Anda di halaman 1dari 3

ADAB-ADAB MUFASSIR.

Beberapa adab yang baik juga telah ditetapkan ke atas para Mufassir membolehkan mereka
mentafsirkan ayat-ayat al-Qur’an, antaranya:

Niat Dan Tujuan Yang Baik

Setiap amal perbuatan bergantung kepada niat. Orang-orang yang melibatkan diri dalam
pentafsiran Al-Qur’an perlu memiliki adab ini dan perlu menjauhkan diri daripada tujuan-
tujuan duniawi yang akan mengheret mangsanya ke arah kehinaan.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a., katanya "Aku dengar
Rasulullah s.a.w. bersabda, hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi setiap orang
apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan sesiapa hijrahnya kepada dunia yang akan
diperolehinya atau perempuan yang ingin dinikahinya,maka hijrahnya kepada akan yang ia
inginkan."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berakhlak Mulia

Mufassir adalah bagaikan seorang pendidik yang didikannya tidak akan mempengaruhi jiwa
seseorang selama ia tidak menjadi role model kepada masyarakat meneruskan budi pekerti
yang mulia. Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk, merupakan dua jenis tingkahlaku yang
berlawanan dan terpancar daripada dua sistem nilai yang berbeza. Kedua-duanya memberi
kesan secara langsung kepada kualiti individu dan masyarakat. lndividu dan masyarakat yang
dikuasai dan dianggotai oleh nilai-nilai dan akhlak yang baik akan melahirkan individu dan
masyarakat yang sejahtera. Begitulah sebaliknya jika individu dan masyarakat yang dikuasai
oleh nilai-nilai dan tingkahlaku yang buruk, akan porak peranda dan kacau bilau. Masyarakat
kacau bilau, tidak mungkin dapat membantu tamadun yang murni dan luhur.
Sejarah membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu yang inginkan kejayaan bermula
daripada pembinaan sistem nilai yahg kukuh yang dipengaruhi oleh unsur-unsur kebaikan
yang terpancar daripada aqidah yang benar. Masyarakat itu runtuh dan tamadunnya hancur
disebabkan keruntuhan nilai-nilai dan akhlak yang terbentuk daripadanya. Justeru itu, akhlak
mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan
insan serta keluhurannya. Martabat manusia akan menurun setaraf haiwan sekiranya akhlak
runtuh dan nilai-nilai murni tidak dihormati dan dihayati. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang
mulia.” (Riwayat al-Baihaqi)

Taat Dan Beramal

Sesuatu ilmu akan mudah diterima oleh orang-orang yang mempraktikannya berbanding
dengan orang-orang yang hanya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi tetapi tidak beramal
dengannya. Tingkah laku yang mulia hasil daripada ilmu pengetahuan dan amalannya akan
menjadikan seseorang mufassir sebagai sumber inspirasi yang baik kepada masyarakat untuk
menyelesaikan masalah-masalah agama sebagaimana yang disarankan olehnya.
“Jika mereka beramal dengan apa yang diturunkan oleh Allah nescaya Dia menjamin rezeki
mereka dengan menurunkan hujan, hasil bumi yang berkat kepada mereka sebagai kurniaan
Allah, sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-Anfal ayat 96 kepada orang-orang yang
beriman yang bermaksud: "Kalaulah penduduk negeri itu beriman dan bertakwa nescaya
Kami bukakan kepada mereka keberkatan yang datang dari langit dan bumi."

Berjiwa Mulia

Seseorang yang mempunyai pengetahuan yang tinggi perlu menjauhkan diri daripada
perkara-perkara remeh dan tidak pula mengharapkan pangkat dan penghormatan manusia.
Al-Qur`an mengkhabarkan kepada kita bahawa manusia beriman pada kenyataannya adalah
orang-orang yang sangat bermurah hati. Akan tetapi, konsep Al-Qur`an tentang akhlaq mulia
agak berbeza dari yang secara umum ditemukan dalam masyarakat. Manusia mewarisi sifat
santun dari keluarga mereka atau menyerapnya dari lingkungan masyarakat sekitar. Akan
tetapi, pengertian ini berbeza dari satu strata ke strata lain. Wujud keluhuran budi yang
berlandaskan nilai-nilai qur`ani, walau bagaimanapun, melebihi dan di atas nilai dari
pemahaman mana pun, kerana ia tidak akan pernah berubah, baik oleh keadaan maupun
manusia. Mereka yang menyerap unsur akhlaq mulia, sebagaimana pandangan Al-Qur`an,
memandang setiap manusia sebagai hamba-hamba Allah, dan kerana itu memperlakukan
mereka dengan segala kebaikan, walaupun tabiat mereka mungkin saja tidak sempurna.
Orang-orang semacam ini menjauhi penyimpangan dan tingkah laku yang tidak patut, teguh
dalam pendirian, bahwa berketetapan dalam kebaikan mendatangkan kasih sayang Allah,
sebagaimana ditandaskan dalam sebuah hadis, "Allah itu baik dan menyukai kebaikan dalam
segala hal." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bersikap Tawadu` Dan Lemah Lembut

Kesombongan ilmiah adalah dinding yang menghalangi seseorang yang berilmu daripada
memanfaatkan ilmunya kepada dirinya sendiri dan juga orang lain.
Lawan dari sifat tawadhu’ adalah takabbur (sombong), sifat yang sangat dibenci Allah dan
Rasul-Nya. Rasulullah mendefinisikan sombong dengan sabdanya:
“Kesombongan adalah menolak kebenaran dan menganggap remeh orang lain.” (Riwayat
Muslim)

Anda mungkin juga menyukai