Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN WAKIL MURID

MAJLIS RESTU ILMU


SK TAMAN SUTERA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sejambak kasih titipan khas buat Tuan Pengerusi Majlis,


Yang berusaha, ayahanda Guru Besar yang kami hormati,
En. Mohamad Bin Sohaini
Yang dihormati, ayahanda
Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru SK Taman Sutera,
En Ariffin Bin Bostani,
Barisan Guru Penolong Kanan dan guru-guru yang dihormati lagi
disayangi, Para ibu bapa yang dikasihi, dan rakan-rakan seperjuangan
sekalian.

Ucapan jutaan terima kasih dan rakaman penghargaan ini saya tujukan khusus kepada
pihak pengurusan Majlis Restu Ilmu UPSR 2015, kerana memberi kepercayaan dan
peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis ‘keramat’
yang dianjurkan khusus buat kami yang akan menduduki pepriksaan UPSR, pada pagi
hari Selasa,8 haribulan September sehingga 10 haribulan September,2015.
Kesempatan pada pagi ini merupakan suatu detik bersejarah bagi diri saya kerana
dapat menyampaikan ucapan sebagai wakil pelajar dalam majlis seperti ini.

Guru-guru yang kami sanjungi,


Kami sedar bahawa dalam usaha untuk memanusiakan manusia seperti kami, guru-
guru sering kali berhadapan dengan pelbagai karenah dan cabaran; ada yang
menyakitkan hati; ada yang menghampakan harapan; ada yang menggembirakan; ada
yang melucukan; dan ada yang menyeronokkan. Segala pengalaman pahit manis
ditelan dengan penuh sabar; sehingga kami dapat merasakan bahawa guru-guru di
sekolah ini bukan sekadar guru biasa, malah adakalanya berperanan sebagai ibu
dan bapa kepada kami; sakit pening kami dan kebajikan kami sentiasa diambil
berat; kemajuan akademik kami dan keterampilan sahsiah kami sentiasa diberi
perhatian; kerja rumah, modul,folio, kerja kursus, latihan pengukuhan dan pelbagai
tugasan kami akan diperiksa. Pendek kata soal masa depan kami sering
merungsingkan guru-guru sekalian. Selain tunjuk ajar, guru-guru turut menjadi
tempat rujukan kami untuk meleraikan kekusutan dan segala macam perkara,
termasuklah perkara-perkara yang bersifat peribadi. Guru-guru adalah segala-galanya
buat kami, terima kasih cikgu! Sesungguhnya, kesediaan guru-guru untuk membantu
kami amatlah kami hargai dan sanjungi.

Tenang-tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi guru-guru rasa nak junjung.

Teks Wakil Murid Majlis Restu Ilmu oleh Cikgu Aidil Page
Terima kasih cikgu! Halalkan segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Restuilah
kami dan doakanlah kejayaan kami dalam peperiksaan UPSR yang kami nantikan
penuh debar dan persediaan ini.

Akhirulkalam, sebelum saya menyerahkan majlis ini kepada Tuan Pengerusi Majlis,
saya selaku wakil murid sekalian ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih kepada para guru sepanjang kami dididik
daripada tahun 1 sehinggalah tahun 6, yang telah sudi menabur bakti demi
kecemerlangan hidup kami di hari muka. Segala jasa dan pengorbanan guru-guru tidak
dapat kami balas, justeru kami serahkan kepada Allah jua untuk membalasnya.

Dirunduk hanyalah padi


Diendang sigadis desa;
Yang baik hanyalah budi,
Dikenang hanyalah jasa.

Budi bahasa tak jual beli,


, Orang berbudi kita berbahasa;
Pekerti mulia pakaian diri,
Orang memberi kita merasa

Sedikit tanda ingat, banyak tanda ada, kasih kepada yang sudi, meminta kepada yang
ada dan bertanya kepada yang tahu.

Sekian, waillahitaufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Saya dengan rendah hati menyanjung guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Sutera.
Terima kasih.

Teks Wakil Murid Majlis Restu Ilmu oleh Cikgu Aidil Page

Anda mungkin juga menyukai