Anda di halaman 1dari 81

PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

1
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

2
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

MUQADDIMAH

:‫ أﻣﺎ بﻌﺪ‬،‫ وﻋ� آﻟﻪ وﺻﺤبﻪ وﻣﻦ واﻻە‬،‫ واﻟﺼﻼة واﻟﺴﻼم ﻋ� رﺳﻮل ﷲ‬،� ‫اﻟﺤﻤﺪ‬

Risalah ini adalah suatu pencerahan ilmiah dan suatu pembelaan dari
Syeikhuna Tuan Guru Syeikh Ibrahim Masran Al-Banjari (TGSI) terhadap gurunya
dan guru kita bersama, iaitu Syaikhul Masyaikh, Al-‘Alim Al-‘Allaamah Al-Faqih
Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki (TGSN)
hafizahumallahu ta'ala.
Kami telah menerima beberapa saranan daripada ikhwan untuk menemui
Syeikhuna TGSI sekaligus meminta komentar dan pencerahan dari beliau
berhubung isu jawapan Al-Faqih TGSN berkaitan akad nikah yang dihukumkannya
sebagai TIDAK SAH menurut mazhab Syafi’i.
Alhamdulillah, kami dapat menemui Syeikhuna TGSI dan menceritakan hal
yang berlaku serta memperlihatkan kepada beliau rakaman klip video jawapan
daripada Al-Faqih TGSN yang pertama.
Pada awalnya Syeikhuna TGSI tidak mahu memberikan apa-apa komentar
melainkan sebatas 6 patah perkataan iaitu: “Betul dah ni. Jawapan yang benar.”
yang merujuk kepada jawapan Al-Faqih TGSN tersebut.
Mungkin kerana adab dan hormat beliau terhadap gurunya Al-Faqih TGSN
menyebabkan beliau tidak mahu mengomentarinya lebih banyak. Tetapi setelah
kami terangkan tentang keadaan terkini masyarakat yang diresahkan oleh pihak
tertentu dengan memanipulasi jawapannya dan cubaan menjatuhkan nama baik
dan maruahnya serta ada usaha meremehkan pandangan mazhab Syafi’i, akhirnya
Syeikhuna TGSI menerangkan satu persatu dalil yang menunjukkan keabsahan
jawapan Al-Faqih TGSN tersebut dari sudut pandang mazhab Syafi’i.
Kami bersyukur Syeikhuna TGSI sudi meluangkan masanya memberikan
pencerahan yang bermakna kepada kami. Memandangkan komentar dan
pencerahan yang diberikan oleh Syeikhuna TGSI penuh dengan pengisian ilmiah
dan dalil-dalil yang dapat membuka minda, mencerahkan hati, dan menambahkan
ilmu, maka kami mengambil sikap untuk mencatatkannya dan mengabadikannya
di dalam sebuah risalah yang kini berada di tangan para pembaca sekalian.
Harapan kami, semoga dengan pencerahan dari Syeikhuna TGSI ini memberi
manfaat kepada umat Islam di Malaysia, khususnya terhadap golongan agamawan
dan penganut mazhab Syafi’i. Semoga ilmu dan kefahaman kita terhadap agama

3
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Islam dan pegangan fiqh berteraskan mazhab Syafi’i terus bertambah kukuh dan
mantap.
Kami mengucapkan syukran jazilan kathiran kepada Syeikhuna Tuan Guru
Syeikh Ibrahim Masran Al-Banjari hafizahullah atas kesudian beliau meluangkan
masa dan sudi memberikan pencerahan ilmiah yang begitu berharga buat kami.
Jazakumullahu khairal jaza' ya syaikhana.
Kami berdoa semoga Allah memelihara dan memberikan kesihatan serta
keafiatan kepada kedua ulama’ yang kami kasihi, Syeikhuna Al-Allaamah Tuan
Guru Syeikh Ibrahim Masran Al-Banjari dan Syaikhul Masyaikh Al-Allaamah Al-
Faqih Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

‫ين‬
‫داﺋﻤن إ� ﻳﻮم اﻟﺪﻳﻦ‬ ‫ين‬
‫أﺟﻤﻌن ﺻﻼة وﺳﻼﻣﺎ‬ ‫وﺻ� ﷲ وﺳﻠﻢ ﻋ� ﺳ�ﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ وﻋ� آﻟﻪ وﺻﺤبﻪ‬

PERHATIAN:
1. Sebelum membaca, para pembaca dinasihatkan supaya membetulkan niat
dan melapangkan hati. Seterusnya bacalah satu persatu, kalimat perkalimat
daripada kalam Syeikhuna dengan hati yang salim, tenang, teliti dan cermat.
Pastikan baca dari awal hingga akhir agar tidak gagal faham.
2. Kami mencatat semua kalam Syeikhuna. Kami tidak menambah atau
mengurangkan perkataannya melainkan tambahan tajuk-tajuk perbicaraan
dan sedikit penjelasan dalam bentuk atau [...] .
3. Sebahagian kalam syeikhuna yang berbahasa Arab, kami taip dengan huruf
Arab dan sebahagiannya kami taip dengan huruf rumi.
4. Istilah SYEIKHUNA: Apabila diungkapkan oleh Admin, maksudnya adalah
Tuan Guru Syeikh Ibrahim Al-Banjari. Apabila diungkapkan oleh syeikhuna,
maksudnya adalah Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki
hafizahumallah.

Selamat membaca.

HAJI ABDURRAHMAN
SANTRI DARUL BANJARI
ADMIN AHBAB TUAN GURU SYEIKH IBRAHIM MASRAN AL-BANJARI
1445 H – 2023 M

4
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

PENCERAHAN SYEIKHUNA

‫ وﻋ� آﻟﻪ وﺻﺤبﻪ وﻣﻦ ف‬،�‫اﻟﻤﺼﻄ‬


‫ أﻣﺎ بﻌﺪ‬،�‫اﻗﺘ‬ ‫ف‬ ‫اﻟﻨى‬ ‫ف‬
‫ واﻟﺼﻼة واﻟﺴﻼم ﻋ� ب ي‬،�‫اﻟﺤﻤﺪ � وﻛ‬

Allahu Ta’ala berfirman:

‫وﻻ ﺗﻨﻜﺤﻮا ﻣﺎ ﻧﻜﺢ آبﺎؤكﻢ ﻣﻦ اﻟنﺴﺎء‬

Dan firman-Nya lagi:


‫ﻓﻠﻤﺎ ض‬
‫ﻗ� ز�ﺪ ﻣﻨﻬﺎ وﻃﺮا زوﺟﻨﺎ�ﻬﺎ‬

Dan Rasulullah shallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

‫ واﺳﺘﺤﻠﻠﺘﻢ ﻓﺮوﺟﻬﻦ بكﻠﻤﺔ ﷲ‬،‫اﺗﻘﻮا ﷲ ف ي� اﻟنﺴﺎء ﻓﺈﻧكﻢ أﺧﺬﺗﻤﻮﻫﻦ بﺄﻣﺎﻧﺔ ﷲ‬

Kemudian.. Terus terang Al-Faqir [Syeikh Ibrahim] katakan, ketika melihat klip
video jawapan syeikhuna [Syeikh Nuruddin] yang antum tunjukkan tadi, Faqir
menjadi semakin bertambah tambah kasih dan kagum kepada beliau.

Sungguh beruntung kita terpilih dapat mengambil ilmu daripada beliau ‫ﺣﻔﻈﻪ ﷲ‬
‫[ ورﻋﺎە وﺳﺪد ﺧﻄﺎە ﻟﻤﺎ �ﺤبﻪ و�ﺮﺿﺎە‬Semoga Allah melindunginya, menjaganya, dan
mengarahkan langkahnya untuk melakukan apa yang Allah sukai dan redhai.]

[Admin: Aamiin..]

Dengan jawapan yang beliau nyatakan itu. Dimana kurangnya? Dimana


salahnya? Jawapannya sudah benar. Nak komen apa lagi? Jawapannya tidak
salah. Bahkan Faqir [Syeikh Ibrahim] sepakat dengan jawapan beliau. Bahawa
lafaz qabul dalam akad nikah yang seperti itu TIDAK SAH di sisi qaul mu’tamad
mazhab Asy-Syafi’i.

Syeikhuna [Syeikh Nuruddin] mengatakan TIDAK SAH itu, ialah di sisi mazhab
Asy-Syafi’i. Kalau antum kata mazhab lain kata SAH, terserah. Itu kita pun tahu.

Mungkin ramai yang belum mengenali siapa syeikhuna [Syeikh Nuruddin]. Kira-
kira 30 tahun yang lalu, beliau sudah pun mengarang sebuah kitab yang
berjudul: “Ma’lumaatun Tahummuka Haula Asbabil Ikhtilafi Bainal Fuqaha’.”

5
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

‫ ]ﻣﻌﻠﻮﻣﺎت ﺗﻬﻤﻚ ﺣﻮل أﺳبﺎب اﻹﺧﺘﻼف ي ف‬Sebuah kitab yang menghimpunkan


[‫ﺑن اﻟﻔﻘﻬﺎء‬
maklumat-maklumat penting berkaitan sebab-sebab berlakunya ikhtilaf di
antara para fuqaha’, mulai ikhtilaf yang berlaku di antara para Sahabat, para
Tabi’in, juga yang berlaku di antara mazahibil fuqaha’. Juga menerangkan
tentang khasha’ish al-mazahibil arba’ah dan lain-lain lagi.

Bukan beliau tidak tahu pandangan mazhab yang lain. Beliau itu membesar di
Mekah yang mazhab rasminya adalah mazhab Hambali. Beliau juga pernah
tinggal di Mesir yang mazhab rasminya adalah mazhab Hanafi. Dan kini beliau
tinggal di Indonesia dan Malaysia yang mazhab rasminya dalam amalan, dalam
pendidikan, dalam perundangan dan fatwa adalah mazhab Syafi’i.

Antum duduk di negeri yang bermazhab Syafi’i. Dari kecil sampai besar antum
mengaji fiqh mazhab Syafi’i. Membesar dan menjalani kehidupan dengan fiqih
mazhab Syafi’i. Pegangan Undang-Undang Keluarga Islam atau Undang-Undang
Pentadbiran Agama Islam Negeri pun mazhab Syafi’i. Salahkah bila ada orang
bertanya masalah hukum, antum menjawabnya dengan jawapan pegangan
mazhab Syafi’i?

[Admin: Tak salah.]

Jadi, dimana salahnya syeikhuna [Syeikh Nuruddin]?

Kita yang jahil ni mungkin terkejut dengan apa yang syeikhuna [Syeikh
Nuruddin] permasalahkan. Sebab kita tak nampak apa yang beliau nampak.

Syeikhuna [Syeikh Nuruddin] ini seumpama orang yang bermata hawas, kata
orang Banjar. Yakni penglihatannya sangat baik dan tajam. Beliau melihat
sebuah gunung yang besar disiang hari. Melihat dari jauh pun nampak, melihat
dari dekat tentulah nampak.

Kita pula, umpama orang yang rabun. Melihat semut hitam di atas batu hitam
dimalam yang gelap gelita. Melihat dari dekat tak nampak, melihat dari jauh lagi
tak nampak.

Bila kita tak nampak, maka berpautlah kepada orang yang nampak. Itu yang
sepatutnya.

Bila dia selamatkan kita daripada nak terjatuh longkang, berterima kasihlah
kepadanya. Itu alamat yang walaupun mata kepala gelap, tetapi mata hati tidak
malap.

Nah, syeikhuna [Syeikh Nuruddin] itu yang pertama menjawab hukum. Yang
kedua nak menyelamatkan. Itu sahaja.

6
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Yang beliau permasalahkan ialah tidak adanya lafaz “NIKAHNYA” atau lafaz
“KAHWINNYA” di dalam ucapan qabul tersebut.

Ini memang sangat wajar dipermasalahkan. Kerana telah meninggalkan dua


perkara penting dalam ucapan qabul, iaitu meninggalkan TA’YIN LAFAZ
[menentukan lafaz], dan meninggalkan TA’YIN MANKUHAH [menentukan
perempuan yang dinikahi].

Mereka mengira, kalau sekadar meninggalkan lafaz “NIKAHNYA” atau lafaz


“KAHWINNYA”, itu tak mengapa?

Mereka sangka, lafaz “NIKAH” atau “KAHWIN” ini, tak ada apa-apa nilai?

Mereka anggap, Imamuna Al-Imam Al-A’zhom Muhammad Bin Idris Asy-Syafi’i


radhiyallahu ‘anhu itu buta qur’an? Tak faham hadits?

Ingat, firman Allah Ta’ala dan hadits Rasulullah shallahu ‘alaihi wasallam yang
Faqir [Syeikh Ibrahim] bacakan diawal tadi, kepadanya lah permasalahan ini
akan kembali.

[ FOKUS PENCERAHAN ]

Thoyyib.

PERTAMA sekali, sebelum kita pergi lebih jauh, kita tetapkan dahulu bahawa
apa yang kita akan bicarakan ini, HANYALAH dari sudut pandang mazhab Asy-
Syafi’i sahaja. Supaya lebih focus. Dan supaya tidak ada lagi yang
memperkecilkan dan meremehkan pendapat-pendapat daripada mazhab Asy-
Syafi’i.

Dan juga kerana kita hendak melihat keabsahan jawapan hukum yang
dikeluarkan oleh syeikhuna [Syeikh Nuruddin] dalam video yang antum
tunjukkan tadi, berdasarkan pandangan mazhab Imam Asy-Syafi’i.

KEDUA, apa yang akan kita sebutkan nanti adalah tertumpu HANYA kepada isu
SAHKAH sesuatu pernikahan itu jika sighah qabul dari pengantin lelaki tidak
mengucapkan lafaz “NIKAHNYA” atau “KAHWINNYA”?

Atau dengan kata lain, SAHKAH PERNIKAHAN DENGAN LAFAZ “AKU


TERIMA” SAHAJA? TANPA MENGUCAPKAN LAFAZ “NIKAHNYA” ATAU
“KAHWINNYA”, DI SISI MAZHAB SYAFI’I.

7
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

KETIGA, Faqir [Syeikh Ibrahim] bukanlah mengomentari jawapan syeikhuna


[Syeikh Nuruddin]. Sebaliknya, Faqir hanya memberikan pencerahan buat
antum tentang kebenaran jawapan yang diberikan oleh syeikhuna Al-‘Alim Al-
‘Allaamah Al-Faqih Al-Fahaamah Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Al-
Banjari Al-Makki hafizahullahu ta’ala wa ra’ah.

[ JAWAPAN SYEIKH NURUDDIN BENAR ]

Baik.

Jika antum bertanya: Apakah jawapan syeikhuna [Syeikh Nuruddin] itu


bertepatan dengan jawapan ulama’ Syafi’iyah?

Maka Faqir [Syeikh Ibrahim] jawab: Sesungguhnya jawapan syeikhuna [Syeikh


Nuruddin] itu adalah TEPAT dan BENAR.

Jika antum bertanya: Mana buktinya ia tepat dan benar?

Maka Faqir [Syeikh Ibrahim] jawab: Buktinya ialah muwafaqat dengan nash dan
ibarat dari sekecil-kecil kitab mazhab Syafi’i hinggalah sebesar-besar kitab yang
menjadi pegangan kita dalam mazhab Syafi’i.

Jika antum berkata : Sila Buktikan.

Maka Faqir [Syeikh Ibrahim] akan buktikan, insya’ Allahu ta’ala, wala haula wala
quwata illa billahil ‘aliyil azhim.

[ TA’RIF NIKAH ]

Pertama sekali, sangat patut kita ketahui apakah dia ta’rif nikah secara syara’ di
sisi mazhab Syafi’i?

Maka ta’rif nikah secara syara’ itu ialah :

‫ﻋﻘﺪ ﻳﺘﻀﻤﻦ إبﺎﺣﺔ وطء بﻠﻔﻆ إﻧكﺎح أو ﺗﺰو� ــﺞ أو ﺗﺮﺟﻤﺘﻪ‬

“Suatu aqad yang mengandungi pengharusan bersetubuh dengan menggunakan


lafaz “NIKAH” atau “KAHWIN” atau terjemahannya”.

Yakni, ta’rif nikah pada syara’ adalah: Suatu aqad yang mengandungi
pembolehan melakukan persetubuhan atau jima’, dengan menggunakan lafaz
“NIKAH” atau lafaz “KAHWIN” atau dengan menggunakan terjemahan lafaz
tersebut.

8
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Ta’rif ini dapat kita lihat dalam banyak kitab-kitab fiqh Syafi’iyyah seperti Asnal
Mathalib Syarah Raudhut Tholib, As-Sirajul Wahhaj ‘Ala Matnil Minhaj, Mughnil
Muhtaj, Al-Iqna’, Ghayatul Bayan, Nihayatuz Zain, Fathul Wahhab, Fathul Mu’in
dan selainnya.

Jadi, dilihat pada ta’rif saja pun, sudah ketahuan bahawa PERNIKAHAN itu,
ialah AKAD yang membolehkan bersetubuh, dengan lafaz “‫إﻧكﺎح‬/NIKAH” atau
lafaz “‫ﺗﺰو� ــﺞ‬/KAHWIN” atau dengan terjemahan lafaz tersebut.

Dalam kitab Nihayatuz Zain Syarah Qurratul Ain, Syeikh Muhammad Nawawi
‫ بﻠﻔﻆ اﻹﻧكﺎح ت ف‬itu dengan
Al-Bantani rahimahullah menjelaskan maksud ‫واﻟ�و� ــﺞ‬
katanya:

‫بﻐ�ە‬
‫أي ﻣﺎ اﺷﺘﻖ ﻣﻨﻬﻤﺎ ﻻ ي‬
�‫ت‬
“Maksudnya ialah kata yang diambil daripada keduanya, yakni ‫ اﻹﻧكﺎح‬dan ‫اﻟ�و� ــﺞ‬,
BUKAN dengan yang lainnya.”

Yakni, kalau kita hendak guna lafaz terjemahan pun, maka terjemahan itu tidak
boleh lari dari lafaz “NIKAH” atau lafaz “KAHWIN”.

Dan katanya lagi:

‫ﻓﻠ�ﺲ ﻟﻨﺎ ﻋﻘﺪ �ﺨﺘﺺ بﺤﺮوف ﻣﺨﺼﻮﺻﺔ إﻻ اﻟ�ﺘﺎبﺔ واﻟﺴﻠﻢ واﻟﻨكﺎح‬

“Maka tiada bagi kita suatu akad yang terkhusus dengan huruf yang tertentu,
KECUALI akad kitabah, akad salam dan AKAD NIKAH.”

Jadi, jelaslah bahawa AKAD NIKAH itu, ADA LAFAZNYA YANG KHUSUS. Dan
lafaznya yang khusus itu ada DUA, iaitu lafaz “NIKAH” dan lafaz “KAHWIN”.

[ HAKIKAT NIKAH ]

Para ulama’ Syafi’iyah rahimahumullahu ta’ala berkata:

‫وﻫﻮ ﺣﻘ�ﻘﺔ ف ي� اﻟﻌﻘﺪ ﻣﺠﺎز ف ي� اﻟﻮطء‬

“Dan NIKAH itu, ialah hakikat pada AKAD, majaz pada setubuh.”

Ini qaul yang Ashah, paling sahih dalam mazhab kita. Sebagaimana yang
disebutkan oleh Al-Imam Asy-Syeikh Muhammad Al-Khatib Asy-Syirbini
rahimahullah dalam kitabnya Mughnil Muhtaj dan juga Al-Iqna’.

9
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Thoyyib. Sebab itulah juga dalam masyarakat kita, majlis pernikahan atau
majlis perkahwinan, orang sebut juga dengan MAJLIS AKAD NIKAH, orang tak
sebut dengan majlis persetubuhan. Kerana hakikat pernikahan atau
perkahwinan itu ada pada AKAD. Dan pernikahan atau perkahwinan itu
terjadinya ialah pada AKAD, bukan pada persetubuhan.

Dan dari sini jugalah muncul istilah “janda berhias”. Yakni perempuan yang
telah bernikah dan diceraikan sebelum bersetubuh. Dan berlaku juga beberapa
hukum lain yang berkait dengan ini.

Walhasil, hakikat nikah itu ialah pada AKAD.

[ AKAD NIKAH BERLAKU KEPADA SIAPA? ]

Kemudian… INI PENTING, kita kena tahu pula, AKAD ini lazim [berlaku]
kepada siapa?

Maka ulama’ Syafi’iyah seperti Al-Imam Asy-Syeikh Muhammad Al-Khatib Asy-


Syirbini rahimahullah menjelaskan dalam Al-Iqna’:

‫وﻋﻘﺪ اﻟﻨكﺎح ﻻزم ﻣﻦ ﺟﻬﺔ اﻟﺰوﺟﺔ وﻛﺬﻟﻚ ﻣﻦ ﺟﻬﺔ اﻟﺰوج ﻋ� اﻷﺻﺢ‬

“Dan bermula akad nikah itu lazim [berlaku] daripada pihak isteri, dan seperti
demikian pula daripada pihak suami, atas qaul yang Ashah.”

Maksudnya, akad pernikahan itu mesti diucapkan daripada pihak isteri, yakni
melalui walinya atau wakil walinya, yang kita panggil IJAB.

Dan akad itu mesti diucapkan juga daripada pihak suami, yakni pengantin lelaki
atau wakilnya, yang kita panggil QABUL.

Inilah qaul yang Ashah dalam mazhab Syafi’i. Qaul Ashah ni ialah qaul yang
paling sahih, rajih dan mu’tamad.

Nah, bila kita faham yang ini, maka fahamlah kita bahawa lafaz “NIKAH” atau
“KAHWIN” itu mesti diucapkan dalam IJAB. Dan mesti juga diucapkan dalam
QABUL.

Dan inilah yang mu’tamad dalam mazhab Asy-Syafi’i.

Dengan kefahaman hukum ini, sangat patutlah Al-Imam An-Nawawi


rahimahullah dalam Minhajnya membuat khulasah yang tegas dengan katanya:

10
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

‫ وﻗﺒﻮل بﺄن �ﻘﻮل اﻟﺰوج ﺗﺰوﺟﺖ أو ﻧﻜﺤﺖ أو ﻗبﻠﺖ‬،‫ وﻫﻮ زوﺟﺘﻚ أو أﻧﻜﺤﺘﻚ‬،‫إﻧﻤﺎ �ﺼﺢ اﻟﻨكﺎح ﺑ��ﺠﺎب‬
‫ وﻻ �ﺼﺢ إﻻ بﻠﻔﻆ ت ف‬،�‫ و�ﺼﺢ ﺗﻘﺪم ﻟﻔﻆ اﻟﺰوج ﻋ� اﻟﻮ‬،‫ﻧكﺎﺣﻬﺎ أو ﺗﺰو�ﺠﻬﺎ‬
‫اﻟ�و�ـ ــﺞ أو اﻹﻧكﺎح‬ ‫ي‬

Inti daripada ibarat ini ialah:

- Hanya sanya SAH AKAD NIKAH itu ialah dengan adanya IJAB dan QABUL.

- Contoh sighah IJAB dari wali: “Aku KAHWINKAN akan dikau dengan anak
perempuanku” matsalan, atau “Aku NIKAHKAN akan dikau dengan anak
perempuanku..”.

- Contoh sighah QABUL dari suami: “Aku KAHWINI akan dia”, atau “Aku
NIKAHI akan dia”, atau “Aku terima akan NIKAHNYA”, atau “Aku terima akan
KAHWINNYA”.

- SAH AKAD NIKAH jika si suami mendahulukan lafaznya atas si wali, seperti
si suami berkata: “KAHWINKAN olehmu akan daku anak perempuanmu
ini..”, lalu si wali pun berkata: “Aku KAHWINKAN dikau akan dia..”.

- TIDAK SAH AKAD NIKAH itu, KECUALI dengan lafaz “‫ﺗﺰو� ــﺞ‬/ KAHWIN” atau
“‫إﻧكﺎح‬/ NIKAH”.

Nah, kan jelas. Imam An-Nawawi ni bila kata:


‫وﻻ �ﺼﺢ إﻻ بﻠﻔﻆ ت ف‬
‫اﻟ�و� ــﺞ أو اﻹﻧكﺎح‬

“Tidak sah akad nikah KECUALI dengan lafaz “KAHWIN” atau “NIKAH”.”
Maksudnya ialah mesti diucapkan pada ucapan IJAB dan pada ucapan QABUL.

Imam An-Nawawi ni digelar sebagai Al-Habrul Imam, Qutbu Da’iratil Ulama’il


A’lam, Muhyiddin, Syaikhul Islami wal Muslimin, Shafwatul Auliya’i was
Shalihin, ‘Umdatul Fuqaha’i Wal Muhadditsin, Muharrirul Mazhabi Wa
Muhazzibuhu, Wa Muhaqqiquhu Wa Murattibuhu.

Beliau ni imam besar, Mujtahid Tarjih, Mujtahid Fatwa.

Bila beliau mengarang sebuah kitab yang ringkas untuk dijadikan matan yang
mudah dihafaz oleh penuntut ilmu. Maka tentulah beliau menggunakan bahasa
yang paling ringkas tetapi penuh makna tersirat.

Kalimat ( ‫ ) إﻧﻤﺎ‬yang beliau gunakan ini, mengandungi makna hashr [batasan],


yang memberi erti menetapkan hukum atas perkara yang disebutkan, dan
menafikan atau meniadakan perkara yang tidak disebutkan.

Yakni, SAHNYA AKAD NIKAH itu, ialah MESTI dengan adanya IJAB dan QABUL.

11
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Dan beliau mendatangkan pula dalam bentuk pengisbatan selepas penafian


‫) وﻻ �ﺼﺢ إﻻ بﻠﻔﻆ ت ف‬. Yang memberi faedah kepada
pada katanya ( ‫اﻟ�و�ـ ـﺞ أو اﻹﻧكﺎح‬
hashr [batasan] juga.

Yakni, SAHNYA AKAD NIKAH itu, ialah MESTI dengan menyebutkan lafaz
“NIKAH” atau “KAHWIN”.

Maka hasil daripada kalam Imam An-Nawawi ini, SAHNYA AKAD NIKAH itu,
ialah MESTI dengan adanya IJAB dan QABUL, yang kedua-duanya itu MESTI
dengan menyebutkan lafaz “NIKAH” atau “KAHWIN”.

Wallahu ta’ala a’lam.

Ana [Syeikh Ibrahim] memang suka dengan Kitab Minhajut Thalibin ni. Dan
alhamdulillah Allah bagi kita hafal sikit-sikit kitab ini. Tapi sekarang ni banyak
juga yang dah lupa.

Sebab ini memang kitab yang kita mengaji dengan syeikhuna [Syeikh
Nuruddin] hafizahullahu ta’ala wa ra’ah.

Beliau [Syeikh Nuruddin] memang faham dan menguasai betul kitab ini. Judul
kitab ini bukan hanya Minhajut Thalibin, tapi ada sambungannya iaitu Wa
‘Umdatul Muftin. Yang ertinya ialah “Dan pegangan bagi para mufti.”

Bila kita tahu yang guru kita [Syeikh Nuruddin] menguasai kitab ini, dan kita
tahu pula bahawa kitab ini adalah pegangan bagi orang-orang yang
memberikan fatwa dalam mazhab Syafi’i.

Maka secara tak langsung kita akan tahu kelayakan beliau [Syeikh Nuruddin]
dalam memberikan hukum-hakam agama dalam mazhab Syafi’i ini.

Semoga Allah menjaga beliau [Syeikh Nuruddin] dan meninggikan darjatnya.

[Admin: Aamiin..]

Thoyyib.

Fatwa Al-Imam An-Nawawi ini, sama dengan fatwa Imam Asy-Syirazi


rahimahumallah dalam kitabnya Al-Muhazzab.

Imam Asy-Syirazi rahimahullah berkata:


‫وﻻ �ﺼﺢ اﻟﻌﻘﺪ إﻻ بﻠﻔﻆ ت ف‬
‫اﻟ�و� ــﺞ أو اﻻﻧكﺎح‬

12
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

“Dan TIDAK SAH akad nikah itu KECUALI dengan lafaz “KAHWIN” atau “NIKAH”
‫ت‬
‫�ﺄى ﻋ� ف‬
‫ﻣﻌى اﻟﻨكﺎح‬ ‫ﻷن ﻣﺎ ﺳﻮاﻫﻤﺎ ﻣﻦ اﻷﻟﻔﺎظ كﺎﻟﺘﻤﻠ�ﻚ واﻟﻬبﺔ ﻻ ي‬

“Kerana bahawasa apa yang selain keduanya daripada segala lafaz seperti ‫ﺗﻤﻠ�ﻚ‬
dan ‫ﻫبﺔ‬, tidak mendatangkan ia atas makna pernikahan.”

Yakni, tidak boleh tidak, mestilah dengan lafaz “KAHWIN” atau “NIKAH”.

[ RAHSIA LAFAZ NIKAH DAN LAFAZ KAHWIN ]

Thoyyib.

Jika antum bertanya, kenapakah lafaz “NIKAH” atau lafaz “KAHWIN” ini
menjadi SYARAT YANG PENTING dalam sighah IJAB QABUL NIKAH?

Maka Faqir [Syeikh Ibrahim] jawab dengan penjelasan yang diberikan oleh
pengarang kitab Al-Hawi Fi Fiqhis Syafi’i, iaitu Al-Imam Al-Mawardi
rahimahullah, dengan katanya :

‫ وﻫﻮ ي ف‬: ‫اﻟ�ط اﻟﺜﺎيف‬


‫ﺗﻌﻴن اﻟﻠﻔﻆ اﻟﺬي ﻳﻨﻌﻘﺪ بﻪ اﻟﻨكﺎح‬ ‫وأﻣﺎ ث‬
‫ي‬

“Dan ada pun syarat yang kedua, iaitu MENENTUKAN LAFAZ yang mana lafaz
itu DAPAT MENGIKAT AKAD PERNIKAHAN.”
‫ وﻫﻤﺎ اﻟﻨكﺎح ت ف‬،‫ﻓﻠﻔﻈﺘﺎن ﻻ ﻳﻨﻌﻘﺪ اﻟﻨكﺎح إﻻ ﺑﻬﻤﺎ‬
‫واﻟ�و� ــﺞ‬

“Maka iaitu terdapat DUA LAFAZ, yang mana AKAD PERNIKAHAN TIDAK AKAN
TERIKAT KECUALI DENGAN DUA LAFAZ ITU. Dua lafaz itu ialah lafaz “NIKAH”
dan lafaz “KAHWIN”.
‫ﻷن ﻛﺘﺎب ﷲ ﺗﻌﺎ� ﻗﺪ ﺟﺎء ﺑﻬﻤﺎ‬

“Kerana bahawasa Kitab Allah Ta’ala, yakni AL-QURAN SENDIRI sungguh telah
MENDATANGKAN dengan KEDUA LAFAZ itu.”

‫ ﻓﺎﻧﻜﺤﻮا ﻣﺎ ﻃﺎب ﻟ�ﻢ ﻣﻦ اﻟنﺴﺎء‬: ‫أﻣﺎ اﻟﻨكﺎح ﻓبﻘﻮﻟﻪ ﺳبﺤﺎﻧﻪ‬

“Adapun lafaz “NIKAH”, maka iaitu dengan firman Allah Subhanahu wa ta’ala:

‫ﻓﺎﻧﻜﺤﻮا ﻣﺎ ﻃﺎب ﻟ�ﻢ ﻣﻦ اﻟنﺴﺎء‬

Mafhumnya: “Maka NIKAHILAH oleh kamu apa yang menyenangi bagi kamu
daripada perempuan-perempuan..”

13
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

‫وأﻣﺎ ت ض‬
‫ ﻓﻠﻤﺎ ض‬: ‫اﻟ�و� ــﺞ بﻘﻮﻟﻪ ﺳبﺤﺎﻧﻪ‬
‫ﻗ� ز�ﺪ ﻣﻨﻬﺎ وﻃﺮا زوﺟﻨﺎ�ﻬﺎ‬

“Dan adapun lafaz “KAHWIN”, maka iaitu dengan firman Allah Subhanahu wa
ta’ala:
‫ﻓﻠﻤﺎ ض‬
‫ﻗ� ز�ﺪ ﻣﻨﻬﺎ وﻃﺮا زوﺟﻨﺎ�ﻬﺎ‬

Mafhumnya: “Maka tatkala Zaid telah memenuhi hajat daripadanya, yakni


daripada Zainab, dan telah menceraikannya, dan tempoh iddahnya telah
berakhir, Kami KAWINKAN engkau ya Muhammad akan dia..”

Yakni, lafaz “NIKAH” atau lafaz “KAHWIN” ini, bukan kita yang suka-suka
tentukan. Tetapi Allah Ta’ala sendiri yang sudah tentukan.

Bacalah Al-Quran, dalam urusan pernikahan atau perkahwinan, Allah Jalla wa


‘Ala hanya menggunakan dua kalimah ini, dua lafaz ini.

Kalau antum kata antum nak ikut Qur’an, tak nak ikut ulama’. Nah, inilah dia
petunjuk Al-Qur’an.

Bahkan dalam kitab Al-Majmu’, disebutkan dengan lebih tegas dan lebih jelas:

‫ﻻ ﻳﻨﻌﻘﺪ اﻟﻨكﺎح ﻋﻨﺪﻧﺎ إﻻ بﻠﻔﻆ اﻟﻨكﺎح أو ت ف‬


‫اﻟ�و�ـ ــﺞ‬

“TIDAK DAPAT MENGIKAT AKAD PERNIKAHAN DI SISI KAMI, yakni TIDAK


SAH PERNIKAHAN di sisi mazhab Asy-Syafi’i, “KECUALI DENGAN LAFAZ
“NIKAH” ATAU LAFAZ “KAHWIN”.”
‫وﻫﻤﺎ اﻟﻠﻔﻈﺎن اﻟﻠﺬان ورد ﺑﻬﻤﺎ اﻟﻘﺮآن‬

“Dan kedua lafaz itu adalah dua lafaz yang warid daripada Al-Quran”
‫ ﻓﻠﻤﺎ ض‬:�‫ وﻗﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎ‬،‫ وﻻ ﺗﻨﻜﺤﻮا ﻣﺎ ﻧﻜﺢ آبﺎؤكﻢ ﻣﻦ اﻟنﺴﺎء‬:�‫وﻫﻮ ﻗﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎ‬
‫ﻗ� ز�ﺪ ﻣﻨﻬﺎ وﻃﺮا زوﺟﻨﺎ�ﻬﺎ‬

“Iaitu firman Allah Ta’ala: ( ‫) وﻻ ﺗﻨﻜﺤﻮا ﻣﺎ ﻧﻜﺢ آبﺎؤكﻢ ﻣﻦ اﻟنﺴﺎء‬. Dan firman Allah
‫) ﻓﻠﻤﺎ ض‬.”
Ta’ala: ( ‫ﻗ� ز�ﺪ ﻣﻨﻬﺎ وﻃﺮا زوﺟﻨﺎ�ﻬﺎ‬

Yakni ayat yang pertama isyarat kepada lafaz “NIKAH”, dan ayat kedua isyarat
kepada lafaz “KAHWIN”.

‫وﻏ�ﻫﺎ ﻣﻦ اﻷﻟﻔﺎظ ﻓﻼ ﻳﻨﻌﻘﺪ بﻪ اﻟﻨكﺎح‬


‫ﻓﺄﻣﺎ ﻟﻔﻆ اﻟﺒﻴﻊ واﻟﺘﻤﻠ�ﻚ واﻟﻬبﺔ واﻹﺟﺎرة ي‬

“Adapun lafaz ‫ﺑﻴﻊ‬, ‫ﺗﻤﻠ�ﻚ‬, ‫ﻫبﺔ‬, ‫ إﺟﺎرة‬dan selainnya daripada segala lafaz, maka tidak
dapat mengikat akad pernikahan dengan lafaz itu.”

14
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Jelas kan?

[Admin: Alhamdulillah jelas syeikh.]

Bahkan kalau kita lihat dalam kitab Al-Umm, di sana terdapat satu bab yang
lebih jelas, iaitu:
‫اﻟ�ﻼم اﻟﺬي ﻳﻨﻌﻘﺪ بﻪ اﻟﻨكﺎح وﻣﺎ ﻻ ﻳﻨﻌﻘﺪ‬

“Kalam yang dengannya terjalin pernikahan dan kalam yang tidak terjalin
pernikahan”.

Yakni, ucapan yang dengannya mengikat akad pernikahan, dan ucapan yang
tidak mengikat akad pernikahan.

Atau lebih jelas lagi, bab ini menerangkan tentang lafaz ucapan, yang mana
dengan lafaz ucapan itu, sesuatu akad pernikahan dihukumkan SAH. Dan
menjelaskan juga lafaz ucapan, yang mana dengan lafaz ucapan itu, sesuatu
akad pernikahan dihukumkan TIDAK SAH.

Maka didatangkanlah beberapa ayat Al-Quran. Sebahagiannya ialah ayat-ayat


qur’an yang kita bacakan tadi. Kemudian Imamuna Al-Imam As-Syafi’i
radhiyallahu ‘anhu mengistinbatkan daripadanya beberapa hukum.

Faqola Imamuna Al-Imam Asy-Syafi’i radhiyallahu ta’ala ‘anhu:

‫اﺳﻤن اﻟﻨكﺎح ت ف‬
‫واﻟ�و� ــﺞ‬ ‫يف‬ ‫ﻓﺴ� ﷲ ﺗبﺎرك وﺗﻌﺎ� اﻟﻨكﺎح‬

“Maka Allahu Tabaraka wa Ta’ala telah menamakan pernikahan itu dengan dua
nama, iaitu “NIKAH” dan “KAHWIN”.” Ini istinbat yang pertama.

Yang kedua:
‫ين‬
‫اﻟﻤﺆﻣﻨن‬ ‫ﻓﺄبﺎن ﺟﻞ ﺛﻨﺎؤە أن اﻟﻬبﺔ ﻟﺮﺳﻮل ﷲ ﷺ دون‬

“Allahu Jalla Tsana’uhu telah menjelaskan bahawa lafaz ‫ ﻫبﺔ‬adalah tertentu bagi
Saiyidina Rasulillah shallallahu ‘alaihi wasallam sahaja, bukan bagi orang-orang
yang beriman lainnya.”

Yakni, lafaz ‫ ﻫبﺔ‬itu ialah khususiyat untuk Saiyidina Rasulillah shallallahu ‘alaihi
wasallam sahaja, bukan untuk selainnya.

Yang ketiga, dan ini adalah istinbat hukum atas TIDAK SAHNYA PERNIKAHAN
KECUALI DENGAN ADANYA LAFAZ “NIKAH” atau “KAHWIN”. Faqola Imamuna
Al-Imam Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu:

15
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

‫و� ﻫﺬا دﻻﻟﺔ ﻋ� أن ﻻ �ﺠﻮز ﻧكﺎح إﻻ بﺎﺳﻢ اﻟﻨكﺎح أو ت ن‬


‫اﻟ�و� ــﺞ‬ ‫ف‬
‫ي‬

“DAN PADA INILAH, yakni pada dalil ayat-ayat Al-Quran yang disebutkan,
MERUPAKAN PETUNJUK ATAS BAHAWASA TIDAK SAH SUATU PERNIKAHAN
KECUALI DENGAN NAMA “NIKAH” ATAU “KAHWIN”.”

‫ﻏ�ﻫﻤﺎ و�ن كﺎﻧﺖ ﻣﻌﻪ ﻧ�ﺔ ت ن‬


‫اﻟ�و� ــﺞ‬ ‫وﻻ �ﻘﻊ بكﻼم ي‬

“Dan TIDAK TERJADI PERNIKAHAN ITU, DENGAN UCAPAN SELAIN


KEDUANYA, yakni selain lafaz “NIKAH” atau lafaz “KAHWIN”, SEKALIPUN DIA
MEMPUNYAI NIAT UNTUK KAHWIN.”

Nah, inilah dia pendapat yang mu’tamad daripada imamuna Al-Imam Al-
A’zham Muhammad Bin Idris Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu.

[ MAKNA LA YAJUZ ]

Ingat ya, ini suatu faedah, dalam kitab fiqih mazhab Syafi’i ni, kalau jumpa lafaz
‫ �ﺠﻮز‬, ada dua makna. Kalau jumpa lafaz ‫ﻻ �ﺠﻮز‬, pun ada dua makna. Bergantung
pada konteks lafaz.

Jika lafaz ‫ �ﺠﻮز‬itu dalam konteks pekerjaan atau perbuatan, maka maknanya
halal. Dan jika lafaz ‫ �ﺠﻮز‬itu dalam konteks aqad, maka maknanya adalah SAH.

Jika lafaz ‫ ﻻ �ﺠﻮز‬itu dalam konteks pekerjaan atau perbuatan, maka maknanya
haram. Dan jika lafaz ‫ ﻻ ﺟﻮز‬itu dalam konteks aqad, maka maknanya adalah
TIDAK SAH.

Bila Imam Asy-Syafi’i rahimahullah kata:


‫ﻻ �ﺠﻮز ﻧكﺎح إﻻ بﺎﺳﻢ اﻟﻨكﺎح أو ت ن‬
‫اﻟ�و� ــﺞ‬

Maka maknanya ialah TIDAK SAH akad pernikahan KECUALI dengan kalimat
“NIKAH” atau “KAHWIN”.”

Yakni, ucapan IJAB dan QABUL, kedua-duanya mesti mengucapkan lafaz


“NIKAH” atau “KAHWIN”.

Nah, kira-kira jelas tak?

[Admin: Jelas syeikh.]

16
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

[ AHKAMUL QUR’AN ]

Baik, pengistinbatan hukum oleh imamuna Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullahu


ta’ala ini, merupakan ijtihadnya yang luar biasa. Menunjukkan bahawa ilmu
ushul fiqhnya sangat hebat. Bahkan beliaulah penyusun ilmu ushul fiqh.

Al-Imam Al-Baihaqi rahimahullah juga mendatangkan kalam Imam Asy-Syafi’i


yang faqir [Syeikh Ibrahim] sebutkan tadi, dengan sanadnya sampai ke Imam
Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu, dalam kitabnya “Ahkamul Qur’an”. Bukalah kitab
itu dan antum akan menjumpainya.

Kitab Ahkamul Quran ini dikarang setelah Imam Al-Baihaqi memeriksa dengan
teliti semua nashkah-nashkah kitab Imam Asy-Syafi’i dan kitab-kitab karangan
para sahabatnya, seperti Imam Al-Buwaithi, Imam Al-Muzani, Imam Ar-Rabi’
Al-Muradi, Imam Ar-Rabi’ Al-Jizi, Harmalah, Az-Za’farani, Abu Tsaur dan
selainnya.

Imam Al-Baihaqi ini, bukan hanya seorang ahli hadis, bahkan seorang imam,
hafiz kabir, bahkan juga seorang ahli ushul fiqh dan ahli fiqih mazhab Asy-
Syafi’i. Dialah orang pertama yang menyusun nashkah-nashkah karya Imam
Asy-Syafi’i ke dalam 10 jilid.

Kata Imamul Haramain Al-Allamah Abul Ma’ali al-Juwaini rahimahullahu ta’ala:

‫اﻟﺸﺎﻓ� ﻟﺘﺼﺎﻧ�ﻔﻪ ف ي� ﻧ�ة‬


‫ي‬ ‫ي‬
‫ت‬
�‫ ﻓﺈن اﻟﻤﻨﺔ ﻟﻪ ﻋ‬،�‫اﻟﺒﻴﻬ‬ ‫وﻟﻠﺸﺎﻓ� ﻋﻠ�ﻪ ﻣﻨﺔ إﻻ أبﺎ بﻜﺮ‬
‫ي‬ ‫ﺷﺎﻓ� إﻻ‬
‫ي‬ ‫ﻣﺎ ﻣﻦ ﻓﻘ�ﻪ‬
‫ﻣﺬﻫبﻪ وأﻗﺎو�ﻠﻪ‬

“Tidak ada seorang pun daripada ahli fiqih yang bermadzhab Syafi’i, melainkan
Al-Imam Asy-Syafi’i telah memberikan anugerah kepadanya, kecuali Abu Bakar
Al-Baihaqi, kerana sesungguhnya Imam Al-Baihaqi itu telah memberikan
anugerah kepada Al-Imam Asy-Syafi’i di dalam karangan-karangannya dalam
membela madzhab Asy-Syafi’i dan membela pendapat-pendapat Al-Imam Asy-
Syafi’i.”

Jadi, kalau antum nak mengenal mazhab Al-Imam Asy-Syafi’i, jangan hanya
terhenti pada kitab fiqih sahaja, bukak jugak kitab Ahkamul Qur’an Imam
Baihaqi, bukak jugak kitab ushul fiqih, kitab qawaed fiqih karangan ulama’
fuqaha’ Syafi’iyah.

Kalau ia merupakan suatu qaul yang rajih lagi mu’tamad, pasti akan
didahulukan dan dikemukakan dalam kitab-kitab itu.

17
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

[ LAFAZ YANG MESTI DISHARIHKAN DALAM AKAD NIKAH ]

Sebagai contoh, dalam kitab qawaed fiqh Asy-Syafi’iyah yang berjudul “Al-
Asybah Wan Nazha’ir”, bagi Al-Imam As-Suyuthi rahimahullahu ta’ala. Jelas
disebutkan pada bahasan apa yang mesti disharihkan dalam akad Nikah:
‫ف‬
‫و� اﻟﻘﺒﻮل ﻗبﻠﺖ ﻧكﺎﺣﻬﺎ أو ﺗﺰو�ﺠﻬﺎ أو‬ ‫اﻟﻨكﺎح ��ﺤﻪ ف� اﻹ�ﺠﺎب ﻟﻔﻆ ت ف‬
‫بﻐ�ﻫﻤﺎ ي‬
‫اﻟ�و� ــﺞ واﻹﻧكﺎح وﻻ �ﺼﺢ ي‬
‫ف‬ ‫ف‬ ‫ي‬
‫�ﻜ� ﻗبﻠﺖ ﻓﻘﻂ وﻻ ﻗﺪ ﻓﻌﻠﺖ وﻻ ﻧﻌﻢ ي� اﻷﺻﺢ بﺨﻼف اﻟﺒﻴﻊ‬
‫ﺗﺰوﺟﺘﻬﺎ أو ﻧﻜﺤﺘﻬﺎ وﻻ ي‬

Allah.. ini, kalau kita ambil kalam ini sahaja pun, sudah memadai untuk kita
taslim dan mengakui kebenaran jawapan yang dijawab oleh syaikhunal Jalil, Al-
Faqih An-Nabil, Saiyidi Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari hafizahullahu
ta’ala.

Khair, mari kita renungkan apa yang Imam Suyuthi katakan. Beliau
rahimahullahu ta’ala berkata:
‫��ﺤﻪ ف� اﻹ�ﺠﺎب ﻟﻔﻆ ت ف‬
‫اﻟ�و� ــﺞ واﻹﻧكﺎح‬ ‫ي‬

“Dalam bab akad nikah, lafaz yang sharihnya pada sighah IJAB, ialah lafaz
“KAHWIN” dan “NIKAH.”
‫بﻐ�ﻫﻤﺎ‬
‫وﻻ �ﺼﺢ ي‬

“Dan TIDAK SAH dengan lafaz selain lafaz “KAHWIN” atau lafaz “NIKAH”.”

‫و� اﻟﻘﺒﻮل ﻗبﻠﺖ ﻧكﺎﺣﻬﺎ أو ﺗﺰو�ﺠﻬﺎ أو ﺗﺰوﺟﺘﻬﺎ أو ﻧﻜﺤﺘﻬﺎ‬‫ف‬


‫ي‬

“Dan lafaz yang sharih pada sighah QABUL, ialah seperti: “Aku terima akan
NIKAHnya”, atau “Aku terima akan KAHWINnya”, atau “Aku KAHWIN akan
dia..”, atau “Aku NIKAH akan dia..”.
‫�ﻜ� ﻗبﻠﺖ ﻓﻘﻂ وﻻ ﻗﺪ ﻓﻌﻠﺖ وﻻ ﻧﻌﻢ ف ي� اﻷﺻﺢ‬
‫ف‬
‫وﻻ ي‬

“Dan TIDAK MENCUKUPI dengan lafaz: “‫ ﻗبﻠﺖ‬/AKU TERIMA” sahaja. Dan TIDAK
MENCUKUPI juga dengan lafaz: “Sungguh aku perbuat” sahaja. Dan TIDAK
MENCUKUPI juga dengan lafaz: “Ya” sahaja. Semua lafaz ini TIDAK MENCUKUPI
sebagai sighah QABUL menurut qaul yang ASHAH.” Yakni, pendapat yang paling
sahih, rajih dan mu’tamad.
‫بﺨﻼف اﻟﺒﻴﻊ‬
“Bersalahan dengan jual beli.”

Yakni, dalam BAB AKAD JUAL BELI, cukup sighah qabul itu dengan “‫ ﻗبﻠﺖ‬/Aku
terima” sahaja. Adapun dalam BAB AKAD NIKAH KAHWIN, maka TIDAK
MENCUKUPI.

18
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

[ LAFAZ QABILTU SAHAJA TIDAK MENCUKUPI ]

Dalam Nihayatuz Zain, kitab Nihayatuz Zain ini sangat bagus dibaca. Isinya
diambil daripada Tuhfatul Muhtaj, Nihayatul Muhtaj, Fathul Jawwad dan
beberapa kitab hasyiah lainnya.

Dalam kitab Nihayatuz Zain, Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani


rahimahullahu ta’ala, setelah menyebutkan contoh-contoh lafaz qabul yang
memenuhi syarat, lalu beliau mendatangkan contoh-contoh lafaz qabul yang
tidak memenuhi syarat dengan katanya:
‫ض‬
�‫�ﻜ‬
‫و�ﻀﻤ� ﻳﺮﺟﻊ إ� اﻟﻨكﺎح ﻓﺈﻧﻪ ﻻ ي‬
‫ي‬ ‫بﻀﻤ� ﻳﺮﺟﻊ إ� اﻟﻤﻨﻜﻮﺣﺔ‬
‫ي‬ ‫بﺨﻼف ﻗبﻠﺘﻬﺎ وﻗبﻠﺘﻪ‬

“Bersalahan lafaz “‫ ﻗبﻠﺘﻬﺎ‬/Aku terima perempuan itu”, atau lafaz “‫ ﻗبﻠﺘﻪ‬/Aku


terima pernikahan itu”, maka sesungguhnya itu TIDAK MENCUKUPI.”

‫ﻏ� ذﻛﺮ ﻧكﺎﺣﻬﺎ أو ﺗﺰو�ﺠﻬﺎ‬


‫وﻗبﻠﺖ ﻓﻘﻂ ﻣﻦ ي‬

“Begitu juga dengan lafaz: “‫ ﻗبﻠﺖ‬/AKU TERIMA” sahaja, tanpa menyebutkan


lafaz: “‫ ﻧكﺎﺣﻬﺎ‬/AKAN NIKAHNYA”, atau “‫ ﺗﺰو�ﺠﻬﺎ‬/AKAN KAHWINNYA”. Maka ini
juga TIDAK MENCUKUPI.

TIDAK MENCUKUPI ini, maknanya ialah TIDAK MEMENUHI SYARAT SAH


QABUL. Bila syarat sah qabul itu tidak dipenuhi, maka TIDAK SAH AKAD
NIKAH. Tidak sah akad nikah, bererti TIDAK SAH PERNIKAHAN ITU. Ini kita
kena faham.

Kita yang duduk di Negeri Johor ni, yang sekolah agama di Negeri Johor ini.
Lebih lebih lagi zaman dulu, zaman sekarang ni wallahu a’lam ana [Syeikh
Ibrahim] tak pasti. Tapi bagi generasi zaman dulu rasanya pernah mengaji kitab
Matla’ul Badrain di sekolah agama.

Kitab Matla’ul Badrain ini jadi silibus di sekolah-sekolah agama kerajaan di


Negeri Johor ni. Dalam kitab Matla’ul Badrain yang dikarang oleh Syeikh
Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fathani rahimahullah, beliau dengan jelas
menyebutkan:

“Dan TIADA SAH dengan katanya: “‫ ”ﻗبﻠﺖ‬jua, maka tak dapat tiada, berkata ia:
“‫ ”ﻗبﻠﺖ ﻧكﺎﺣﻬﺎ‬atau “‫”ﻗبﻠﺖ ﺗﺰو�ﺠﻬﺎ‬.”

[Admin: Allah.. Ingat lagi syeikh.]

Alhamdulillah Allah bagi ingat.. Ingat lagi kitab Matla’ul Badrain ni dulu masa
ana [Syeikh Ibrahim] duduk Muar, mengaji dengan Ustaz Musriq di Sekolah

19
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Agama Bakri Batu 6, depan kawasan kubur tu. Dalam kelas, faqir [Syeikh
Ibrahim] tukang bacanya. [syeikh tergelak.. ]

Kemudian ana [Syeikh Ibrahim] mengaji lagi kitab tu dengan Faqih Zaid di
rumahnya. Dua-duanya dah meninggal dunia. Rahimahumallahu ta’ala
rahmatan wasi’ah.

[Admin: Aamiin..]

Thoyyib.

Jadi, LAYAK SANGAT bila syeikhuna [Syeikh Nuruddin] mempermasalahkan


LAFAZ QABUL YANG TIDAK MEMENUHI SYARAT itu.

Dan TIDAK SALAH bila syeikhuna [Syeikh Nuruddin] mengatakan nikah yang
seperti itu TIDAK SAH.

Dan SANGAT PATUT syeikhuna [Syeikh Nuruddin] menasihatkan supaya


segera diperbetulkan akad nikah tersebut.

Seperti yang dilakukan oleh Al-Allaamah Syeikh Zainuddin Al-Malibari


rahimahullah dalam “Fathul Mu’in”, setelah beliau memberikan contoh lafaz
qabul yang memenuhi syarat, kemudian mendatangkan pula contoh lafaz qabul
yang tidak memenuhi syarat, maka beliau pun memberikan nasihat hukum
dengan katanya:
‫ت‬
��‫اﻟﺤﻘ‬
‫ي‬ ‫واﻷو� ف ي� اﻟﻘﺒﻮل ﻗبﻠﺖ ﻧكﺎﺣﻬﺎ ﻷﻧﻪ اﻟﻘﺒﻮل‬

“Dan yang paling utama pada sighah QABUL, ialah lafaz: “‫ ﻗبﻠﺖ ﻧكﺎﺣﻬﺎ‬/AKU
TERIMA AKAN NIKAHNYA”, kerana bahawasanya ialah qabul yang haqiqi.”

Nah, beginilah sikap ulama’ yang membimbing ummat. Yang ingin melihat
ummatnya selamat.

[ MESTI SEBUTKAN JUGA SIAPA ISTERINYA ]

Kemudian.. Kalau kita melafazkan qabul hanya: “‫ ﺗﺰوﺟﺖ‬/Aku kahwini” atau


“‫ ﻧﻜﺤﺖ‬/Aku nikahi”, tanpa menyebutkan siapa isterinya samada dengan
namanya atau dengan dhamirnya atau dengan isyarat yang menunjukkan
kepada perempuan itu, maka TIDAK SAH juga di sisi mazhab Syafi’i.

Sebab, ini juga adalah syarat yang mengesahkan akad nikah. Syeikh Nawawi Al-
Bantani rahimahullah menyebutkan:

‫اﻟﻀﻤ� واﺳﻢ إﺷﺎرة ﻟﻬﺎ أو ﻗﺼﺪﻫﺎ‬ ‫يض‬


‫اﻟﺠﺎﻧﺒن بﺎﺳﻤﻬﺎ ��ﺤﺎ أو ﺑﻬﺎء‬ ‫ت‬
‫و�ﺸ�ط ﻟﺼﺤﺔ اﻟﻨكﺎح ذﻛﺮ اﻟﺰوﺟﺔ ﻣﻦ‬
‫ي‬

20
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

“Dan disyaratkan untuk SAH AKAD NIKAH itu, ialah menyebutkan siapa
isterinya daripada kedua pihak, samada dengan namanya secara jelas, atau
dengan “‫ﻫﺎ‬/Ha’” dhamir, atau dengan nama yang diisyaratkan atau yang
dimaksudkan kepada isterinya itu.”

Kerana itu, kalau kita lihat, semua kitab-kitab yang mensyarahkan Matan
Minhaj bagi Imam An-Nawawi, baik Tuhfahnya, Nihayahnya, Mughninya, semua
menambahkan “‫ﻫﺎ‬/Ha dhamir” selepas lafaz “‫ ”ﺗﺰوﺟﺖ‬dan “‫ ”ﻧﻜﺤﺖ‬dalam matan
Minhaj yang telah kita sebutkan tadi.

Sehingga menjadi lafaz “‫ ”ﺗﺰوﺟﺘﻬﺎ‬dan “‫”ﻧﻜﺤﺘﻬﺎ‬.

Kata Imam Ibnu Hajar dalam Tuhfah [Al-Muhtaj] dan Imam Ar-Ramli dalam
Nihayah [Al-Muhtaj], rahimahumallah:
‫ﺿﻤ� أو إﺷﺎرة‬
‫ﻓﻼ بﺪ ﻣﻦ دال ﻋﻠﻴﻬﺎ ﻣﻦ ﻧﺤﻮ اﺳﻢ أو ي‬

Dan kata Imam Al-Khatib Asy-Syirbini rahimahullah dalam Mughni [Al-Muhtaj]:

...‫�ﺸ� إﻟ�ﻪ‬ ‫ف‬ ‫يف‬


‫اﻟﻔﻌﻠن ﻣﻊ أﻧﻪ ﻻ بﺪ ﻣﻨﻪ ي� ﺻﺤﺔ اﻟﻨكﺎح ﻟﻤﺎ ي‬ ‫وﺣﺬف اﻟﻤﺼﻨﻒ ﻣﻔﻌﻮل ﻫﺬﻳﻦ‬

Walhasil, dalam sighah IJAB dan QABUL, kedua-dua pihak mesti sebutkan juga
siapa isterinya, samada dengan namanya secara jelas, atau dengan “‫ﻫﺎ‬/Ha’”
dhamir, atau dengan isyarat yang menunjukkan kepada perempuan itu yang
nak dinikahi. Kalau ditinggalkan ini, maka TIDAK SAH nikahnya.

Fahimtum?

[Admin: Faham syeikh.]

[ JUMLAH FI’LIYAH ]
Kemudian.. Jumlah “‫ ﻗبﻠﺖ ﻧكﺎﺣﻬﺎ‬/AKU TERIMA NIKAHNYA” ini, disebut dalam
ilmu nahwu sebagai jumlah fi’liyyah.

“QABIL” - fi’il.
“TU” - fa’il.
“NIKAHAHA” - maf’ul bih. Ada dua maf’ul bih nya, iaitu “NIKAH” dan “HA”
dhamir. Kedua-duanya merupakan syarat sah qabul nikah.

Kalau dibuang “maf’ul bih kedua”, yakni “‫ﻫﺎ‬/HA”, maka jadilah “‫”ﻗبﻠﺖ اﻟﻨكﺎح‬
ertinya “AKU TERIMA PERNIKAHAN ITU”. Ini lafaz qabul yang TIDAK
MENCUKUPI. Maka TIDAK SAH nikahnya.

21
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Kalau dibuang “maf’ul bih pertama”, yakni “‫ﻧكﺎح‬/NIKAH”, maka jadilah “‫”ﻗبﻠﺘﻬﺎ‬
ertinya “AKU TERIMA PEREMPUAN ITU”. Ini juga lafaz qabul yang TIDAK
MENCUKUPI. Maka TIDAK SAH nikahnya.

Kalau dibuang “kesemua maf’ul bih”, yakni “‫ ﻧكﺎﺣﻬﺎ‬/NIKAHAHA”, maka jadilah


“‫ ”ﻗبﻠﺖ‬ertinya “AKU TERIMA” sahaja. Ini tentulah jadi lafaz qabul yang TIDAK
MENCUKUPI. Maka TIDAK SAH nikahnya di sisi mazhab Syafi’i.

[ TERMASUK LAFAZ KINAYAH ]

Kemudian.. Jika lafaznya hanya “‫ ﻗبﻠﺖ‬/AKU TERIMA” sahaja, maka pastilah


orang akan bertanya: “Terima apa?” Atau “Engkau terima apa??” Atau “Apa
yang engkau terima???”

Sebab apa orang akan tanya?

Sebab lafaz ini TERMASUK LAFAZ KINAYAH, bukan lafaz yang sharih.

Ucapan lafaz QABUL yang tidak sharih, TIDAK SAH nikahnya di sisi mazhab
Syafi’i.

‫يض‬
Dalam kitab Jawahirul ‘Uqud [‫واﻟﻤﻮﻗﻌن واﻟﺸﻬﻮد‬ ‫يض‬
‫وﻣﻌن اﻟﻘﻀﺎة‬ ‫ ]ﺟﻮاﻫﺮ اﻟﻌﻘﻮد‬karangan
bagi Syeikh Al-‘Allaamah Syamsuddin Muhammad Al-Manhaji Al-Asyuthi
rahimahullahu ta’ala. Ini ulama’ mazhab Syafi’i kurun ke 9. Beliau mengatakan:

.‫وﻻ ﻳﻨﻌﻘﺪ اﻟﻨكﺎح بﺎﻟ�ﻨﺎ�ﺎت‬

“Dan tidak terikat akad pernikahan itu dengan lafaz-lafaz kinayah.”


‫ف‬
‫و� ﻣﻌﻨﺎﻫﺎ إذا ﻗﺎل زوﺟﺘﻜﻬﺎ ﻓﻘﺎل ﻗبﻠﺖ واﻗﺘ� ﻋﻠ�ﻪ ﻋ� اﻷﺻﺢ‬
‫ي‬

“Dan termasuk pada makna lafaz-lafaz kinayah itu, seperti apabila berkata si
wali : “‫ زوﺟﺘﻜﻬﺎ‬/Aku nikahkan dikau akan dia”, maka jawab pengantin lelaki:
“‫ ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima”, dan dia memendekkan lafaznya atas sighah qabulnya itu,
yakni tidak ada tambahan lafaz “NIKAHNYA” atau “KAHWINNYA”. Maka TIDAK
SAH nikahnya itu, atas qaul yang Ashah, yakni yang paling Sahih, yang
mu’tamad.”

[ TIDAK SHARIH ]

Untuk tambahan dalil ini, cukuplah kita bertabarruk dengan Al-Allamah Ar-
Rabbani Maulana Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani rahimahullahu ta’ala
dengan kitabnya Idhahul Albab.

22
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Ada setengah orang baca dengan Idhahul Bab [‫]إ�ﻀﺎح اﻟبﺎب‬. Tapi mengikut guru
faqir [Syeikh Ibrahim] iaitu Al-Ustaz Haji Wan Mohd Shagir Bin Abdullah
rahimahullahu rahmatan wasi’ah, judul kitab ini yang sebenarnya ialah Idhahul
Albab [‫]إ�ﻀﺎح اﻷﻟبﺎب‬.

Ini ana dengar sendiri dari mulut Al-Marhum ketika di Taman Melewar,
Gombak. Masa tu Al-Marhum belanja makan sup ekor lepas selesai Muktamar
PAS di Markaz PAS Taman Melewar tu. Tak ingat tahun berapa.

Masa tu Al-Marhum masih gagah lagi. Ke sana ke sini serata Malaysia gigih
bentang kertas kerja, buat pameran kitab-kitab turats ulamak nusantara,
khsususnya kitab-kitab dari ulama’ Fathani Darus Salam.

Semoga Allah rahmati guru kita ini.

[Admin: Aamiin..]

Allah luaskan dan terangkan kuburnya kerana jasanya terhadap Islam dan
ulama’ kaum muslimin.

[Admin: Aamiin.. Aamiin..]

Sampai sekarang pun, bila ana [Syeikh Ibrahim] mengajar kitab ni, ana akan
sebut judul kitab Idhahul Albab [‫ ]إ�ﻀﺎح اﻷﻟبﺎب‬dengan tambahan huruf hamzah
dan lam. Dan ini memang bertepatan dengan terjemahan “bagi yang berakal”
yang diterjemahkan sendiri oleh Maulana Syeikh Daud dalam muqaddimah
kitab ini.

Kalau “‫ ”اﻟبﺎب‬Nampak gaya tak kena. Kalau “‫ ”اﻷﻟبﺎب‬ni baru tepat dengan erti
“yang berakal”. Wallahu a’lam.

Thoyyib.

Kitab Idhahul Albab ini, kitab khusus yang membicarakan ilmu munakahat
dalam mazhab Syafi’i. Kitab ini kitab jawi, dan sudah pun ada orang yang
alihkannya ke dalam tulisan rumi. Jadi, orang Melayu kita bolehlah rujuk dalam
kitab ini.

Segala isi kitab ini diambil daripada kitab-kitab fiqh mazhab Syafi’i yang
mu’tamad lagi muktabar seperti Minhajut Thalibin bagi Imam Nawawi, Fathul
Wahhab bagi Syaikhul Islam Zakaria Al-Anshari, Tuhfatul Muhtaj bagi Imam
Ibnu Hajar al-Haitami dan Nihayatul Muhtaj bagi Imam Syihab Ar-Ramli,
rahimahumullahu ta’ala.

23
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Kitab ini menjadi pegangan dan pedoman dalam hukum hakam nikah kahwin
bagi masyarakat Melayu Islam nusantara selama ratusan tahun. Menjadi silibus
penting di pondok pondok khususnya di Fathani dan Malaysia.

Dalam kitab ini, Maulana Syeikh Daud Al-Fathani rahimahullahu ta’ala berkata:

“Dan jika berkata wali: “Aku kahwinkan dikau si anu” umpamanya, maka sahut
suaminya: “AKU TERIMAlah”, TIADA SAH NIKAHNYA, kerana KETIADAAN
SHARIH PADA QABULNYA.”

[Admin: Allah.. ]

Kitab ini banyak dijual di kedai buku. Beli dan baca.

Tak mampu mengaji kitab Arab, mengaji kitab jawi pun takpe dah. Kalau ikhlas
mengaji, insya’ Allahu ta’ala Allah akan bagi ilmu dan insaf.

[ BUKAN TA’ASUB MAZHAB ]

Nah, sebelum syeikhuna [Syeikh Nuruddin] menyebutkan TIDAK SAH, semua


ulama’ dan a’immah [imam-imam] yang faqir [Syeikh Ibrahim] sebutkan
namanya tadi, LEBIH DAHULU dah menyebutkan akad nikah yang seperti itu
TIDAK SAH.

Lalu kenapa orang kita nak terkejut dengan jawapan syeikhuna [Syeikh
Nuruddin] tu?

Kenapa ada menyindir syeikhuna [Syeikh Nuruddin] ta’asub mazhab lah. Jumud
tak tak faham keluasan fiqh antara mazahib lah.

Ini bukan ta’asub mazhab. Bukan juga kerana tak tahu ikhtilaf antara ulama’
mazahib.

Ini kan menjawab hukum berdasarkan mazhab pegangan kita.

Bila Imam Asy-Syafi’i kata TAK SAH, dia bukan ta’asub mazhab. Bila Imam Asy-
Syirazi kata TAK SAH, dia bukan ta’asub mazhab. Bila Imam An-Nawawi kata
TAK SAH, dia bukan ta’asub mazhab. Bila Imam Ibnu Hajar kata TAK SAH, dia
bukan ta’asub mazhab.

Bila Syeikh Muhammad Al-Manhaji kata TAK SAH, dia bukan ta’asub mazhab.
Bila Syeikh Nawawi Al-Bantani kata TAK SAH, dia bukan ta’asub mazhab. Bila

24
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Syeikh Muhammad Al-Fathani kata TAK SAH, dia bukan ta’asub mazhab. Bila
Syeikh Daud Al-Fathani kata TAK SAH, dia bukan ta’asub mazhab.

Begitulah juga bila syeikhuna [Syeikh Nuruddin] kata TAK SAH, dia bukan
ta’asub mazhab.

Mereka ini menyampaikan hukum berdasarkan mazhab pegangan mereka.


Sepatutnya kita berterima kasih dengan mereka. Sekurang-kurang kita tahu ini
pandangan mazhab Syafi’i yang muktamad.

Jangan sesuka hati menuduh orang ta’asub mazhab. Dan jangan anggap orang
yang menyampaikan padangan mazhabnya sebagai orang yang tidak tahu
pandangan imam-imam mazhab yang lain.

Thoyyib.

Airnya tu diminum.

[Admin: Ya syeikh.. Syeikh minum jugak.]

Minum, minum, bismillah.

Kejap ya.. [syeikh nak bakar bukhur].

[Admin: Takpe syeikh, biar ana bakarkan.].

Barakallahu fikum.

[ PENYEBUTAN MAS KAHWIN ]

Kemudian… Ingat ya, penyebutan mas kahwin, isi kahwin, mahar, samada
dengan penyebutan yang penuh atau dengan penyebutan yang ringkas, semua
itu bukanlah syarat yang mengesahkan lafaz ijab qabul. Tetapi kalau diucapkan,
maka jadilah ia sebagai sighah ijab qabul yang akmal [paling sempurna].

Untuk lebih jelas lagi, Faqir [Syeikh Ibrahim] berikan contoh-contoh shighah
qabul, dari lafaz yang mencukupi, sampai lafaz yang akmal [paling sempurna]:

“Aku terima NIKAHNYA.” – Ini lafaz yang mencukupi, memenuhi syarat, sharih,
maka SAH.

“Aku terima NIKAH fulanah binti fulan.” – Ini mencukupi, memenuhi syarat,
sharih, maka SAH.

25
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

“Aku terima NIKAHNYA fulanah binti fulan.” – Ini mencukupi, memenuhi


syarat, sharih, maka SAH.

“Aku terima NIKAH fulanah binti fulan dengan mas kahwinnya dua puluh dua
ringgit setengah tunai.” – Ini lafaz yang akmal, memenuhi syarat, sharih, maka
SAH.

“Aku terima NIKAH fulanah binti fulan dengan mas kahwin seratus ringgit
Malaysia dan seutas rantai emas.” – Ini lafaz yang akmal, memenuhi syarat,
sharih, maka SAH.

“Aku terima akan NIKAH fulanah binti fulan dengan mas kahwin yang tersebut.”
– Ini lafaz yang memenuhi syarat, sharih, maka SAH.

Tetapi kalau kita melafazkan qabul: “Aku terima dengan mas kahwin sejuta
rupiah” atau “Aku terima dengan mahar yang tersebut”, tanpa
menyebutkan “NIKAHNYA” atau “KAHWINNYA” atau NIKAH FULANAH” atau
“KAHWIN FULANAH”, maka ini dikira lafaz yang TIDAK MENCUKUPI. Maka
TIDAK SAH akad nikahnya di sisi mazhab Syafi’i.

Walhasil.. Sekali lagi Faqir [Syeikh Ibrahim] sebutkan, bahawa jawapan


syeikhuna [Syeikh Nuruddin] yang mengatakan akad nikah tersebut TIDAK
SAH, itu BENAR, TIDAK SALAH, bertepatan dengan fatwa dan ibarat kitab-kitab
ulama’ fuqaha’ Syafi’iyyah yang mu’tamad, bahkan bertepatan dengan nash
perkataan imamuna Al-Imam Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu yang mu’tamad.

Kalau antum nak lebih jelas lagi. Bukalah kitab Al-Hawil Kabir bagi Imam Al-
Mawardi rahimahullahu ta’ala.

Kitab Al-Hawi Al-Kabir ini adalah syarah ke atas kitab “Muktashor Al-Muzani”.
Di situ disebutkan fatwa-fatwa Imam Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu yang Jadid.

Kemudian didatangkan juga pendapat Imam Abu hanifah rahimahullah dan


selainnya yang menyalahi pendapat Imam Asy-Syafi’i. Kemudian Al-Imam Al-
Mawardi jawab semuanya pendapat-pendapat mereka.

... ‫ وﻫﺬا ﺧﻄﺄ ﻟﻘﻮﻟﻪ ﷺ‬...‫ وﻫﺬا ﺧﻄﺄ ﻟﺮوا�ﺔ‬...‫ وﻫﺬا ﺧﻄﺄ ﻟﻤﺎ ذﻛﺮﻧﺎ‬...‫وﻫﺬا ﺧﻄﺄ ﻷن‬

Semua pendapat yang menyalahi pendapat Imam Asy-Syafi’i yang mu’tamad,


dijawab dengan dalil dan alasan yang lebih kuat.

Termasuklah dalam masalah tidak sahnya ucapan qabul yang hanya dengan
lafaz: “‫ﻗبﻠﺖ‬/aku terima” sahaja. Maka Imam Al-Mawardi rahimahullah berkata:

26
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

‫ وﻗﺎﻟﻪ ﺟﻤﻬﻮر أﺻﺤﺎﺑﻨﺎ أن اﻟﻨكﺎح بﺎﻃﻞ‬،���‫اﻟﺒ‬


‫ي‬ ‫وﻗﺪ ﻧﺺ ﻋﻠ�ﻪ ��ﺤﺎ ف ي� ﻛﺘﺎب اﻷم ورواە‬

“Dan sungguh telah menashkan ke atasnya akan sebagai nash yang sharih di
dalam kitab “Al-Umm”, dan telah meriwayatkannya oleh Al-Imam Al-Buwaithi,
dan telah mengatakannya juga oleh jumhur Ashab kami, bahawa ialah AKAD
NIKAH yang BATHIL”. Yakni TIDAK SAH.

[ DUA QAUL IMAM SYAFI’I ]

KALAU ADA YANG KATA : Masalah lafaz: “‫ﻗبﻠﺖ‬/aku terima” sahaja, ini kan ada
dua qaul. Qaul pertama kata SAH. Qaul kedua kata TIDAK SAH. Dan kedua-dua
qaul ini adalah qaul Imam Syafi’i sendiri.

Maka jawabnya secara ringkas:

Jika dalam satu masalah terdapat dua qaul daripada pendapat Imam Asy-Syafi’I
rahimahullah sendiri. Atau disebutkan dengan istilah “Al-Qaulan”atau “Al-
Qaulain”.

Maka yang PERTAMA:

Hendaklah dipastikan qaul yang mana lebih dahulu dan qaul yang mana yang
kemudian. Jika telah diketahui mana yang terdahulu dan mana yang
terkemudian, maka YANG DIPEGANG dan YANG DIAMALKAN ialah QAUL YANG
TERKEMUDIAN.

Mudah kata, ialah lihat mana qaul yang qadim, mana qaul yang jadid. Maka
yang DIPEGANG dan yang DIAMALKAN dan yang DIFATWAKAN ialah QAUL
JADID.

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:

‫ﻟﻠﺸﺎﻓ� رﺣﻤﻪ ﷲ ﻗﺪ�ﻢ وﺟﺪ�ﺪ ﻓﺎﻟﺠﺪ�ﺪ ﻫﻮ اﻟﺼﺤﻴﺢ وﻋﻠ�ﻪ اﻟﻌﻤﻞ ﻷن اﻟﻘﺪ�ﻢ‬


‫ي‬ ‫كﻞ ﻣﺴﺄﻟﺔ ﻓﻴﻬﺎ ﻗﻮﻻن‬
‫ﻣﺮﺟ�ع ﻋﻨﻪ‬

“Setiap masalah yang padanya terdapat dua qaul bagi Imam Asy-Syafi’i
rahimahullah, qaul qadim dan qaul jadid, maka qaul yang jadid itulah qaul yang
Sahih, dan ke atasnya lah dipegang dan diamalkan, kerana bahawa qaul yang
qadim itu telah ditarik kembali.”

Ini kalau dua qaul itu tidak bertentangan.

27
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Adapun bagi dua qaul yang bertentangan, maka yang dipegang dan yang
diamalkan dan yang difatwakan ialah QAUL JADID juga, kecuali pada beberapa
masalah, sekitar 20 masalah atau lebih.

Inilah yang telah disepakati oleh Mujtahid Tarjih dan ulama’ muta’akhirin
Syafi’iyah.

Dan kita boleh lihat dalam kitab Adabul Mufti Wal Mustafti bagi Imam Ibnus
Sholah rahimahullahu ta’ala, beliau menjelaskan:

‫ت‬ � ‫ث‬ ‫ف‬


‫�ﻔئ ﻓﻴﻬﺎ‬
‫كﻞ ﻣﺴﺄﻟﺔ ﻓﻴﻬﺎ ﻗﻮﻻن ﻗﺪ�ﻢ وﺟﺪ�ﺪ ﻓﺎﻟﺠﺪ�ﺪ أﺻﺢ وﻋﻠ�ﻪ اﻟﻔﺘﻮى إﻻ ي� ﻧﺤﻮ ﻋ��ﻦ ﻣﺴﺌﻠﺔ أو أ�� ي‬
‫ﻋ� اﻟﻘﺪ�ﻢ‬

“Setiap masalah yang padanya terdapat dua qaul, yakni qaul Imam Asy-Syafi’i
rahimahullah, qaul qadim dan qaul jadid, maka qaul yang jadid itulah qaul yang
Ashah, yang paling Sahih, dan ke atasnya lah dipegang dan difatwakan, kecuali
pada beberapa masalah, sekitar 20 masalah atau lebih, maka diberikan fatwa
pada masalah itu atas qaul yang qadim.”

Yang KEDUA:

Jika tidak diketahui mana qaul yang terdahulu dan mana qaul yang
terkemudian, maka dilihat kepada apa yang ditarjih atau diberatkan atau yang
diberikan penjelasan yang kuat oleh Imam Asy-Syafi’i rahimahullah sendiri.

Dan ini dapat dicam melalui cara penulisan dan perbahasan Imam Asy-Syafi’i
sendiri. Seperti apabila beliau meletakkan tajuk yang jelas, mendatangkan dalil-
dalil Al-Quran dan hadits, lalu mengistinbath daripadanya.

Atau dengan melihat di dalam kitab apakah fatwa atau qaul Imam Asy-Syafi’i itu
disebutkan. Adakah dalam kitab yang ditulis ketika dia di Baghdad? Adakah
dalam kitab yang ditulis ketika dia di Mesir?

Atau dengan melihat daripada riwayat-riwayat daripada murid utamanya,


terutamanya daripada Imam Al-Buwaithi rahimahullahu ta’ala. Kerana Al-Imam
Asy-Syafi’i radhiyallahi ‘anhu pernah menunjuk kepada Imam Al-Buwaithi
sambil mengatakan: ‫ﻟﺴﺎي‬ ‫ن‬ ‫“ ﻫﺬا‬Orang ini adalah lidahku”.
‫ي‬

Dan beliau pernah berkata:

‫أﺻﺤﺎي أﻋﻠﻢ ﻣﻨﻪ‬


‫بي‬ ‫ وﻟ�ﺲ أﺣﺪ ﻣﻦ‬،‫أي �ﻌﻘﻮب‬
‫بﻤﺠﻠ� ﻣﻦ ب ي‬
‫ي‬ ‫ﻟ�ﺲ أﺣﺪ أﺣﻖ‬

28
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

“Tidak ada seorang pun yang lebih berhak atas majlisku melebihi Abu Ya’akub
Al-Buwaithi, dan tidak ada seorangpun daripada ashabku yang lebih
mengetahui daripadanya.”

Kata Imam Nawawi rahimahullah :


‫ن‬
‫اﻟﻤﺰي واﻟ��ﻴﻊ اﻟﻤﺮادي‬ ‫اﻟﺒ��� أﺟﻞ ﻣﻦ‬ ‫إن أبﺎ �ﻌﻘﻮب‬
‫ي‬ ‫ي‬

“Sesungguhnya Abu Ya’qub Al-Buwaithi lebih unggul daripada Al-Muzani dan


Ar-Rabi’ Al-Muradi.”

Dan ada satu kaedah yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi rahimahullah
dalam Ar-Raudhah dan juga dalam muqaddimah Al-Majmu’, iaitu apabila
terdapat dua qaul bagi Imam Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu, salah satu qaulnya
itu MENYAMAI seperti qaul Imam Abu Hanifah radhiyallahu ‘anhu, maka qaul
Imam Asy-Syafi’i YANG MENYALAHI qaul Imam Abu Hanifah itulah YANG
LEBIH DIUTAMAKAN. Inilah pandangan Imam Abu Hamid Al-Isfarayini
rahimahullah.

Tetapi menurut pandangan Imam Al-Qaffal rahimahullah, YANG LEBIH


DIUTAMAKAN ialah QAUL YANG MENYAMAI. Dan inilah yang sahih menurut
Imam An-Nawawi rahimahullah DENGAN SYARAT jika qaul itu belum ada yang
menguatkannya atau merajihkannya.

Yakni, jika ada yang menguatkannya, merajihkannya, maka qaul yang rajih
itulah yang dipegang dan diamalkan dan difatwakan. Tanpa mengira samada
qaul itu yang MUWAFIQ [menyamai] atau yang MUKHALIF [menyalahi].

Yang KETIGAnya:

Jika Imam Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu tidak menjelaskan pentarjihannya atas


dua qaulnya itu, maka Mujtahid Muqayyad akan mentarjihkannya melalui
ijtihadnya berdasarkan ushul dan qawaed yang ditetapkan oleh Imam Asy-
Syafi’i dan mazhabnya. Mereka ini disebutkan sebagai Ashabul Wujuh.

Dan sekiranya didapati terdapat qaul dari Ashabul Wujul yang saling
bertentangan. Maka Mujtahid Tarjih akan melakukan tanqih dan tarjih dengan
melihat kekuatan dalil dan illat [alasan].

Mujtahid Tarjih yang diperakui dan dipegang oleh ulama’ muta’akhirin dalam
mazhab Asy-Syafi’i adalah Al-Imam An-Nawawi dan Al-Imam Ar-Rafi‘I
rahimahumallah.

29
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Kedua-dua imam ini melakukan tanqih dan tarjih ke atas pendapat-pendapat


atau kitab-kitab ulama’ mutaqaddimin yang terdiri dari kalangan Ashabil
Wujuh.

Kemudian muncul pula pada marhalaah kedua Mujtahid Tarjih yang diperakui
dan dipegang oleh ulama’ muta’akhirin dalam mazhab Asy-Syafi’i, iaitu Al-Imam
Ibnu Hajar Al-Haitami dan Al-Imam Ar-Ramli rahimahumallahu ta’ala.

Kedua-dua imam ini melakukan tahqiq dan tarjih ke atas pendapat-pendapat


atau kitab-kitab Al-Imam An-Nawawi dan Al-Imam Ar-Rafi‘i rahimahumallah.

Adapun yang bukan Mujtahid Tarjih, maka dia hanya dibenarkan menaqalkan,
yakni memfatwakan akan qaul daripada kedua Mujtahid Takhrij ini sahaja jika
dia ingin menaqalkannya. Jika tidak, maka hendaklah dia tawaqquf.

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata dalam Al-Majmu’:

‫ﻏ� اﺳتﺜﻨﺎء‬ ‫إن ﻣﻦ ﻟ�ﺲ أﻫﻼ ﻟﻠﺘﺨ�� ــﺞ ي ف‬


‫ﻳﺘﻌن ﻋﻠ�ﻪ اﻟﻌﻤﻞ واﻻﻓﺘﺎء بﺎﻟﺠﺪ�ﺪ ﻣﻦ ي‬

“Sesungguhnya orang yang BUKAN AHLI bagi mentakhrij, maka yang


ditentukan ke atasnya ialah dia mengamalkan dan memberikan fatwa dengan
berdasarkan QAUL YANG JADID tanpa pengecualian.”

Beliau juga berkata:

‫ين‬
‫اﻟﻮﺟﻬن أن �ﻌﻤﻞ بﻤﺎ‬ ‫ين‬
‫اﻟﻘﻮﻟن أو‬ ‫اﻟﺸﺎﻓ� رﺣﻤﻪ ﷲ ف ي� ﻣﺴﺄﻟﺔ‬
‫ي‬ ‫ﻟﻠﻤﻔي وﻻ ﻟﻠﻌﺎﻣﻞ اﻟﻤﻨتﺴﺐ إ� ﻣﺬﻫﺐ‬‫ي‬
‫ت‬ ‫ﻟ�ﺲ‬
‫ف‬
‫اﻟﻘﻮﻟن اﻟﻌﻤﻞ بآﺧﺮﻫﻤﺎ‬ ‫ف‬
�‫بﻐ� ﻧﻈﺮ بﻞ ﻋﻠ�ﻪ ي‬
‫ي‬ ‫ﺷﺎء ﻣﻨﻬﻤﺎ ي‬

“TIDAK BOLEH bagi seseorang MUFTI, dan TIDAK BOLEH juga bagi ORANG
AWAM yang beramal lagi yang berpegang kepada mazhab Syafi’i, DALAM
MASALAH DUA QAUL atau DUA WAJAH, bahawa dia mengamalkan dengan apa
yang dia mahu daripada keduanya tanpa pertimbangan, tetapi hendaklah ke
atasnya dalam masalah dua qaul, mengamalkan dengan yang paling akhir dari
keduanya.”

Yakni, pada MASALAH yang ada DUA QAUL atau DUA WAJAH ini, MUFTI dan
ORANG AWAM yang berpegang kepada mazhab Syafi’i, TIDAK BOLEH sesuka
hati berpegang dengan mana-mana qaul yang dia mahu daripada kedua qaul
ini, bahkan dia mesti berpegang dan beramal dengan qaul yang terakhir antara
keduanya.

Peraturan ini, ada penjelasannya lagi yang lebih detail yang akan mengambil
masa yang panjang untuk dijelaskan.

30
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Dan peraturan ini, telah pun diputuskan secara ijma’ oleh ulama’ muhaqqiqun
dalam mazhab kita. Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Al-Imam Al-
'Allaamah Muhammad Bin Sulaiman Al-Kurdi dalam kitabnya Al-Fawaed Al-
Madaniyah. Beliau rahimahullah berkata:

‫ت‬
‫اﻟﻤﻔى بﻪ ﻣﺎ ذﻛﺮاە‬ ‫وﻗﺪ أﺟﻤﻊ اﻟﻤﺤﻘﻘﻮن ﻋ� أن‬

“Dan sungguh telah ijma’ dikalangan ulama’ muhaqqiqun atas bahawasa hukum
yang difatwakan oleh mufti dengannya itu ialah apa yang telah kedua-dua
Mujtahid Tarjih sebutkan akan dia.”

Yakni, dalam hal memberikan fatwa atau mengeluarkan hukum, hendaklah


berdasarkan pandangan Mujtahid Tarjih.

Walhasil, di zaman kita ini, qaul yang dipegang untuk mengeluarkan hukum
atau memberikan fatwa hanyalah daripada apa yang telah diputuskan oleh
Mujtahid Tarjih ini.

Fahimtum?

[Admin: Faham syeikh.]

‫ين‬
Ok, tadi disebutkan istilah “‫اﻟﻘﻮﻟن‬ ‫ين‬
/dua qaul” dan “‫اﻟﻮﺟﻬن‬ /dua wajah”.

‫ي ن‬
Istilah “‫اﻟﻘﻮﻟن‬ /dua qaul” ini, ialah dua pendapat daripada Imam Asy-Syafi’i
sendiri.

Yang dimaksudkan dengan qaul yang terakhir di sini, ialah “‫اﻟﺠﺪ�ﺪ‬/qaul Jadid”.

Maka QAUL JADID itulah yang dipegang dan diamalkan oleh mufti dan
pengamal mazhab Syafi’i. Dan dengan QAUL JADID inilah seorang mufti yang
bermazhab Syafi’i hendaknya berfatwa. Kerana itulah qaul yang mu’tamad.

‫ي ن‬
Dan adapun istilah “‫اﻟﻮﺟﻬن‬ /dua wajah” itu, maka ialah dua pendapat daripada
Ashabil Wujuh.

Yang dimaksudkan dengan qaul yang terakhir di sini, ialah “‫اﻷﺻﺢ‬/qaul Ashah”
atau “‫اﻟﺼﺤﻴﺢ‬/qaul sahih”.

Maka jika ditarjih dengan sebutan “Wahuwa ASHAH”, atau “Wahuwa SAHIH”.
Maka pendapat inilah yang perlu dipegang dan diamalkan oleh mufti dan
pengamal mazhab Syafi’i. Dan dengan pendapat inilah seorang mufti
hendaknya berfatwa.

31
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Kerja-kerja mentarjih ini, bukan kerja mufti, bukan juga kerja orang ‘alim yang
mutabahhir yang belum mencapai darjat mujtahid. Dan tentulah juga bukan
kerja orang awam.

Jadi, jangan suka-suka nak pilih qaul sesuka hati.

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah juga berkata dalam kitabnya Raudhatut


Thalibin:

‫ت‬ ‫يف‬
‫اﻟﻘﻮﻟن أن ي‬
‫�ﻔى أو �ﻌﻤﻞ بﻤﺎ‬ ‫يف‬
‫اﻟﻮﺟﻬن أو‬ ‫اﻟﺸﺎﻓ� ف ي� اﻟﻤﺴﺄﻟﺔ ذات‬
‫ي‬ ‫ي‬
‫ت‬
‫ﻟﻠﻤﻔى واﻟﻌﺎﻣﻞ ﻋ� ﻣﺬﻫﺐ اﻹﻣﺎم‬ ‫وﻟ�ﺲ‬
‫ﻏ� ﻧﻈﺮ‬
‫ي‬ ‫ﻣﻦ‬ ‫ﻣﻨﻬﻤﺎ‬ ‫ﺷﺎء‬

“Dan tidak boleh bagi seorang mufti, dan tidak boleh juga bagi orang yang
beramal yang berpegang kepada mazhab Syafi’i, dalam satu masalah yang
mempunyai DUA QAUL atau DUA WAJAH, bahawa dia memberikan fatwa atau
dia mengamalkan dengan apa yang dia kehendaki daripada keduanya tanpa
pertimbangan.”

‫يف‬
‫اﻟﻘﻮﻟن أن �ﻌﻤﻞ بﺎﻟﻤﺘﺄﺧﺮ ﻣﻨﻬﻤﺎ‬ �‫وﻫﺬا ﻻ ﺧﻼف ﻓ�ﻪ بﻞ ﻋﻠ�ﻪ ف ي‬

“Dan ini TIDAK ADA KHILAF padanya. Bahkan hendaklah ke atasnya dalam
masalah dua qaul, mengamalkan dengan yang paling akhir dari keduanya.”
Yakni dengan qaul yang mu’tamad.

Jadi.. Diulang sekali lagi, bahawa pada SATU MASALAH YANG TERDAPAT DUA
QAUL, lebih-labih lagi itu qaul qadim dan qaul jadid, maka YANG DIAMALKAN
IALAH QAUL JADID.

Dan ini telah disepakati juga oleh Imam Ibnu Hajar Al-Haitami dalam Tuhfatul
Muhtaj dan Imam Ar-Ramli dalam Nihayatul Muhtaj. Keduanya rahimahumallah
menyebutkan:

‫إذا كﺎن ف� اﻟﻤﺴﺄﻟﺔ ﻗﻮﻻن ﻗﺪ�ﻢ وﺟﺪ�ﺪ ﻓﺎﻟﺠﺪ�ﺪ ﻫﻮ اﻟﻤﻌﻤﻮل بﻪ إﻻ ف� ﻧﺤﻮ ﺳﺒﻊ ش‬
‫ﻋ�ة ﻣﺴﺄﻟﺔ ت‬
‫أﻓى ﻓﻴﻬﺎ‬ ‫ي‬ ‫ي‬
‫بﺎﻟﻘﺪ�ﻢ‬

“Apabila terdapat dalam satu masalah dua qaul Imam Asy-Syafi’i, iaitu qadim
dan jadid, maka QAUL YANG JADID ITULAH YANG DIAMALKAN dengannya
kecuali pada beberapa masalah, sekitar 17 masalah, dapat difatwakan padanya
dengan qaul yang qadim.”

Dan keduanya juga menyebutkan:

‫يف‬ ‫ف‬
‫اﻟﺸﺎﻓ� ﻋﻨﻪ وﻗﺎل ﻻ أﺟﻌﻞ ي� ﺣﻞ ﻣﻦ رواە ﻋ ي‬
‫ي‬ ‫وﻗﺪ رﺟﻊ‬

32
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

“Sungguh Al-Imam Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu telah menarik kembali


qaulnya yang qadim. Dan Al-Imam Asy-Syafi’i berkata: Aku tidak benarkan
sesiapa meriwayatkan qaul yang qadim daripadaku.”

Dan Imam Ibnu Hajar dan Imam Ar-Ramli rahimahumallah menyebutkan juga:

‫وﻗﺎل اﻹﻣﺎم ﻻ �ﺤﻞ ﻋﺪ اﻟﻘﺪ�ﻢ ﻣﻦ اﻟﻤﺬﻫﺐ‬

“Dan telah berkata oleh Al-Imam, yakni Imamul Haramain Al-Juwaini


rahimahullah: “Tidak dibenarkan membilangkan akan qaul yang qadim itu
daripada mazhab Asy-Syafi’i.”

Dalam kitab Al-Majmu’, Imam An-Nawawi rahimahullahu ta’ala berkata:


‫ف ف‬
‫اﻟﺸﺎﻓ� ﺣ�ﺚ‬
‫ي‬ ‫اﻟﺤﺮﻣن ي� بﺎب اﻵﻧ�ﺔ ﻣﻦ اﻟﻨﻬﺎ�ﺔ ﻣﻌﺘﻘﺪي أن اﻷﻗﻮال اﻟﻘﺪ�ﻤﺔ ﻟ�ﺴﺖ ﻣﻦ ﻣﺬﻫﺐ‬
‫ي‬ ‫ﻗﺎل إﻣﺎم‬
‫كﺎﻧﺖ‬

“Telah berkata oleh Imamul Haramain pada Bab Al-Aaniyah daripada Kitab An-
Nihayah, yakni kitab Nihayatul Mathlab Fi Dirayatil Mazhab: “Keyakinanku
bahawa segala Aqwal [qaul-qaul] yang qadim itu bukanlah daripada mazhab
Asy-Syafi’i, di mana pun ia berada”

Alasannya apa?
‫ﻷﻧﻪ ﺟﺰم ف ي� اﻟﺠﺪ�ﺪ بﺨﻼﻓﻬﺎ واﻟﻤﺮﺟ�ع ﻋﻨﻪ ﻟ�ﺲ ﻣﺬﻫبﺎ ﻟﻠﺮاﺟﻊ‬

“Kerana bahawasanya Imam Asy-Syafi’i itu telah memutuskan di dalam qaul


yang jadid yang menyalahi atau yang bertentangan akan dia, yakni akan aqwal
qadimah [qaul-qaul yang qadim]. Dan yang ditarik kembali darinya itu,
bukanlah dianggap sebagai mazhab bagi orang yang menarik kembali.”

Maka seorang MUFTI atau ORANG ‘ALIM yang berpegang dengan mazhab
Syafi’i, dimasa kita ini, MESTILAH memberikan hukum atau fatwa dengan QAUL
YANG JADID.

Seperti juga yang ditegaskan dalam Hasyiah Al-Bujairimi ‘Alal Khatib,


rahimahumallah:

‫واﻟﻔﺘﻮى ﻋ� ﻣﺎ ن �� اﻟﺠﺪ�ﺪ دون اﻟﻘﺪ�ﻢ‬

“Dan fatwa itu hendaklah di atas apa yang diputuskan pada qaul yang jadid,
BUKAN qaul yang qadim.”

Dan disebutkan juga dalam Bughyatul Musytarsyidin:

33
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

‫ت‬
‫اﻟﻤﻔي اﻟﻌﺪول ﻋﻦ ﻧﺺ إﻣﺎﻣﻪ ﻓﻴﻨﻘﺾ ﺣكﻢ كﻞ ﻣﻦ ﺧﺎﻟﻒ إﻣﺎﻣﻪ‬ ‫ض‬
‫ﻟﻠﻘﺎ� أو‬ ‫ﻟ�ﺲ‬
‫ي‬ ‫ي‬

“TIDAK BOLEH bagi seorang qadhi atau mufti BERPALING dari nash imamnya,
maka DIBATALKAN akan hukum tiap-tiap orang yang menyalahi imamnya.”

Yakni hukumnya atau fatwanya itu tidak sah dan terbatal, tidak boleh dipakai.

Imam Ibnu Hajar rahimahullah dalam At-Tuhfah berkata:

‫و�ﻨﻘﺾ أ�ﻀﺎ ﺣكﻢ ﻣﻘﻠﺪ بﻤﺎ �ﺨﺎﻟﻒ ﻧﺺ إﻣﺎﻣﻪ‬

“Dan DIBATALKAN juga hukum muqallid dengan apa yang menyalahi ia akan
nash imamnya.”

Alasannya ialah:
‫ﻷﻧﻪ بﺎﻟنﺴبﺔ إﻟ�ﻪ ﻛﻨﺺ اﻟﺸﺎرع بﺎﻟنﺴبﺔ ﻟﻠﻤﺠﺘﻬﺪ كﻤﺎ ض ي� أﺻﻞ اﻟﺮوﺿﺔ‬

“Kerana bahawasanya nash imamnya itu dengan nisbah kepada muqallid, ialah
seperti nash Syaari’ dengan nisbah kepada mujtahid, sebagaimana apa yang
disebutkan oleh Imam An-Nawawi rahimahullah dalam kitab Ar-Raudhah.”

Istilah “‫ ”أﺻﻞ اﻟﺮوﺿﺔ‬ini maknanya ialah ibarat Imam An-Nawawi dalam kitab
Raudhatut Thalibin Wa Umdatul Muftin yang merupakan khulasah kitab Asy-
Syarhul Kabir bagi Imam Ar-Rafi’i rahimahumallah.

Bererti Imam An-Nawawi dan Imam Ar-Rafi’i telah pun sepakat bahawa
muqallid yang mengeluarkan hukum yang menyalahi akan nash imamnya, tidak
sah, mesti dibatalkan dan tidak boleh dipakai.

Dan ini dii’timad [dijadikan pegangan] oleh sekelian fuqaha’ muta’akhirin.

Dan Imam Ibnu Hajar juga memasukkan akan hukum muqallid ghairu
mutabahhir, yakni muqallid yang tidak mempunyai keluasan ilmu, yang
bertentangan dengan qaul yang mu’tamad di sisi ahlil mazhab, maka ia juga
terbatal, tidak sah dan tidak terpakai.

Al-Imam Muhammad Al-Khatib Asy-Syirbini rahimahullah juga menyebutkan


dengan lebih jelas dalam Mughnil Muhtaj:

‫ﻏ� ﻣﺘبﺤﺮ بﺨﻼف اﻟﻤﻌﺘﻤﺪ ﻋﻨﺪ أﻫﻞ اﻟﻤﺬﻫﺐ‬ ‫ض‬


‫وﻻ ﺷﻚ ي� ﻧﻘﺾ ﻣﺎ ﺻﺪر ﻣﻦ ﻣﻘﻠﺪ ي‬

“Dan tidak syak lagi pada terbatalnya hukum yang dikeluarkan daripada
muqallid ghairu mutabahhir yang bertentangan dengan qaul yang mu’tamad di
sisi ahlil mazhab.”

34
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

[ MUQALLID ]
Thoyyib.

Disebutkan muqallid ghairu mutabahhir, kerana di sana ada muqallid


mutabahhir.

Jadi di sini, muqallid itu dibahagi kepada dua.

PERTAMA, Muqallid Mutabahhir. Iaitu muqallid yang memiliki keluasan ilmu


sehingga ada kemampuan dan kelayakan untuk mengeluarkan hukum atau
fatwa.

Muqallid jenis ini, jika dia berpegang dengan mazhab Syafi’i, lalu mengeluarkan
hukum atau fatwa yang bertentangan dengan nash Imam Asy-Syafi’i
rahimahullah, atau bertentangan dengan nash daripada para imam Mujtahid
Tarjih, yakni bertentangan dengan qaul mu’tamad di sisi ahlil mazhab, maka
hukum atau fatwanya itu TIDAK SAH, TERBATAL, dan TIDAK TERPAKAI.

Dia hanya dibenarkan menaqalkan yakni memfatwakan akan qaul Mujtahid


Takhrij sahaja jika dia ingin menaqalkan. Jika tidak, maka hendaklah dia
tawaqquf.

MELAINKAN jika dia berpindah mazhab, lalu bertaklid dengan qaul mazhab
tersebut, dan menerangkan juga perpindahan mazhab dan taklidnya tersebut,
maka ketika ini hukum dan fatwanya dianggap sah dan terpakai.

Dan pindah mazhab serta bertaqlid dengan qaul mazhab yang lain ini, bukan
perkara yang pelik. Ini biasa terjadi dan sering dilakukan juga dalam negara kita
ini. Terutamanya dalam perkara yang mendatangkan mashlahah [kebaikan] dan
bagi mengelakkan mashaqqah [kesukaran] kepada ummah.

KEDUA, Muqallid Ghairu Mutabahhir. Iaitu muqallid yang tidak memiliki


keluasan ilmu.

Yang jenis ini, disebut sebagai orang awam. Termasuk ini ialah ustaz-ustaz yang
walaupun ada PHd, tapi ghairu mutabahhir fil ‘ulumid diniyah. Tidak tahu
thariqul ahkam asy-syari’ah dan sebagainya.

Misalnya dia ahli dalam ilmu bahasa Arab, tapi tidak faqih dalam ilmu fiqh. Atau
dia pakar hadits, tapi dia tak mahir ahkamul Qur’an. Atau dia faham sangat
ushul hadits, tapi dia tidak mengerti ushul fiqh. Atau dia ahli dalam ushuluddin,
tapi dia bukan ahli dalam ilmu tasawwuf.

35
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Semua ini masih dikira sebagai orang awam. Hanya saja dibezakan dengan
istilah ‘alim dan tidak ‘alim.

Maka orang yang tidak ‘alim, bertanya hukum kepada orang yang ‘alim. Yakni
yang ada pengetahuan agama dalam bidangnya.

Orang yang ‘alim ni tak kiralah samada dia berada di kampung, bandar, sekolah,
universiti, dalam pejabat, dalam surau, dalam masjid.

Nah, hukum-hakam fiqih yang dikeluarkan oleh orang yang ‘alim ini, yang
merupakan muqallid ghairu mutabahhir, sama seperti hukum yang dikeluarkan
oleh muqallid mutabahhir tadi.

Yakni jika dia mengeluarkan hukum yang bertentangan dengan qaul mu’tamad
di sisi ahlil mazhab, maka hukumnya itu tidak sah dan tidak terpakai. Sama
seperti muqallid mutabahhir tadi.

Jelas?

[Admin: Jelas syeikh.]

Thoyyib.

Dan diulang sekali lagi, bahawa seorang MUFTI atau ORANG ‘ALIM yang
berpegang dengan mazhab Syafi’i, TIDAK ADA HAK lagi MELAKUKAN TARJIH
terhadap ikhtilaf yang berlaku PADA MASALAH DUA QAUL IMAM ASY-SYAFI’I
dan PADA DUA WAJAH ASHABIL WUJUH.

Seperti yang telah ditegaskan oleh Al-Imam An-Nawawi rahimahullah dalam


kitabnya Al-Majmu’ dan Ar-Raudah, yang sudah kita sebutkan tadi.

Dan lagi dimasa kita sekarang ni, seorang MUFTI atau HAKIM atau QADHI atau
ORANG ‘ALIM yang berpegang dengan mazhab Syafi’i, TIDAK BOLEH
mengeluarkan hukum atau memberikan fatwa dengan pendapat Mujtahid
Muqayyad atau Ashabil Wujuh, MELAINKAN jika setelah diteliti dengan cermat
pendapat itu sememangnya pendapat yang mu’tamad dalam mazhab Syafi’i.

Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Al-‘Allaamah Syeikh Muhammad Bin


Sulaiman Al-Kurdi rahimahullah dalam kitabnya Al-Fawaid Al-Madaniyyah.

Jadi, bagi seorang MUFTI atau HAKIM atau QADHI atau ORANG ‘ALIM yang
berpegang dengan mazhab Syafi’i, dimasa kita sekarang ini, HANYA SANYA
DIBENARKAN MENGELUARKAN HUKUM ATAU MEMBERIKAN FATWA DENGAN

36
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

QAUL YANG MU’TAMAD DALAM MAZHAB, YANG RAJIH, YANG TELAH


DITARJIHKAN OLEH MUJTAHID TARJIH.

Syeikh Zainuddin Al-Malibari rahimahullah berkata dalam kitabnya Fathul


Mu’in:

‫ا� واﺑﻦ اﻟﺼﻼح رﺣﻤﻬﻤﺎ ﷲ ﺗﻌﺎ� اﻹﺟﻤﺎع ﻋ� أﻧﻪ ﻻ �ﺠﻮز اﻟﺤكﻢ بﺨﻼف اﻟﺮاﺟﺢ ف ي� اﻟﻤﺬﻫﺐ‬‫ق‬
‫ﻧﻘﻞ اﻟﻌﺮ ي‬

“Telah menaqal oleh Imam Al-Iraqi dan Imam Ibnus Sholah rahimahumallahu
ta’ala: TELAH IJMA’ atas bahawasanya TIDAK BOLEH mengeluarkan hukum
dengan qaul yang menyalahi qaul yang rajih di dalam mazhab.”

Yakni, ulama’ fuqaha’ mujtahidin telah pun sepakat atas bahawanya TIDAK
BOLEH bagi mufti dan orang ‘alim mengeluarkan hukum yang bertentangan
dengan pendapat yang mu’tamad dalam mazhab.

Inilah juga yang dipegang oleh Imam Ibnu Hajar rahimahullah dalam At-Tuhfah.

Bahkan Al-Imam As-Subki rahimahullahu ta’ala menyatakan bahawa perbuatan


mufti dan orang ‘alim yang mengeluarkan hukum yang bertentangan dengan
qaul mu’tamad itu sebagai bertentangan dengan apa yang diturunkan oleh
Allah Azza wa Jalla.

Alasannya:

‫ﻏ�ﻫﻢ ﺗﻘﻠ�ﺪﻫﻢ ﻓ�ﻤﺎ �ﺠﺐ ﻋﻠﻴﻬﻢ‬


‫ﻷن ﷲ ﺗﻌﺎ� أوﺟﺐ ﻋ� اﻟﻤﺠﺘﻬﺪﻳﻦ أن �ﺄﺧﺬوا بﺎﻟﺮاﺟﺢ وأوﺟﺐ ﻋ� ي‬
‫اﻟﻌﻤﻞ بﻪ‬

“Kerana bahawasa Allah Ta’ala telah mewajibkan ke atas ulama’ mujtahidin


bahawa mengambil mereka itu dengan qaul yang rajih, dan mewajibkan ke atas
selain ulama’ mujtahidin bertaqlid akan mereka itu pada perkara yang wajib
atas mereka itu beramal dengannya.”

Dan Syeikh Zainuddin Al-Malibari rahimahullah juga berkata:

‫ت‬ ‫يض‬
‫وﻧﻘﻞ اﻟﺠﻼل اﻟبﻠﻘﻴ ي ﻋﻦ واﻟﺪە أﻧﻪ كﺎن ي‬
‫�ﻔي أن اﻟﺤﺎ�ﻢ إذا ﺣكﻢ ي‬
‫بﻐ� اﻟﺼﺤﻴﺢ ﻣﻦ ﻣﺬﻫبﻪ ﻧﻘﺾ‬

“Dan telah menaqal oleh Al-Jalal Al-Bulqini daripada ayahnya bahawasanya


adalah ia, yakni ayahnya itu, pernah mengeluarkan fatwa yang mengatakan
bahawa seorang hakim, apabila dia menghukum dengan qaul yang tidak sahih
daripada mazhabnya, maka terbatal hukumnya itu.”

37
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Al-Jalal Al-Bulqini di sini ialah Al-Imam Al-'Allaamah Jalaluddin Abdurrahman


Al-Bulqini. Sementara ayahnya ialah Syaikhul Islam Sirajuddin Umar bin Ruslan
Al-Bulqini. Rahimahumallahu ta’ala.

Kedua-duanya adalah imam besar daripada fuqaha’ Syafi’iyah.

Walhasil, bagi seorang mufti atau hakim atau qadhi atau orang ‘alim yang
berpegang dengan mazhab syafi’i, dimasa kita sekarang ini, tidak boleh
sembarangan mengeluarkan hukum atau memberikan fatwa.

Jika ingin mengeluarkan hukum atau memberikan fatwa, maka sentiasalah


mendahulukan dan mengutamakan qaul yang mu’tamad dalam mazhab, yang
rajih, yang telah ditarjihkan oleh mujtahid tarjih.

Adapun bagi orang awam yang bukan mufti, bukan hakim, bukan qadhi, bukan
juga orang yang ‘alim, maka beramallah dengan apa yang diputuskan kepada
meraka.

[ PANDUAN QAUL MU’TAMAD UNTUK MEMUTUSKAN HUKUM ]

Syeikh Zainuddin Al-Malibari rahimahullah juga menyebutkan dalam Fathul


Mu’in:

‫اﻓ� ﻓﻤﺎ رﺟﺤﻪ‬ ‫ف‬


‫اﻋﻠﻢ أن اﻟﻤﻌﺘﻤﺪ ي� اﻟﻤﺬﻫﺐ ﻟﻠﺤكﻢ واﻟﻔﺘﻮى ﻣﺎ اﺗﻔﻖ ﻋﻠ�ﻪ اﻟﺸ�ﺨﺎن ﻓﻤﺎ ﺟﺰم بﻪ اﻟﻨﻮوي ﻓﺎﻟﺮ ي‬

‫اﻷ�� ﻓﺎﻷﻋﻠﻢ واﻷورع‬

“’Ketahuilah bahawa pendapat hukum yang mu’tamad dalam mazhab Asy-Syafi’i


untuk memutuskan suatu hukum dan fatwa, ialah apa yang telah disepakati
oleh Asy-Syaikhan, yakni Imam An-Nawawi dan Imam Ar-Rafi’i
rahimahumallah, kemudian apa yang diputuskan oleh Imam An-Nawawi,
kemudian yang diputuskan oleh Imam Ar-Rafi’i, kemudian apa yang dirajihkan
oleh ramai ulama’, kemudian apa yang dirajihkan oleh ulama’ yang paling ‘alim,
kemudian apa yang dirajihkan oleh ulama’ yang paling wara’.”

Inilah panduan dan peraturan yang paling asas sekali dalam mazhab Syafi’i bagi
seorang mufti atau hakim atau qadhi atau orang ‘alim yang ingin mengeluarkan
hukum atau memberikan fatwa dengan qaul yang mu’tamad.

Adapun yang lebih detailnya, antum boleh ruju’ dalam Hasyiah I’anah Ath-
Thalibin. Atau kitab yang selainnya seperti Al-Fawa’id Al-Madaniyah, Al-Fawa’id
Al-Makkiyah, Sulamul Muta’allimil Muhtaj dan selainnya.

Wallahu ta’ala a’lam bisshawab.

38
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

[ PENJELASAN DUA QAUL IMAM SYAFI’I DALAM KITAB AL-MAJMU’ ]

[Admin: Err.. Syeikh, minta maaf syeikh. Bercakap pasal dua qaul Imam Asy-
Syafi’i ni, ada juga orang yang masukkan dalam facebook petikan daripada kitab
Majmu’. Ini syeikh..]

[Syeikhuna sedang baca daripada handphone admin]

Alhamdulillah. Antum baca mulai dari sini. Baca sikit-sikit. Insya’ Allah faqir
[Syeikhuna Ibrahim] akan syarahkan supaya antum tak keliru atau dikelirukan.

[Admin: Err.. Dari sini syeikh?]

Ya.

[Admin: Qolal mu’allifu rahimahulullahu ta’ala wa nafa’ana bihi wa bi’ulumihi


fiddaraini. Aamiin.]

Aamiin..

[Admin:..
‫ت‬
‫ض‬ ‫ زوﺟﺘﻚ ي‬:�‫اﻟﻮ‬
‫ ﻗبﻠﺖ وﻟﻢ �ﻘﻞ‬:‫ ﻓﻘﺎل اﻟﺰوج‬،‫ أو أﻧﻜﺤﺘﻚ‬،‫اﺑﻨي‬ ‫ﻓﺈن ﻗﺎل ت ي‬
:
،(‫ ي� ﻣﻮﺿﻊ )�ﺼﺢ‬-‫رﺣﻤﻪ ﷲ‬- �‫اﻟﺸﺎﻓ‬ .. ‫ف‬
‫اﻟﻨكﺎح وﻻ اﻟ�و� ــﺞ ﻓﻘﺪ ﻗﺎل‬
‫ي‬
.(‫ )ﻻ �ﺼﺢ‬:‫وﻗﺎل ض ي� ﻣﻮﺿﻊ‬

Thoyyib.

PERTAMA:

Mu’allif di sini bukanlah Al-Imam An-Nawawi rahimahullahu ta’ala. Kerana


Imam An-Nawawi hanya mensyarahkannya sehingga jilid ke 9 sahaja kalau
cetakan Maktabah Al-Irsyad. Sementara juzu’ 10 hingga 11, disempurnakan
oleh Imam Taqiyuddin As-Subki rahimahullah. Kemudian daripada juzu’ 12
hingga akhir juzu’ 23, disempurnakan oleh Syeikh Muhammad Najib Al-Muthi’i
rahimahullah.

Yang antum baca ni adalah Kitabun Nikah yang disyarahkan oleh Asy-Syeikh
Muhammad Najib Al-Muthi’i rahimahullah. Bukan daripada syarahan dan
kalam Al-Imam An-Nawawi rahimahullahu ta’ala.

Jadi, bila antum baca “qolal mu’allifu”, maksud mu’allif di sini ialah Syeikh
Muhammad Najib Al-Muthi’i rahimahullah.

KEDUA:

39
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Dua qaul Al-Imam Asy-Syafi’i yang disebutkan di sini, sebahagiannya kita dah
bahaskan tadi.

Kemudian, ini isyarat bahawa fuqaha’ kita itu amanah dalam menyampaikan
ilmu dan dalam meriwayatkan qaul ulama’.

Dan memberi isyarat pada masalah ini, terdapat qaul Qadim dan qaul Jadid.

Biasanya qaul yang Qadim akan disebutkan lebih dahulu daripada qaul yang
Jadid.

Di sini didahulukan qaul yang mengatakan SAH, dikemudiankan qaul yang


mengatakan TIDAK SAH.

Maka qaul yang mengatakan SAH itu dianggap qaul Qadim. Sementara qaul
yang mengatakan TIDAK SAH itulah qaul Jadid. Qaul yang Jadid inilah yang
mu’tamad dan yang diamalkan.

Dan ini dapat dibuktikan dengan melihat asal Matan yang ditulis oleh Imam
Asy-Syirazi rahimahullah. Di mana matan yang disyarahkan dalam kitab Al-
Majmu’ ini menyebutkan:

‫وﻻ �ﺼﺢ اﻟﻌﻘﺪ إﻻ بﻠﻔﻆ ت ف‬


‫اﻟ�و� ــﺞ أو اﻻﻧكﺎح‬

“Dan TIDAK SAH akad nikah itu KECUALI dengan lafaz “KAHWIN” atau “NIKAH”

Imam Asy-Syirazi rahimahullah pengarang Matan Al-Muhazzab ini juga


merupakan salah seorang Ashabul Wujuh.

Dan dikuatkan lagi oleh kalam Imam Al-Mawardi rahimahullah dalam Al-Hawil
Kabir:
‫ﻓﻠﻔﻈﺘﺎن ﻻ ﻳﻨﻌﻘﺪ اﻟﻨكﺎح إﻻ ﺑﻬﻤﺎ وﻫﻤﺎ اﻟﻨكﺎح ت ن‬
‫واﻟ�و� ــﺞ‬

“Maka iaitu terdapat DUA LAFAZ, yang mana AKAD PERNIKAHAN TIDAK AKAN
TERIKAT KECUALI DENGAN DUA LAFAZ ITU. Dua lafaz itu ialah lafaz “NIKAH”
dan lafaz “KAHWIN”.

Imam Al-Mawardi ini juga adalah Min Ashabil Wujuh yang fatwanya banyak
dinaqalkan oleh Imam An-Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu’ dan selainnya.

Kesemua ini tidak jauh dengan fatwa Al-Imam Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu
yang berkata:

40
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

‫ﻻ �ﺠﻮز ﻧكﺎح إﻻ بﺎﺳﻢ اﻟﻨكﺎح أو ت ن‬


‫اﻟ�و� ــﺞ‬

“ TIDAK SAH akad pernikahan KECUALI dengan kalimat “NIKAH” atau


“KAHWIN”.”

Dan qaul inilah yang disepakati oleh Al-Imam Ar-Rafi’i dan Al-Imam An-
Nawawi rahimahumallah sebagaimana dalam Al-Minhaj disebutkan:

‫وﻻ �ﺼﺢ إﻻ بﻠﻔﻆ ت ف‬


‫اﻟ�و� ــﺞ أو اﻹﻧكﺎح‬

“Dan TIDAK SAH akad nikah itu KECUALI dengan lafaz “KAHWIN” atau
“NIKAH”.

Dan dalam Ar-Raudhah disebutkan:


‫بﻐ� ﻟﻔﻆ ت ف‬
‫اﻟ�و� ــﺞ واﻹﻧكﺎح‬ ‫وﻻ ﻳﻨﻌﻘﺪ ي‬

“Dan TIDAK AKAN TERIKAT AKAD PERNIKAHAN dengan selain lafaz


“KAHWIN” dan lafaz “NIKAH”.

Tadi dalam panduan terhadap dua qaul Imam Asy-Syafi’i, faqir [Syeikh Ibrahim]
ada sebutkan supaya melihat di dalam kitab apakah fatwa atau qaul Imam Asy-
Syafi’i itu disebutkan. Adakah dalam kitab yang ditulis ketika dia di Baghdad?
Adakah dalam kitab yang ditulis ketika dia di Mesir?

Dan juga supaya lihat pendapat yang diungkapkan dengan istilah Nash, dengan
mendahulukan riwayat Imam Al-Buwaithi rahimahullah. Kerana Al-Imam Asy-
Syafi’i radhiyallahu ‘anhu pernah menunjuk kepada Imam Al-Buwaithi sambil
mengatakan: ‫ﻟﺴﺎي‬ ‫ن‬ ‫“ ﻫﺬا‬Orang ini adalah lidahku”.
‫ي‬

Nah, dalam masalah TIDAK SAHnya ucapan qabul yang hanya dengan lafaz:
“‫ﻗبﻠﺖ‬/aku terima” sahaja, Imam Al-Mawardi rahimahullah dengan jelas berkata:

‫ وﻗﺎﻟﻪ ﺟﻤﻬﻮر أﺻﺤﺎﺑﻨﺎ أن اﻟﻨكﺎح بﺎﻃﻞ‬،���‫اﻟﺒ‬


‫ي‬ ‫وﻗﺪ ﻧﺺ ﻋﻠ�ﻪ ��ﺤﺎ ف ي� ﻛﺘﺎب اﻷم ورواە‬

“Dan sungguh telah menashkan ke atasnya akan sebagai nash yang sharih di
dalam kitab Al-Umm, dan telah meriwayatkannya oleh Al-Imam Al-Buwaithi,
dan telah mengatakannya juga oleh jumhur Ashab kami, bahawa ialah AKAD
NIKAH yang BATHIL”. Yakni TIDAK SAH.

Berdasarkan ini, maka jelas telah dinashkan dalam kitab Al-Umm. Kitab Al-
Umm ini ialah kitab yang menghimpunkan QAUL JADID bagi Imamuna Al-Imam
Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu.

41
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Dan telah diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Buwaiti dalam Mukhtasharnya. Al-


Imam Al-Buwaiti ini adalah periwayat QAUL JADID bagi Imam Asy-Syafi’i
radhiyallahu ‘anhu.

Dan disebutkan juga bahawa JUMHUR ASHABIL WUJUH memfatwakan akad


nikah seperti itu adalah BATHIL, TIDAK SAH.

Dan ternyata memang benar Al-Imam Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu berkata


dalam Al-Umm:

‫ﻟﻮ ﻗﺎل اﻟﻮ� ﻗﺪ زوﺟﺘﻚ ﻓﻼﻧﺔ ﻓﻘﺎل اﻟﺰوج ﻗﺪ ﻗبﻠﺖ وﻟﻢ �ﻘﻞ ﺗﺰو�ﺠﻬﺎ ﻟﻢ �ﻜﻦ ﻧكﺎﺣﺎ ت‬
‫ﺣى �ﻘﻮل ﻗﺪ ﻗبﻠﺖ‬ ‫ي‬
‫ﺗﺰو�ﺠﻬﺎ‬

“Jikalau berkata oleh si Wali: “‫ ﻗﺪ زوﺟﺘﻚ ﻓﻼﻧﺔ‬/ Sungguh aku kahwinkan dikau
akan fulanah”, lalu menjawab oleh si suami: “‫ ﻗﺪ ﻗبﻠﺖ‬/ Sungguh aku terima” dan
dia tidak mengatakan “‫ ﺗﺰو�ﺠﻬﺎ‬/Akan KAHWINNYA”, maka TIDAK TERJADI
PERNIKAHAN itu, sehinggalah dia berkata: “‫ ﻗﺪ ﻗبﻠﺖ ﺗﺰو�ﺠﻬﺎ‬/Sungguh aku terima
akan KAHWINNYA”.

Maka JELASLAH qaul Imam Asy-Syafi’i rahimahullah yang mengatakan TIDAK


SAH itu, ialah QAUL JADID.

Dan dikuatkan dengan kenyataan Imam An-Nawawi rahimahullah dalam Ar-


Raudhah:

‫ ﻟﻢ ﻳﻨﻌﻘﺪ ﻋ� اﻷﻇﻬﺮ‬،‫ﻓﺈن اﻗﺘ� ﻋ� ﻗبﻠﺖ‬

“Maka jika dia dipendekkan atas lafaz “‫ ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja, nescaya TIDAK
AKAN TERIKAT AKAD PERNIKAHAN itu, mengikut qaul yang AZHAR.”

Istilah “AZHAR” ni menunjukkan itulah qaul yang paling rajih yang ditarjihkan
daripada dua qaul Imam Asy-Syafi’i. Dan inilah qaul mu’tamad, yang dipegang
dan diamalkan.

Dan dikuatkan lagi dengan kenyataan dari Al-Imam An-Nawawi rahimahullah


sendiri dalam Al-Majmu’:
‫إذا ﻗﺎل بﻌﺘﻚ بﺄﻟﻒ ﻓﻘﺎل ﻗبﻠﺖ ﻓﻘﻂ ﺻﺢ اﻟﺒﻴﻊ بﻼ ﺧﻼف بﺨﻼف اﻟﻨكﺎح ﻓﺎن اﻟﺼﺤﻴﺢ اﻧﻪ ت‬
‫�ﺸ�ط أن �ﻘﻮل‬
‫ﻗبﻠﺖ ﻧكﺎﺣﻬﺎ أو ﺗﺰو�ﺠﻬﺎ‬

“Jika dia berkata di dalam IJAB: “‫ بﻌﺘﻚ بﺄﻟﻒ‬/Aku jual kepada engkau dengan
harga 1000”, lalu dijawab di dalam QABUL: “‫ ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja, maka
akad sah jual belinya tanpa khilaf. BERSALAHAN DENGAN AKAD NIKAH kerana

42
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

sesungguhnya menurut QAUL YANG SAHIH bahawasanya DISYARATKAN


DALAM AKAD NIKAH itu bahawa dia berkata dalam lafaz QABUL: “ ‫ﻗبﻠﺖ‬
‫ﻧكﺎﺣﻬﺎ‬/Aku terima NIKAHNYA” atau “‫ﻗبﻠﺖ ﺗﺰو�ﺠﻬﺎ‬/Aku terima KAHWINNYA”.

Istilah “SAHIH” ni menunjukkan itulah qaul yang kuat, yang rajih, yang
ditarjihkan daripada wajah-wajah Ashabil Wujuh. Dan inilah qaul mu’tamad,
yang dipegang dan diamalkan. Muqabil [lawan] qaul Sahih adalah qaul Fasid,
yakni qaul yang lemah dan tidak diamalkan.

Nah, setelah kita ketahui inilah QAUL YANG JADID, dan inilah QAUL YANG
MU’TAMAD. Maka inilah qaul yang selayaknya dipegang, diamalkan, difatwakan
dan dihukumkan akan dia oleh orang yang memberi fatwa dan orang yang
mengeluarkan hukum.

Fahimtum?

[Admin: Faham syeikh.. Masya’ Allah..]

Adapun qaul Imam Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu yang mengatakan SAH itu,
maka Al-Imam Al-Mawardi rahimahullah dengan jelas berkata:

‫ و�ﻪ ﻗﺎل أﺑﻮ ﺣﻨ�ﻔﺔ‬، ‫ إن اﻟﻨكﺎح ﺻﺤﻴﺢ‬: �‫اﻷﻣﺎ‬


‫ي‬ ‫ﻗﺎﻟﻪ ض ي� ﻛﺘﺎب اﻟﺘﻌ��ﺾ بﺎﻟﺨﻄبﺔ ﻣﻦ ﻛﺘﺐ‬

“Imam Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu mengatakannya dalam Kitab At-Ta’ridh


Bil Khitbah daripada kitab-kitab Al-Amali: Sesungguhnya nikahnya sahih, yakni
bukan bathil. Dan dengannya berkata oleh Imam Abu Hanifah rahimahullahu
ta’ala.”

Berdasarkan ini, maka jelas qaul yang mengatakan SAH itu disebutkan dalam
kitab Al-Amali. Kitab Al-Amali ini ialah kitab yang menghimpunkan QAUL
QADIM bagi Imamuna Al-Imam Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu.

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah menyebutkan dalam Tahzibul Asma’:

‫ﻏ� اﻹﻣﻼء‬ ‫ف‬ ‫ف‬


‫اﻷﻣﺎ� اﻟﻘﺪ�ﻤﺔ اﻟﺬي ذﻛﺮە ي� اﻟﻤﻬﺬب ي� آﺧﺮ بﺎب إزاﻟﺔ اﻟﻨﺠﺎﺳﺔ ﻓﻤﻦ اﻟ�ﺘﺐ اﻟﻘﺪ�ﻤﺔ وﻫﻮ ي‬
‫ي‬ ‫وأﻣﺎ‬

“Dan adapun Al-Amali Al-Qadimah yang disebutkan oleh Imam Asy-Syirazi


dalam Al-Muhazzab pada akhir bab izalatin najasah, maka iaitu daripada kitab-
kitab yang mengandungi qaul yang qadim. Dan kitab Al-Amali ini bukanlah
kitab Al-Imla’ yang termasuk kitab qaul Jadid.”

Yakni, kitab Al-Amali ialah kitab qaul Qadim. Adapun kitab Al-Imla’ maka iaitu
kitab qaul Jadid.

43
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Dan ulama’ muta’akhirin telah menyebutkan:

‫ اﻷم واﻹﻣﻼء‬:‫ وﻣﻦ ﻛﺘبﻪ اﻟﻘﺪ�ﻤﺔ‬.�‫واﻷﻣﺎ‬


‫ي‬ ‫ اﻟﺤﺠﺔ‬:‫وﻣﻦ ﻛﺘبﻪ اﻟﻘﺪ�ﻤﺔ‬

“Dan setengah daripada kitab-kitabnya yang qadim ialah kitab Al-Hujjah dan
kitab Al-Amali. Dan setengah daripada kitab-kitabnya yang jadid ialah kitab Al-
Umm dan kitab Al-Imla’.”

Nah, setelah kita ketahui bahawa qaul Imam Asy-Syafi’i rahimahullah yang
mengatakan SAH itu ialah QAUL YANG QADIM, yang lemah, yang tidak
diamalkan, bahkan ia tidak termasuk dalam qaul qadim yang boleh diamalkan.
Dan ialah MUQABIL QAUL JADID.

Tidak ada ulama’ muta’akhirin yang menganggapnya sebagai qaul yang


mu’tamad. Yang ada hanyalah sekadar meriwayatkannya untuk rujukan ‘alim
mutabahhir.

Maka qaul yang mengatakan SAH ini TIDAK BOLEH dipegang dan diamalkan.
TIDAK BOLEH difatwakan dan dihukumkan dengan dia oleh orang yang
memberi fatwa dan orang yang mengeluarkan hukum. Hanya sanya yang
diperintahkan ialah berpegang dan beramal dengan QAUL YANG JADID dan
QAUL YANG MU’TAMAD.

‫ وﻻ‬،‫�ﻌﺘ� ﻣﺮﺟﻮﻋﺎ ﻋﻨﻪ‬


‫ أﻣﺎ اﻟﻘﺪ�ﻢ ﻓﺈﻧﻪ ب‬،‫ وﻋﻠ�ﻪ اﻟﻌﻤﻞ واﻟﻔﺘﻮى ﻋﻨﺪ اﻟﺸﺎﻓﻌ�ﺔ‬،‫ﻓﺎﻟﺠﺪ�ﺪ ﻫﻮ اﻟﻤﺬﻫﺐ اﻟﺼﺤﻴﺢ‬
‫�ﻌﻤﻞ اﻟﺸﺎﻓﻌ�ﺔ إﻻ بﻤﺴﺎﺋﻞ ﻗﻠ�ﻠﺔ ﻣﻨﻪ‬

Fahimtum?

[Admin: Alhamdulillah faham syeikh.. Masya’ Allah.. Jazakumullah syeikh..]

Thoyyib. Sambung baca lagi.

[Admin:..
:‫واﺧﺘﻠﻒ أﺻﺤﺎﺑﻨﺎ ﻓﻴﻬﺎ ﻋ� ﺛﻼﺛﺔ ﻃﺮق‬

Thoyyib.

Tadi kita dah bahas pada masalah Qaulan [Dua qaul] Al-Imam Asy-Syafi’i
rahimahullah.

Sekarang kita masuk pada masalah Thuruq, yakni ikhtilaf yang berlaku dalam
kalangan Ashabil Wujuh dalam menghikayatkan mazhab.

Na’am.

44
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

[Admin:..
:‫ وﺣ�ﺚ ﻗﺎل‬،‫ ﻻ �ﺼﺢ ﻗﻮﻻ واﺣﺪا‬:‫ ﻣﻨﻬﻢ ﻣﻦ ﻗﺎل‬:[‫ﻓـ]اﻟﻄ��ﻖ اﻷول‬
.‫ إذا ﻗبﻞ اﻟﺰوج ﻗﺒﻮﻻ ﺗﺎﻣﺎ‬:‫)�ﺼﺢ( أراد‬

THARIQ PERTAMA: Mereka berpandangan bahawa dalam masalah ini hanya


terdapat SATU QAUL sahaja. Iaitu TIDAK SAH.

TIDAK SAH itu ialah jika hanya dengan lafaz: “‫ ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja.

Bila ada yang kata SAH, maka yang dimaksudkan dengan SAH itu ialah jika
ucapan qabul dari pihak suami itu ialah ucapan yang sempurna. Seperti dengan
lafaz: “‫ ﻗبﻠﺖ ﻧكﺎﺣﻬﺎ‬/Aku terima NIKAHNYA” atau “‫ ﻗبﻠﺖ ﺗﺰو�ﺠﻬﺎ‬/Aku terima
KAHWINNYA”.

Alhasil, TIDAK SAH dengan lafaz: “‫ ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja.

Na’am.

[Admin:..
‫ وﺣ�ﺚ ت‬،‫ �ﺼﺢ ﻗﻮﻻ واﺣﺪا‬:‫ ﻣﻨﻬﻢ ﻣﻦ ﻗﺎل‬:[‫]اﻟﺜﺎي‬
‫اﺷ�ط‬ ‫ن‬ ‫و‬
‫ف‬ ‫ت‬ ‫ي‬
.. ‫ف‬
�‫ ﻟﻔﻆ اﻟﻨكﺎح أو اﻟ�و� ــﺞ ي� اﻟﻘﺒﻮل أراد ﻋ‬-‫رﺣﻤﻪ ﷲ‬- �‫اﻟﺸﺎﻓ‬
‫ي‬
.(‫ )ﻻ ﻳﻨﻌﻘﺪ اﻟﻨكﺎح‬:‫ ﻷﻧﻪ ﻗﺎل‬،‫وﻫﺬا ﻻ �ﺼﺢ‬. ‫ﺳب�ﻞ اﻟﺘﺄ��ﺪ‬

THARIQ KEDUA: Mereka berpandangan bahawa dalam masalah ini hanya


terdapat SATU QAUL sahaja. Iaitu SAH.

Alasan mereka ialah kononnya Imam Asy-Syafi’i mensyaratkan lafaz “NIKAH”


atau “KAHWIN” pada ucapan qabul itu ialah atas jalan ta’kid [nak menguatkan]
sahaja.

Pandangan THARIQ KEDUA ini TIDAK DAPAT DIBENARKAN kerana sangat


jelas bahawa Al-Imam Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu berfatwa: “‫ﻻ ﻳﻨﻌﻘﺪ اﻟﻨكﺎح‬
/TIDAK AKAN TERIKAT AKAD PERNIKAHAN..”

Walhasil, TIDAK SAH dengan lafaz: “‫ ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja.

Na’am.

[Admin:..
� ‫ ﻗﺎل‬:[‫و ]اﻟﺜﺎﻟﺚ‬
‫ � ﻋ� ي ن‬:‫أ�� أﺻﺤﺎﺑﻨﺎ‬
‫ وﻫﺬا اﺧﺘ�ﺎر اﻟﺸﻴﺦ‬-‫ﻗﻮﻟن‬ ‫ي‬
-:‫أي إﺳﺤﺎق واﺑﻦ اﻟﺼبﺎغ‬‫بي‬

45
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

THARIQ KETIGA adalah pandangan Jumhur Ashabil Wujuh. Mereka


berpandangan bahawa dalam masalah ini terdapat DUA QAUL.

Na’am. Teruskan.

[Admin:..
-‫أي ﺣﻨ�ﻔﺔ وأﺣﻤﺪ رﺣﻤﺔ ﷲ ﻋﻠﻴﻬﻤﺎ‬ ‫ وﻫﻮ ﻗﻮل ب ي‬-‫ �ﺼﺢ‬:‫أﺣﺪﻫﻤﺎ‬
..‫ )ﻗبﻠﺖ( إذا ورد ﻋ� وﺟﻪ اﻟﺠﻮاب ﻋﻦ إ�ﺠﺎب ﻣﺘﻘﺪم‬:‫ﻷن ﻗﻮﻟﻪ‬
‫ أو‬،‫ بﻌﺘﻚ داري‬:‫ كﻤﺎ ﻟﻮ ﻗﺎل‬،‫كﺎن اﻟﻤﺮاد بﻪ ﻗﺒﻮل ﻣﺎ ﺗﻘﺪم ﻓﺼﺢ‬
.‫ ﻓﺈﻧﻪ �ﺼﺢ‬..‫ ﻗبﻠﺖ‬:‫ ﻓﻘﺎل‬،‫وﻫﺒﺘﻜﻬﺎ‬

QAUL PERTAMA: SAH.

Dan itulah qaul Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad radhiyallahu ‘anhuma.

Alasan mereka ialah AKAD NIKAH itu adalah SAMA seperti AKAD JUAL BELI.

Jika di dalam AKAD JUAL BELI, si penjual lafazkan IJAB: “‫ بﻌﺘﻚ داري‬/Aku jualkan
akan dikau akan rumahku”, lalu si pembeli lafazkan QABUL: “‫ ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima”
sahaja, maka akad ini adalah SAH.

Maka SEPERTI ITULAH dalam AKAD NIKAH, jika si wali lafazkan IJAB: “ ‫زوﺟﺘﻚ‬
‫ ﻓﻼﻧﺔ‬/Aku kahwinkan akan dikau akan fulanah..”, lalu si pengantin lelaki
lafazkan QABUL: “‫ ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja, maka akad ini juga adalah SAH.

Ini menurut qaul pertama.

Sebenarnya qaul ini bukan qaul yang mu’tamad dalam mazhab Syafi’i. Kerana di
sisi mazhab Syafi’i AKAD JUAL BELI itu TIDAK SAMA dengan AKAD NIKAH.

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah sendiri dalam Kitabul Buyu’ [kitab jual beli]
di dalam Al-Majmu’ telah berkata:
‫إذا ﻗﺎل بﻌﺘﻚ بﺄﻟﻒ ﻓﻘﺎل ﻗبﻠﺖ ﻓﻘﻂ ﺻﺢ اﻟﺒﻴﻊ بﻼ ﺧﻼف بﺨﻼف اﻟﻨكﺎح ﻓﺎن اﻟﺼﺤﻴﺢ اﻧﻪ ت‬
‫�ﺸ�ط أن �ﻘﻮل‬
‫ﻗبﻠﺖ ﻧكﺎﺣﻬﺎ أو ﺗﺰو�ﺠﻬﺎ‬

“Jika dia berkata di dalam IJAB: “‫ بﻌﺘﻚ بﺄﻟﻒ‬/Aku jual kepada engkau dengan
harga 1000”, lalu dijawab di dalam QABUL: “‫ ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja, maka
akad jual belinya sah tanpa khilaf. BERSALAHAN DENGAN AKAD NIKAH
kerana sesungguhnya menurut QAUL YANG SAHIH bahawasanya
DISYARATKAN DALAM AKAD NIKAH itu bahawa dia berkata dalam lafaz
QABUL: “‫ ﻗبﻠﺖ ﻧكﺎﺣﻬﺎ‬/Aku terima NIKAHNYA” atau “‫ ﻗبﻠﺖ ﺗﺰو�ﺠﻬﺎ‬/Aku terima akan
KAHWINNYA”.

46
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Tadi kita dah terangkan apa makna istilah qaul SAHIH. Yakni menunjukkan
qaul yang kuat, yang rajih, yang ditarjihkan daripada wajah-wajah Ashabil
Wujuh. Dan inilah qaul mu’tamad, yang dipegang dan diamalkan. Muqabil
[lawan] qaul Sahih adalah qaul Fasid, yakni qaul yang lemah dan tidak
diamalkan.

Dan kalau melihat kepada qaul yang pertama ini, adanya persamaan qaul
antara qaul Imam Asy-Syafi’i dan qaul Imam Abu Hanifah rahmatullah
‘alaihima.

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah menyebutkan dalam Ar-Raudhah dan juga


dalam muqaddimah Al-Majmu’, iaitu telah menghikayatkan oleh Al-Qadhi Al-
Husain: Apabila terdapat dua qaul bagi Imam Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu,
yang SALAH SATU QAULNYA itu MENYAMAI seperti qaul Imam Abu Hanifah
radhiyallahu ‘anhu, maka di sini ada DUA WAJAH.

Yang pertama: Bahawa qaul Imam Asy-Syafi’i YANG MENYALAHI qaul Imam
Abu Hanifah, itulah YANG LEBIH DIUTAMAKAN. Inilah pandangan Imam Abu
Hamid Al-Isfarayini rahimahullah.

Alasannya:
‫اﻟﺸﺎﻓ� إﻧﻤﺎ ﺧﺎﻟﻔﻪ ﻻﻃﻼﻋﻪ ﻋ� ﻣﻮﺟﺐ اﻟﻤﺨﺎﻟﻔﺔ‬
‫ي‬ ‫ﻓﺈن‬

“Kerana sesungguhnya Imam Asy-Syafi’i hanyasanya beliau menyalahi akan


qaul Imam Abu Hanifah itu disebabkan beliau melihat ke atas sesuatu yang
mewajibkannya menyalahi akan dia.”

Yakni, jika beliau tidak melihat adanya perkara yang mewajibkan beliau
menyalahi pendapat Imam Abu Hanifah, nescaya beliau akan muwafiq dengan
pendapatnya itu.

Ini wajah yang pertama.

Wajah yang kedua: Bahawa qaul Imam Asy-Syafi’i YANG MENYAMAI dengan
qaul Imam Abu Hanifah, itulah YANG LEBIH DIUTAMAKAN. Ini pendapat Imam
Al-Qaffal rahimahullah.

Al-Imam An-Nawawi rahimahullahu ta’ala telah mensahihkan wajah yang


kedua ini dengan syarat:
‫واﻟﻤﺴﺄﻟﺔ ﻣﻔﺮوﺿﺔ ﻓ�ﻤﺎ إذا ﻟﻢ ﻧﺠﺪ ﻣﺮﺟﺤﺎ ﻣﻤﺎ ﺳﺒﻖ‬

47
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

“Dan bermula masalah yang ditentukan itu ialah pada perkara yang
SEKIRANYA KAMI TIDAK MENEMUI APA YANG DAPAT MENGUATKAN
daripada perkara tersebut.”

Yakni, qaul Imam Asy-Syafi’i YANG MENYAMAI dengan qaul Imam Abu Hanifah,
itulah YANG LEBIH DIUTAMAKAN, dikatakan sebagai sahih JIKA Mujtahid
Tarjih tidak mentarjihkan masalah tersebut.

Tetapi JIKA ada yang menguatkannya, merajihkannya, maka qaul yang rajih
itulah yang dipegang dan diamalkan. Tanpa mengira samada qaulnya itu
MUWAFIQ atau MUKHALIF. Menyamai atau menyalahi. Bertepatan atau
bertentangan.

Dan perkara ini telah pun diperingatkan oleh Al-Imam Ibnu Hajar rahimahullah
dalam At-Tuhfah [Tuhfatul Muhtaj].

Sementara dalam masalah ucapan Qabul dengan lafaz: “‫ ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima”


sahaja, ini jelas padanya terdapat qaul yang KUAT, yang SAHIH.

Walhasil, TIDAK SAH ucapan Qabul dengan lafaz: “‫ ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja, di
sisi mazhab Syafi’i. Dan inilah yang mu’tamad. Kerana ia telah pun ditarjihkan
oleh Al-Imam An-Nawawi rahimahullah yang merupakan Mujtahid Tarjih.

Dengan kita tidak menafikan bahawa ianya SAH di sisi mazhab Al-Imam Abu
Hanifah An-Nu’man dan SAH di sisi mazhab Al-Imam Ahmad bin Hanbal
rahmatullah ‘alaihima.

Thoyyib. Baca lagi.

[Admin:..
‫ن‬
‫ ﻷن اﻻﻋﺘبﺎر‬،‫ وﻫﻮ اﻟﺼﺤﻴﺢ‬:‫ ﻗﺎل اﻟﺸﻴﺦ أﺑﻮ ﺣﺎﻣﺪ‬.‫ ﻻ �ﺼﺢ‬:‫واﻟﺜﺎي‬
‫ف ي‬
‫ي� اﻟﻨكﺎح أن �ﺤﺼﻞ اﻹ�ﺠﺎب واﻟﻘﺒﻮل ﻓ�ﻪ بﻠﻔﻆ اﻟﻨكﺎح أو‬
‫تف‬
‫ ﻟﻢ �ﺼﺢ‬..‫ ﻓﺈن ﻋﺮي اﻟﻘﺒﻮل ﻣﻨﻪ‬،‫اﻟ�و� ــﺞ‬

QAUL KEDUA: TIDAK SAH.

Yakni ucapan qabul dengan lafaz: “‫ ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja, itu TIDAK SAH.

Alasannya ialah bahawa yang dii’tibarkan di dalam AKAD NIKAH itu adalah
terhasilnya IJAB dan QABUL yang di dalamnya terdapat lafaz “NIKAH” atau
lafaz “KAHWIN”.

Maka jika ditanggalkan pada ucapan QABUL itu daripada lafaz “NIKAH” atau
lafaz “KAHWIN”. Nescaya TIDAK SAH akad nikahnya.

48
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Inilah dia qaul yang SAHIH.

Walhasil, ucapan QABUL dengan lafaz: “‫ ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja, adalah


TIDAK SAH.

Daripada semua ibarat yang antum bacakan daripada kitab Al-Majmu’ tadi,
HASILNYA ialah hanya ada satu qaul yang SAHIH, yang bertepatan dengan
qaul yang JADID, iaitu TIDAK SAH ucapan QABUL dengan lafaz: “‫ ﻗبﻠﺖ‬/Aku
terima” sahaja.

Inilah yang SAHIH dan MU’TAMAD dalam mazhab Al-Imam Asy-Syafi’i.

Pendapat inilah yang dipegang dan diamalkan dan difatwakan oleh sekelian
ulama’ fuqaha’ muta’akhirin.

Jelas?

[Admin: masya’ Allah Tabarakallah.. Jelas sangat syeikh..]

[ MUFTI, ORANG ‘ALIM DAN ORANG AWAM ]

Negeri atau negara kita ni berpegang dengan mazhab Syafi’i. Dalam masa yang
sama meraikan juga pandangan-pandangan mazhab Hanafi, Maliki dan
Hambali.

Maka bagi seorang mufti atau seorang ’alim mutabahhir yang ingin
mengeluarkan fatwa atau memberi hukum kepada masyarakat awam,
HENDAKLAH dia menyampaikan fatwa dan hukum dengan QAUL YANG
MU’TAMAD dalam mazhab Asy-Syafi’i. Tidak boleh dia menyalahi peraturan ini.

Seorang mufti atau seorang yang ‘alim yang ahli, yang menguasai pelbagai
disiplin ilmu dalam mengistinbat dan mengeluarkan sesuatu hukum,
dibenarkan ke atasnya untuk mengambil pandangan yang tidak mu’tamad,
yang tidak menyalahi ijma’, secara peribadi untuk pengamalan diri sendiri
tanpa melibatkan masyarakat awam.

Jika seorang mufti itu ialah Mufti yang diberikan autoriti oleh Ulil Amri yang
berpegang kepada mazhab Syafi’i, maka HENDAKLAH dia memberikan fatwa
kepada masyarakat dengan qaul yang mu’tamad dalam mazhab Asy-Syafi’i.

Tetapi jika ada keperluan yang melibatkan kepentingan umum seperti


mengelakkan mashaqqah [kesukaran] atau mendatangkan maslahah
[kebaikan] kepada agama, ummah dan negara, maka dibolehkan dia

49
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

memberikan fatwa kepada masyarakat dengan qaul yang tidak mu’tamad


dalam mazhab Syafi’i. Bahkan dibolehkan bertaqlid dengan pendapat selain
daripada mazhab Syafi’i, samada daripada mazhab Hanafi, mazhab Maliki atau
pun mazhab Hambali. Asalkan tidak menyalahi ijma’. Dengan diberikan
penjelasan terhadap berpindah mazhab dan taqlidnya itu.

Adapun bagi orang awam yang tidak ‘alim, hendaklah berpegang kepada
mazhab yang dipegang dan yang diamalkan di negaranya. Masyarakat awam
tidak boleh memandai-mandai memilih-milih hukum dengan sesuka hatinya.
Kalau tak tahu, bertanyalah dengan ulama’.

Allah Ta’ala berfirman:


‫ﻓﺎﺳﺄﻟﻮا أﻫﻞ اﻟﺬﻛﺮ إن ﻛﻨﺘﻢ ﻻ ﺗﻌﻠﻤﻮن‬

“Maka bertanyalah kamu kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika


kamu tidak mengetahui”

Dan orang awam yang tidak ‘alim dalam negara yang berpegang dengan
mazhab Syafi’i, hendaklah mengikut hukum-hakam agama yang diberikan
ulama’ yang faqih, yang amanah dengan ilmu, atau mengikuti fatwa mufti
daripada mazhab Syafi’i seperti yang ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil
Amri.

Wallahu subhanahu wa ta’ala a’lam.

[ PERTANYAAN SYEIKHUNA ]
Thoyyib.

Setelah antum melihat kepada realiti pegangan mazhab di negara kita ini ialah
BERPEGANG KEPADA MAZHAB IMAM ASY-SYAFI’I. Dan kenyataannya bahawa
pegangan mazhab Syafi’i ini adalah pegangan yang diputuskan dan digazetkan
dalam Undang-Undang Keluarga Islam, begitu juga Undang-Undang
Pentadbiran Agama Islam Negeri di hampir semua negeri dalam Malaysia ini.

Dan setelah antum mengetahui bahawa ulama’ atau mufti PERLU


MENYAMPAIKAN HUKUM atau fatwa kepada masyarakat DENGAN QAUL YANG
MU’TAMAD dalam mazhab Asy-Syafi’i.

Dan setelah antum meneliti dengan cermat, bahawa QAUL YANG MU’TAMAD
dalam mazhab Asy-Syafi’i pada masalah lafaz qabul: “‫ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja,
hasilnya ialah TIDAK SAH.

Nah, pertanyaannya, ini faqir [Syeikh Ibrahim] tanya, antum jawab dengan jujur
ya.

50
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

[Admin: Baik syeikh.]

Ketika syeikhuna [Syeikh Nuruddin] disoal dengan permasalahan yang seperti


ini, lalu beliau menjawab: TIDAK SAH.

Adakah jawapannya itu benar?

[Admin: Benar.]

Adakah jawapannya itu salah?

[Admin: Tak salah.]

Adakah jawapannya itu muwafiq [menepati] dengan qaul mu’tamad dalam


mazhab Syafi’i?

[Admin: Muwafiq syeikh.]

Nah, inilah yang faqir [Syeikh Ibrahim] katakan diawal tadi. Bahawa jawapan
syeikhuna [Syeikh Nuruddin] itu benar, tidak salah, bahkan muwafiq dengan
qaul mu’tamad dalam mazhab Syafi’i.

[ HIKMAHNYA ]

Beginilah yang selayaknya bagi ulama’ di negara ini, menyampaikan hukum-


hakam agama kepada masyarakat berdasarkan qaul yang telah dimu’tamadkan
dalam mazhab Asy-Syafi’i.

Hikmahnya adalah dapat mengikut syariat, dapat menjaga pegangan mazhab,


dan memelihara kemashlahatan umum.

Masyarakat awam dapat diselamatkan daripada penyakit tatabbu’ ar-rukhsah


[mencari-cari yang mudah] yang boleh membawa kepada tala’ub [bermain-
main] dalam hukum-hakam syara’.

Selain itu, kewibawaan Ulil Amri juga dapat dipertahankan, serta Undang-
Undang Keluarga Islam dalam negara kita dapat diurus dengan mudah.

Tambahan pula, kewajipan pemerintah Islam adalah melaksanakan prinsip-


prinsip utama dalam tujuan-tujuan syari’at yang diistilahkan sebagai “Maqashid
Syariah” iaitu:
‫ﺣﻔﻆ اﻟﺪﻳﻦ واﻟﻨﻔﺲ واﻟﻌﻘﻞ واﻟنﺴﺐ واﻟﻤﺎل‬

51
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

“Memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara nasab


dan memelihara harta.”

‫ ض‬atau ‫ اﻷﺻﻮل اﻟﺨﻤﺴﺔ‬atau lima perkara utama ini, wajib dijaga dan
‫اﻟ�ور�ﺎت اﻟﺨﻤﺲ‬
dipelihara dengan baik oleh pemerintah Islam dan umat Islam.

Salah satunya ialah memelihara nasab dan keturunan. Maka hal ehwal nikah
kahwin perlu dijaga dengan sebaiknya menurut kehendak syara’, supaya umat
Islam dapat melaksanakan pernikahan yang sahih, sehingga keturunan dan
nasab mereka terpelihara dari sebarang syubhat, aib dan hal-hal yang dapat
menjatuhkan maruah.

Dalam masa yang sama, melarang perzinaan dan menutup sebarang jalan yang
membawa kepada perzinaan, kerana perbuatan tersebut akan membawa
kepada kerosakan kepada nasab dan keturunan mereka.

Begitulah juga dalam perkara pernikahan yang bathil dan yang fasid. Maka
perlu ditangani dengan segera oleh pihak yang bersangkutan.

Dulu pernah Ketua Hakim Syariah Johor, Al-Marhum Dato’ Ali Ahmad bercerita
pada faqir [Syeikh Ibrahim] tentang masalah nikah fasid ni. Kebanyakan kes
yang berlaku adalah disebabkan masalah wali dan sighah ijab qabul.

Sebab itulah di negeri Johor ni dan dikebanyakan negeri-negeri di Malaysia ni


sangat ambil berat dengan wali nikah dan ucapan sighah ijab qabul nikah ni.
Wali ni tak cukup sekadar isi borang saja, tapi kena sertakan juga pengesahan
ketua kampung dan sebagainya.

Begitu juga lafaz ijab qabul dibuatkan SOP, siap-siap dituliskan untuk
memudahkan orang awam supaya tidak tersalah dalam lafaz ijab qabulnya.
Kerana masalah nikah fasid ini bukan masalah kecil.

Nikah bathil ialah ‫“ ﻣﺎ اﺧﺘﻞ ﻓ�ﻪ رﻛﻦ ﻣﻦ أركﺎن اﻟﺼﺤﻴﺢ‬Nikah yang tidak lengkap
padanya satu rukun daripada rukun-rukun pernikahan yang sahih”. “Nikah
‫“ ﻣﺎ اﺧﺘﻞ ﻓ�ﻪ ش�ط ﻣﻦ ش‬Nikah yang tidak lengkap padanya salah
Fasid ialah ‫اﻟ�وط‬
satu syarat daripada syarat-syarat pernikahan yang sahih”. Kedua-duanya
dianggap sebagai pernikahan yang tidak sah.

Pernikahan yang tidak sah seperti ini apabila dibawa kepada Jabatan Agama
Islam atau Mahkamah Syariah. Maka pasangan suami isteri itu wajib ditafriq
[dipisahkan]. Disuruh menikah semula dengan pernikahan yang sahih.

52
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Sekiranya sudah berlakunya dukhul [jima’] dengan pernikahan yang tidak sah
ini, maka wajib ke atas Hakim atau Qadhi mengeluarkan perintah untuk
memisahkan pasangan tersebut.

Hukum nikah yang batil dan fasid ini menurut ulama’ Syafi’iyah adalah sama
iaitu tidak berlakunya ke atas salah seorang daripada suami dan isteri kesan
daripada kesan-kesan pernikahan yang sahih dan beberapa perkara lagi.

Panjanglah kalau nak bahas pernikahan yang tidak sah ni. Bukan di sini
tempatnya.

[ MEMBETULKAN KESALAHAN DAN MENYURUH ULANG SEMULA ]

Kemudian.. Kita dapat lihat, banyak terjadi, ramai saksi-saksi nikah dalam
Malaysia ni, bila mendengar pengantin lelaki tidak betul dalam lafaz qabul,
mereka segera kata: “TIDAK SAH”.. Lalu membetulkan dan menyuruh ulang
semula.

Ini adalah perkara biasa dan bukannya perkara yang menjadi aib kalau berlaku.
Ini untuk kebaikan yang berpanjangan.

Perkara ini termasuk dalam firman Allah Ta’ala:


‫اﻟ� واﻟﺘﻘﻮى‬
‫وﺗﻌﺎوﻧﻮا ﻋ� ب‬

“Dan tolong-menolonglah kamu atas perkara kebajikan dan ketaqwaan."

Maka bila kita tersalah, ada orang tolong betulkan. Kita patut berterima kasih.
Apatah lagi dalam urusan nikah kahwin yang melibat kemaluan dan
kehormatan perempuan.

Kata ulama':
‫إن ﺷﺄن اﻟﻔ�ج أﻋﻈﻢ ﻣﻦ ﺷﺄن اﻟﻤﺎل‬

“Sesungguhnya urusan kemaluan dan kehormatan perempuan itu lebih besar


daripada urusan harta.”

Maka hendaklah berhati-hati dalam perkara ini.

[ MELEBIHKAN SIKAP BERHATI-HATI ]

Ulama’ Ushul menetapkan satu kaedah fiqhiyah:


‫اﻷﺻﻞ ض ي� اﻷبﻀﺎع اﻟﺘﺤ��ﻢ‬

53
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

“Hukum asal dalam perkara yang mambabitkan kemaluan perempuan adalah


haram.”

Yakni, hukum asal menyetubuhi dan menjamah kemaluan perempuan adalah


haram. Allah Ta’ala tidak membolehkannya KECUALI dengan salah satu dari
dua cara: Pertama: Akad nikah. Kedua: Pemilikan hamba sahaya. Maka dengan
salah satu dari dua cara inilah ia dihalalkan. Selain daripadanya, adalah
dilarang dan haram.

Dalil kaedah ini ialah firman Allah Ta’ala:

‫واﻟﺬﻳﻦ ﻫﻢ ﻟﻔﺮوﺟﻬﻢ ﺣﺎﻓﻈﻮن إﻻ ﻋ� أزواﺟﻬﻢ أو ﻣﺎ ﻣﻠ�ﺖ أ�ﻤﺎﻧﻬﻢ‬

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluan mereka itu, kecuali terhadap isteri-
isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki.”
‫يف‬
‫ﻣﻠﻮﻣن‬ �‫ﻏ‬
‫ﻓﺈﻧﻬﻢ ي‬

“Maka sesungguhnya mereka itu, yakni dalam hal ini, tiada terceIa.”
‫ﻓﻤﻦ ف‬
‫اﺑﺘ� وراء ذﻟﻚ ﻓﺄوﻟﺌﻚ ﻫﻢ اﻟﻌﺎدون‬

“Maka barangsiapa mencari yang di balik itu, maka mereka itulah orang-orang
yang melampaui batas.”

Dan juga hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, ketika Baginda


membahaskan tentang kehormatan perempuan, Baginda bersabda:

‫ﻓﺎﺗﻘﻮا ﷲ ف ي� اﻟنﺴﺎء‬
“Bertakwalah kamu kepada Allah pada urusan perempuan”

‫ﻓﺈﻧكﻢ أﺧﺬﺗﻤﻮﻫﻦ بﺄﻣﺎن ﷲ‬

“Kerana sesungguhnya kamu mengambil mereka itu dengan amanah Allah”

‫واﺳﺘﺤﻠﻠﺘﻢ ﻓﺮوﺟﻬﻦ بكﻠﻤﺔ ﷲ‬

“Dan kamu menghalalkan kemaluan mereka itu dengan kalimat Allah.”

Nah, ini semua dalil yang menunjukkan bahawa hukum asal menjima’ atau
menjamah kemaluan perempuan adalah haram.

Kemudian, apa maksud “‫ ”بكﻠﻤﺔ ﷲ‬dalam hadits Nabi tadi?

54
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Maksud “‫ بكﻠﻤﺔ ﷲ‬/Kalimat Allah” ini adalah akad nikah yang SAH. Yakni ijab dan
qabul daripada wali dan pengantin lelaki yang SAH.

Dan kalimat Allah dalam perkara ini hanya ada dua, iaitu NIKAH dan KAHWIN.
Seperti yang telah kita sebutkan diawal tadi.

Kerana itu dikatakan:


‫ﺑﻨكﺎح ﺻﺤﻴﺢ‬
� ‫ وﻻ �ﺴﺘﺤﻞ إﻻ‬،‫ﻓ�ج ﺣﺮام‬
� ‫إن كﻞ‬
“Sesungguhnya tiap-tiap kemaluan perempuan itu haram, dan tiada dihalalkan
kecuali dengan pernikahan yang benar, yang SAH.”

Jadi, kena berhati-hati dalam perkara ini. Jangan asal boleh sahaja.

Terutamanya dalam hal yang membabitkan kemaluan perempuan dan


persetubuhan, kerana kaedah fiqhiyah menetapkan:

‫ﻏ�ﻫﺎ‬ ‫ف‬
‫إن اﻟﻔﺮوج �ﺤﺘﺎط ﻓﻴﻬﺎ ﻣﺎ ﻻ �ﺤﺘﺎط ي� ي‬

“Sesungguhnya urusan yang melibatkan kemaluan dan kehormatan


perempuan, dilebihkan berhati-hati padanya, melebihi berhati-hati pada
urusan yang selainnya.”

Berhati-hati ini disebut sebagai ihtiyath. Ihtiyath ni apa maknanya?

Maknanya ialah:
‫اﻟﻮاﻗ� ف ي� كﻞ اﻷﺣﻮال‬
‫ي‬ � ‫ش‬
‫اﺧﺘ�ﺎر اﻷﺳﻠﻮب اﻟﺬي ﻻ ﻳﺆدي إ� ﻣﺨﺎﻟﻔﺔ اﻟﺘكﻠ�ﻒ اﻟ� ي‬

“Memilih uslub, yakni cara atau kaedah, yang tidak membawa kepada
pelanggaran hukum syara’ yang berlaku dalam semua keadaan.”

Kalau kita ambil wudhuk, kita lebihkan basuhan. Bukan hanya paras siku, tapi
dilebihkan sedikit. Itu namanya ihtiyath.

Bila masuk bulan ramadhan, pejabat agama keluarkan poster jadual waktu
imsak. Penetapan waktu imsak, itu namanya ihtiyath.

Mazhab Syafi’i ini, memang terkenal dari segi wara’nya. Sikap berhati-hatinya.

Nah, kalau dalam urusan wudhu’ pun kita berhati-hati, maka urusan nikah
kahwin ni kena lebih berhati-hati lagi.

Jelas??

55
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

[Admin: Alhamdulillah, jelas syeikh..]

Kalau jelas, kita berhenti dulu, solat dulu. Lepas solat, kita sambung sikit lagi.

[Admin: Baik syeikh.]

CATATAN: PENCERAHAN SYEIKHUNA DIHENTIKAN SEKETIKA BAGI MELAKSANAKAN


SOLAT FARDU DAN BERSAMBUNG SETELAH SELESAI SOLAT.

֎ ֎ ֎

56
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

SAMBUNGAN PENCERAHAN

‫اﻟﺤﻤﺪ � اﻟﻤﻠﻬﻢ ﻟﻠﺼﻮاب واﻟﺼﻼة واﻟﺴﻼم ﻋ� ﺳ�ﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ وآﻟﻪ واﻷﺻﺤﺎب‬


‫أﻣﺎ بﻌﺪ‬

Kita ambil sedikit masa untuk menerangkan secara ringkas beberapa perkara.

Iaitu apakah dalil dan alasan mereka yang mengatakan ucapan qabul: “‫ﻗبﻠﺖ‬/aku
terima” sahaja, itu SAH? Dan apakah jawapan ulama’ fuqaha’ Syafi’iyyah dalam
menilai alasan mereka?

[ DALIL DAN ALASAN QAUL YANG MENGATAKAN SAH ]

Al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu ‘anhu dan selainnya beristidlal, yakni


mengambil dalil dari DUA PERKARA, iaitu:

JAWAPAN lafaz “‫ ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja, itu sudah pun BOLEH DIKIRA
sebagai LAFAZ YANG SHARIH pada nikah, kerana JAWAPANNYA itu adalah
MENJAWAB lafaz NIKAH YANG SHARIH yang diucapkan oleh si Wali.

Maka JAWAPAN: “‫ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja, itu dengan sendirinya


MENSHARIHKAN LAFAZ NIKAH, yang MEMBERI MAKNA menjadi: “ ‫ﻗبﻠﺖ‬
‫ﻧكﺎﺣﻬﺎ‬/Aku terima nikahnya”.

Ini seperti firman Allah Ta’ala:


‫ﻓﻬﻞ وﺟﺪﺗﻢ ﻣﺎ وﻋﺪ ر�كﻢ ﺣﻘﺎ ﻗﺎﻟﻮا ﻧﻌﻢ‬

Maka jawapan “‫ ﻧﻌﻢ‬/Ya”, itu MEMBERI MAKNA: “‫ ﻧﻌﻢ وﺟﺪﻧﺎە‬/Ya, kami


mendapatkannya.”

Dan juga seperti firman Allah Ta’ala:


�‫أﻟﺴﺖ ﺑ��كﻢ ﻗﺎﻟﻮا ب‬

Maka jawapan “�‫ ب‬/Bahkan” itu MEMBERI MAKNA: “‫ ب� أﻧﺖ ر�ﻨﺎ‬/Bahkan,


Engkaulah Tuhan kami.”

Dan lagi seperti jikalau seorang lelaki mendakwa atas seorang lelaki yang lain
berhutang kepadanya 1000 dirham, lalu hakim bertanya kepadanya dan
berkata: Adakah engkau berhutang 1000 dirham? Lalu lelaki itu mengjawab:
“‫ ﻧﻌﻢ‬/Ya”.

57
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Maka jawapan dan pengakuan “‫ ﻧﻌﻢ‬/Ya” itu MEMBERI MAKNA: “ ‫ﻋ� أﻟﻒ‬
‫ﻧﻌﻢ ﻟﻪ ي‬
‫ درﻫﻢ‬/Ya, aku berhutang kepadanya 1000 dirham. ”

Maka ketika si Wali sudah lafazkan: “‫ أﻧﻜﺤﺘﻚ ﻓﻼﻧﺔ‬/Aku nikahkan akan dikau akan
Fulanah” matsalan. Lalu pengantin lelaki MENJAWAB dengan lafaz “‫ ﻗبﻠﺖ‬/Aku
terima” sahaja.

Maka JAWAPAN: “‫ ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja, itu MEMBERI MAKNA: “‫ﻗبﻠﺖ ﻧكﺎﺣﻬﺎ‬
/Aku terima nikahnya”.

Ini yang PERTAMA.

Yang KEDUA:

IJAB dan QABUL yang diiktibarkan pada AKAD NIKAH itu, ialah SAMA SEPERTI
IJAB dan QABUL yang diktibarkan dalam AKAD JUAL BELI.

Telah tsabit bahawasanya jikalau berkata Si Penjual: “Aku jual kepada engkau
akan hambaku ini dengan 1000 dirham”. Lalu Si Pembeli MENJAWAB:
“‫ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima”. Maka sesungguhnya akad jual beli itu telah pun TERIKAT.
Dan jadilah JAWAPAN “‫ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja itu, MEMBERI MAKNA: “ ‫ﻗبﻠﺖ‬
‫ ﻫﺬا اﻟﺒﻴﻊ‬/Aku terima akan jualan ini”.

Maka akad nikah pun SAMA SEPERTINYA. Ketika si wali mengatakan: “ ‫أﻧﻜﺤﺘﻚ‬
‫ ﻓﻼﻧﺔ‬/Aku nikahkan akan dikau akan Fulanah” matsalan. Lalu pengantin lelaki
MENJAWAB: “‫ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja. Maka sesungguhnya akad nikah itu
telah pun TERIKAT. Dan jadilah ucapan “‫ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja itu, MEMBERI
MAKNA: “‫ﻗبﻠﺖ ﻧكﺎﺣﻬﺎ‬/Aku terima akan nikahnya”.

Walhasil, daripada dua dalil dan alasan yang mereka kemukakan itu. Dapat
kita simpulkan.

Alasan pertama mereka ialah: Bahawa jawapan itu, dilihat kepada


pertanyaan sebelumnya. Jika sharih pertanyaan, maka jawapannya dianggap
sharih juga. Maka jawapan “‫ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja itu, dianggap sharih juga.
Dan lafaz itu MEMBERI MAKNA menjadi: “‫ﻗبﻠﺖ ﻧكﺎﺣﻬﺎ‬/Aku terima nikahnya”.

Alasan kedua mereka pula: Bahawa IJAB QABUL AKAD NIKAH itu adalah
SAMA seperti IJAB QABUL AKAD JUAL BELI. Jika qabul dalam akad jual beli
boleh menerima lafaz “‫ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja. Maka qabul dalam akad nikah
pun boleh diterima lafaz “‫ﻗبﻠﺖ‬/aku terima” sahaja. Dan lafaz itu MEMBERI
MAKNA menjadi: “‫ﻗبﻠﺖ ﻧكﺎﺣﻬﺎ‬/Aku terima nikahnya”.

58
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Inilah dalil dan alasan bagi mereka yang mengatakan SAH.

[ JAWAPAN DAN HUJJAH-HUJJAH FUQAHA’ SYAFI’IYAH ]

Kedua-dua dalil dan alasan yang diberikan oleh Imam Abu Hanifah radhiyallahu
‘anhu dan selainnya ini, sebenarnya telah pun dinilai dan dijawab oleh ulama’
fuqaha’ Syafi’iyah dengan beberapa hujjah.

[ HUJJAH PERTAMA ]

Yang pertama:

Sifat dan kaifiat yang MENGIKAT AKAD NIKAH, berlaku dengan salah satu
daripada dua wajah.

‫إﻣﺎ بﺎﻟبﺬل واﻟﻘﺒﻮل‬ -

“Samada dengan cara memberi dan menerima.”

Yakni, akad yang diucapkan oleh wali dahulu, kemudian diikuti oleh pengantin
lelaki.

‫و�ﻣﺎ بﺎﻟﻄﻠﺐ واﻹ�ﺠﺎب‬ -

“Dan samada dengan cara meminta dan menawarkan.”

Yakni, akad yang diucapkan oleh pengantin lelaki dahulu, kemudian diikuti oleh
wali.

Dan kedua-kedua wajah ini, berlaku dengan tiga lafaz. Iaitu lafaz madhi, lafaz
mustaqbal dan lafaz amar.

Nah, daripada ketiga-tiga lafaz ini, akad nikah TIDAK TERIKAT jika dimasukkan
padanya huruf istifham [pertanyaan] seperti huruf: “‫أ‬/Adakah” atau huruf:
“‫ﻫﻞ‬/Adakah”.

Yakni, dalam akad nikah, TIDAK BOLEH dengan lafaz pertanyaan.

‫ت‬
Contohnya: Si Wali mengatakan : “‫اﺑﻨي‬ ‫تن‬
‫ أﺗ�وج ي‬/ Adakah engkau akan mengahwini
anak perempuanku?”. Lalu pengantin lelaki menjawab: “‫ ﻗبﻠﺖ ﺗﺰو�ﺠﻬﺎ‬/Aku terima
akan KAHWINNYA”.

59
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Maka ini BERUPA PERTANYAAN yang TIDAK MENGIKAT akad nikah. Ini hanya
MENGIKAT perjanjian.

Kalau itu AKAD PERJANJIAN, maka SAH perjanjiannya. Tapi kalau itu AKAD
NIKAH, maka TIDAK SAH nikahnya.

Walhasil, TIDAK TERIKAT sesebuah AKAD NIKAH, dengan ucapan Wali yang
BERUPA PERTANYAAN.

Sementara dalil yang dikemukakan oleh Imam Abu Hanifah dan selainnya
rahimahumullah, itu adalah BERUPA PERTANYAAN.

Firman Allah Ta’ala:


�‫أﻟﺴﺖ ﺑ��كﻢ ﻗﺎﻟﻮا ب‬

Ini pertanyaan dan jawapan kepada pertanyaan.

Begitu juga firman Allah Ta’ala:


‫ﻓﻬﻞ وﺟﺪﺗﻢ ﻣﺎ وﻋﺪ ر�كﻢ ﺣﻘﺎ ﻗﺎﻟﻮا ﻧﻌﻢ‬

Ini juga pertanyaan dan jawapan kepada pertanyaan.

Hakim berkata: “Adakah engkau berhutang 1000 dirham?” Lalu lelaki itu
menjawab: “‫ ﻧﻌﻢ‬/Ya.”

Ini juga pertanyaan dan jawapan kepada pertanyaan.

Jawapan kepada sebuah pertanyaan TIDAK DAPAT MENGIKAT AKAD NIKAH.

[ HUJJAH KEDUA ]

Yang kedua:
‫ف‬
‫اﻟﻤﻌى‬ ‫إن ﻋﻘﺪ اﻟﻨكﺎح ﻻ ﻳﺘﻢ إﻻ ب�� ــﺢ اﻟﻠﻔﻆ دون‬

“Sesungguhnya akad nikah itu tidak sempurna atau tidak sah, KECUALI dengan
KESHARIHAN LAFAZ, bukan KESHARIHAN MAKNA.”

Yakni, yang sharih itu dikira pada LAFAZ. Bukan yang sharih itu dikira pada
MAKNA.

Ucapan: “‫ﻗبﻠﺖ‬/Aku terima” sahaja, itu ialah ucapan yang walaupun dapat
MEMBERI MAKNA: “‫ﻗبﻠﺖ ﻧكﺎﺣﻬﺎ‬/Aku terima akan nikahnya”. TETAPI itu jika
SETELAH DIDATANGKAN MAKNANYA.

60
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Ini yang dikatakan sharih pada MAKNA. Bukan sharih pada LAFAZ.

Maka ucapan ini TIDAK DAPAT MENGIKAT PERNIKAHAN. Jadi, nikahnya


TIDAK SAH.

Contoh LAFAZ yang sharih itu: “‫ﻗبﻠﺖ ﻧكﺎﺣﻬﺎ‬/Aku terima nikahnya”. Ini baru betul
SHARIH pada LAFAZ. Sehingga kalau tidak didatangkan maknanya pun, orang
tetap faham lafaznya itu.

Lain halnya kalau dalam bab akad jual beli. Ucapan: “‫ﻗبﻠﺖ‬/aku terima” sahaja,
ini dibolehkan, kerana ini DAPAT MENGIKAT akad jual beli. Akad jual belinya
sah.

Sebab apa akad jual beli sah?


‫ن‬
‫و�ﻤﻌى اﻟ�� ــﺢ‬ ‫ﻷﻧﻪ ﻳﺘﻢ بﺎﻟ�� ــﺢ‬

“Kerana bahawasanya akad jual beli itu DAPAT DIIKAT dan dikira SAH, dengan
LAFAZ yang sharih, DAN dengan MAKNA yang sharih.”

Yakni, dalam bab akad jual beli, kita nak guna LAFAZ YANG SHARIH pun boleh,
kita nak guna MAKNA YANG SHARIH pun boleh. Seperti “‫ﻗبﻠﺖ‬/aku terima”
sahaja, atau “‫ﻧﻌﻢ‬/Ya” sahaja, atau “�‫ب‬/bahkan” sahaja.
‫بﺨﻼف اﻟﻨكﺎح‬

“Bersalahan dengan akad nikah”. Akad Nikah itu MESTI DIIKAT dengan LAFAZ
YANG SHARIH. BUKAN dengan MAKNA YANG SHARIH.

Fahimtum?

[Admin: Faham syeikh..]

[ HUJJAH KETIGA ]

Kemudian.. BUKANLAH MENJAWAB kepada SESUATU YANG SHARIH, secara


mutlaq akan menjadi JAWAPAN YANG SHARIH JUGA pada semua keadaan.

Contohnya: Seorang isteri berkata kepada suaminya: “Talaq olehmu akan daku
dengan talaq tiga”. Maka suami MENJAWAB: “‫ ﻧﻌﻢ‬/Ya.”

Maka JAWAPAN ini BUKANLAH UCAPAN YANG SHARIH pada TALAQNYA,


sekalipun ia adalah jawapan.

Dan kalau si suami MENJAWAB: “‫ ﻧﻌﻢ أﻧﺖ ﻃﺎﻟﻖ‬/Ya, engkau sudah diceraikan”.

61
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Maka JAWAPAN ini TIDAK DIKIRA SEBAGAI UCAPAN YANG SHARIH pada
CERAI TALAQ TIGA, sekalipun yang diminta ialah talaq tiga.

[ HUJJAH KEEMPAT ]

Kemudian.. Mereka menyamakan AKAD NIKAH dengan AKAD JUAL BELI.

Menurut Imam Al-Mawardi rahimahullah, ini suatu kesilapan, kerana barang


yang telah kita sebutkan tadi.

Dan lagi bahawasanya:


‫ و�ﻘﻮم ف ي� اﻟﺒﻴﻊ ﻣﻘﺎم اﻟ�� ــﺢ‬، ‫ﻣﻌى اﻟ�� ــﺢ ﻻ �ﻘﻮم ف ي� اﻟﻨكﺎح ﻣﻘﺎم اﻟ�� ــﺢ‬
‫ف‬

Yakni, dalam akad nikah, MAKNA yang sharih TIDAK DAPAT mengambil tempat
kedudukan maqam LAFAZ yang sharih.

Adapun dalam akad jual beli, MAKNA yang sharih DAPAT mengambil tempat
kedudukan maqam LAFAZ yang sharih.

[ HUJJAH KELIMA ]

Dan lagi… Bahawasanya AKAD NIKAH itu berbeza dengan AKAD JUAL BELI.

Akad nikah, DIPERKETATKAN dengan adanya Wali atau wakilnya.

Sedangkan akad jual beli, TIDAK DIPERKETATKAN dengan adanya Wali atau
wakilnya.

Akad nikah, DIPERKETATKAN dengan ucapan LAFAZ yang sharih, bukan


dengan MAKNA yang sharih.

Sedangkan akad jual beli, TIDAK DIPERKETATKAN dengan ucapan LAFAZ yang
sharih, bahkan boleh dengan ucapan MAKNA yang sharih.

[ HUJJAH KEENAM ]

Dan lagi… Bahawa ucapan “ ‫ﻧﻌﻢ‬/Ya”, itu merupakan “‫ ”إﻗﺮار‬yakni PENGAKUAN.

‫و�ﻀﻊ اﻟﻤﻨﻜﻮﺣﺔ ﻻ �ﻤﻠﻚ بﺎﻹﻗﺮار‬

62
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

“Sedangkan kemaluan perempuan yang hendak dinikahi itu, TIDAK DAPAT


DIMILIKI dengan hanya ucapan PENGAKUAN.” Tetapi mestilah DIIKAT dengan
AKAD NIKAH yang sahih.

Rasanya cukup sekadar ini. Wallahu Subhanahu wa Ta’ala A’lam.

[ PESAN DAN HARAPAN SYEIKHUNA ]

Mana-mana pihak atau individu yang menjadikan mazhab Syafi’i sebagai


pegangan dalam pengamalan fiqihnya, yang sudah mengetahui ini, al-Faqir
[Syeikh Ibrahim] harap jadikanlah perkara ini suatu pengajaran.

Jangan sampai kerana satu dua kalimah yang penting ditinggalkan, maka kita
berterusan dalam syubhat dan bergelumang dengannya. Jangan kita bermain-
main dengan hukum hakam syari’at. Terlebih lagi pada perkara yang
membabitkan faraj dan persetubuhan.

Ittaqullah..! Ittaqullah..! Ittaqullah..!!

Imamuna Al-Imam Al-A’zham Muhammad Bin Idris Asy-Syafi’i radhiyallahu


ta’ala ‘anhu telah berfatwa:
‫واﻟﻔ�ج ﻣﺤﺮم ﻗبﻞ اﻟﻌﻘﺪ‬

“Bermula persetubuhan atau menjamah kemaluan perempuan itu diharamkan


sebelum sahnya aqad nikah”,
‫اﻟﻮ� ﻗﺪ زوﺟﺘﻜﻬﺎ أو أﻧﻜﺤﺘﻜﻬﺎ‬
‫ﻓﻼ �ﺤﻞ أبﺪا إﻻ بﺄن �ﻘﻮل ي‬

“Maka selamanya tiada halal ia KECUALI dengan bahawa berkata oleh si wali:
“Sungguh aku kahwinkan dikau akan dia” atau “Aku nikahkan dikau akan dia”,

‫و�ﻘﻮل اﻟﺨﺎﻃﺐ ﻗﺪ ﻗبﻠﺖ ﺗﺰو�ﺠﻬﺎ أو ﻧكﺎﺣﻬﺎ‬

“Dan berkata oleh lelaki yang melamar: “Sungguh aku terima akan
KAHWINNYA”, atau “Sungguh aku terima akan NIKAHNYA”.

Dan katanya lagi:

‫وﻻ ﻧكﺎح أبﺪا إﻻ بﺄن �ﻘﻮل ﻗﺪ زوﺟﺘﻜﻬﺎ أو أﻧﻜﺤﺘﻜﻬﺎ و�ﻘﻮل اﻟﺰوج ﻗﺪ ﻗبﻠﺖ ﻧكﺎﺣﻬﺎ أو ﻗبﻠﺖ ﺗﺰو�ﺠﻬﺎ‬

“Selamanya tidak sah akad nikah KECUALI dengan bahawa berkata oleh si wali:
“Sungguh aku kahwinkan dikau akan dia” atau “Aku nikahkan dikau akan dia”,

‫و�ﻘﻮل اﻟﺰوج ﻗﺪ ﻗبﻠﺖ ﻧكﺎﺣﻬﺎ أو ﻗبﻠﺖ ﺗﺰو�ﺠﻬﺎ‬

63
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

“Dan berkata oleh si suami: “Sungguh aku terima akan NIKAHNYA”, atau
“Sungguh aku terima akan KAHWINNYA”.

Wallahu Subhanahu wa Ta’ala a’lam bisshowab.

֎ ֎ ֎

64
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

KESIMPULAN SYEIKHUNA

[Admin: Err.. Syeikh.. Nak minta syeikh bagi kesimpulan sikit.]

Kesimpulan apa lagi?

[Admin: Kesimpulan dengan isu ni syeikh, dari sudut hikmah, atau kalau syeikh
ada apa-apa nasihat..]

Sebenarnya kalau kita merenungnya dengan insaf, atau kita memandangnya


dengan mata lebah, yakni pandang kebaikan yang terdapat padanya, maka kita
akan mendapatkan banyak kebaikan dan hikmah disebalik jawapan syeikhuna
[Syeikh Nuruddin] tersebut.

[ TERSERLAH KEAHLIAN DAN KEPAKARAN SYEIKH NURUDDIN ]

Di antaranya ialah :

 Kita dapat melihat terserlahnya keahlian, kepakaran dan kefaqihan


syeikhuna [Syeikh Nuruddin] di dalam pegangan hukum-hakam dan
amalan mazhab Syafi’i.

Dan ini kita dapat lihat bagaimana syeikhuna [Syeikh Nuruddin] dapat
mengesan kesalahan yang terdapat daripada sighah qabul pengantin lelaki
tersebut. Sedangkan beliau hanya diperdengarkan oleh penyoal secara spontan
sahaja.

Ini seperti seorang yang ahli tajwid atau ahli qira’at yang dapat mengesan
kesalahan bacaan muridnya dalam tilawatul qur’an. Yakni, dengan sekali imbas
dengar sahaja, ia mampu mengesan kesalahan tersebut. Dan ini hanya dapat
dilakukan oleh orang yang benar-benar ahli dibidangnya.

Maka demikianlah syeikhuna Al-Jalil, Al-Faqih An-Nabil, Tuan Guru Syeikh


Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki hafizahullahu ta’ala wa ra’ah,
seorang ahli lagi yang faqih dalam mazhab Syafi’i. Dengan hanya mendengar
sekali lalu sahaja, beliau sudah pun dapat mengesan kecacatan yang terdapat
pada sighah qabul pengantin lelaki tersebut.

Beliau juga bagaikan seorang doktor pakar yang jumpa pesakit. Tidak perlu
ambil masa yang lama untuk mengenal penyakit dan menyenaraikan ubat yang
diperlukan.

65
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Ulama’ seperti ini amat patut kita hargai dan ditempatkan di tempat yang mulia.

[ MENUNAIKAN AMANAH ILMU ]

Di antaranya lagi:

 Bahawa beliau telah menunaikan amanah ilmu dalam memberikan


jawapan yang sesuai dengan persoalan yang dibangkitkan.

Dan ini kita dapat lihat bagaimana beliau menjawab persoalan yang diajukan
dengan tepat lagi sesuai dengan pandangan mu’tamad yang dipegang di dalam
mazhab Syafi’i. Muwafaqat dengan nash Mujtahid Tarjih dan fuqaha’ Syafi’iyah.

Tadi kita sudah sebutkan bahawa baik mufti, hakim, qadhi, atau orang ‘alim
yang ada hendak memberikan fatwa atau mengeluarkan hukum tidak boleh
melakukan tarjih melainkan hanya menaqalkan apa yang sudah ditarjihkan oleh
Mujtahid Tarjih dan yang sudah dimu’tamadkan di dalam mazhab.

Maka beliau dengan amanah tidak melakukan tarjih dan hanya menyampaikan
keputusan yang mu’tamad di sisi mazhab Al-Imam Asy-Syafi’i. Beliau juga tidak
menjawab dengan pendapat peribadi beliau sebagaimana sesetangah individu
yang terpedaya dengan ilmu.

Ini suatu perkara yang besar yang boleh kita ambil dan pelajari dari sifat
amanah beliau dalam menyampaikan ilmu dan hukum-hakam agama.

Dan permasalahan yang beliau bangkitkan itu sangat wajar dan layak, kerana
sighah qabul nikah yang tidak memenuhi syaratnya atau tidak sharih, dapat
menatijahkan TIADA SAH pernikahan tersebut di sisi mazhab Syafi’i.

Dengan adanya jawapan hukum dan teguran dari beliau, maka beliau telah pun
melaksanakan fardhu kifayah yang dengannya itu kita semua terlepas dari dosa.

[ MEMBERIKAN NASIHAT ]
Di antaranya lagi:

 Bahawa syeikhuna [Syeikh Nuruddin] tidak hanya menjawab persoalan


yang dibangkit, bahkan juga memberikan nasihat yang selayaknya
sebagai ulama’ yang memiliki kasih sayang dalam menyelamatkan
ummatnya.

Kami kenal guru kami, beliau tidak akan menegur atau memberi nasihat kepada
seseorang, melainkan ialah kerana ingin membaikkan dan menyelematkan. Dan

66
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

beliau tidak ada kepentingan peribadi atau mencari keuntungan dunyawi.


[Allah.. waktu ini syeikhuna Syeikh Ibrahim mengesat airmatanya yang jatuh].

Kita semua pun tahu bahawa agama ini tidak dapat lari daripada saling nasihat
menasihati.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

‫ين‬
‫اﻟﻤﺴﻠﻤن وﻋﺎﻣﺘﻬﻢ‬ ‫اﻟﺪﻳﻦ اﻟﻨﺼ�ﺤﺔ ﻗﻠﻨﺎ ﻟﻤﻦ؟ ﻗﺎل � وﻟ�ﺘﺎبﻪ وﻟﺮﺳﻮﻟﻪ وﻷﺋﻤﺔ‬

“Bermula agama ialah nasihat”. Sahabat bertanya: “Bagi siapa ya Rasulallah?”


Baginda Nabi menjawab: “Bagi hak Allah Ta’ala, dan bagi hak Kitab-Nya, dan
bagi hak Rasul-Nya, dan bagi hak para pemimpin kaum muslimin, dan bagi hak
umat Islam secara umumnya.”

Al-Imam Al-Nawawi rahimahullahu ta’ala mengatakan:


‫ﻋﻤﺎد اﻟﺪﻳﻦ وﻗﻮاﻣﻪ اﻟﻨﺼﺤ�ﺔ‬

Yakni “Tiang agama dan tonggaknya adalah nasihat.”

Thoyyib, apa itu nasihat?

Kata Al-Imam Al-Khaththabi rahimahullah:

‫اﻟﻨﺼ�ﺤﺔ كﻠﻤﺔ ﺟﺎﻣﻌﺔ ﻣﻌﻨﺎﻫﺎ ﺣ�ﺎزة اﻟﺤﻆ ﻟﻠﻤﻨﺼ�ح ﻟﻪ‬

“Bermula nasihat itu ialah suatu perkataan yang menghimpunkan pengertian


yang luas, yang maknanya ialah beroleh keberuntungan bagi orang yang
dinasihati.”

Atau kata Imam Ibnul Atsir rahimahullah:

‫اﻟﺨ� ﻟﻠﻤﻨﺼ�ح ﻟﻪ‬


‫� إرادة ي‬
‫�ﻌ� ﺑﻬﺎ ﻋﻦ ﺟﻤﻠﺔ ي‬
‫كﻠﻤﺔ ب‬

“Perkataan yang diungkapkan dari sejumlah perkara, yang mana perkataan


yang diungkapkan itu menghendaki kebaikan kepada orang yang dinasihati.”

�‫اﻟﺨ‬
‫ وأن ﺗﺠﻠﺐ ﻟﻪ ي‬،‫أي أن ﺗ�ف ﻋﻨﻪ اﻟﺴﻮء‬

“Yakni, bahawa engkau mengalihkan darinya akan keburukan, dan engkau


menggantikan kepadanya akan kebaikan.”

Atau… Seperti kata Imam Al-Jurjani rahimahullahu ta’ala:

67
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

‫واﻟﻨ� ﻋﻤﺎ ﻓ�ﻪ اﻟﻔﺴﺎد‬


‫ي‬ ‫� اﻟﺪﻋﺎء إ� ﻣﺎ ﻓ�ﻪ اﻟﺼﻼح‬
‫ي‬

“Nasihat itu ialah menyeru kepada perkara yang di dalamnya ada kebaikan, dan
mencegah dari perkara yang di dalamnya ada kerosakan.”

Walhasil, nasihat itu ialah:

‫��ە أو ﺗﻌﻠ�ﻤﻪ ﻣﺎ �ﺠﻬﻠﻪ وﻧﺤﻮﻫﺎ ﻣﻦ وﺟﻮە ي‬


�‫اﻟﺨ‬ ‫ بﻔﻌﻞ ﻣﺎ ﻳﻨﻔﻌﻪ أو ﺗﺮك ﻣﺎ ض‬،‫اﻟﺨ� ﻟﻠﻤﻨﺼ�ح‬
‫إرادة ي‬

“Menghendaki kebaikan kepada orang yang dinasihati, samada dengan


melakukan apa yang mendatangkan manfaat kepadanya, atau meninggalkan
apa yang memberi mudarat kepadanya, atau mengajarkannya apa yang dia
tidak mengetahuinya, dan yang seumpamanya daripada beberapa aspek
kebaikan yang lain.”

Nah, lalu kenapa kita katakan beliau [Syeikh Nuruddin] itu sebagai ulama’ yang
memiliki kasih sayang terhadap ummatnya?

Ini ialah kerana hakikat nasihat itu sendiri tidak akan terjadi, melainkan di atas
dasar kecintaan terhadap saudara seagamanya, dan mahabbah yang tulus
ikhlas tanpa ada apa-apa kepentingan diri sendiri.

Dan ini seperti yang disebutkan oleh Al-Imam Ar-Raghib rahimahullahu ta’ala
dalam kitabnya Az-Zari’ah Ila Makarimis Syari’ah.

Bahawa hakikat nasihat itu ialah:


‫ﻟﻠﻐ� ﺑ�ﻇﻬﺎر ﻣﺎ ﻓ�ﻪ ﺻﻼﺣﻪ‬
‫إﺧﻼص اﻟﻤﺤبﺔ ي‬

“Ketulusan mahabbah kepada orang yang lain, dengan menunjukkan perkara


yang di dalamnya itu dapat membaikkan dia.”

Kemudian… Nasihatnya [Syeikh Nuruddin] itu boleh kita bahagikan kepada tiga
bahagian.

- Pertama kepada pasangan pengantin.


- Kedua kepada wali, saksi dan orang yang membimbing dalam majlis nikah
tersebut.
- Ketiga kepada masyarakat awam yang menonton majlis akad nikah
tersebut, samada secara langsung atau melalui video.

Maka jangan kita “semabul”, kata orang Fathani, atau “tapahuyak”, kata orang
Banjar, yakni jangan terkeliru, sehingga kita tidak dapat membezakan yang
mana satu jawapan dan yang mana satu nasihat.

68
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Yakni, jawapan satu juzu’, nasihat satu juzu’ yang lain pula.

Ketika antum bertanya sesuatu masalah kepadanya [Syeikh Nuruddin], lalu


beliau menjawabnya dan memberikan nasihat atau teguran, maka antum boleh
tolak nasihat atau teguran beliau, kerana mungkin saja antum ini seorang yang
degil, atau kerasa kepala, atau mungkin terasa hati dengan tegurannya. Ini
masalah diri antum.

Tetapi antum perlu akur dengan jawapan yang beliau berikan, kerana hukum
yang beliau [Syeikh Nuruddin] keluarkan itu benar. Mu’tamad di sisi mazhab
Asy-Syafi’i, lagi muwafaqat dengan nash fuqaha’ Syafi’iyah. Ini kita kena faham.

[ NASIHAT DAN TEGURAN SECARA TERBUKA ]

Kemudian… Memberi nasihat ini, bukan mesti dengan cara tersembunyi dan
tidak boleh secara terang-terangan.

Boleh saja memberi nasihat atau teguran secara terang-terangan, terbuka,


bahkan di khalayak ramai.

Antum kan mengaji hadits, jelas di dalam hadits ada contohnya.

Seperti yang diriwayatkan daripada Saiyidina Jabir radhiyallahu ‘anhu, beliau


berkata: “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sedang berkhutbah
pada hari jumaat, tiba-tiba masuk seorang lelaki. Maka Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda: ‫“ أﺻﻠ�ﺖ �ﺎ ﻓﻼن‬Adakah engkau telah solat wahai
fulan?” . Lelaki itu menjawab : Tidak. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
‫“ ﻗﻢ ﻓﺎرﻛﻊ ر ي ف‬Bangunlah dan solat lah dua rakaat.”
sallam bersabda: ‫ﻛﻌﺘن‬

Yakni solat tahiyatul masjid.

Hadits ini ada dalam Sahih Muslim.

Yang walaupun perbuatan lelaki itu hanya meninggalkan solat sunat sahaja,
bukan perkara munkar yang besar. Tetapi Saiyiduna Rasulullah shallalahu
‘alaihi wasallam menegurnya secara terbuka, kerana perbuatannya itu di
khalayak ramai, yang boleh mempengaruhi orang lain sehingga mengambil
ringan pada sesuatu perkara yang sunnah.

Contoh teguran secara terbuka seperti ini bukan sahaja dilakukan oleh
Saiyiduna Rasulullah shallalahu ‘alaihi wasallam. Tetapi pernah dilakukan juga
oleh Saiyiduna Umar Bin Al-Khattab radhiyallahu ‘anhu.

69
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Yang ditegur itu bukannya artis, bukan doktor, bukan professor, bukan mufti
biasa, bukan ilmuan biasa. Bukan, bukan.

Tetapi yang kena tegur itu ialah Saiyiduna Utsman Bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu.
Min kibaris Shahabah. Sahabat yang telah diberikan berita gembira dengan
syurga. Yang malaikat pun malu terhadapnya.

Kisah ini juga disebutkan dalam Sahih Muslim.

Diriwayatkan daripada Saiyidina Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau


berkata: “Ketika Umar Bin Al-Khattab sedang berkhutbah kepada orang ramai
pada hari jumaat, tiba-tiba masuk Utsman bin ‘Affan.

Maka Umar menoleh ke arahnya lalu berkata: ‫“ ﻣﺎ بﺎل رﺟﺎل ﻳﺘﺄﺧﺮون بﻌﺪ اﻟﻨﺪاء‬Apa
masalah lelaki yang datang lewat selepas azan?”.

‫اﻟﻤﺆﻣﻨن ﻣﺎ زدت ي ض‬
Maka Utsman menjawab: ‫ﺣن ﺳﻤﻌﺖ اﻟﻨﺪاء أن ﺗﻮﺿﺄت ﺛﻢ أﻗبﻠﺖ‬ ‫يض‬ �‫أﻣ‬
‫“ �ﺎ ي‬Ya
amiral mu’minin, aku tidak menambah-nambah, yakni tidak melakukan
perbuatan lain tatkala mendengar azan selain aku terus berwudhu’, kemudian
aku terus datang.”

Maka berkata Umar: ‫“ واﻟﻮﺿﻮء أ�ﻀﺎ‬Dan wudhu’ juga? ‫أﻟﻢ �ﺴﻤﻌﻮا رﺳﻮل ﷲ ﺻ� ﷲ ﻋﻠ�ﻪ‬
‫“ وﺳﻠﻢ �ﻘﻮل إذا ﺟﺎء أﺣﺪكﻢ إ� اﻟﺠﻤﻌﺔ ﻓﻠ�ﻐتﺴﻞ‬Tidakkah kamu mendengar Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila ingin datang salah seorang
daripada kamu kepada menunaikan solat jumaat, maka hendaklah dia mandi.”

Yakni mandi sunat jumaat.

Mandi sebelum pergi solat jumaat ni hukumnya sunat, bahkan terlebih afdhal
berbanding ambil wudhu’ sahaja. Berdasarkan sabda Rasulullah shalallahu
‘alaihi wasallam:

‫ﻣﻦ ﺗﻮﺿﺄ ﻳﻮم اﻟﺠﻤﻌﺔ ﻓﺒﻬﺎ وﻧﻌﻤﺖ و ﻣﻦ اﻏتﺴﻞ ﻓﺎﻟﻐﺴﻞ أﻓﻀﻞ‬

“Barangsiapa yang mengambil wudhu’ pada hari jumaat, maka ia mengenai


sunnah dan sebaik-baik sunnah. Dan barangsiapa yang mandi, maka bermula
mandi itu terlebih afdhal”.

Nah, dalam bab afdhal pun, Saiyiduna Umar Bin Al-Khattab menegur dan
menasihati Saiyidina Utsman Bin ‘Affan, radhiyallahu ta’ala ‘anhuma.

Dan teguran itu dibuat secara terbuka di khalayak ramai. Bukan untuk
memalukan. Tetapi untuk mengingatkan ummah supaya mereka tidak terikut

70
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

dengan kesilapan atau kelalaian seseorang, sekalipun daripada kibarus


Shahabah.

[ TERIMALAH NASIHAT ]

Alangkah bagusnya jikalau kita dapat meniru sikap dan akhlak Saiyidina Utsman
Bin ‘Affan radhiyallahu ta’ala ‘anhu. Beliau tidak membantah teguran itu. Beliau
akur dengan nasihat yang diberikan.

Sayugianya bahawa akhlak seperti ini ada pada tiap-tiap diri orang mu’min.
Terlebih lagi pada diri ilmuan agama.

Berlapang dada, fahami nasihat, sedia menerima teguran dan sanggup


membaiki keadaan. Bukannya mempertahan kesilapan diri dengan pelbagai
alasan.

Apalagi seperti yang antum sebut tadi, pergi lapor polis. Buat laporan polis
dengan modal fitnah yang direka-reka. ‫إﻧﺎ � و�ﻧﺎ إﻟ�ﻪ راﺟﻌﻮن‬

Ini musibah yang menimpa ummat kerana tidak faham apa itu nasihat.

Sesuatu nasihat yang diberikan kepada kita, memang kadang-kadang kita berat
menerimanya.

Nah, rasa berat itu, ialah kelemahan diri kita. Adapun nasihat itu, ialah kebaikan
buat diri kita.

Janganlah disebabkan kelemahan diri kita, maka kita menjadi orang yang rugi
dengan meninggalkan sesuatu yang dapat membaikkan diri kita.

Tak kira siapa pun diri kita. Baik tokoh besar, tokoh kecil, artis, penyanyi,
professor doktor, tukang sapu, mufti, ustaz, ulama’, penuntut ilmu, pemandu
grab, menteri besar, perdana menteri, tak kira siapa.

Ketika kita menerima nasihat, maka ketika itu kita sedang menerima kebaikan
dan keberuntungan.

Contohi Nabi kita, Saiyiduna wa Maulana Muhammad shallallahu ‘alaihi


wasallam.

[Admin: shallallahu ‘alaihi wasallam.]

Nabi kita terima nasihat Al-Hubab Bin Al-Munzir radhiyallahu ‘anhu dalam
perang Badar.

71
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Nabi kita terima nasihat Saiyidah Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha dalam
peristiwa perjanjian Hudaibiyah.

Allahumma shalli wasallim ‘alaihi wa ‘ala aalihi wa shahbihi ajma’in.

[Admin: Shallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shahbihi wasallam.]

Sepatutnya kita alu-alukan pemberi nasihat. Kita doakan yang baik kepada
orang yang memberi nasihat.

Sebagaimana saiyiduna Umar Bin Al-Khattab radhiyallahu ‘anhu berkata:

‫رﺣﻢ ﷲ اﻣﺮأ أﻫﺪى إﻟﻴﻨﺎ ﻣﺴﺎوﺋﻨﺎ‬

“Semoga Allah merahmati orang yang menunjukkan kami akan kekurangan-


kekurangan kami.”

Dan beliau juga berkata:

‫ﻋﻴﻮى‬
‫بي‬ �‫إ‬
‫ﻣﺮﺣبﺎ بﺎﻟﻨﺎﺻﺢ أبﺪ اﻟﺪﻫﺮ ﻣﺮﺣبﺎ بﺎﻟﻨﺎﺻﺢ ﻏﺪوا وﻋﺸ�ﺎ رﺣﻢ ﷲ اﻣﺮأ أﻫﺪى ي‬

“Selamat datang kepada pemberi nasihat selamanya, Selamat datang kepada


pemberi nasihat pagi dan petang. Semoga Allah merahmati seseorang yang
menunjukkan kepadaku akan kekurangan diriku.”

[ TIDAK MAHU DENGAR NASIHAT ]

Ingat ya.. Ingat sampai mati.

Jangan sampai kita menolak nasihat disebabkan kesombongan dan keangkuhan


kita.

Mentang-mentang kita orang besar, kita berjawatan besar, kita ada kuasa, ada
autoriti dalam jabatan, kita ni popular, ramai pengikut, ramai pengaruh, maka
kita menjadi sombong, kita angkuh, kita rasa tiada sorang pun yang layak
menasihati kita.

Ingat.. Orang yang sebegini sesungguhnya telah ditimpa penyakit nifaq. Wal
‘iyazubillah.

Orang yang menolak nasihat dengan kesombongan dan keangkuhan adalah


orang yang telah melakukan dosa besar.

72
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Sebagaimana kata saiyiduna Abdullah Bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu:

‫ ﻋﻠ�ﻚ ﻧﻔﺴﻚ أﻧﺖ ﺗﺄﻣﺮيف ي ؟‬:‫ ﻓ�ﻘﻮل‬،‫ اﺗﻖ ﷲ‬:‫أ�� اﻟﺬﻧﺐ أن �ﻘﻮل اﻟﺮﺟﻞ ﻷﺧ�ﻪ‬
‫إن ﻣﻦ ب‬

“Sesungguhnya setengah daripada dosa yang paling besar itu, ialah bahawa
ketika seseorang berkata kepada saudaranya, yakni menasihatinya: “Takutlah
engkau kepada Allah”. Maka dia pun menjawab: “Urus sajalah diri engkau,
engkau siapa nak mengurus aku?.”

Bahkan diriwayatkan daripada saiyidina Abdullah Bin Mas’ud radhiyallahu


‘anhu, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

‫ ﻋﻠ�ﻚ ﻧﻔﺴﻚ‬:‫ ﻓ�ﻘﻮل‬،‫ اﺗﻖ ﷲ‬:‫إن أبﻐﺾ اﻟ�ﻼم إ� ﷲ ﻋﺰ وﺟﻞ أن �ﻘﻮل اﻟﺮﺟﻞ ﻟﻠﺮﺟﻞ‬

“Sesungguhnya ucapan yang paling dibenci oleh Allah Azza wa Jalla adalah
bahawa ketika seseorang berkata kepada orang lain: “Bertakwalah kamu
kepada Allah”. Lalu orang itu menjawab: “Urus sajalah dirimu sendiri.”

Perhatikan baik-baik.. Pernah tak orang bagi nasihat pada kita, lalu kita kata:
“Kau tak payah menyibuklah, kau urus lah diri kau sendiri”.

Atau “Awak ni orang Indonesia, bukan orang Malaysia, awak urus sajalah kat
negeri awak tu, tak payah nak menyibuk kat sini.”

Atau “Engkau ni siapa nak bagi nasihat? Engkau bukan ada autoriti apa pun.
Menyibuk saja.”

Kalau ada.. Marilah kita istighfar. Mari kita bertaubat. Buang jauh-jauh sifat
sombong yang ada dalam diri kita.

Di dalam Al-Quranil Karim, Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

‫و�ذا ﻗ�ﻞ ﻟﻪ اﺗﻖ ﷲ أﺧﺬﺗﻪ اﻟﻌﺰة بﺎﻹﺛﻢ ﻓﺤﺴبﻪ ﺟﻬﻨﻢ وﻟﺒئﺲ اﻟﻤﻬﺎد‬

Mafhumnya: “Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertaqwalah engkau kepada


Allah”, lalu bangkitlah kesombongannya dengan meneruskan dosa yang
dilakukannya itu. Maka cukuplah balasan azabnya itu neraka jahannam. Dan
sesungguhnya neraka jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat tinggal.”

Semoga Allah jauhkan diri kita daripada sifat sombong, dan selamatkan kita
semua dari azab neraka jahannam.

[Admin: Aamiin..]

73
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

[ MENYELAMATKAN UMAT ]

Thoyyib, di antaranya lagi:

 Bahawasanya syeikhuna [Syeikh Nuruddin] secara tidak langsung telah


berusaha menyelamatkan masyarakat kita daripada tatabbu’ ar-
rukhash [mencari-cari yang mudah] bagi kesenangan hawa nafsu yang
boleh membawa kepada tala’ub [bermain-main] dalam hukum-hakam
syara’.

Begitu juga beliau telah berusaha menyelamatkan umat daripada sesuka hati
melakukan talfiq mazmum [talfiq yang tercela] .

Dalam masalah tatabbu’ ar-rukhas ni, walaupun terdapat ulama’ yang pro dan
kontra, tetapi yang jelas Al-Imam An-Nawawi rahimahullah pernah ditanya:

‫ﻫﻞ �ﺠﻮز ﻟﻤﻦ ﺗﻤﺬﻫﺐ أن �ﻘﻠﺪ ﻣﺬﻫبﺎ آﺧﺮ ﻓ�ﻤﺎ �ﻜﻮن اﻟﻨﻔﻊ ﻓ�ﻪ وﺗتﺒﻊ اﻟﺮﺧﺺ؟‬

Maka Al-Imam An-Nawawi rahimahullah menjawab:


‫ﻻ �ﺠﻮز ﺗتﺒﻊ اﻟﺮﺧﺺ وﷲ أﻋﻠﻢ‬

“Tidak dibolehkan tatabbu’ ar-rukhas [mencari-cari yang mudah]. Wallahu


a’lam.”

Jawapannya ini antum boleh lihat dalam kitab Fatawa Al-Imam An-Nawawi atau
kitab Al-Masa’ilil Mantsurah, yang dihimpunkan oleh muridnya Asy-Syeikh
‘Ala’uddin Bin Al-’Athar rahimahulllahu ta’ala.

[ BERJASA KEPADA INSTITUSI AGAMA ]

Di antaranya lagi:

 Bahawasanya syeikhuna [Syeikh Nuruddin] secara tidak langsung telah


berjasa kepada institusi keagamaan di dalam negeri dan negara kita.

Beliau tidak malu untuk menyatakan hukum hakam agama berdasarkan


pegangan mazhab Syafi’i yang merupakan pegangan yang diputuskan dan
digazetkan dalam Undang-Undang Keluarga Islam serta Undang-Undang
Pentadbiran Agama Islam Negeri di hampir semua negeri dalam Malaysia ini.

Beliau juga secara tidak langsung ikut terbabit dalam memelihara dharuriyat
yang lima. Khususnya dalam masalah ini, iaitu masalah yang berkait dengan

74
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

memelihara nasab dan keturunan. Yakni dari sudut memberikan pandangan


hukum dan nasihat.

Maka pandangan hukum dan nasihatnya itu merupakan sebahagian jalan bagi
mencapai maksud hukum syara’ yang dinamakan sebagai MASLAHAH.

Al-Imam Al-Ghazali rahimahullahu ta’ala menyebutkan dalam Al-Mustashfa:

‫كﻞ ﻣﺎ ﻳﺘﻀﻤﻦ ﺣﻔﻆ ﻫﺬە اﻷﺻﻮل اﻟﺨﻤﺴﺔ ﻓﻬﻮ ﻣﺼﻠﺤﺔ وكﻞ ﻣﺎ �ﻔﻮت ﻫﺬە اﻷﺻﻮل ﻓﻬﻮ ﻣﻔﺴﺪة ودﻓﻌﻬﺎ‬
‫ﻣﺼﻠﺤﺔ‬

“Setiap perkara yang mendorong ke arah memelihara lima perkara ushul ini
[agama, nyawa, akal, keturunan dan harta], maka dinamakan dia sebagai
MASLAHAH. Dan setiap perkara yang mendorong ke arah merosakkan lima
perkara ini, maka dinamakan sebagai MAFSADAH, dan menolak mafsadah itu
sendiri adalah satu maslahah.”

[ BAGAIKAN BINTANG YANG MENERANGI ]

Thoyyib, dan di antaranya lagi:

 Bahawa syeikhuna [Syeikh Nuruddin] itu bagaikan bulan purnama yang


menerangi gelapnya kejahilan kita. Cahayanya melebihi cahaya bintang-
bintang yang gemerlip.

Disaat kita terbuai dengan arus kemodenan segala macam. Allah Ta’ala
menempatkan beliau di antara kita, sehingga beliau menjadi penerang dan
penjelas dalam pengamalan mazhab Syafi’i.

Beliau menyuluh dan memandu kita menuju kepada destinasi dengan tepat dan
selamat.

Imamuna Al-Imam Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu pernah berkata:

�‫إن ﻟﻢ ﺗﻜﻦ اﻟﻔﻘﻬﺎء اﻟﻌﺎﻣﻠﻮن أوﻟ�ﺎء ﷲ ﻓﻠ�ﺲ � و‬

“Jika bukan fuqaha’ yang mengamalkan ilmunya itu sebagai wali-wali Allah,
maka tiadalah bagi Allah Ta’ala itu seorang Wali.”

Dan imamuna berkata lagi:


‫ﻣﺎ أﺣﺪ أورع ﻟﺨﺎﻟﻘﻪ ﻣﻦ اﻟﻔﻘﻬﺎء‬

“Tidak ada seorang pun yang terlebih wara’ kepada Penciptanya daripada
Fuqaha’.”

75
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Yakni yang terlebih mengetahui yang mana halal, yang mana haram, yang mana
syubahat. Lalu dikerjakan yang halal, ditinggalkan yang haram dan dijauhi yang
syubahat.

Rasulullah shallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

‫ﻓﻘ�ﻪ واﺣﺪ أﺷﺪ ﻋ� اﻟﺸ�ﻄﺎن ﻣﻦ أﻟﻒ ﻋﺎبﺪ‬

“Seorang faqih itu terlebih payah atas syaitan menggodanya, daripada seribu
orang ahli Ibadah”

Faqih di sini ialah faqih yang benar-benar ‘alim dengan ilmu syari’at, lagi yang
wara’.

‘Abid di sini pula ialah ahli ibadah yang rajin beribadah, tetapi jahil dengan
hukum hakam syara’.

Sebab apa orang ‘alim yang faqih itu dikatakan terlebih payah atas syaitan
menggodanya?
‫بﺎﻟﺨ� ﻋ� ﺿﺪ ﻣﺎ �ﺄﻣﺮﻫﻢ ش‬
�‫بﺎﻟ‬ ‫ي‬ ‫ﻷن اﻟﻔﻘ�ﻪ ﻻ �ﻘبﻞ إﻏﻮاءە و�ﺄﻣﺮ اﻟﻨﺎس‬

“Kerana bahawa orang ‘alim yang faqih itu tidak akan menerima godaan syaitan
itu, dan dia akan memerintahkan manusia dengan melakukan kebaikan, yang
bertentangan dengan apa yang syaitan perintahkan kepada manusia dengan
melakukan kejahatan.”

Sebab apa orang ‘alim yang faqih itu dikatakan terlebih payah daripada seribu
orang ahli ibadah?

‫ﻷن اﻟﺸ�ﻄﺎن كﻠﻤﺎ ﻓﺘﺢ بﺎبﺎ ﻣﻦ اﻷﻫﻮاء ﻋ� اﻟﻨﺎس وز�ﻦ اﻟﺸﻬﻮات ف� ﻗﻠ��ــﻬﻢ ي ف‬
‫ﺑن اﻟﻔﻘ�ﻪ اﻟﻌﺎرف بﻤكﺎﺋﺪە ﻓ�ﺴﺪ‬ ‫ي‬
‫ذﻟﻚ اﻟبﺎب و�ﺠﻌﻠﻪ ﺧﺎﺋبﺎ ﺧﺎ�ا‬

“Kerana bahawasa syaitan itu, setiap kali dia membuka pintu hawa nafsu pada
diri manusia, dan setiap kali dia menghiasi nafsu syahwat di dalam hati
manusia dalam kalangan orang ‘alim yang faqih yang mengetahui dengan segala
tipu daya syaitan, maka orang ‘alim yang faqih itu akan menutup pintu yang
dibuka oleh syaitan itu, dan menjadikan syaitan itu kecewa dan rugi.”

‫بﺨﻼف اﻟﻌﺎبﺪ ﻓﺈﻧﻪ ر�ﻤﺎ �ﺸﺘﻐﻞ بﺎﻟﻌبﺎدة وﻫﻮ ف ي� ﺣبﺎﺋﻞ اﻟﺸ�ﻄﺎن وﻻ �ﺪري‬

“Bersalahan dengan ahli ibadah yang jahil, maka sesungguhnya terkadang dia
menyibukkan diri dengan ibadah, sedangkan dia berada dalam perangkap
syaitan, dan dia tidak mengetahuinya.”

76
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Dan Rasulullah shallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:

‫ﻓﻀﻞ اﻟﻌﺎﻟﻢ ﻋ� اﻟﻌﺎبﺪ ﻛﻔﻀﻞ اﻟﻘﻤﺮ ﻟ�ﻠﺔ اﻟبﺪر ﻋ� ﺳﺎﺋﺮ اﻟ�ﻮا�ﺐ‬

“Kelebihan seorang yang ‘alim dibandingkan atas seorang ahli ibadah itu adalah
seperti kelebihan bulan purnama ke atas bintang-bintang diwaktu malam.”

Al-Imam Al-Qadhi ‘Iyadh rahimahullahu ta’ala berkata:

‫ﻏ�ە‬
‫ﺷبﻪ اﻟﻌﺎﻟﻢ بﺎﻟﻘﻤﺮ واﻟﻌﺎبﺪ بﺎﻟ�ﻮا�ﺐ ﻷن كﻤﺎل اﻟﻌبﺎدة وﻧﻮرﻫﺎ ﻻ ﻳﺘﻌﺪى ﻣﻦ اﻟﻌﺎبﺪ وﻧﻮر اﻟﻌﺎﻟﻢ ﻳﺘﻌﺪى إ� ي‬

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyerupakan orang yang ‘alim dengan


bulan, dan ahli ibadah dengan bintang-bintang, kerana kesempurnaan ibadah
dan cahaya ibadahnya itu hanya mampu menerangi diri ahli ibadah sahaja.
Sedangkan cahaya ilmu orang yang ‘alim itu dapat memancar dan menerangi ke
seluruh penjuru alam.”

Maka kita sangat bersyukur kepada Allah Ta’ala yang telah menghadirkan
kepada kita seorang yang ‘alim, yang faqih dalam urusan agama seperti
syeikhuna Al-Jalil, Al-Faqih An-Nabil, Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin
Bin Marbu Bin Abdullah Al-Banjari Al-Makki hafizahullahu ta’ala wa ra’ah.

Dan dengan berkat beliaulah [Syeikh Nuruddin], terjadinya muzakarah ini yang
insya’ Allahu Ta’ala sedikit sebanyak mengandungi faedah dan manfaat untuk
kita semua.

Dan dengan berkat ilmu beliaulah, Al-Faqir [Syeikh Ibrahim] yang miskin ilmu
ini dapat menyampaikan apa yang dimudahkan oleh Allah Azza wa Jalla.

֎ ֎ ֎

77
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

NASIHAT DAN PENUTUP

Dan akhir sekali, nasihat faqir [Syeikh Ibrahim] untuk diri faqir dan untuk
mereka yang Allah kurniakan hati yang salim dan akal yang cerdas.

Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah di dalam “Sahih”nya ada meriwayatkan


perkataan Saiyiduna ‘Uqbah Bin Amir radhiyallahu ‘anhu yang berkata:

‫ين‬
‫اﻟﻈﺎﻧن‬ ‫ﺗﻌﻠﻤﻮا ﻗبﻞ‬

“Belajarlah kamu akan ilmu agama sebelum munculnya zhonniyin”.

Imam Al-Bukhari menjelaskan makna zhonniyin itu dengan berkata:

‫ن‬
‫�ﻌي اﻟﺬﻳﻦ ﻳﺘكﻠﻤﻮن بﺎﻟﻈﻦ‬
‫ي‬

“Yakni orang-orang yang mereka itu berkata-kata dengan sangkaan sahaja.”

Yakni berbicara tentang ilmu agama hanya berdasarkan dengan sangkaan diri
mereka sahaja, bukan dengan berdasarkan ilmu yang sebenar.

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah telah menjelaskan dengan lebih detail lagi,


beliau berkata:

‫وﻣ�ء ﻗﻮم ﻳﺘكﻠﻤﻮن ف ي� اﻟﻌﻠﻢ بﻤﺜﻞ ﻧﻔﻮﺳﻬﻢ‬ ‫يف‬


‫اﻟﻮرﻋن ﻗبﻞ ذﻫﺎﺑﻬﻢ ب ي‬
‫يف‬
‫اﻟﻤﺤﻘﻘن‬ ‫ﻣﻌﻨﺎە ﺗﻌﻠﻤﻮا اﻟﻌﻠﻢ ﻣﻦ أﻫﻠﻪ‬
‫ش‬ ‫ت‬
‫اﻟي ﻟ�ﺲ ﻟﻬﺎ ﻣﺴتﻨﺪ � ي‬
� ‫وﻇﻨﻮﻧﻬﻢ ي‬

“Maknanya ialah belajarlah kamu akan ilmu agama daripada ahlinya yang
muhaqqiq lagi yang wara’ sebelum lenyap mereka itu [meninggal dunia] dan
sebelum muncul kaum yang berkata-kata oleh mereka itu tentang ilmu dengan
berdasarkan diri mereka sendiri dan berdasarkan sangkaan-sangkaan mereka
sendiri yang tiada baginya sandaran hukum syar’i.”

Daripada kalam Al-Imam An-Nawawi rahimahullah ini, dapatlah kita ambil


beberapa perkara:

Pertama: Belajarlah ilmu agama. Jangan biarkan diri kita berterusan dalam
kejahilan.

Kedua: Belajarlah daripada ahlinya.

78
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

Ketiga: Jika ada dua pilihan yang ahli, maka utamakanlah yang muhaqqiq.

Keempat: Jika ada dua pilihan yang ahli yang muhaqqiq, maka utamakanlah
yang lebih wara’.

Kelima: Selama masih ada ulama’ yang muhaqqiq lagi yang wara’, ambillah
peluang dengan belajar daripada mereka, muliakanlah mereka, hargailah
mereka.

Keenam: Tanda-tanda bagi mereka yang bukan ahlinya yang muhaqqiq lagi
yang wara’ itu adalah sangat mudah dan gemar membicarakan ilmu agama ini
berdasarkan pendapat diri mereka sendiri dan berdasarkan sangkaan-
sangkaan mereka sendiri yang tiada bagi mereka itu sandaran hukum syar’i
yang benar.

Ketujuh: Ilmu agama ini ada peraturannya, ada sandarannya, ada sanadnya
dan ada adabnya. Peliharalah ia dengan sebaiknya agar kita tidak tergolong
dalam golongan zhanniyin.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala masukkan kita semua ke dalam golongan


ulama’ yang ahli, yang muhaqqiq, lagi yang wara’. Atau masukkan kita ke dalam
golongan yang belajar dengan mereka, muliakan mereka, menghargai mereka
dan mengasihi mereka.

[Admin: Aamiin..]

Mohon ampun maaf salah silap dalam bercakap. Mohon doakan faqir [Syeikh
Ibrahim] ni ya, bimbang juga, bila banyak bercakap banyak salahnya, bila
banyak salah banyak dosanya. ‫ أﺳﺘﻐﻔﺮ ﷲ اﻟﻌﻈ�ﻢ وأﺗﻮب إﻟ�ﻪ‬.

[Admin: Allah..]

Wallahu ta’ala a’lam bisshawab, wa ilaihil marji’u wal ma’ab.

‫اﻟﻨي اﻷ ي� وﻋ� آﻟﻪ وﺻﺤﺎﺑﺘﻪ‬ ‫ين‬ ‫ين‬


‫ ﺳ�ﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ ب ي‬،‫اﻟﻨبﻴن‬ ‫ واﻟﺼﻼة واﻟﺴﻼم ﻋ� ﺧﺘﺎم‬،‫اﻟﻌﺎﻟﻤن‬ ‫اﻟﺤﻤﺪ � رب‬
‫ين‬
.‫اﻟﻌﺎﻣﻠن‬ ‫ض‬
‫ ور� ﷲ ﻋﻦ ﻋﻠﻤﺎء اﻹﺳﻼم‬،‫وﻣﻦ ﺗبﻌﻬﻢ إ� ﻳﻮم اﻟﺪﻳﻦ‬
‫يف‬
‫ اﻟﻠﻬﻢ ﺳﺪد‬،‫اﻟﺼﺎﻟﺤن‬ ‫اﻟﻠﻬﻢ اﺣﻔﻆ ﺷ�ﺨﻨﺎ اﻟﺠﻠ�ﻞ اﻟﺸﻴﺦ ﻣﺤﻤﺪ ﻧﻮر اﻟﺪﻳﻦ اﻟﺒﻨﺠﺮي بﻤﺎ ﺗﺤﻔﻆ بﻪ أوﻟ�ﺎءك‬
.‫ﺧ� اﻟﺠﺰاء‬ ‫ض‬
‫ وارﻓﻊ درﺟﺘﻪ واﺟ��ﻪ ي‬،‫ اﻟﻠﻬﻢ بﺎرك ﻟﻪ ي� ﻋﻤﺮە و�� أﻣﺮە‬،‫ ووﻓﻘﻪ ﻟ�ﻞ ﻣﺎ ﺗﺤبﻪ وﺗﺮﺿﺎە‬،‫ﺧﻄﺎە‬
‫ اﻟﻠﻬﻢ اﺣﺮﺳﻪ‬،‫ اﻟﻠﻬﻢ ﺧﺬ ﺑ�ﺪە‬،‫ واﺣﻔﻈﻪ آﻧﺎء اﻟﻠ�ﻞ وأﻃﺮاف اﻟﻨﻬﺎر‬،‫ وﻛ�ﺪ اﻟﻔﺠﺎر‬،‫اﻷ�ار‬‫اﻟﻠﻬﻢ اﺣﻔﻈﻪ ﻣﻦ ش� ش‬
‫ اﻟﻠﻬﻢ واﺟﻌﻠﻪ ذﺧﺮا ﻟﻺﺳﻼم‬،‫ واﺣﻔﻈﻪ بﻌﺰك اﻟﺬي ﻻ �ﻀﺎم‬،‫ وا�ﻔﻪ ﺑﺮﻛﻨﻚ اﻟﺬي ﻻ ﻳﺮام‬،‫اﻟي ﻻ ﺗﻨﺎم‬ ‫ت‬
‫بﻌﻴن�ﻚ ي‬
‫ين‬
.‫واﻟﻤﺴﻠﻤن‬

79
‫‪PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH‬‬

‫ين‬
‫اﻟﻌﺎﻣﻠن‪ ،‬و�ﺄ�ار‬ ‫ين‬
‫اﻟﻤﺮﺳﻠن‪ ،‬و�آﻟﻪ وأﺻﺤﺎبﻪ و�ﺎﻟﻌﻠﻤﺎء‬ ‫اﻟﻠﻬﻢ إﻧﺎ ﻧﺘﻮﺳﻞ إﻟ�ﻚ بﺠﺎە ﺣﺒيبﻚ ورﺳﻮﻟﻚ ﺳ�ﺪ‬
‫يف‬ ‫ف‬ ‫ت‬
‫اﻟﻤﺘﻘن وﺣ��ﻚ‬ ‫أﺣكﺎﻣﻚ ي‬
‫اﻟئ ﺑﻬﺎ ي� اﻟﺪﻳﻦ‪ ،‬أن ﺗﻐﻔﺮ ﻟﻨﺎ ذﻧ��ﻨﺎ‪ ،‬وﺗﻜﻔﺮ ﻋﻨﺎ ﺳيﺌﺎﺗﻨﺎ‪ ،‬وﺗﺠﻌﻠﻨﺎ ﻣﻦ ﻋبﺎدك‬
‫يف‬
‫اﻟﻤﻔﻠﺤن‪.‬‬
‫ﻣﻀﻠن‪ ،‬ﺳﻠﻤﺎ ﻷوﻟ�ﺎﺋﻚ‪ ،‬وﻋﺪوا ﻷﻋﺪاﺋﻚ‪ ،‬ﻧﺤﺐ بﺤبﻚ ﻣﻦ‬ ‫يض‬ ‫يض‬
‫ﺿﺎﻟن وﻻ‬ ‫ﻏ�‬‫اﻟﻠﻬﻢ اﺟﻌﻠﻨﺎ ﻫﺎدﻳﻦ ﻣﻬﺘﺪﻳﻦ‪ ،‬ي‬
‫أﺣبﻚ‪ ،‬وﻧﻌﺎدي بﻌﺪاوﺗﻚ ﻣﻦ ﺧﺎﻟﻔﻚ‪.‬‬
‫اﻟﻠﻬﻢ ﻫﺬا اﻟﺪﻋﺎء وﻋﻠ�ﻚ اﻹﺟﺎبﺔ‪ ،‬وﻫﺬا اﻟﺠﻬﺪ وﻋﻠ�ﻚ اﻟﺘكﻼن‪ ،‬و�ﻧﺎ � و�ﻧﺎ إﻟ�ﻪ راﺟﻌﻮن‪ ،‬وﻻ ﺣﻮل وﻻ ﻗﻮة إﻻ‬
‫اﻟﻌ� اﻟﻌﻈ�ﻢ‪.‬‬
‫ي‬ ‫بﺎ�‬
‫ر�ﻨﺎ ﻇﻠﻤﻨﺎ أﻧﻔﺴﻨﺎ و�ن ﻟﻢ ﺗﻐﻔﺮ ﻟﻨﺎ وﺗﺮﺣﻤﻨﺎ ﻟﻨﻜﻮﻧﻦ ﻣﻦ اﻟﺨﺎ��ﻦ‪ .‬وﺻ� ﷲ ﻋ� ﺳ�ﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ وﻋ� آل‬
‫ين‬
‫اﻟﻌﺎﻟﻤن‪.‬‬ ‫يف‬
‫اﻟﻤﺮﺳﻠن‪ ،‬واﻟﺤﻤﺪ � رب‬ ‫ين‬
‫أﺟﻤﻌن‪ ،‬ﺳبﺤﺎن ر�ﻚ رب اﻟﻌﺰة ﻋﻤﺎ �ﺼﻔﻮن وﺳﻼم ﻋ�‬ ‫وﺻﺤبﻪ‬

‫]‪[Admin: Aamiin.. Aamiin.. Aamiin..‬‬

‫‪TAMMAT‬‬

‫‪Alhamdulillah..‬‬
‫‪Syukran Jazilan Kathiran serta Jazakumullahu Khairal Jaza' diucapkan kepada‬‬
‫‪Syeikhuna Tuan Guru Syeikh Ibrahim Masran Al-Banjari hafizahullah atas‬‬
‫‪pencerahan ilmiah yang begitu berharga‬‬
‫‪dan bermanfaat sekali buat kami..‬‬

‫‪Semoga Allah Ta’ala menjaga Syeikhuna dan beri kesihatan kepada beliau,‬‬
‫‪serta kami sentiasa dapat mengambil manfaat dari ketinggian ilmu‬‬
‫‪dan keindahan akhlak beliau.‬‬
‫‪Aamiin.. Aamiin.. Aamiin..‬‬

‫‪80‬‬
PENCERAHAN SYEIKHUNA || ISU : AKAD NIKAH - TIDAK SAH

81

Anda mungkin juga menyukai