Anda di halaman 1dari 7

PBTP 3043

PEDAGOGI TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT 2

TAJUK:

REFLESKI SIMULASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:


MAHARAT ALQURAN
(MAKRIFAT AL-TA’RIF AL-QURAN)

NAMA PENSYARAH:

USTAZ MUHAMMAD HANIF BIN ALI

NO. NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIK


1. MOHAMAD FAKHRUL ADDIN BIN MOHD NOOR 21BE03012
2. MUHAMMAD IQH’MAL BIN ROSTAM 21BE03018
3. WIJDAN BIN SAIPODDIN 21BE03019
4. MUHAMMAD AL-BARI BIN PADIL 21BE03024

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN

(PENDIDIKAN TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT)

FAKULTI PENDIDIKAN

BE03 5A

SESI 1 2023/2024
SET INDUKSI

KEKUATAN
-Pada set induksi, guru berjaya menarik perhatian pelajar dengan menunjukkan gambar Gua hira’
melalui pertanyaan “Siapa tahu ini gambar apa?”, Kisah apa yang berlaku dalam Gua ini?”.
Disini dapat menguji pengetahuan sedia ada murid. Pelajar dapat memberi fokus semasa
pembelajaran berlangsung.

KELEMAHAN
-Semasa set induksi berlangsung, guru menggunakan saiz ukuran gambar yang kurang sesuai.
Selain itu, apabila guru ingin mempamerkan gambar Gua Hira’ tersebut kepada pelajar, guru
bergerak terlalu laju sehingga pelajar tidak nampak dengan jelas dan terpaksa berkata kepada
guru “Ustaz, saya tak nampaklah”.
-Semasa memberi penerangan pada set induksi, guru kurang menggunakan elemen sentuhan
kepada pelajar.

PENYELESAIAN
-Guru perlu menyediakan gambar yang besar dan menggunakan visual yang lebih jelas supaya
semua pelajar di dalam kelas nampak dengan jelas. Sekirannya gambar atau bahan yang
dipegang itu kecil, guru perlu bergerak dan mempamerkan visual tersebut secara perlahan-
perlahan kepada setiap pelajar. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah untuk memahami
dengan lebih fokus berkenaan apa yang dilakukan oleh guru.
KEMAHIRAN MENERANG 1&3(TAKRIF AL-QURAN
&PERBEZAAN AL-QURAN DAN MUSHAF)

KEKUATAN
-Dalam simulasi pengajaran guru dapat menyampaikan kandugan pembelajaran dengan baik
serta memberi penerangan yang jelas ketika menerangkan mengenai isi pembelajaran.
-Guru menggunakan papan putih sebagai alat bantuan mengajar dimana guru dapat
menggunakan papan putih untuk menerangkan dengan baik.Guru juga mampu menulis dengan
baik,kemas dan menggunakan saiz tulisan yang sesuai untuk dibaca oleh pelajar.

KELEMAHAN
-Semasa sesi pengajaran dijalankan,tiada aktiviti sampingan sewaktu guru menulis isi
pembelajaran di papan putih yang mengakibatkan pelajar tidak melakukan sebarang aktiviti.
-Guru tidak melaksanakan aktiviti pembacaan takrif secara bergilir-gilir.Meskipun telah
dirangcang oleh guru untuk melakukan aktiviti pembacaan takrif al-quran dari segi Bahasa dan
istilah secara bergilir untuk meningkatkan tahap kesediaan dan tumpuan pelajar.Namun sewaktu
sesi pengajaran guru tidak melakukan aktiviti tersebut malah menukar kepada pembacaan takrif
secara elektif iaitu guru memilih pelajar tertentu Sahaja untuk membaca takrif al-quran tersebut.
-Sewaktu guru menggunakan papan putih,guru mengambil masa yang terlalu lama untuk menulis
bahan pengajaran.
-Menulis perbezaan antara al-quran dan mushaf dengan kaedah yang kurang sesuai dimana guru
menulis perbezaan tanpa meletakkannya didalam jadual.Perkara ini boleh menimbulkan
kekeliruan dalam kalangan pelajar.
-Guru tidak meletakkan baris pada penulisan ayat al-quran mahupun kalimah yang berbahasa
Arab.
PENYELESAIAN

-Guru sewajarnya melakukan aktiviti sampingan ketika menulis isi pembelajaran agar sesi
pembelajaran tidak sunyi serta menghilangkan tumpuan pelajar ketika guru sedang menulis.
-Menggunakan masa yang minimum ketika menulis di papan putih bagi memberi ruang untuk
melaksanakan langkah-langkah pengajaran.
-Melebihkan interaksi antara pelajar dan guru bagi memastikan pelajar kekal fokus dan
bersemangat ketika guru sedang menulis.
-Mengasingkan perbezaan bagi dua perkara dengan menulisnya menggunakan jadual atau kotak
bagi pelajar lebih mudah memahami akan perbezaan yang ditulis di papan putih.
-Guru seharusnya meletakkan baris pada penulisan kalimah berbahasa Arab bagi mengelakkan
kekeliruan dalam kalangan pelajar untuk membaca tulisan tersebut. Hal ini kerana, kebanyakan

pelajar masih belum mampu membaca tulisan Arab tanpa baris.

KEMAHIRAN MENERANG 2(NAMA-NAMA AL-QURAN)

KEKUATAN
-Kemahiran variasi ransangan dilakukan oleh guru dengan baik dimana guru bergerak
disekeliling bilik darjah dan perubahan pergerakan anggota guru dimanfaatkan dengan baik.

-Guru dapat mengubah fokus deria pelajar sewaktu sesi pengajaran daripada melihat bahan yang
digunakan oleh guru dan kemudian mendengar bacaan al-quran daripada guru diselangi dengan
pelajar membaca ayat al-quran bersama-sama guru.
-Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru bertepatan dan sesuai dalam mengajar pelajar
iaitu menggunakan papan yang bertulis nama-nama al-quran serta dalilnya.
KELEMAHAN
-Guru memberi arahan kepada pelajar untuk mencari dalil didalam al-quran hanya dengan
panduan yang bersahaja.Ia mengakibatkan pelajar akan mengambil masa yang agak lama semasa
sesi pengajaran hanya untuk mencari dalil didalam al-quran.
-Sewaktu sesi pengajaran berlangsung,guru tidak memberikan makna bagi setiap nama-nama al-
quran yang boleh mengakibatkan pelajar kurang memahami tentang perbezaan bagi setiap nama-
nama alquran itu sendiri.
-Guru bergerak sambal membawa bahan bantu mengajar iaitu papan yang mengandungi tulisan
nama-nama al-quran dan dalil yang mengakibatkan pelajar tidak dapat untuk membaca dan
memberi fokus yang lebih pada bahan tersebut.

PENYELESAIAN
-Guru boleh memberi panduan dengan lebih jelas dan mudah kepada pelajar agar tdak memberi
kesukaran kepada pelajar untuk mencari dalil didalam al-quran dan dan dapat menjimatkan masa
untuk guru mengajar.
-Guru boleh menjelaskan maksud setiap nama-nama lain bagi al-quran supaya pelajar dapat
memahami dengan lebih baik dan dapat membezakan perbezaan bagi setiap nama-nama bagi al-
quran itu sendiri.
-Bahan yang digunakan oleh guru itu boleh diletak atau ditampal dihadapan kelas supaya pelajar
boleh membaca dan menulusuri dengan lebih baik.
AKTIVITI

KEKUATAN
-Guru ada menggunakan elemen sentuhan sebagai kelebihan untuk peneguhan pelajar.

KELEMAHAN
-Guru tidak membuat aktiviti secara menyeluruh yang tidak melibatkan kesemua pelajar didalam
bilik darjah.Ia akan menyebabkan ada sebilangan pelajar akan terasa dipinggirkan.
-Arahan daripada guru kurang jelas ketika memberi arahan untuk membuat aktiviti sehingga ada
pelajar yang keliru dan bertanyakan semula arahan yang diberikan kepada guru.

PENYELESAIAN
-Semasa aktiviti hendak dijalankan,semua pelajar didalam bilik darjah harus dilibatkan oleh
guru supaya tiada pelajar yang terasa asing dan disisihkan.
-Guru seharusnya lebih bersedia dengan arahan yang hendak diberikan supaya lebih mudah
untuk pelajar memahami dan tiada salah faham antara guru dan pelajar.Arahan tersebut juga
hendaklah mudah dan senang difahami.
PENUTUP

KEKUATAN
-Guru mengulang kembali kesemua topik pembelajaran yang dipelajar oleh pelajar sewaktu sesi
pengajaran.

KELEMAHAN
-Penutup terlalu ringkas,pendek dan cepat.Hal ini kerana guru menghadapi kekangan masa
sewaktu sesi pengajaran.

PENYELESAIAN

-Guru seharusnya menutup sesi pembelajaran dengan menggunakan penutup kognitif serta social
di mana guru seharusnya mengulang kembali semua yang telah diajar secara ringkas bersama
pelajar dan membuatkan pelajar bersemangat untuk menjalani sesi pembelajaran yang akan
datang.

Anda mungkin juga menyukai