Anda di halaman 1dari 8

(/INDEX.

PHP)
(/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4136-irsyad-al-
fatwa-siri-ke-408-hukum-nikah-menggunakan-wali-hakim-
walaupun-ada-wali-nasab) (/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-
fatwa-umum-cat/4136-irsyad-al-fatwa-siri-ke-408-hukum-nikah-
menggunakan-wali-hakim-walaupun-ada-wali-nasab)

c Laman Utama (/) Artikel


Irsyad Fatwa (/artikel/irsyad-fatwa)
Umum (/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum)
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-408 :HUKUM NIKAH
MENGGUNAKAN WALI HAKIM WALAUPUN ADA WALI
NASAB

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-408


:HUKUM NIKAH MENGGUNAKAN
WALI HAKIM WALAUPUN ADA
WALI NASAB
Butiran
Dimuatnaik oleh Aisyah Harun
C Diterbitkan: 07 Februari 2020

Irsyad Fatwa Umum (/component/tags/tag/irsyad-fatwa-umum)

/
SOALAN

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Saya mempunyai


kakak ipar dan baru berkahwin dengan lelaki lain baru-baru ini
dengan menggunakan wali hakim. Dia baru memberitahu
tentang perkahwinannya kepada keluarga kami. Dia tinggal di
Kuala Lumpur dan berkahwin di Kuala Lumpur. Wali aqrab
(bapanya) tinggal di Pulau Pinang, tetapi wali ab’ad (suami
saya) yang memenuhi kriteria wali tinggal tidak lebih 15km dari
kakak ipar saya.

Persoalan saya, adakah sah perkahwinan ini jika wali aqrab


masih hidup dan sihat berada di Pulau Pinang dan wali ab’ad
memenuhi syarat tinggal berdekatan dengan wanita itu?

JAWAPAN

Muqaddimah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam


kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga
baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang
mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Kewujudan wali adalah wajib semasa aqad nikah dan ia


merupakan salah satu daripada rukun aqad nikah.
Perkahwinan seorang perempuan sama ada dewasa atau
masih kecil, janda ataupun dara, hendaklah diaqadkan oleh
walinya. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA,
Rasulullah SAW bersabda:

َ ‫َﻻ ﺗُزَ ّ ِو ُج ْاﻟ َﻣ ْرأَة ُ ْاﻟ َﻣ ْرأَة َ َو َﻻ ﺗُزَ ّ ِو ُج ْاﻟ َﻣ ْرأَة ُ ﻧَ ْﻔ‬
‫ﺳ َﮭﺎ‬
/
Maksudnya: “Seorang perempuan tidak harus mengahwinkan
perempuan lain dan tidak harus mengahwinkan dirirnya
sendiri.”

Riwayat al-Daraqutni (3/227) Ibn Majah (1882) dan rijalnya


thiqah

Merujuk kitab al-Fiqh al-Manhaji [4/62], apabila seorang


perempuan mengahwinkan dirinya sendiri tanpa wali,
perkahwinan adalah batal dan kedua-duanya wajib dipisahkan.
Ini adalah pendapat majoriti fuqaha’ kecuali mazhab Hanafi.
[Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh 9/6698]

Ini berdasarkan hadis daripada Aisyah RA, RAsulullah SAW


bersabda:

‫ت ﻓَﺈِ ْن َد َﺧ َل ﺑِ َﮭﺎ‬
ٍ ‫ث َﻣ ﱠرا‬ َ ‫ﺎط ٌل ﺛ َ َﻼ‬ ْ ‫أَﯾﱡ َﻣﺎ ْاﻣ َرأَةٍ ﻧَ َﻛ َﺣ‬
ِ َ‫ت ﺑِﻐَﯾ ِْر ِإ ْذ ِن َﻣ َوا ِﻟﯾ َﮭﺎ ﻓَﻧِ َﻛﺎ ُﺣ َﮭﺎ ﺑ‬
ُ‫ﻲ ﻟَﮫ‬‫ﻲ َﻣ ْن َﻻ َو ِﻟ ﱠ‬ ُ ‫ط‬
‫ﺎن َو ِﻟ ﱡ‬ َ ‫ﺳ ْﻠ‬
‫ﺎب ِﻣ ْﻧ َﮭﺎ ﻓَﺈِ ْن ﺗَﺷَﺎ َﺟ ُروا ﻓَﺎﻟ ﱡ‬ َ ‫ﺻ‬ َ َ ‫ﻓَ ْﺎﻟ َﻣ ْﮭ ُر ﻟَ َﮭﺎ ﺑِ َﻣﺎ أ‬

Maksudnya: “Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa


izin walinya, perkahwinan tersebut adalah batal.” Baginda
mengulanginya sebanyak tida kali. “Apabila disetubuhi oleh
pasangannya, dia berhak menerima mas kahwin bagi
menghalalkan farajnya. Jika berlaku perbalahan tentang wali,
maka sultan ialah wali kepada mereka yang tidak berwali.”

Riwayat Abu Daud (2083)

Kami simpulkan beberapa sebab yang mengharuskan untuk


berwalikan hakim yang dirujuk dari kitab al-Fiqh al-Manhaji
dan beberapa kitab yang lain:

Keengganan wali dalam pernikahan

Jika wali enggan walaupun wali merupakan bapanya sendiri,


perkahwinan tersebut diwalikan oleh sultan. Hal ini kerana
mengahwinkan perempuan dengan yang sekufu adalah
tanggungjawab wali. Jika mereka enggan menunaikan
tanggungjawab, maka hakimlah yang perlu melaksanakannya.

Menurut Imam al-Nawawi:

‫ وﻛذا ﯾزوج إذا ﻋﺿل اﻟﻘرﯾب واﻟﻣﻌﺗﻖ‬.‫ﻓﺈن ﻓﻘد اﻟﻣﻌﺗﻖ وﻋﺻﺑﺗﮫ زوج اﻟﺳﻠطﺎن‬
‫وإﻧﻣﺎ ﯾﺣﺻل اﻟﻌﺿل إذا دﻋت ﺑﺎﻟﻐﺔ ﻋﺎﻗﻠﺔ إﻟﻰ ﻛفء واﻣﺗﻧﻊ‬

Maksudnya: Sekiranya ketiadaan tuan (pembebas hamba) atau /


asobah (wali keturunan), sultan yang akan mengahwinkan.
Begitu juga sultan akan mengahwinkan sekiranya wali yang
dekat dan pembebas enggan mengahwinkan, keengganan
berlaku bilamana perempuan yang baligh dan berakal ingin
berkahwinan dengan yang sekufu dan wali melarang.

[Lihat: Minhaj al-Tolibin hal. 207]

Namun jika perempuan ingin berkahwin dengan seorang yang


tidak sekufu dengannya, maka wali boleh menghalangnya
dengan enggan mengahwinkannya dengan lelaki tersebut. Ini
kerana wali mempunyai hak dalam memilih pasangan yang
sekufu. [Lihat: Mughni al-Muhtaj 4/253]

Ketiadaan wali nasab

Apabila wali nasab tiada, maka hak perwalian berpindah


kepada qadhi, kerana dia dilantik untuk melaksanakan
kepentingan orang Islam.

Susunan atau tertib wali perempuan yang sah mengikut


Hukum Syarak adalah seperti berikut:

Bapa Kandung.
Datuk Sebelah Bapa Ke Atas.
Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa.
Adik Beradik Lelaki Sebapa.
Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
Anak Saudara Lelaki Sebapa.
Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa.
Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan
Datuknya.
Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan
Moyangnya.
Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan
Moyangnya.
Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
(Sepupu lelaki).
Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu
lelaki).
Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa. /
Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan
Datuknya.
Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan
Datuknya.
Wali Hakim.

(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/61)

Wali aqrab (yang terhampir) tidak cukup syarat-syarat


menjadi wali dan ketiadaan wali ab’ad

Seorang wali yang mempunyai hak untuk mengahwinkan perlu


memenuhi syarat-syarat wali iaitu Islam, seorang yang adil,
baligh, berakal, tiada penyakit yang mencacatkan fikiran, tidak
terhalang dari menguruskan hartanya kerana boros (‫ )اﻟﺳﻔﮫ‬dan
bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah.

Wali aqrab berada di tempat yang jaraknya lebih dua


marhalah atau wali dalam keadaan berihram haji atau
umrah

Berkata Imam Abi Ishak al-Syirazi:

‫إن ﻏﺎب اﻟوﻟﻲ إﻟﻰ ﻣﺳﺎﻓﺔ ﺗﻘﺻر ﻓﯾﮭﺎ اﻟﺻﻼة زوﺟﮭﺎ اﻟﺳﻠطﺎن وﻟم ﯾﻛن ﻟﻣن ﺑﻌده‬
‫ﻣن اﻷوﻟﯾﺎء أن ﯾزوج ﻷن وﻻﯾﺔ اﻟﻐﺎﺋب ﺑﺎﻗﯾﺔ وﻟﮭذا ﻟو زوﺟﮭﺎ ﻓﻲ ﻣﻛﺎﻧﮫ ﺻﺢ‬
‫اﻟﻌﻘد وإﻧﻣﺎ ﺗﻌذر ﻣن ﺟﮭﺗﮫ ﻓﻘﺎم اﻟﺳﻠطﺎن ﻣﻘﺎﻣﮫ‬

Maksudnya: Sekiranya tidak ada wali (berada) pada jarak yang


membolehkan untuk solat qasar (dua marhalah), maka sultan
yang mengahwinkan perempuan itu. Dan tidak boleh wali yang
setereusnya (wali ab’ad) mengahwinkan kerana hak perwalian
wali yang tiada (berada jauh dua marhalah) masih kekal. Oleh
itu, sekiranya wali mengahwinkan perempuan itu dengan
menggantikan tempat wali, maka sah aqad tersebut. Hal ini
kerna ada keuzuran daripada wali maka sultan mengambil
tempatnya (menjadi wali).

[Lihat: al-Muhazzab 2/429]

Begitu juga jika wali dalam keadaan ihram, maka hakim akan
mengambil tempatnya untuk mengahwinkan perempuan
tersebut kerana hak wali masih kekal kepada wali aqrab dan
tidak berpindah kepada wali yang seterusnya.

Imam al-Muti’ie menyatakan bahawa sekiranya seorang


perempuan mempunyai dua orang wali, maka perwalian
/
diberikan kepada yang lebih aqrab (hampir) seperti dalam
diberikan kepada yang lebih aqrab (hampir) seperti dalam

pewarisan, dan jika dikahwinkan oleh wali yang seterusnya,


maka perkahwinan tersebut tidak sah. [Lihat: al-Majmu’ Syarh
al-Muhazzab 16/162]

Namun, jika wali aqrab berada kurang dua marhalah, maka


hakim tidak boleh melaksanakan perkahwinan itu kecuali
dengan izin wali. Ini kerana jarak perjalanan yang singkat dan
wali perlu dirujuk sama ada hadir sendiri atau mewakilkannya.
[Lihat: al-Fiqh al-Manhaji 4/63-70]

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal


Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada
1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Lari
Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-
Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan
yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak
berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari
dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.

Begitu juga perkahwinan yang dilakukan di luar negara


Malaysia seperti kahwin lari di selatan Thailand. Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah
memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah
sah dengan syarat:

1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah.

2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah.

3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan


itu berkahwin di atas alasan syarak di tempat dia
bermustautin.

4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh


wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah
berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim,

Penutup

Tuntasnya, tidak sah aqad nikah tanpa wali, dan seorang


perempuan tidak boleh mengahwinkan dirinya atau perempuan
yang lain. Perkahwinan yang dilakukan di dalam kawasan di
mana wali aqrab dari segi nasab seperti bapa atau datuk
kepada perempuan bermastautin hendaklah dilakukan dengan
izin daripadanya. /
Namun, jika perempuan tersebut keluar daripada kawasan
tersebut sejauh dua marhalah, hak perwalian tidak berpindah
kepada wali seterusnya, maka perkahwinan tersebut sah
dengan berwalikan hakim yang diiktiraf di kawasan tersebut
walaupun tanpa mendapatkan persetujuan wali.

Walaubagaimanapun, kami menasihatkan kepada setiap


pasangan yang ingin berkahwin untuk menghormati dan
mendahulukan wali aqrab yang sedia ada. Ini juga untuk
menjaga keharmonian dalam hubungan kekeluargaan.

Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang jelas dan


sahih dalam memahami syariat Islam. Wallahua’lam.

HUBUNGI KAMI

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya, Malaysia.
No. Tel : 03-8870 9000
No. Faks : 03-8870 9101 / 03-8870 9102
Emel : unitict[at]muftiwp[dot]gov[dot]my

AWAN TAG

UNDIAN

Adakah infomasi di dalam Portal PMWP memenuhi ekspektasi dan


keperluan pelanggan?
Sangat Memuaskan
Memuaskan
Perlu Penambahbaikan

Hantar

Penafian (/penafian)| Dasar Keselamatan (/dasar-keselamatan) | Dasar Privasi (/dasar-


privasi)| Peta Laman (/peta-laman) | Soalan Lazim (/hubungi-kami/soalan-lazim)
Hak Cipta Terpelihara © 2018 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan /
Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 ke atas,
Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 x 800
Tarikh Kemaskini : 04 November 2020.

(https://www.facebook.com/muftiWilayahPersekutuan/)
(https://twitter.com/pejabatmuftiwp)
(https://www.youtube.com/channel/UCtWxvgwxkGG9xSTEsnB9HwQ)

(http://feeds.feedburner.com/LamanWebRasmiPejabatMuftiWilayahPersekutuan)

(/images/photo/icons/homepage/qrpmwp1.jpg)

Anda mungkin juga menyukai