Anda di halaman 1dari 15

KURSUS

CMIE 1423- PEMASARAN DIGITAL

TUGASAN INDIVIDU:
LAPORAN AKHIR AKTIVITI PEMASARAN

NAMA PENSYARAH:
PROF. MADYA DR. MUHAMAD AZRY BIN KHOIRY

NAMA PELAJAR:
NURUL HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM
A190385
1.0 PENDAHULUAN.

Pemasaran merupakan suatu proses sosial dan pengurusan di mana seseorang individu
atau kumpulan akan memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui penghasilan dan
penukaran produk atau nilai di kalangan mereka. Menurut Philip Kotler, pemasaran merupakan
aktiviti manusia dalam memnuhi keperluan dan kehendak mereka melalui proses pertukaran.
Pemasaran bukan sahaja hanya berkait dengan jualan, tetapi ia juga melibatkan urusan sebelum
jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk, perletakan harga, pengagihan
produk, pembungkusan dan urusan selepas jualan. Oleh itu, untuk memastikan keberkesanan
dalam aktiviti pemasaran ini, terdapat 2 jenis produk dari jenama yang berbeza yang telah
dijalankan iaitu “Cekelat by Cookies Most Wanted” dan makanan segera yang berkait rapat
dengan makanan negara Korea dari jenama “MariMogo” seperti Classic Kimchi, Japchae
Paste, Kkakdugi (Radish Kimchi) dan Kimchi Jjigae.

1.1 PERINCIAN PRODUK

Untuk perincian produk yang pertama iaitu “Cekelat by Cookies Most Wanted” yang
telah bermula sekitar tahun 2008 dimana pengasas telah bermula dengan membuat tempahan
kek sahaja. Chef Wan Noor Zamran merupakan pengasas utama produk ini dan mempunyai
pengalaman selama 30 tahun dalam industri pembuatan pastri dan kek. Sebelum pengasas
memulakan perniagaan ini, beliau telah bergiat aktif dalam pembuatan kek yang bernama “Mad
About Cake” dan tercetuslah idea untuk membuat biskut yang rangup ini. Cookies ini terkenal
dengan biskut yang sangat rangup dan dipenuhi dengan coklat cip cookies, cranberry, mini
crunch coklat serta diberi coklat cair secara percuma bagi melengkapi campuran rasa biskut,
cranberry dan coklat cip tersebut. Cookies ini juga dijual dengan harga yang murah dan
berpatutan untuk semua lapisan masyarakat iaitu, hanya RM18.50 untuk satu balang. Kini,
masyarakat lebih tertarik dengan makanan ringan seperti biskut coklat yang boleh dimakan
pada bila-bila masa sahaja tidak mengira umur dan jantina. Untuk membuat kelainan dari
pesaing sedia ada, produk ini telah dikeluarkan dengan mendapat coklat cair secara percuma
dan memasukkan cranberry di dalam cookies tersebut kepada semua pelanggan.

Produk yang kedua pula merupakan produk keluaran makanan dari negara Korea yang
telah diberi nama “MariMogo”. Tujuan utama produk ini dikeluarkan adalah untuk membantu
serta memudahkan masyarakat di Malaysia memasak dan merasai makanan Korea di rumah
dengan senang tanpa perlu merantau jauh di negara tersebut. Produk makanan ini telah
ditubuhkan pada tahun 2017 dan telah disahkan HALAL oleh JAKIM serta mereka juga
mempunyai akaun sosial media yang cukup terkenal di platform Instagram dan Facebook
sebagai salah satu cara untuk memudahkan pelanggan mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai produk ini. Dengan ini, semua pengguna boleh memakan makanan tersebut tanpa
rasa ragu-ragu. MariMogo ini juga mempuyai kilang di Selangor bagi memudahkan mereka
untuk memproses semua makanan yang telah disiap untuk dipasarkan. MariMogo ini juga
mempunyai pelbagai jenis makanan Korea seperti Classic Kimchi, Japchae Paste, Kkakdugi
(Radish Kimchi) dan Kimchi Jjigae. Harga bagi setiap produk ini bergantung kepada jenis
makanan yang bermula dari RM13-17 ringgit pada setiap hidangan. Seperti yang kita tahu,
negara Korea cukup terkenal dengan industri hiburan, adat makanan yang sedap. Jadi, pengasas
telah merebut peluang ini sebagai salah satu daya tarikan didalam produknya.

1.2 TUJUAN UTAMA PERNIAGAAN DIJALANKAN.

Tujuan perniagaan dijalankan adalah untuk menawarkan barang serta perkhidmatan


oleh peniaga kepada pengguna. Barang yang dihasilkan daripada aktiviti pengeluaran ini
merupakan sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh manakala perkhidmatan pula ialah aktiviti
yang dilakukan untuk memberi manfaat kepada semua masyarakat dalam bentuk kemahiran,
keperluan, kepakaran dan tenaga fizikal. Bagi organisasi yang bermotifkan untung, tujuan
utama mereka melakukan perniagaan adalah untuk mendapat keuntungan semata demi
mengukur tahap prestasi dan menentukan hala tuju perniagaan serta melambangkan sesuatu
imej perniagaan. Namun, bagi organisasi yang bukan bermotifkan keuntungan, tujuanya adalah
untuk menyediakan perkhidmatan bagi membantu golongan kurang kemampuan, kelainan
Upaya, golongan warga emas dan anak yatim. Kaedah yang digunakan ialah dengan
menyediakan barang dan perkhidmatan secara percuma, ditawarkan dengan harga kos sahaja
atau di bawah harga kos.
2.0 BUKTI PEMASARAN PRODUK

2.1 PLATFORM INSTAGRAM

Terdapat 5 posting yang telah saya lakukan dalam memasarkan produk yang dipilih iaitu
cekelat by cmw.
2.2 PLATFORM TWITTER

Berikut merupakan contoh aktiviti pemasaran yang telah saya lakukan di platform twitter dari
dua jenis produk iaitu Cekelat by CMW dan produk makanan Korea dari jenama MariMogo.
2.3 PLATFORM WHATSAPP

Ini merupakan 5 posting pemasaran melalui group WhatsApp. Saya telah memposting iklan
ini di beberapa kumpulan WhatsApp seperti di kumpulan kolej kediaman, alumni sekolah
rendah dan menengah.
2.4 PALTFORM TIKTOK

Gambar di atas menunjukkan posting video yang digunakan untuk menarik minat pengguna.
2.5 PLATFORM TELEGRAM

Untuk di platform Telegram, saya telah menyiarkan kepada 4 jenis kumpulan iaitu, Group
Bisnes Telegram Malaysia, Iklan Niaga Kuala Lumpur, Geng Kaki Niaga by Fiza dan Jom
Iklan Free disini. Ia membantu kerana disebuah kumpulan telegram, terdapat ramai pengikut
yang telah mengikuti saluran telegram tersebut.
3.0 PERBINCANGAN PENCAPAIAN PEMASARAN DAN JUALAN.

3.1 JADUAL ANALISIS POSTING.

Jadual analisis posting ditulis untuk menunjukkan jumlah views, likes, komen, modal dan
komisen di dalam tempoh perniagaan dilakukan. Dengan ini, pemilik akaun akan mudah untuk
melihat data-data yang diperlukan demi perkembangan serta penamabahbaikan yang perlu
dilakukan untuk perniagaan pada masa akan datang.

Pautan Posting Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Modal Komis


Views Likes Share Komen (jika en
ada) (RM)

Instagram- - 14 0 1 - 2.00

https://www.instagram.com/p/CuuWt27y332/?utm_source=i
g_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

https://www.instagram.com/p/CuuWp7xS5l2/?utm_source=ig - 12 0 0 - -
_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

https://www.instagram.com/p/CuuV5e0S3Sx/?utm_source=ig - 12 0 1 - -
_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

https://www.instagram.com/p/CuuV5e0S3Sx/?utm_source=ig - 12 0 1 - -
_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

https://www.instagram.com/p/CuuVJ76SFAB/?utm_source=ig - 13 0 1 - -
_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Twitter- 17 0 2 0 - -

https://twitter.com/littlejasminee_/status/1680269320843329538?s
=52&t=xUbFFpfdoRo1jyiHJiyqlg

https://twitter.com/littlejasminee_/status/1680268256182140 10 1 2 0 - -
928?s=52&t=xUbFFpfdoRo1jyiHJiyqlg

https://twitter.com/littlejasminee_/status/1680267279572041 10 1 3 0 - -
728?s=52&t=xUbFFpfdoRo1jyiHJiyqlg

https://twitter.com/littlejasminee_/status/1680264454464999 5 0 0 0 - -
425?s=52&t=xUbFFpfdoRo1jyiHJiyqlg

https://twitter.com/littlejasminee_/status/1680263483005497 8 1 2 0 - -
345?s=52&t=xUbFFpfdoRo1jyiHJiyqlg

Tiktok- 162 2 0 0 - -

https://vt.tiktok.com/ZSL5e4qgP/
https://vt.tiktok.com/ZSL5eWcAA/ 94 3 0 0 - 2.00

https://vt.tiktok.com/ZSL5ecUPy/ 141 3 0 0 - -

https://vt.tiktok.com/ZSL5e4GKp/ 140 4 0 0 - -

https://vt.tiktok.com/ZSL5eKajk/ 164 5 0 2 - -

3.2 BUKTI PENCAPAIAN DARI WEBSITE INT3MALL.

Bukti pencapaian diperlukan untuk menunjukkan bahawa sepanjang tempoh pemasaran


perniagaan dilakukan, ia berada dalam satu platform perniagaan yang sama iaitu Int3Mall dan
membuat posting pemasaran di aplikasi yang lain seperti Instagram, Twitter, Telegram dan
WhatsApp. Berikut merupakan contoh posting yang meletakkan website dari Int3Mall :

a) Dari platform Twitter:


b) Dari platform WhatsApp:

c) Dari platform Telegram:


3.3 PRESTASI IKLAN DAN JUALAN.
Sepanjang tempoh saya melakukan aktiviti perniagaan ini, saya akan menghuraikan
dengan lebih lanjut mengenai prestasi iklan dan jualan yang saya perolehi di dalam aktiviti ini.
Saya telah menggunakan media sosial sebagai platform untuk saya menjalankan aktiviti
pemasaran iklan dan jualan seperti Instagram, Twitter, Whatsapp, Telegram Dan Tiktok. Media
sosial kini memberi pengaruh yang besar terhadap negara kita, kerana majoriti penduduk di
malaysia akan memuat turun aplikasi tersebut untuk mengisi masa lapang yang ada dengan
mencari barang kepelruan mereka seperti baju, makanan, barang asas keperluan dan
sebagainya. Ini kerana, mereka lebih selesa untuk berbelanja di atas talian berbanding di luar
kerana menjimatkan masa serta tenaga. Oleh itu, saya akan memberi contoh prestasi jualan dan
iklan saya di dua platform yang berbeza, seperti Twitter dan Instagram.

a) Platform Twitter.

Mengikut prestasi jualan dan iklan di atas, jumlah “impression” yang tinggi
menunjukkan aktiviti perniagaan yang saya lakukan berjaya menarik minat mereka untuk lebih
mengetahui tentang produk yang saya tawarkan kepada mereka. Namun, daripada 1,774 yang
melihat posting saya, hanya 2 orang sahaja yang berminat untuk menekan link yang telah
disediakan. Berdasarkan pemerhatian saya, strategi saya untuk menarik minat mereka dengan
produk yang ditawarkan masih berkurang. Saya tidak membuat kajian terlebih dahulu tentang
segmen pelanggan saya, seperti jantina, umur, latar belakang serta tidak mengkaji dengan lebih
mendalam tentang sasaran pasaran saya. Dalam masa yang sama, saya juga selalu
menggunakan kapsyen yang berunsurkan “hard-selling” dimana pelanggan akan merasa
terpaksa dan bosan dengan ayat yang diberikan yang menjadikan mereka tidak berminat
dengan produk yang saya tawarkan. Untuk platform ini, saya telah berjaya menjual satu produk
dari “Cekelat by CMW”. Oleh itu, saya perlu membuat penambahbaikan dalam aktiviti yang
dijalankan serta perlu menambah ilmu yang lebih tinggi untuk mengatasi semua kekurangan
yang ada.

b) Platform Instagram:

Berdasarkan prestasi jualan dan iklan saya di Instagram, ia memberikan maklum balas
yang baik kerana sepanjang aktiviti dijalankan, sebanyak 24 orang telah memasuki media sosial
milik perniagaan yang saya jalankan. Kesan daripada aktiviti tersebut, ia telah berjaya
menaikkan “engagement” profil saya ke 14% dan ini merupakan perkara yang positif didalam
sesuatu perniagaan. “Engagement” merupakan salah satu perkara yang penting dalam
mempromosikan iklan dan jualan di media sosial, kerana ia dapat membantu pelanggan
mengetahui tentang produk yang kita tawarkan. Namun, hasil jualan tidak menunjukkan
perkara yang positif kerana hanya seorang sahaja yang berminat untuk membeli produk saya.
Dalam situasi saya yang masih baru dalam dunia perniagaan telah menyukarkan produk yang
saya tawarkan dikenali oleh orang luar. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini saya berpendapat
bahawa, kita perlu konsisten dalam melakukan perniagaan. Posting perlu dilakukan pada setiap
hari untuk memastikan segala kandungan jualan dan iklan mudah dikenali oleh pelanggan.
Instagram juga merupakan media sosial yang terkenal dengan ramai “influencer”, jadi kita
boleh mengambil langkah lain dalam membuat kolabrasi bersama orang yang berpengaruh di
media sosial ini.
4.0 KAEDAH PEMASARAN DIGITAL.

Pemasaran digital adalah proses mempromosikan produk, atau menggunakan media


digital seperti internet dan media sosial. Tujuan utama pemasaran digital ini dilakukan adalah
untuk mencapai target audien, meningkatkan kesadaran pengguna serta membina hubungan
yang baik bersama pelanggan. Oleh itu, terdapat 4 kaedah pemasaran digital:

4.1 Optimisasi Mesin Pencari (Search Engine Optimization/SEO).

SEO ialah proses meningkatkan kedudukan laman web dalam hasil enjin carian
organik (tidak berbayar). Ini melibatkan penggunaan kata kunci yang berkaitan,
menambah baik struktur tapak web, meningkatkan kelajuan tapak dan menambah baik
faktor lain yang mempengaruhi kedudukan SEO. Dengan meningkatkan kedudukan
SEO, tapak web akan lebih mudah dicari oleh bakal pelanggan.

4.2 Iklan Berbayar.

PPC melibatkan iklan berbayar pada platform seperti Google Ads, Facebook
Ads atau Bing Ads. Anda membayar setiap kali iklan anda diklik oleh pengguna.
Kelebihan utama PPC ialah keupayaan untuk menyasarkan khalayak tertentu
berdasarkan lokasi, minat, tingkah laku dan demografi. Anda juga boleh mengukur
prestasi iklan anda dan mengoptimumkan kempen anda mengikut keperluan.

4.3 Pemasaran Media Sosial (Social Media Marketing).

Ini melibatkan penggunaan platform media sosial seperti Facebook, Instagram,


Twitter, LinkedIn dan lain-lain untuk membina kehadiran jenama, berinteraksi dengan
pelanggan dan mempromosikan produk atau perkhidmatan. Dalam pemasaran media
sosial, anda boleh membuat kandungan organik, mengiklankan berbayar, mengambil
bahagian dalam perbincangan dan kumpulan, dan melibatkan pengguna secara
langsung. Pemasaran media sosial boleh membantu membina kesedaran jenama,
meningkatkan kesetiaan pelanggan dan memperoleh penukaran.

4.4 Pemasaran Konten (Content Marketing).

Pemasaran kandungan melibatkan penciptaan dan pengedaran kandungan yang


relevan, berharga dan berguna kepada khalayak anda. Ini boleh menjadi artikel blog,
video, maklumat grafik, panduan, e-buku, podcast dan banyak lagi. Pemasaran
kandungan membantu membina kuasa jenama, meningkatkan kesedaran jenama dan
membina hubungan dengan pelanggan. Kandungan yang baik juga boleh meningkatkan
keterlihatan dalam enjin carian dan perkongsian kandungan di media sosial,
meningkatkan kemungkinan dikongsi dan disukai oleh pengguna lain.

Di samping itu, adalah penting untuk mempunyai strategi yang konsisten. Dengan gabungan
yang betul dan pelarasan berterusan, anda boleh mencapai hasil yang optimum dalam usaha
pemasaran digital anda.

5.0 PENUTUP.

Kesimpulanya, aktiviti perniagaan yang dijalankan mampu memberikan kesan yang


positif serta dorongan kepada semua pelajar yang ingin memulakan perniagaanya sendiri.
Kaedah promosi dan pemasaran yang dijalankan juga memainkan peranan yang sangat penting
dalam mengembangkan perniagaan sedia ada serta dapat menarik minat ramai pelanggan untuk
membeli produk yang ditawarkan oleh sesuatu perniagaan. Rancangan perniagaan yang
sistematik juga perlu dilakukan dalam menghidupkan perjalanan sesuatu aspek perniagaan.
Dengan memantapkan strategi pemasaran yang cekap, sesuatu perniagaan akan dapat
dijalankan dengan lancar. Sistem seperti affiliate juga boleh menjadi satu titik permulaan
kepada pengguna yang masih tidak yakin dengan tujuan perniagaan dijalankan kerana tidak
perlu mengeluarkan sebarang kos atau modal untuk memulakan.

Anda mungkin juga menyukai