Anda di halaman 1dari 16

Sila sertakan Muka Depan pada setiap tugasan untuk diserahkan kepada pensyarah.

Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan lengkap dan betul dan membubuh tandatangan
di ruang yang disediakan di bawah.

Anda diingatkan untuk membuat


salinan setiap tugasan yang telah
anda hasilkan.

NAMA SUBJEK:

KOD SUBJEK:
E C D 1 2 2 3

TAJUK TUGASAN:

DIHASILKAN OLEH

NAMA PELAJAR: NOMBOR MATRIK:


1 NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI S C 2 2 0 3 1 0 0 9

UNTUK PERHATIAN (NAMA PENSYARAH):

TARIKH SERAHAN: 2 6 / 0 8 / 2 0 2 2

Saya mengaku bahawa tugasan ini dihasilkan oleh saya sendiri dan tidak melibatkan
ciplakan atau peniruan.

……………………………………
( NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI )
Tutor: Andersen Lani
ECD1223 Rohani Dan Nilai Moral Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

BIL PERKARA MUKA


SURAT

1 1.0 PENGENALAN 2-3

2 2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBUANGAN BAYI 4

3 2.1 KURANG DIDIKAN AGAMA 4-5

4 2.2 SIKAP INGIN TAHU 6

5 2.3 KURANG PERHATIAN IBU BAPA 7-8

6 2.4 PENGARUH RAKAN SEBAYA 9

7 2.5 PENGARUH GEJALA SOSIAL DAN TEKNOLOGI 10

8 2.6 TIDAK MENJAGA DIRI DAN GAYA PAKAIAN 11

9 3.0 PENUTUP 12

1
Tutor: Andersen Lani
ECD1223 Rohani Dan Nilai Moral Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

1.0 PENGENALAN

Masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu perkara yang baru berlaku di
negara ini. Sejak zaman arab jahiliyah lagi kita didapati gejala tidak beretika ini telah
dilakukan khususnya terhadap bayi yang baru lahir serta anak-anak perempuan atas faktor
keagamaan masyarakat pada masa itu. Sejak akhir-akhir ini, keruntuhan akhlak dan nilai-nilai
murni dalam jiwa manusia sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Saban hari, kita sering
disajikan dengan pelbagai laporan mengenai kes-kes jenayah yang berleluasa di negara kita
seperti di kaca televisyen dan dada khabar mengenai penemuan bayi di dalam tandas, tepi
longkang, dalam masjid mahupun di dalam tong sampah. Isu pembuangan bayi yang tidak
pernah berkesudahan ini boleh dianggap sebagai satu wabak atau bencana kepada negara kita.

Sebelum ini kita sering mendengar tentang kes-kes yang berlaku di negara kita seperti
kes-kes pencabulan, rogol, sumbang mahram, pecah masuk, lumba haram, penderaan kanak-
kanak, pergaulan bebas, penagihan dadah dan pelbagai lagi permasalahan masyarakat. Kini
kita telah dikejutkan dengan kes pembuangan bayi yang semakin meluas sehingga
melangkaui daripada norma-norma kemanusiaan yang tidak dapat diterima akal oleh
masyarakat Malaysia yang terkenal dengan nilai-nilai ketimuran dan ajaran islam yang
menjadi pegangan utama.

Selain itu, masyarakat yang sering terlibat dalam kes ini terutamanya ialah dari
kalangan remaja masa kini.Gejala pembuangan bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu
manusia sendiri yang terlibat dengan aktiviti perzinaan hasil daripada pergaulan bebas antara
lelaki dan perempuan. Hal ini kerana sikap-sikap remaja yang tidak mempunyai nilai-nilai
murni dan kemanusiaan dalam diri mereka. Malah, mendatangkan kesan-kesan negatif
kepada semua pihak iaitu individu, masyarakat dan juga negara. Jenayah pembuangan bayi
ini sangat berkait rapat dengan gejala kelahiran anak luar nikah atau dikenali sebagai anak
tidak sah taraf. Dengan itu tindakan membuang bayi ini merupakan susulan daripada lahirnya
anak tidak sah taraf. Kes pembuangan bayi ini kerap berlaku oleh kerana mereka berharap
dengan harapan mereka diberi peluang untuk menjalani hidup yang baru dan melarikan diri
daripada menghadapi ejekan dan cacian masyarakat.
Tutor: Andersen Lani
ECD1223 Rohani Dan Nilai Moral Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Oleh itu, Perbuatan membuang bayi di merata tempat adalah satu jenayah yang amat
zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah perbuatan haiwan adalah
lebih baik daripada manusia kerana haiwan lebih mengasihani dan memelihara anaknya dan
sanggup mati demi menjaga keselamatam anak-anaknya. Penularan kes pembuangan bayi
yang berlaku merupakan isu besar dimana kita perlu memberi perhatian yang serius dan perlu
diatasi dengan segera kerana kes ini melibatkan nyawa seorang kanak-kanak yang tidak
berdosa. Pihak berkenaan perlulah membuat tindakan agar imej negara dan nama baik negara
kita tidak terjejas dan di pandang serong. Malah, negara kita akan menjadi lebih maju dan
tidak akan di pandang hina oleh negara lain.
Tutor: Andersen Lani
ECD1223 Rohani Dan Nilai Moral Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBUANGAN BAYI

2.1 Kurang Didikan Agama

Antara faktor kepada isu pembuangan bayi yang kian berleluasa di negara kita adalah
kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja kini. Didikan agama merupakan
sesuatu perkara utama yang perlu ada dalam membentukkan sebuah keperibadian seseorang
individu. Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup telah
menyebabkan mereka hilang arah dalam kehidupan dan terlibat dalam gejala-gejala negatif
seperti pergaulan bebas. Kebiasaannya golongan remaja yang kurang didikan agama
merupakan golongan yang paling banyak menyumbang kepada masalah ini. Remaja sering
terlibat dalam gejala pergaulan bebas dan akan mendorong mereka untuk menjalinkan
hubungan yang bertentangan dengan hukum agama.

Kurangnya didikan agama juga menyebabkan mereka terpengaruh dan lebih terikut
dengan hawa nafsu sehingga melakukan perkara-perkara yang keji atau tidak berlandaskan
dengan agama. Kesan daripada kurang didikan agama adalah berlakunya bersetubuhan
sehingga mengandungkan anak tanpa ikatan yang sah. Pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan yang melampaui batas agama juga boleh menyebabkan diri mereka terjebak ke
dalam kancah maksiat dan impaknya akan lebih kepada perempuan itu yang mengandungkan
anak luar nikah. Sikap golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab membawa titik hitam
dalam kehidupan perempuan itu. Dalam situasi ini, remaja yang lemah pengangan agama
tidak teragak-agak untuk membuang atau membunuh zuriat yang dilahirkan kerana
mempunyai perasaan malu, takut dan tidak mahu bertanggungjawab ke atas zuriat tersebut.

Tambahan pula, golongan remaja yang kurang didikan agama juga akan
menyebabkan mereka tidak mempunyai perasaan tentang sikap bertanggungjawab dan
akhirnya sanggup mengorbankan anak yang baru dilahirkan. Mereka juga telah mengambil
jalan yang mudah untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannya tidak diketahui oleh
masyarakat sekeliling. Kerana hal itu, berlakunya kes pembuangan bayi yang berleluasa ini.
Hal ini menunjukkan peranan agama dalam kehidupan adalah amat penting untuk
membentuk pengangan hidup yang teguh dan bukannya menurut hawa nafsu semata-mata.
Tutor: Andersen Lani
ECD1223 Rohani Dan Nilai Moral Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Cara penyelesaiannya adalah dengan menambahkan dan memahami ilmu agama


dengan lebih mendalam. Dengan adanya didikan agama maka mereka akan dapat
membezakan sama ada perbuatan itu adalah baik atau buruk. Malah, ayat suci Al-Quran juga
menyatakan bahawa “janganlah kamu menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan
menyesatkan kamu dari jalan Allah”. Hal ini membuktikan bahawa pegangan agama yang
teguh akan menjadi benteng yang kukuh bagi menangkis segala perkara-perkara negatif
dalam kehidupan.
Tutor: Andersen Lani
ECD1223 Rohani Dan Nilai Moral Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

2.2 Sikap Ingin Tahu

Selain itu, sikap ingin tahu remaja juga adalah antara faktor kepada masalah ini.
Remaja kini sangat cenderung untuk mencuba sesuatu yang baharu. Sikap ingin tahu pada
remaja kini sememangnya wujud dalam peringkat usia mereka. Kebiasaanya, mereka gemar
mencuba perkara yang baru. Remaja beranggapan bahawa sekirannya mereka mencuba
perkara yang baharu akan mematangkan diri mereka dengan memperoleh banyak pengalaman
dan mereka juga merasakan kehebatan diri sendiri sekirannya melakukan sesuatu yang jarang
dilakukan oleh orang lain. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka
patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara yang negatif. Contohnya,
pergaulan bebas, perlakuan seks rambang. Dengan pengaruh media massa remaja cenderung
untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa kerana remaja
mempunyai naluri yang sentiasa ingin mencuba perkara baru

Remaja yang negatif tidak teragak-agak mengajak remaja lain untuk melakukan
perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti melepak, pergi ke
tempat hiburan, melakukan pergaulan bebas dan sebagainya. Hakikatnya remaja yang digelar
matang seharusnya berfikiran positif dan rasional dalam membuat keputusan dan mengetahui
baik dan buruk bukannya dengan cara melanggar hukum hakam agama. Persis kata
peribahasa melayu “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”, menjelaskan
kepada kita bahawa pentingnya membuat keputusan yang bijak agar tidak menyesal di
kemudian hari. Tambahan pula, remaja pada masa sekarang juga boleh dikatakan lebih rapat
dan banyak menghabiskan masa mereka bersama rakan berbanding dengan ibu bapa mereka.
Maka, jelaslah bahawa dengan adanya sifat ingin tahu seseorang remaja juga menjadi antara
punca kepada masalah ini.

Cara penyelesaiannya, remaja perlulah mengelakkan perbuatan yang akan


memudaratkan diri sendiri dan perlulah mengetahui tidak semua keadaan dan situasi kita
perlu mencuba. Walaupun setiap remaja mempunyai sifat ingin tahu tetapi mereka juga
mestilah dapat membezakan keburukan dan kebaikan dalam setiap sesuatu keadaan.
Tutor: Andersen Lani
ECD1223 Rohani Dan Nilai Moral Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

2.3 Kurang Perhatian Ibu Bapa

Sekirannya anak-anak dibimbing dan mendapat perhatian sepenuhnya daripada ibu


bapa, pastinya mereka tidak berasa sunyi, tidak mendapat tekanan dan tidak terjebak dengan
segala masalah gejala sosial di dalam kehidupan mereka. Dengan itu mereka akan
mengusahakan diri untuk mencari perhatian yang lebih berbanding perhatian keluarga.
Contohnya, mencari cinta yang dapat memberi perhatian, kasih sayang dan masa untuk
bermanja sehingga berlakunya perkara yang tidak diingini seperti terlanjur.

Ibu bapa tidak harus bersikap “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing” dalam mengejar kemewahan harta malah mereka perlu lebih prihtainkan
akan keadaan anak-anak. Kasih sayang keluarga adalah perkara utama dan paling penting
dalam membentuk sikap anak-anak yang tahu menjaga maruah diri dan keluarga tercinta.

Tanpa pemberian kasih sayang dan perhatian daripada keluarga, kemungkinan anak
akan berasa terabai dan tidak mengambil peduli ke atas keluarganya sendiri. Hal ini juga
boleh mengubahkan sikap anak-anak sehingga tidak tahu menjaga adab kepada keluarga dan
akan menjadi semakin teruk akibat kurangnya masa ibu bapa untuk mengambil tahu aktiviti
sosial yang dilakukan oleh anak-anak. Ruang kebebasan yang diberi terlalu banyak boleh
membuka ruang kepada anak-anak terpengaruh dengan pelbagai gejala sosial di luar rumah.
Hal-hal yang negatif akan menyebabkan mereka terpesong dari laluan dan akhirnya mereka
mengambil keputusan untuk melakukan zina sehingga terjadinya punca pembuangan bayi
kini semakin berleluasa di Malaysia.

Cara penyelesaiannya adalah ibu bapa perlulah memberi perhatian dan didikan yang
secukupnya kepada anak sejak kecil. Hal ini kerana, “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Memberi didikan dan perhatian kepada anak-anak merupakan tanggungjawab
atau peranan yang paling utama bagi setiap ibu bapa. Dengan kesibukan ibu bapa mengejar
harta dunia boleh mengabaikan anak sehingga anak-anak mencari tempat lain untuk berkongi
kasih seperti teman lelaki dan rakan-rakan.
Tutor: Andersen Lani
ECD1223 Rohani Dan Nilai Moral Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Anak-anak juga memerlukan sokongan dan kasih sayang yang cukup daripada ibu
bapa. Sekirannya mereka melakukan tugas mereka sebagai ibu bapa anak-anak akan lebih
patuh dan tidak akan mencari tempat lain untuk berpaut. Secara umumnya, mereka haruslah
meluangkan masa pada setiap hari untuk berkomunikasi dengan anak-anak agar mereka tidak
kehilangan tempat untuk mengadu
Tutor: Andersen Lani
ECD1223 Rohani Dan Nilai Moral Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

2.4 Pengaruh Rakan Sebaya

Majoriti kes pembuangan bayi kini berlaku bermulanya dari peringkat sekolah
menengah lagi. Hal ini demikian kerana pada usia yang muda remaja mudah untuk
dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka yang
berdarah setampuk pinang usia setahun jagung ini mula bergaul dengan rakan sebaya yang
negatif. Rakan sebaya merupakan salah satu kumpulan yang paling dekat dan paling penting
dalam kehidupan seseorang remaja. Pemilihan rakan adalah penting kepada remaja yang akan
meningkat dewasa kerana rakan yang dipilih akan melambangkan sikap seseorang individu
sama ada baik atau buruk perlakuannya di masa akan datang. Semakin meningkat remaja
mereka hanya menjadi rakan tanpa mengenal latar belakang rakannya dan pengaruh rakan
sebaya boleh berlaku kerana tiada pengawasan ibu bapa. “Kalau tersalah pilih kawan,
buruk padahnya”.

Remaja zaman kini mudah terikut-ikut dengan sikap negatif rakan sebaya dan dengan
pengaruh media massa remaja cenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar
atau dilihat di media massa kerana remaja mempunyai naluri yang sentiasa ingin mencuba.
Jika remaja tidak mempunyai keteguhan iman mereka akan diselubungi perasaan ingin tahu
atas pengaruh rakan sebaya. Ini akan menyebabkan remaja mudah terjebak dengan pergaulan
bebas sehingga melampaui batas agama seperti melakukan maksiat, penzinaan dan hamil
sehingga berlakunya kes pembuangan bayi.

Cara penyelesaiannya adalah remaja mestilah bijak memilih rakan sebaya. Pemilihan
rakan sebaya yang mempunyai peribadi yang baik, berjati diri yang kukuh dan berdisiplin.
Hal ini disebabkan kita dapat menjadikan mereka sebagai idola dan suri teladan kepada diri
sendiri. Selain itu, remaja juga perlu sentiasa berfikiran positif dan resional. Rakan sebaya
haruslah merenung Kembali tujuan dihantar untuk belajar iaitu bagi mencerahkan masa
depan dan melahirkan model insan bagi mengahadapi gelombang globalisasi dan cabaran
alam pekerjaan. Selain itu, pihak sekolah perlulah mengadakan kempen dan ceramah
mengenai kesedaran tentang pemilihan rakan yang baik serta memberi petunjuk atas
pelakuan-pelakuan rakan sebaya yang harus dicontohi dan diekori.
Tutor: Andersen Lani
ECD1223 Rohani Dan Nilai Moral Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

2.5 Pengaruh Gejala Sosial Dan Teknologi

Teknologi seperti telefon bimbit dan internet adalah pengaruh besar bagi para remaja
serta menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian. Pada zaman kini remaja sering
mementingkan teknologi berbanding hidup tanpa internet sehingga diri sendiri tidak terurus.
Remaja sering melayari internet dan melihat perkara-perkara yang tidak berfaedah
menyebabkan mereka terikut-ikut apa yang telah dilihat. Contohnya, aplikasi yang
mempamerkan zina secara terang-terangan dan ini akan mempengaruhi minda serta
menaikkan nafsu syahwat bagi setiap remaja yang berdarah muda.

Dengan bahan-bahan negatif ini akan menarik remaja untuk melakukannya. Dengan
melihat perkara-perkara yang lucah di setiap web akan menimbulkan rasa ingin mencuba
perkara tersebut dan ingin mempunyai pengalaman dalam hidup remaja seseorang tersebut.
Peranan ibu bapa merupakan renan penting bagi pengaruh gejala sosial dan teknologi ini. Ibu
bapa perlulah menghadkan masa dalam penggunaan telefon bimbit bagi kanak-kanak sejak
kecil lagi untuk mengelakkan perkara ini terjadi. Perkara seperti ini perlu dielakkan bagi tidak
mendorong seseorang remaja itu menjadi golongan ahli neraka.

Cara penyelesaiannya ialah pihak berkuasa terutama pihak polis hendaklah


membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama
golongan remaja. Pihak berkuasa juga perlulah mengenakan hukuman setimpal dan berat
iaitu hukuman penjara kepada mereka yang didapati bersalah. Hal ini harus dilakukan agar
remaja berasa takut dan serik untuk melakukan atau terlibat dalam gejala pembuangan bayi
yang kian berleluasa ini. Mereka juga akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan
hubungan yang melampaui batas agama.
Tutor: Andersen Lani
ECD1223 Rohani Dan Nilai Moral Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

10

2.6 Tidak Menjaga Diri Dan Gaya Pakaian

Menjaga diri dengan cara berpakaian sopan dan menutup aurat adalah salah satu cara
yang dapat menghalang pembuangan bayi berlaku secara berleluasa. Sebagai seorang wanita
mereka haruslah berpakaian sopan yang tidak menonjol di mata orang lain kerana gaya
pakaian seseorang wanita adalah paling utama bagi tidak menaikkan nafsu lelaki apabila
dipertontonkan. Tambahan pula, sekirannya seseorang remaja wania itu bertingkah laku yang
tidak senonoh ia akan lebih menarik minat lelaki untuk dilihat.

Remaja pada zaman kini sering tidak endah atau tidak mengambil peduli ke atas cara
permakaian. Meraka lebih mementingkan fesyen dan “trend” terkini tanpa memikirkan dosa
yang telah dilakukan. Sebagai umat islam wanita diharamkan memakai pakaian yang
menjolok mata. Punca pembuangan bayi akibat tidak menjaga diri menyebabkan berlakunya
kes jenayah seperti kes rogol dan akhirnya melahirkan seorang bayi lalu mengambil
keputusan untuk membuang bayi tersebut bagi mengelakkan diri daripada dikecam dan
dihina oleh masyarakat sekeliling.

Cara penyelesaiannya adalah remaja mestilah menutup aurat atau memakai pakaian
yang tidak ketat bagi tidak menimbulkan nafsu syahwat masyarakat terutamanya bagi
golongan lelaki. Selain itu, pihak atasan perlulah merancang untuk membina atau
penubuhkan sebuah rumah perlindungan khas bagi ibu-ibu yang telah melahirkan anak luar
nikah agar dapat mengelakkan nyawa bayi dari tergadai.
Tutor: Andersen Lani
ECD1223 Rohani Dan Nilai Moral Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

11

3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, amalan pembuangan bayi ini membawa banyak impak yang negatif
kepada remaja dan masyarakat. Semua pihak terutama ibu bapa hendaklah lebih peka dalam
urusan mendidik anak-anak mereka. Pendidikan agama dan moral haruslah dititikberatkan
oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan pahala. Didikan agama
hendaklah dididik dalam jiwa mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna pada
masa akan datang.

Umumnya, anak-anak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapa. Gejala
pembuangan bayi yang serius tiada penghujung sekirannya tidak ada kesedaran dalam
kalangan masyarakat segajat untuk mengubah sikap kerana untuk menangani masalah
pembuangan bayi ini bukan hanya menjadi tanggungjawab ibu bapa sahaja malah
memerlukan kerjasama semua pihak dimana turut melibatkan pihak kerajaan dan media
massa serta masyarakat di negara ini. Pihak berkuasa mestilah mengadakan kempen-kempen
kesedaran untuk membangkitkan kesedaran remaja kini.

Langkah yang diambil sewajarnya akan menjadi anjakan paradigma dalam kehidupan
agar setiap remaja yang terdedah dan terlibat kepada gejala negatif ini perlu mempunyai
semangat yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. Gejala pembuangan bayi ini amatlah
kejam. Sedangkan haiwan pun tidak berlaku kejam kepada anaknya. Namun begitu, kita tidak
seharusnya meletakkan tanggungjawab kepada satu pihak sahaja sebaliknya kita hendaklah
berganding bahu “bagai aur dengan tebing” bagi membanteraskan masalah ini. Anak
merupakan satu anugerah terbesar daripada Tuhan. Oleh itu, kita mestilah menghargainya
dengan sebaiknya dan penuh kasih sayang. Sesungguhnya masih mempunyai ruang untuk
ibu-ibu muda yang mengandung anak luar nikah ini mencari jalan pulang, bak kata pepatah
melayu “sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan”.
Tutor: Andersen Lani
ECD1223 Rohani Dan Nilai Moral Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

12

RUJUKAN

Dr Nazeli Hamzah, 2020. Pembuangan Bayi: Masalah Sosial Serius.


https://mypositiveparenting.org/ms/2020/03/18/pembuangan-bayi-masalah-sosial-serius/

Miss Feeya, 2013. Faktor Pembuangan Bayi Dalam Kalangan Remaja.


https://missfeeya95.blogspot.com/2013/02/faktor-pembuangan-bayi-dalam-kalangan.html

Nursya aredaa, 2015. Punca-Punca Dan Langkah Mengatasi Pembuangan Bayi.


https://nursyuhadaroni.blogspot.com/2015/10/faktor-faktor-pembuangan-bayi.html

Syafiqah, 2011. Pembuangan Bayi-Punca, Langkah Mengatasi Dan Kesan.


https://loveallahsyiqah.blogspot.com/2011/06/pembuangan-bayi-puncalangkah-
mengatasi.html
Tutor: Andersen Lani
ECD1223 Rohani Dan Nilai Moral Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai