Anda di halaman 1dari 12

1.0 Peranan parti politik dalam proses demokrasi negara moden.

1.1 Kepentingan dalam sesebuah organisasi

Peranan parti politik dalam proses demokrasi negara merupakan perkara yang

penting. Ini kerana parti politik berfungsi sebagai tulang belakang kepada sistem demokrasi.

Di samping itu, ianya juga memainkan peranan kepada beberapa penting dalam memastikan

fungsi demokrassi berjalan dengan lancar dan juga berkesan. Terdapat beberapa fungsi dan

peranan utama parti politik dalam konteks demokrasi. Antaranya yang pertama adalah

kepentingan dalam sesebuah organisasi. Penganjuran kepentingan oleh parti politik

merupakan aspek yang penting dalam proses demokrasi. Parti politik bergerak sebagai

saluran utama yang penting, pandangan dan dari segi kehendak dalam pelbagai lapisan

masyarakat diterjemahkan ke dalam agenda politik. Iaanya terdiri daripada beberapa aspek,

antaranya adalah kepentingan agregasi, dimana yang pertama adalah dalam mengumpulkan

kepentingan iaitu dimana parti politik akan mengumpulkan kepentingan pelbagai golongan

dalam masyarakat. Ini termasuklah dalam kepentingan ekonomi, sosial, budaya dan alam

sekitar. Yang kedua adalah dari segi penyederhanaan isu. Ini membawa maksud dimana

mereka memberi kemudahan dalam isu yang kompleks untuk menjadi sebuah platform atau

manifesto yang lebih mudah dan difahami oleh orang ramai. Selain itu, ianya juga untuk

memudahkan para pengundi dalam mengenal pasti akan penyokong parti yang paling sesuai

mengikut kepentingan mereka. Berdasarkan Junaidi, N.H, Omar dan Narani J, (2008)

menyatakan bahawa kelancara perjalan sesuatu operasi pencapaian matlamat sesebuah

organisasi hendeklah memerlukan kepadad tenaga kerja yang bertepatan denga kehendak

semasa. Aspek yang kedua adalah pelbagai wakil dimana terdapat beberapa wakil dari

pelbagai kumpulan. Ianya bermaksud parti politik akan memberi cerminan kepada pelbagai

masyarakat, mewakili pelbagai lapisan sosioekonomi, etnik dan juga budaya. Selain itu ianya

juga memberi galakan dalam penyertaan. Mereka akan memberikan galakkan untuk
menyertai dari pelbagai masyarakat, termasuklah kumpulan minoriti dan juga masyarakat

yang terpinggir.

Yang ketiga adalah dari aspek perwakilan dalam sesebuah kerajaan. Dimana melalui

wakil rakyat, parti politik dalam menyampaikan kepentingan tersebut kepada pihak kerajaan.

Di Malaysia menggunakan sistem demokrasi berparlimen untuk memilih perwakilan melalui

pilihan raya dan perwakilan ini akan berada di parlimen (Malike Brahim, 2012). Disamping

itu, berusaha untuk memberikan pengaruh terhadap penggubalan sesebuah dasar. Dari segi

penjajaran dasar dan kepentinganya adalah dimana mereka berusaha untuk menyelaraskan

dasar sesebuah kerajaan dengan kepentingan yang mereka wakili. Aspek yang keempat

adalah pendidikan dan mobilisasi. Dalam aspek ini ianya adalah menangani pendidikan

politik dimana parti politik akan mendidik para ahli mereka dan orang awam mengenai

sesebuah isu penting, serta pandangan mereka akan sesebuah isu tersebut. Dari segi

mobilisasi penyokong pula dimana mereka memberi galakkan dan menggerakkan kepada

para penyokong untuk mengambil bahagian dalam proses politik. Sebagai contoh pilihan raya

dan juga kempen.

Aspek seterusnya adalah dalam memberi galakkan dalam penyertaan. Dimana dalam

aspek ini parti politik akan memainkan peranan penting dalam mempromosikan penglibatan

popular dalam politik dan ini juga termasuklah pengundian dan aktivisme. Selain itu mereka

juga akan membantu dalam meningkatkan kesedaran politik dan juga sosial rakyat. Selain itu,

aspek pengantaraan dan penyelesaian konflik dimana dalam parti politik ianya akan

memainkan peranan dalam mengimbangi kepentingan yang sering bercanggah, mencari

kompromi mahupun consensus. Dalam penyelesaian konflik pula mereka akan membantu

dari segi menyelesaikan konflik diantara kumpulan dengan cara yang aman dan juga

demokratik. Dan aspek yang terakhir dalam kepentingan organisasi adalah mengenai

pembentukan bagi sesbuah identity politik tersebut. Dalam hal ini parti politik akan
membantu dalam mewujudkan identity politik yang akan dikongsikan, dimana ianya boleh

menyatukan ahli dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Tambahan pula, ianya juga

memperkukuhkan solidarity dimana mereka kan membuat pengukuhan dari segi perpaduan di

kalangan ahli mereka, berdasarkan pandangan dan matlamat politik yang dikongsi bersama.

Oleh yang demikian melalui semua peranan ini, parti politik akan memastikan kepentingan

suara rakyat yang diwakili semasa proses demokrasi. Ini kerana ianya bertujuan sebagai alat

yang penting dalam menyelaraskan dasar kerajaan dengan kehendak dan keperluan rakyat.

Selain itu, ianya juga untuk memastikan proses demokrasi yang lebih inklusif dan responsif.

1.2 Pemilihan calon

Fungsi dan peranan seterusnya adalah pemilihan calon. Dalam proses pemilihan calon

ini akan dilakukan oleh parti politik yang merupakan aspek penting dalam demokrasi yang

akan mempengaruhi cara wakil rakyat dipilih dan bagaimana dasar awam dibentuk. Menurut

kajian yang telah dibuat ada menyatakan bahawa rakyat sendiri yang akan mewakili rakyat

dalam menjalankan pemerintahan diadakan semasa pilihan raya. Pilihan raya merupakan

salah satu usaha yang memberi pengaruh kepada rakyat secara tidak memaksa (Jurdi, F,

2018). Dalam proses ini antara yang aspek yang penting adalah pertama saringan dan

pemilihan calon. Para parti politik kebiasaanya akan menjalankan proses dalaman yang lebih

terperinci untuk menapis dan membuat pemilihan secara individu untuk pencalonan. Proses

ini boleh dilakukan melalui pilihan raya, pra-pilihan raya, konvensyen mahupun melalui

jawatankuasa pilihan raya. Terdapat kriteria pemilihan yang dibuat, dimana calon akan dipilih

berdasarkan pengalaman politik, populariti, pematuhan kepada ideologi parti dan juga

keupayaan untuk menang dalam pilihan raya umum. Aspek yang kedua adalah dengan

perwakilan ideologi parti. Dalam aspek ini, calon yang telah dipilih biasanya akan

mencerminkan nilai, dasar dan agenda parti. Ini akan memberi kemudahan kepada para

pengundi untuk mengenal pasti yang diwakili oleh setiap calon berdasarkan label parti
mereka. Selain itu proses ini juga akan membantu dalam memastikan konsistensi dalam

pendekatan dasar yang berbeza.

Aspek yang ketiga adalah dengan mobilisasi dan sokongan parti dimana calon yang

telah dipilih oleh para parti akan mendapatkan sokongan dalam bentuk sumber. Ini kerana

pembiayaan, kakitangan kempen dan akses kepada rangkaian pengundi. Selain itu, parti

politik juga akan membantu dalam mobilisasi pangkalan pengundi, menggunakan

infrastruktur organisasi untuk memaksimumkan pengaruh pengundian. Aspek seterusnya

adalah kesahihan dan juga pengesahan dimana pimilihan oleh parti politik ono akan

menyediakan tahap kesahihan dan juga pengesahan kepada calon. Ini selalu dianggap sebagai

penanda kualiti ataupun kelayakan calon. Dari segi kredibiliti politik pula dimana penglibatan

dengan parti yang telahpun ditubuhkan sering meningkatkan kredibiliti politik calon di mata

pengundi. Kemudahan pilihan untuk para pengundi adalah antara aspek seterusnya. Dengan

memilih calon berdasarkan label parti, para pengundi akan dapat membuat keputusan

berdasarkan kefahaman umum mereka mengenai ideologi dan dasar parti. Dalam hal ini

ianya akan memudahkan proses pilihan raya untuk mengundi, terutamanya dalam sistem

yang mempunyai ramai calon dan juga pilihan. Aspek terhadap kawalan ke atas calon dimana

parti politik boleh memantau dan mengawal calon mereka, dan memastikan mereka kekal

setia kepada prinsip dan juga dasar parti. Sebaik Sahaja telah dipilih, calon akan teruus

begantung dan mengharapkan kepada sokongan parti untuk kerjaya politik mereka. Dan ini

juga akan memberikan pengaruh parti ke atas prestasi mereka.

Kesan terhadap dasar awam merupakan aspek yang seterusnya dimana calon yang

telahpun dipilih daripada parti politik akan selalu bekerjasama dalam badan perundangan

untuk memajukan agenda dasar parti mereka. Oleh itu kehadiran kumpulan yang Bersatu

padu dalam satu pihak boleh meningkatkan keberkesanan dalam pembentukan dasar. Dengan

itu kesimpulanya adlaah pemilihan calon oleh partii pikitik adalah merupakan proses penting
dalam demokrasi. Ianya bukan Sahaja akan memberi kemudahan kepada para pengundi

dalam membuat keputusan akan tetapi turut memastikan calon yang mereka pilih tersebut

akan memberi cerminan mengenai nilai serta dasar parti mereka. Proses ini juga akan

membantu dalam membentuk dasar awam dan memastikan perwakilan politik yang berkesan.

1.3 Pembentukan dasar dalam konteks

Fungsi dan peranan seterusnya adalah dari segi pembentukan dasar dalam konteks

demokrasi merupakan proses dinamik dan juga kompleks yang sangat memberi pengaruh

dalam aktiviti parti politik. Menurut kajian yang telah dilakukan ada menyatakan bahawa

dengan adanya kumpulan sosial pada masa kini ianya merupakan petunjuk positif ke atas

pembentukan dan pembangunan demokrasi di sesebuah negara (Akbar, I., 2016) Dalam parti

politik ianya memainkan peranan penting dalam mengubah kepentingan dan isu masyarakat

untuk menjadi dasar rasmi. Antara aspeknya adalah pengaruh dalam pembentukan dasar

dimana ahli parlimen ataupun badan perundangan daripada parti politik akan membuat

penyataan isu dan kepentingan yang akan menjadi tumpuan kepada parti mereka. Mereka

akan menggunakan platform perundangan untuk memberikan cadangan, membahaskan dan

juga membuat perubahan ke atas rang undang-undang. Disamping itu wakil parti yang selalu

memberi cadangan perundangan akan memainkan peranan dalam mencerminkan agenda dan

nilai parti mereka. Ini termasuklah dalam memberikan cadangan rang undang-undang baharu

atau meminda undang-undang yang sedia ada.

Selain itu, aspek seterusnya adalah dengan penyelarasan dengan kepentingan rakyat.

Ini bermaksud, oleh disebabkan parti politik megagregat dan mengatur kepentingan pelbagai

kumpulan dalam masyarakat, dasar yang mereka bentuk akan sering mencerminkan

kepentingan ini. Tambahan pula parti politik leboh cenderung dalam membentuk dasar yang
turut memberikan manfaat asas pengundi mereka dan memastikan dasar ini sejajar dengan

kehendak rakyat yang mereka wakili.

1.4 Pengantaraan dan penyelasaian konflik

Fungsi dan peranan adalah pengantaraan dan penyelesaian konflik adalah aspek

penting dalam peranan parti politik dalam sistem demokrasi. Berdasarkan kajian yang teklah

dijalankan untuk merapatkan diantara kerajaan dan juga rakyat, sebagai manifestasi dari

berfungsinya demokrasi, parti diperlukan oleh politik. Ini kerana sistem demokrasi tidak akan

berfungsi tanpa adaanya parti politik (Asshiddiqie, J, Revisi dan RI, K M. K, 2006). Parti

politik bukan sahaja akan mewakili akan kepentingan pelbagai golongan dalam masyarakat

malah sering bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan perbezaan dan konflik.

Antara aspek penjelasan yang terperinci mengenai fungsi tersebut.

Antara aspeknya adalah mengenai kepentingan berbeza peranan sebagai pengantara.

parti politik sering bertindak sebagai orang tengah antara kumpulan yang mempunyai

kepentingan yang berbeza, baik dalam parti itu sendiri mahupun antara parti dengan

kumpulan lain dalam masyarakat. Mereka cuba mencapai kata sepakat atau kompromi yang

boleh diterima oleh semua pihak yang terlibat. Aspek yang seterusnya adalah mengenai

rundingan dan juga kompromi. Dalam proses perundangan ini, parti politik sering terlibat

dalam rundingan untuk mencari jalan tengah antara dasar dan pendekatan yang berbeza. Ini

juga dapat melibatkan tolak ansur pada beberapa aspek dasar untuk mendapatkan sokongan

yang lebih luas. Integrasi kepentingan adalah merupakan aspek seterusnya dimana parti

politik akan memainkan peranan penting dalam mengintergrasikan kepentingan pelbagai

kumpulan masyarakat ke dalam agenda politik mereka. Di samping itu untuk cuba

mewujudkan dasar yang mencerminkan keseimbangan kepentingan ini.


Aspek seterusnya adalah dengan penyelesaian konflik dimana parti politik akan selalu

terlibat dalam menyelesaikan konflik sosial dan politik, menggunakan platform mereka untuk

menggalakkan dialog dan persefahaman bersama. Seperti yang dinyatakan oleh pengkaji iaitu

sebagai sebuah negara multi-etnik dengan masyarakat yang terpecah, cabaran utama dalam

amalan demokrasi di negara ini adalah dengan mewujudkan pemerintahan yang aman, stabil

dan juga bebas daripada ancaman konflik inter-etnik (Hasan dan Salleh, 2021). Selain itu,

parti politik mengadakan dialog dan perundingan dengan pelbagai pihak, dan ini termasuklah

parti pembangkang, kumpulan masyarakat sivil dan wakil kumpulan minority untuk mencari

penyelesaian kepadad isu atau konflik yang kontroversi. Selain itu aspek yang seterusnya

adalah, menggalakkan penyertaan demokratik. Ini bermaksud ianya akan melalui proses

demokrasi, parti politik dalam memberi galakkan ke atas penyertaam rakyat dalam

penyelesaian konflik, sama adad melalui pilihan raya mahupun perdebatan secara awam atau

perundingan komuniti. Seterunya adalah dengan menyelesaikan konflik dan mencari

kompromi, parti politik dalam membantu mengekalkan kestabilan politik dan keharmonian

sosial, yang merupakan kunci kepada pembangunan sosial ekonomi yang mampan. Parti

politik juga akan memainkan peranan dalam menggubal mahupun meminda undang-undang

yang bertujuan untuk menyelesaikan konflik, memastikan terdapat rangka kerja undang-

undang untuk menangani isu sosial dan politik. Dengan itu, dalam banyak kes, parti politik

akan cuba mencapau pendekatan berasaskan consensus dalam menangani isu kontroversi dan

memberikan keutamaan dialog dan juga persefahaman bersama berbanding konfrontasi.

Kesimpulannya, parti politik akan mempunyai peranan penting dalam perantara dan

dalam menyelesaikan konflik dalam masyarakat. Melalui dialog, rundingan dan proses

demokrasi, parti politik akan dapat membantu mencipta penyelesaian yang boleh diterima

oleh pelbagai pihak dan mengekalkan kestabilan sosial, disamping memberi galkkan dalam

Pembangunan inklusif dan mampan. Dalam proses ini ianya merupakan perkara penting
bukan hanya untuk mengekalkan keharmonnian sosia, akan tetapi untuk memastikan

demokrasi berfungsi dengan cara yang berkesan da responsif kepada keperluan dan kehendak

rakyat.

1.5 Komunikasi dan memberi kesedaran

Fungsi yang seterusnya adalah komunikasi dan memberi galakkan kesedaran adalah

merupakan elemen yang penting dalam peranan parti politik dalam masyarakat demokratik.

Parti politik bukan Sahaja berperanan sebagai mewakili kepentingan rakyat tetapi ianya juga

memberi pendidikan dan meningkatkan kesedaran mereka mengenai isu-isu penting. Antara

sebabnya dalah parti politik akan menyampaikan maklumat mengenai isu politik, ekonomi

dan sosial kepad aorang ramai. Selain itu membolehkan mereka membuat keputusan yang

lebih termaklum dalam pilihan raya dan isu awam yang lain. Selain itu mereka akan memberi

galakkan dari segi perbincangan awam mengenai isu penting, dan selalunya ianya akan

melalui proses pendebatan, forum dan juga media sosial. Menurut kajian yang dijalankan

dimana media sosial ini memainkan peranan penting dlaam penyertaan politik (Yamamoto

dan Kushin, 2013; Hirzalla dan Zoonen, 2011). Ini adalah untuk memudahkan pertukaran

idea dan pendapat masing-masing. Tambahan pula, parti politik akan memabntu orang ramai

dalam memahami implikasi dasar dan cara dasar tersebut dalam mempengaruhi kehidupan

harian mereka. Ianya juga akan memainkan peranan dadlam meningkatkan lagi kesedaran

politik dan sosial di kalangan rakyat. Ini juga termasuk dalam membantu mereka untuk

memahamkan mengenai hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara.

Selain itu mereka juga akan memastikan bahawa isu penting adalah yang berkaitan

dengan hak sivil, keadilan sosial dan Pembangunan mampan kerana untuk mendapatkan

perhatian yang sewajarnya. Melalui pendidikan pula ianya akan menggalakkan kesedaran
dimana parti politik membantu memperkasakan rakyat untuk mrgambil bahagian secara aktif

ketika dalam proses demokrasi, termasuklah pilihan raya dan aktiviti sivik yang lain.

Secara ringkasnya, parti politik ini akan memainkan peranan penting dalam mendidik

dan meningkatkan kesedaran politik dan juga sosial rakyat. Berdasarkan komunikasi dan

inisiatif pendidikan yang berkesan, parti politik akan dapat membantu dalam memastikan

rakyat yang telah dimaklumkan. Ianya juga akan terlibat dan dapat mengambil bahagian

secara berkesan dalam proses demokrasi tetapi juga akan memastikan keputusan politik dan

sosial dibuat berdasarkan pemahaman yang mendalam dan penyertaan aktif rakyat.
2.0 Kesimpulan

Parti politik adalah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan dan

mengekalkan demokrasi di negara moden. Mereka bukan sahaja bertindak sebagai

penghubungkan antara rakyat dan kerajaan. Namun, sebagai instrumen penting dalam

menyampaikan aspirasi, kehendak dan keperluan masyarakat. Di samping itu, parti politik

juga akan menganjurkan kepentingan, memilih calon, membentuk dasar dan juga memainkan

peranan dalam pengantaraan dan penyelesaian konflik, sambil mempromosikan pendidikan

mengenai politik dan juga mempertingkatkan lagi kesedaran sosial di kalangan rakyat.

Berdasarkan atas kepentingan penganjur, parti politik akan membantu dalam

memberikan penyataan dan mengagregatkan lagi kepentingan dalam pelbagai segmen

masayarakat. Di samping itu adalah untuk memastikan suara ini akan didengari dan diwakili

dalam oenggubalan dasar. Ketika pemilihan calon, mereka akan memberikan kemudahan

kepada pilihan pengundi dan akan memastikan perwakilan yang berkesan. Dalam

pembentukan dasar, parti politik akan mempengaruhi agenda perundangan dan akan

memastikan dasar yang dibentuk akan memberi cerminan keatas kehendak dan keperluan

rakyat.

Oleh yang demikian, peranan mereka dalam pengantaraan dan juga penyelesaian

konflik adalah sangat penting dalam mengekalkan kestabilan politik dan juga keharmonian

sosial. Selain itu parti politik akan selalu bertindak sebagai orang tengah dalam sesuatu

rundingan diantara kepentingan yang berbea dan juga dalam membantu menyelesaikan
konflik melalui dialog dan proses demokrasi. Akhinya, dari segi pendidikan politik dan

mempertingkatkan kesedaran, parti politik dalam memainkan peranan utama dalam memberi

pendidikan kepada masyarakat mengenai isu-isu penting dan menggalakkan penyertaan aktif

dalam proses demokrasi.

Oleh itu secara kesimpulanya, parti politik ini adalah merupakan elemen asas dalam

sistem demokrasi. Ianya bukan Sahaja akan memberikan kemudahan dalam fungsi demokrasi

namun ianya juga akan mengukuhkan berdasarkan daripada perwakilan yang berkesan,

rakyat yang aktif dalam menyertai dan juga penjajaran dasar dengan keperluan rakyat.

Dengan ini dapat dilihat bahawa tanpa peranan, parti politik yang aktif dan membina, proses

demokrasi di negara moden berkemungkinan tidak akan memberi kesan dan inklusif seperti

hari ini.
Rujukan

Junaidi, N. H., Omar, A. S., & Narani, J. (2008). Ejen parti politik dalam pilihan raya dewan

undangan negeri (Dun) Sarawak 2006: ciri-ciri dan keberkesanannya. Proceedings

STSS 2008, 143-150.

Razali, M. M., & Nor, W. A. W. M. MASYARAKAT DAN POLITIK DI MALAYSIA: SATU

TINJAUAN RINGKAS.

Jurdi, F. (2018). Pengantar Hukum Pemilihan Umum. Kencana.

Akbar, I. (2016). Demokrasi dan gerakan sosial (Bagaimana gerakan mahasiswa terhadap

dinamika perubahan sosial). Jurnal Wacana Politik, 1(2), 107-115.

Asshiddiqie, J., Revisi, E., & RI, K. M. K. (2006). Partai Politik dan Pemilihan Umum

Sebagai Instrumen Demokrasi. J urnal, 6.

Hasan, M., & Salleh, H. M. (2021). PRU-14: Berakhirnya Era Kegemilangan

Konsosiasionalisme. Selangor Humaniora Review, 5(1), 303-318.

Yamamoto, M., & Kushin, M. J. (2013). More harm than good? Online media use and

political disaffection among college students in the 2008 election. Journal of

Computer‐Mediated Communication, 19(3), 430-445.

Anda mungkin juga menyukai