhlak Berdasarkan al-Quran.
8. Zakaria Stapa. Akidah dan Akhlak Dalam Kehidupan Muslim. Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd.Kuala Lumpur.
9. Imam Ahmad bin Qudamah al Maqdisi. Jalan Mereka Menuju Allah (terjemahan.)
10. Akhmal Hj.Mohd Zain. Asas Pengetahuan Agama Islam. Al Hidayah
Publishers.Kuala Lumpur.
11. Sinar Harian. 2013. Hedonisme hidup subur, jati diri mati terkubur. Sinar harian. 15
Februari
12. Wan Ismail, W. A. F., Abdul Shukor, S., Abdul, L. A., Baharuddin, A. S.,
Mamat, Z., & Nik Salleh, N. S. S. 2020. Faktor Dan Penyelesaian Isu Anak
Tak Sah Taraf Dalam Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia. International
Seminar on Syariah and Law (INSLA) E-Proceedings, (3)1:136-146.
13. Wan Ismail, W. A. F., Baharuddin, A. S., Mutalib, A. S., Nik Saleh, N. S. S., Mamat, Z.,
Sahdan, Z., Syed Husin, S. N., Alias, M. A. A., & Abdullah Kahar, N. S. 2021. Faktor-
Faktor Yang Menyumbang Kepada Keruntuhan Sahsiah Remaja Islam Di
Malaysia: Satu Tinjauan Awal. International Convention on The Basic Structure of
Constitution 2021(ICOBAC 2021),349-360.
14. Anita Abdul Rahim dan Nazura Abdul Manap (2004), Jenayah Berkaitan Dengan
Komputer Perspektif Undang-Undang Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, h. 56.
15. Rusli Haji Abdullah et al. (2003), Teknologi Maklumat dan Penggunaannya, Petaling
Jaya: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd, h. 116.
16. Nazura Abdul Manap dan Jasri Jamal (2003), Jenayah Komputer : Perbandingan
Menurut Akta Jenayah Komputer 1997 dan Prinsip Undang-Undang Jenayah Islam,
Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, 7, h. 16
17. Jabatan Perdana Menteri (2010), “Panduan Perlindungan Terhadap Jenayah
Penyamaran” (Web Phishing Scams),Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri, h. 2.
18. Sinar Harian (Januari, 2013), “Perniagaan online adakalanya indah khabar daripada
rupa”, diakses pada 15 Januari 2013 dari,
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/perniagaan-online-adakalanya-indah-
khabardaripada-rupa-1.121406 .
19. Mohd. Zaliridzal Zakaria & Dini Farhana Baharuddin. 2011. Ketagihan Seks Siber:
Pengalaman Kaunselor Di Malaysia. Kertas kerja PERKAMA International
Convention 2011, Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan.
20. Muhammad Amirul Ashraaf Norman & Nooraini Othman. 2019. Pengaruh Dan
Implikasi Tingkah Laku Pornografi Terhadap Kesan Psikologi Dalam Kalangan
Remaja Di Malaysia, Persidangan Kaunseling Profesional, Hospital Rehabilitas Cheras.
21. Dewan Masyarakat: Matthew Chan (2016). Elakkan Menjadi “Hamba” Media Sosial,
Disember 2016, hlm 17.
22. Kanun (2018). Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dan kesannya. Diambil daripada
https://malaysiadateline.com/akta-antiberita-tidak-benar-2018-dan-kesannya/ (5 Mac
2020).
23. Nor Azizah Mokhtar dan Faris Fuad (2020). COVID-19: Jangan terjebak sebar berita
palsu. Diambil daripada https://www.bharian.com.my/berita/national/2020/03/669293/
covid-19-jangan-terjebak-sebar-berita-palsu. (7 Mac 2020).

Anda mungkin juga menyukai