Anda di halaman 1dari 25

AUTOKLAF

Learning Outcome
Learning Outcome

• Describe the component of Autoclave


and their function of each component.

• Explain basic principles and how the


handling and maintenance Autoclave.

Pengenalan
• alat untuk pensterilan pelbagai peralatan
dan bahanuji atau media kultur yang
digunakan dalam makmal mikrobiologi
menggunakan wap panas / haba lembab
bertekanan tinggi pada tempoh tertentu
• Tekanan yang digunakan : 15 Psi atau
sekitar 2 atm
• Suhu 121oC (250oF).
• Tempoh masa : 15-20 minit
Fungsi Autoklaf

Decomtaminasi sampel
yang berinfeksi sebelum
dibuang
Komponen –komponen Autoklaf
Pengukur Tekanan
Termometer
injap
Penutup Autoklaf
tekanan
Injap Pengeluar wap

Skru Pengetat

Suiz Timer
on/off Suiz penyelaras
tekanan
Aras Air Ruang chamber
autoklaf

Air Paip
Pemanas Wayar pembuangan
sambungan air
Fungsi Komponen Autoklaf
Komponen Fungsi
Pengukur Mengukur Tekanan
Tekanan
Penutup Menutup bahagian atas autoklaf
Autoklaf
Skru pengetat Mengetatkan penutup autoklaf supaya boleh
memberikan keadaan vakum
Injap tekanan Mengeluarkan tekanan dalam autoklaf
Injap pengeluar Mengeluarkan wap air yang berlebihan semasa
wap proses autoklaf
Termometer Mengukur suhu dalam autokalf
Timer Menentukan masa untuk autoklaf
Suiz Menyelaraskan tekanan dalam autoklaf
penyelaras
tekanan
Fungsi Komponen Autoklaf
Komponen Fungsi
Pemanas Memanaskan air
Penanda aras Takat maksimum bagi pengisian air dalam autoklaf
air
Ruang Tempat meletakkan alatan/media
chamber
autokalf
Wayar Menyambung elektrik ke autoklaf
penyambung
Suiz on/off Membuka dan menutup autoklaf
Paip Membuang air di dalam autoklaf jika berlebihan
pembuangan atau selepas digunakan.
air
Prinsip Asas Autoklaf
• Berdasarkan sifat thermodinamik air dimana tekanan
akibat pendidihan air (wap) akan memindahkan tenaga
haba kepada elemen yang memerlukan pensterilan

• Proses ini dikenali sebagai pensterilan haba lembab

• Apabila tekanan dalam autoklaf meningkat dari tekanan


atmosphera, suhu pendidihan air juga akan meningkat.
Peningkatan tekanan berkadar terus dengan suhu.

• Cthnya: Pada 15psi, suhu pada wap air akan meningkat


pada 121oC dimana semua spora dan kritikal protein dan
asid nukleik cell akan termusnah dalam tempoh 15 – 30
minit
Jenis-Jenis Autoklaf

• Ada 2 jenis:
a. Gravity Displacement Autoclave
b. Vacuum Assisted Autoclave
Gravity Displacement Autoclave
• Udara dalam ruang autoklaf dipindahkan hanya berdasarkan
graviti

• Prinsipnya adalah berdasarkan keringanan wap


dibandingkan dengan udara, sehingga udara berada di
bawah wap.

• Cara kerjanya bermulai dengan kemasukan wap melalui


bahagian atas autoklaf sehingga udara tertekan ke bawah.

• Secara perlahan, wap mulai semakin banyak sehingga


menekan udara ke bawah dan keluar melalui saluran di
bahagian bawah autoklaf, sehingga suhu meningkat dan
terjadi sterilisasi. Autoklaf ini dapat bekerja dengan cakupan
suhu antara 121-134 °C dengan waktu 10-30 minit.
Gravity Displacement Autoclave
Kebaikan:
- Banyak digunakan dan murah
- Mudah dikendalikan
- Sesuai untuk pensterilan bahan kontaminasi, cecair &
peralatan
Kelemahan:
- Tidak efektif bagi bahan/barangan yang mudah
memerangkap udara seperti selimut, bekas pembalut
- Mengambil masa lama
- Bahan yang diautoklave masih panas & basah
Vacuum Assisted Autoclave
• Autoklaf ini dilengkapi pam yang memindahkan
hampir semua udara dari dalam autoklaf.
• Cara kerjanya bermula dengan pengeluaran udara
dari dalam autoklaf yang b erlaku selama 8-10
minit.
• Ketika keadaan vakum terjadi, wap dimasukkan ke
dalam autoklaf. Akibat kevakuman udara, seluruh
permukaan alataan/bahan akan diwapkan dan
meningkatkanan suhu sehingga proses sterilisasi
berlangsung.
• Autoklaf ini bekerja dengan suhu 132-135 °C
dengan waktu 3-4 minit
Vacuum Assisted Autoclave
Kebaikan:
- Cepat
- Bahan yang diautoklave kering
- Sesuai digunakan bahan yang porous
(tuala, selimut)

Kelemahan:
- Mahal
- Tidak sesuai untuk cecair
Cara Kalibrasi Autoklaf

• Untuk mengesan autoklaf berfungsi


dengan baik atau sempurna,
beberapa kaedah digunakan untuk
menguji keupayaan autoklaf.
• Pengujian autoklaf dilakukan dengan :
a. Menggunakan indikator biologi –
Attest
b. Mengunakan pita pelekat autoklaf
Peralatan Attest

• Ampul mengandungi spora bakteria


tahan haba, Bacillus stearothermophilus
• jika bakteria ini tidak musnah pada suhu
yang paling tinggi, bakteria akan
membiak dengan menukarkan warna pH
sensitif kimia Attest menjadi warna
kuning
• jika musnah kekal warna unggu Attest
• biasanya diguna dalam autoklaf yang
besar (pembuangan barangan surgical)
Pita Pelekat Autoklaf

• Pita pelekat Autoklaf akan dilekatkan


pada bekas/pembalut yang hendak
diautoklaf
• Jika autoklaf berfungsi dengan baik,
pita pelekat tersebut akan bertukar
menjadi hitam berbelang
Prosedur Autoklaf

a. Sebelum melakukan sterilisasi periksa dahulu paras air


dalam autoklaf. Jika air kurang dari aras yang
ditentukan, tambah air sehingga aras tersebut. Gunakan
air suling, untuk mengelakkan terbentuknya kerak dan
karat.
b. Masukkan peralatan dan bahan yang telah dilekatkan
dengan pita autoklaf, jika untuk mensterilkan botol yang
berisi cecair, penutup botol perlu dilonggar dan isi
separuh cecair dalam botol.
c. Medium yang akan disterilkan ditempatkan di dalam
autoclave selama 15-20 minit, bergantung pada berapa
banyak barang yang perlu disterilkan
• Medium botol /testtiub/ bungkusan peralatan yang
kecil perlu diletakkan di dalam bakul besi dan
dimasukkan ke dalam ruang chamber.
• Tutup autoklaf dengan rapat dan ketatkan skru
pengetat agar tiada wap keluar dari bibir autoklaf
• Setelah pintu autoclave ditutup rapat, barulah injap
wap dibuka dan suhu akan naik perlahan-lahan
sampai 121oC
• Hidupkan autoklaf, Set timer pada tempoh masa
15 minit dan suhu 121oC
.
• Tunggu sehingga air mendidih sehingga
wapnya memenuhi kompartemen autoklaf
dan keluar dari injap wap
• Tutup injap wap dan tekanan sehingga
tekanan mencapai 15psi(2atm) selama 15
minit
• Jika telah selesai ,alarm akan berbunyi,
tunggu tekanan turun sehingga tekanan di
autoklaf sama dengan tekanan di
persekitaran (penunjuk tekanan 0)
• Kemudian buka skru pengetat dan
keluarkan bahan yang diautoklaf dengan
hati-hati.
Langkah Kewaspadaan
• Peralatan yang hendak disteril perlu dibungkuskan
dengan kertas surih/minyak
• Botol yang mengandungi cecair perlu dilonggar dan
mengisi hanya separuh dari isipadu botol
• Bahan-bahan yang kecil hendak disusun dalam
bakul/rak
• Semua bahan yang handak diautoklaf perlu
dilekatkan dengan pita autoklaf
• Pastikan tekanan dalam autoklaf telah turun
sebelum membuka penutup autoklaf
• Buka separuh permukaan atas waste yang hendak
didekontaminasi
Cara Penyelengaraan Autoklaf
• Apabila autoklaf telah selesai digunakan, maka air yang
ada di dalam autoklaf perlu dikeluarkan dan bahagian
chamber perlu dilap kering.
• Simpan autoklaf pada tempat yang kering dan bersih
• Keluarkan segala bekas di dalam chamber autoklaf

• Pastikan autoklaf ditutup suisnya.


• Pastikan penutup autoklaf ditutup rapat selepas
digunakan
• Jika berlaku kerosakkan pada autoklaf, jangan perbaiki
sendiri, panggil wakil syarikat pembekal untuk
membaikinya
• Hanya mereka yang terlatih sahaja boleh mengendalikan
autoklaf melalui kursus /latihan.
Terimakasih

Anda mungkin juga menyukai