Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal : 3/14

Minggu Praktikum : KETIGA

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 2 - 6 Februari 2015

Tajuk Jurnal : Masalah Murid Tidak Mahu Datang Ke Sekolah

1) Masalah / Peristiwa

Pada minggu ini saya dan rakan telah menghadapi masalah yang sama dengan minggu
lepas iaitu murid menangis dan tidak mahu datang Sekolah. Pada 3 Februari 2015,
seorang murid yang bernama Danieal datang ke Sekolah bersama-sama ibunya sambil
menangis. Apabila ibunya mahu meninggalkannya, Danieal mula meronta-ronta dan
menangis dengan lebih kuat supaya ibunya tidak meninggalkannya. Danieal telah
menarik-narik tangan ibunya. Ibu danieal cuba untuk memujuk danieal supaya berhenti
menangis. Ibu danieal melepaskan pegangan danieal dan terus beredar meninggalkan
danieal di kelas Prasekolah. Saya dan rakan terus memegang Danieal dan memujuknya.
Tidak lama selepas itu Danieal berhenti menangis tetapi dia hanya duduk sendirian di
kerusinya dan tidak mahu bersama-sama kawan yang lain.

Pada 5 Februari 2015, seorang lagi murid tidak mahu datang ke Sekolah kerana
apa yang saya dan rakan saya Nor Aisyah dapat lihat, apabila ayahnya menghantarnya
hingga ke pintu kelas, secara tidak langsung dia tidak mahu masuk ke dalam kelas dan
tidak mahu membuka kasut. Afiqah hanya berdiri dan menangis tanpa mahu berganjak
apabila ditarik oleh ayahnya. Rakan saya terus keluar untuk mendapatkan Afiqah dan
mengajaknya membuka kasut dan masuk ke dalam kelas dan dia hanya mengikut apa
yang rakan saya minta. Ayahnya terus beredar dari situ dan Afiqah tidak lagi
menghalangnya ayahnya daripada pergi meninggalkannya.

2) Analisis

Masalah ini merupakan masalah yang sama berlaku seperti minggu lepas iaitu murid
menangis dan tidak mahu datang ke Sekolah tetapi berlainan murid. Apabila ditanya
kepada Danieal kenapa dia tidak mahu datang ke Sekolah, jawapannya adalah dia
terlewat bangun dan tidak mahu ke sekolah kerana sudah terlambat. Jadi, apabila ibunya
tetap menghantarnya hingga ke pintu kelas, itulah penyebab Danieal menangis dan
memberontak tidak mahu melepaskan ibunya. Ini terjadi kerana Danieal takut dia akan
dimarahi oleh guru kerana datang lewat walaupun guru tidak memarahinya. Namun
begitu, amat berbeza sekali dengan Afiqah dimana jika ditanya mengapa dia menangis
dan tidak mahu ke sekolah, dia hanya diam membisu. Tidak lama selepas itu, Afiqah
datang kepada rakan saya dan bertanya bilakah dia boleh pulang ke rumah. Rakan saya
terus menjawab kepadanya bahawa selesai sahaja belajar untuk hari itu, dia boleh pulang
ke rumah. Rakan saya terus memujuknya supaya duduk bersama rakan lain di atas tikar
dan Afiqah hanya menurut sahaja.

Hal yang demikian terjadi disebabkan murid-murid ini masih belum boleh
menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana di Sekolah kerana mereka masih muda
untuk memahami tujuan dan kepentingan pergi ke Sekolah. Selain daripada itu juga,
peranan ibubapa juga amat penting bagi memupuk semangat anak-anak mereka supaya
cintakan sekolah dan mereka perlu melatih anak-anak supaya lebih berdisiplin dan
berdikari dengan tidak menghantar anak-anak mereka sehingga ke pintu kelas kerana
dikhuatiri akan membuatkan anak-anak mereka tidak mahu melepaskan ibubapa masing-
masing pergi.

3) Cadangan Tindakan Susulan

Bagi memastikan masalah ini dapat diatasi pada masa akan datang, guru seharusnya:

 Bergaul dengan lebih mesra dengan murid setiap kali mereka sampai ke Sekolah
dan membuat sesuatu aktiviti yang menyeronokkan supaya murid berasa seronok
untuk datang ke Sekolah.
 meyakinkan murid-murid supaya mereka dapat berdikari tanpa ada ibubapa di sisi
dan memberitahu mereka bahawa guru sentiasa ada untuk mereka sepanjang
berada di sekolah.

4) Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba menyelesaikan masalah ini dalam masa dua minggu untuk memastikan
masalah tidak mahu datang ke sekolah dapat diatasi dan mengubah persepsi kanak-kanak
daripada takut kepada seronok datang ke sekolah kerana mempunyai ramai kawan.
Disemak oleh Guru Pembimbing: Disahkan oleh Pensyarah Penyelia:

Tandatangan: ....................................... Tandatangan: .....................................

Nama: .................................................... Nama : .................................................

Tarikh : ................................................. Tarikh : ...............................................

Anda mungkin juga menyukai