Anda di halaman 1dari 1

3.

BAGAIMANAKAH ANDA MENGGUNAKAN/MENGAPLIKASIKAN ILMU


PENGETAHUAN INI DALAM KEHIDUPAN ANDA SEBAGAI SEORANG PELAJAR?
Sebagai seorang pelajar, saya akan mengaplikasikan ilmu pengetahuan di dalam artikel ini
dengan tidak akan langgar bahasa atau secara lebih teliti , saya akan mengelakkan untuk tidak
menggunakan bahasa yang kasar, maki hamun orang sekeliling lebih-lebih lagi terhadap guru
and ibu bapa dan juga mengelakkan untuk tidak bertingkah laku yang tidak disukai oleh
masyarakat. Hal ini bukan sahaja memberi kesan kepada institusi Pendidikan di mana tempat
kita untuk menimba ilmu malah juga kepada keharmonian di dalam negara kita sendiri.
Artikel memberi pengetahun kepada pelajar untuk sentiasa bertingkah laku yang baik dan
menjaga tutur bicara kita kerana jika tidak ia memberi kesan yang buruk kepada diri kita
sendiri.
Selain itu, sebagai seorang pelajar saya akan mengaplikasikan tentang sistem institusi di
dalam keluarga yang memberi ilmu pengetahuan tentang adab anak-anak kepada ibu bapa
serta adik-beradik. Kita mestilah berbicara dalam bahasa yang indah didengari dan
mengucapkan yang perkara yang baik kepada ibu bapa dan adik-beradik kita dan sentiasa
bertanya khabar antara satu sama yang lain. Hal ini memberi kesan terhadap hubangan
silaturrahim di dalam sebuah keluarga terjalin dengan erat and sentiasa hidup dengan penuh
kasih saying dan rasa cinta antara satu sama yang lain.

4. SEKIRANYA ANDA MELAKUKAN KAJIAN SEPERTI YANG DIBINCANGKAN


DALAM ARTIKEL YANG ANDA PILIH, APAKAH ADA PERKARA YANG INGIN
ANDA UBAH BAGI MENINGKATKAN KUALITI KAJIAN.
Sekiranya saya melakukan kajian seperti dibincangkan dalam artikel yang pilih, perkara
yang ingin saya ubah bagi meningkatkan kualiti kajian ialah dengan berpandukan perspektif
Islam. Hal ini kerana agama Islam memberi lebih banyak petunjuk dan mengajar manusia
tentang bagaimana untuk mendidik hati,jiwa dan emosi seseorang untuk menjadi sihat dan
aman tenteram dari titik hitam. Budi dan tingkah laku seseorang bermula dari hati dan hati
yang suci bermula dari bagaimana sesebuah agama mendidik manusia menjadi insan yang
lebih baik. Oleh itu, ia dapat meningkatkan kualiti dalam kajian yang saya lakukan malah
dapat menarik orang yang bukan agama Islam tertarik untuk mengenali Islam.
Selain itu, untuk meningkatkan kualiti kajian ialah dengan menggunakan konsep al-falah.
Al-Falah merupakan kata nama terbitan (masdar) dari kata kerja falaha-yaflahu-fallahan-
falhan ‫ احل<ف و احالف‬- ‫حل<ف – حلفي‬- - yang bererti keberhasilan atau memperolehi apa yang
dikehendaki dan kejayaan. (Baharudin, 2020). Konsep ini membawa pelbagai kaedah untuk
memupuk budi dan tingkah laku seseorang. Ia juga membawa keuntungan,kejayaan, dan
kebahagiaan kepada manusia jika mempelajari konsep al-falah kerana ia bukan sahaja di
alam dunia tetapi kejayaan tersebut berkesinambungan untuk dikongsi di alam akhirat.

Anda mungkin juga menyukai