Anda di halaman 1dari 5

Persediaan Politik: 4 Hadis Rasulullah

SAW Yang Tidak Membenarkan Ziarah


Ke Baitul Maqdis
Leave a Comment / Islam, Palestin, Politik, Sejarah, Uncategorized / By admincgm
Persediaan politik juga sebenarnya memainkan peranan penting dalam usaha
membebaskan Baitul Maqdis.

Inilah langkah kedua Nabi Muhammad SAW sesudah memastikan para sahabat dan
pengikutnya faham akan kepentingan Baitul Maqdis yang terkait dengan akidah sebagai
indikasi peradaban muslim.

Nabi Muhammad SAW juga mahu seluruh umat tahu bahawa kefahaman politik juga
sebenarnya mampu membuka jalan pembebasan Baitul Maqdis dalam keadaan aman
damai.

Tetapi, apakah pendekatan politik yang diaplikasikan Nabi Muhammad SAW dalam
memastikan Baitul Maqdis merdeka daripada sebarang jajahan asing selain kuasa Islam?

Pertama: Nabi Muhammad SAW Tidak Mengizinkan Ziarah Ke Baitul Maqdis

Pada sekitar Mei 2022, Sidang Kemuncak Ulama Islam 2022 telah mengesyorkan kajian
semula ke atas fatwa pengharaman umat Islam melawat Masjid al-Aqsa.

Alasan Pengerusi Jawatankuasa Sidang Kemuncak Ulama Islam 2022, Datuk Dr Mohd
Khairuddin Aman Razali pada ketika itu adalah mahu memastikan ekonomi setempat di
Baitul Maqdis, Palestin kembali tumbuh selepas terjejas dimusnahkan oleh rejim Zionis.

Percaya atau tidak, galakan Dr Mohd Khairuddin sama sekali tidak mencerminkan
kenyataan Nabi Muhammad SAW yang beberapa kali ‘menyekat’ keinginan para sahabat
dan isteri Baginda untuk singgah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.

Mengapa?

Larangan Nabi Muhammad SAW terkait rapat dengan status Baitul Maqdis yang pada
ketika itu sedang dijajah oleh kuasa asing. Sebagai rekod, sejak kelahiran Nabi
Muhammad SAW pada 571 Masihi lagi Baitul Maqdis sudah dijajah kuasa luar iaitu
Byzantine. Kemudian Baitul Maqdis dijajah oleh kuasa Parsi sebelum dirampas semula
oleh Byzantine. Akhirnya tanah suci itu dibebaskan ketika era Khulafa ar-Rasyidin di
bawah pemerintahan Saidina Umar al-Khattab pada 637 Masihi.

Jom telusuri beberapa peristiwa berkaitan keinginan para sahabat untuk menziarahi
Masjid al-Aqsa sepanjang Baitul Maqdis di bawah penjajahan kuasa asing iaitu tentera
Rom Byzantine tetapi ditegah Rasulullah SAW:

1. Al-Arqam, sahabat pertama yang mahu solat di Masjid al-Aqsa


1. Profesor Dr. Abd al-Fattah el-Awaisi telah kongsikan sebuah
riwayat daripada seorang sahabat Rasulullah SAW, al-Arqam RA
di dalam bukunya yang bertajuk al-Takhtit al-Istratijiyyah li al-
Tahrir al-Qadim li Masjid al-Aqsa al-Mubarak.
2. Rasulullah SAW bertanya kepada al-Arqam RA: “Apa yang kamu
mahu?” Al-Arqam RA sambil tangannya menghala ke kawasan
Baitul Maqdis, menjawab: “Saya mahu ke sini.” Rasulullah SAW
bertanya lagi: “Mengapa kamu mahu ke sana? Adakah untuk
urusan perniagaan?” Al-Arqam RA menjawab: “Tidak, saya ingin
solat di dalamnya.” Kemudian Rasulullah SAW mengisyaratkan
tangannya ke Mekah dan berkata: “Solatlah di sini. Ia lebih baik
daripada seribu solat.”
2. Sahabat yang bernazar dan mendesak untuk dibenarkan ke Masjid al-
Aqsa
1. Riwayat Imam Ahmad (12/22, Hadis 14856) daripada Jabir bin
Abdullah RA mengisahkan tentang seorang sahabat lelaki yang
bernazar.
2. Sahabat lelaki itu berkata pada hari pembukaan kota Mekah:
“Ya Rasulullah, sesungguhnya aku bernazar jika Allah membuka
kota Mekah untukmu, maka aku akan solat di Baitul Maqdis.”
Rasulullah SAW berkata: “Solatlah di sini.” Lelaki tersebut
bertanya kepada Rasulullah SAW buat kali kedua dan Baginda
menjawab: “Solatlah di sini.” Soalan yang sama diulang buat kali
ketiga oleh lelaki tersebut, dan Rasulullah SAW menjawab:
“Terpulang kepadamu.”
3. Saranan untuk kirimkan minyak ke Baitul Maqdis
1. Ketika Rasulullah SAW ditanya oleh Maimunah binti Saad RA
tentang Baitul Maqdis, jawab Baginda: “Tanah tersebut adalah
tempat di mana manusia akan dibangkitkan (al-Hashr) dan
dikumpulkan (al-Mahshar). Kunjunginya untuk solat kerana satu
solat di sana bersamaan dengan seribu kali solat di tempat lain.”
Maimunah bertanya lagi, “Jika salah seorang daripada kami
tidak mampu menziarahinya, apakah yang patut dilakukan?”
Baginda menjawab: “Jika kalian tidak mampu mengunjunginya
untuk solat maka hantarkan minyak yang akan digunakan untuk
menyalakan pelita-pelita di sana. (Perbuatan ini) akan
menjadikan kalian seakan-akan solat di sana.”
2. Kebetulan pada ketika itu Masjid al-Aqsa diterangi dengan
cahaya yang bersumberkan pelita, maka cadangan Rasulullah
SAW untuk mengirimkan minyak adalah satu usaha untuk
memastikan kawasan Baitul Maqdis sentiasa ‘hidup’.
4. Nazar tunaikan solat di Masjid al-Aqsa
1. Riwayat Imam Ahmad (44/408, Hadis 26826) telah menukilkan
seorang sahabiah yang bernazar untuk mendirikan solat di
Baitul Maqdis jika Allah SWT memberikan kesembuhan ke atas
penyakit yang dihidapinya.
2. Beliau berkata: “Jika Allah menyembuhkanku, aku akan keluar
dan solat di Baitul Maqdis.” Maka ditakdirkan Allah SWT, beliau
pun sembuh. Sahabiah itu bersiap-siap untuk berangkat keluar.
Datanglah Ummu al-Mu’minin Maimunah binti al-Harith,
memberitahu wanita tersebut: “Duduklah, makanlah apa yang
telah saya siapkan. Solatlah di masjid Rasulullah SAW.
Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
‘Satu solat di dalamnya lebih baik daripada seribu solat di
masjid lain, kecuali masjid Kaabah’.”
Mari kita lihat pula status Baitul Maqdis pada zaman ini. Bukankah ia sedang dijajah oleh
rejim Zionis? Penjajahan Israel ke atas tanah Palestin menyaksikan penindasan demi
penindasan terhadap rakyatnya hingga mengakibatkan kecacatan anggota dan
pembunuhan rakyat negara itu.

Jika kita fahami konteks tegahan dan saranan Rasulullah SAW terhadap para sahabat
yang mahu singgah Masjid al-Aqsa, ia sebenarnya adalah sebuah idea bernas bahawa
pembelaan Masjid al-Aqsa merangkumi pelbagai cara yang tidak mengancam nyawa.

Seperti yang dicadangkan oleh Rasulullah SAW kepada Maimunah binti Saad RA untuk
mengirimkan minyak bagi tujuan menghidupkan pelita di sekitar Masjid al-Aqsa, begitu
jugalah kita perlu mencari alternatif lain untuk menghidupkan semangat perjuangan ke
atas masjid itu.

Pada masa yang sama, ini membuktikan bahawa fatwa yang tidak membenarkan ziarah
ke Masjid al-Aqsa sebenarnya tepat dan selari dengan seruan Nabi Muhammad SAW,
bersesuaianlah dengan situasi semasa.

Memetik perkongsian daripada Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi Bayan


Linnas Siri ke-15, Ketua Qadi Palestin al-Syeikh Taisir al-Tamimi pernah mengajak
beberapa tokoh ulama termasuk Syeikh Ahmad Tayyib untuk menziarahi Baitul Maqdis,
khususnya Masjid al-Aqsa.

Bagaimanapun undangan al-Syeikh Taisir al-Tamimi ditolak Syeikh Ahmad Tayyib kerana
beliau enggan menggunakan visa Israel yang secara tidak langsung mengiktiraf
kedaulatannya di tanah suci itu.
Tidak cukup dengan itu, lawatan masyarakat muslim ke Baitul Maqdis sebenarnya
mampu memacu ekonomi Israel, sekaligus mengukuhkan kedudukan bangsa Yahudi di
tanah itu.

Maka, tidak hairanlah beberapa ulama tersohor telah mengharamkan ziarah ke Baitul
Maqdis ketika Zionis masih berkuasa. Mereka termasuklah:

• Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, bekas pengerusi Kesatuan Ulama Islam


Sedunia
• Syeikh Dr. Ahmad Tayyib, Syeikhul al-Azhar
• Syeikh Faisal Maulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa dan Kajian Eropah
Manakala, ramai ulama yang bersetuju mengharuskan ziarah Masjid al-Aqsa. Antaranya:

• Syeikh Abdul Aziz bin Baz, mantan Mufti Besar Arab Saudi
• Syeikh Masyhur Hasan Alu Salman dari Jordan
• Sau al-Funaisan dari kalangan ulama Saudi
Golongan ulama yang mengharuskan kunjungan ke Baitul Maqdis ini dilihat lebih
cenderung memihak kepada hadis riwayat Bukhari (1189) dan Muslim (1397):

“Bersungguh-sungguhlah untuk melakukan perjalanan ketiga destinasi, iaitu al-Masjid al-


Haram, Masjidku (al-Masjid al-Nabawi), dan al-Masjid al-Aqsa.”

Tidak cukup dengan itu, sejarah juga telah merekodkan bahawa Rasulullah SAW pernah
menziarahi Masjidil Haram, tawaf, solat dan melaksanakan umrah qadha’ pada tahun ke-
7 Hijrah sedangkan pada masa itu kawasan tersebut sedang dicengkam orang
musyrikin.

Secara tidak langsung, situasi Masjidil Haram pada masa itu menyamai status Baitul
Maqdis pada hari ini.

Namun, setakat ini kita boleh menyimpulkan bahawa tegahan daripada Nabi
Muhammad SAW sebenarnya bersandarkan kepada alasan yang kukuh kerana pertama,
sudah tentulah untuk keselamatan nyawa. Jika mahukan keberkatan Masjid al-Aqsa
semata-mata, niat itu wajar ditangguhkan kerana lebih afdal ketika ini untuk
melaksanakan ibadah di masjid lain seperti Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Tetapi jika ada di dalam kalangan kita berpendapat sebaliknya dan bertegas mahu
menziarahi Masjid al-Aqsa, seperti Nabi Muhammad SAW pernah membalas kepada
seorang sahabat: “Terpulanglah.”

Pun begitu, perlu diingatkan untuk kita tidak sesekali mengiktiraf kedaulatan Israel atau
redha dengan perilaku mereka terhadap Baitul Maqdis sebagaimana yang telah
ditegaskan dalam hadis Rasulullah SAW.
Semoga kita sentiasa ditetapkan hati untuk berjuang mempertahankan Masjid al-Aqsa.

Ditulis oleh:
Nur Sabrina Binti Suhaimi
Eksekutif Penyelidikan & Advokasi
Persatuan Cinta Gaza Malaysia

Anda mungkin juga menyukai