Anda di halaman 1dari 2

BMMB3183

Soalan Latihan:
1. Huraikan konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan
dua bibir bersuara [b] dengan memberikan contoh perkataan yang betul.

2. Perincikan kepentingan diftong dan digraf dalam bahasa Melayu berserta


contoh.

3. Pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan tentang bidang fonetik


dan fonologi.
Jelaskan konsep fonetik dan fonologi dengan membandingkan maksud kedua-
duanya.

4. Terdapat tiga bidang kajian fonetik iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan
fonetik auditori.
Perihalkan ketiga-tiga aspek kajian bidang fonetik tersebut.

5. Fonem suprasegmental juga disebut fonem suprapenggalan iaitu ciri-ciri atau


sifat bunyi yang menumpangi sesuatu fonem.
Huraikan fonem suprasegmental bahasa Melayu berserta huraian dan contoh
yang jelas.

6. Alat artikulasi merangkumi alat artikulasi pasif dan aktif.


Huraikan peranan alat artikulasi dalam penghasilan bunyi vokal dan konsonan.

7. Bunyi-bunyi konsonan separuh vokal dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] dan konsonan separuh vokal
lelangit keras bersuara [j]
Ilustrasikan proses penghasilan dua bunyi konsonan separuh vokal tersebut.

8. Perincikan maksud fonetik dan jenis-jenisnya.

9. Huraikan Fonem Konsonan Pinjaman dalam bahasa Melayu beserta contoh.


10. Analisis cara penghasilan bunyi vokal
- Vokal hadapan
- Vokal belakang
- Vokal tengah

11. Bezakan cara pengujaran bunyi konsonan sengauan dalam bahasa Melayu.

12. Hubung kaitakan kepentingan fonem suprasegmental bahasa Melayu kepada


pendeklamator sajak.

Anda mungkin juga menyukai