Anda di halaman 1dari 17

Bab 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Projek

Projek ini adalah hasil gabungan daripada satu kumpulan. Projek yang dicadangkan
dalam membina tempat duduk ambil air wudhuk di surau fardhu ain yang berada di blok A
kawasan Kolej Vokasional Matang. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, terdapat isu
kemudahan yang menyebabkan tempat itu perlu ditambah baik untuk kegunaan semua.
Antara isu tersebut adalah menyediakan kemudahan mengambil air wudhuk tanpa perlu
berdiri.

1.2 Latar Belakang Projek

Pemilihan tajuk merupakan peringkat awal dalam pelaksanaan projek tahun akhir.
Pemilihan projek dilaksanakan berdasarkan masalah yang terdapat di kawasan projek yang
dipilih. Pemilihan projek membina bangku ambil wudhuk di surau fardhu ain dipilih kerana
kawasan tersebut terdapat masalah yang dihadapi.

Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaiannya, begitu juga dengan masalah yang
dihadapi di kawasan projek yang dipilih. Berdasarkan projek yang dipilih, terdapat beberapa
cadangan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan terdapat beberapa penyataan masalah


yang dihadapi. Antaranya ialah keadaan mengambil air wudhuk dengan posisi yang berdiri
adalah kurang selesa untuk warga yang berumur dan golongan yang kurang upaya. Ramai
warga perempuan kolej yang menggunakan surau tersebut. Sebelum ini, mereka hanya
menggunakan satu kerusi plastik untuk pensyarah yang sukar untuk mengambil wudhuk
dalam keadaan berdiri. Ia juga memakan masa yang lama untuk menunggu giliran mengambil
wudhuk menggunakan kerusi tersebut.

Selain itu, keadaan di kawasan tersebut juga licin. Dengan keadaan mengambil
wudhuk dalam posisi berdiri, air akan tepercik ke bahagian lain, jadi ia agak bahaya apabila

1
menggunakan kerusi plastik tersebut. Oleh sebab itu, bangku akan dibina untuk mengelakkan
berlakunya kecelakaan pada pengguna surau tersebut.

1.4 Tujuan Projek

Tujuan pemilihan projek ini adalah untuk memudahkan semua golongan untuk
mengambil wudhuk tanpa berdiri. Selain itu, tempat duduk ini dapat mengurangkan kes
tergelincir di bilik wudhuk ketika mengambik wudhuk. Tujuan tempat duduk dibina juga
bukan dari segi keselamatan tetapi pembinaan tempat duduk ini dibina agar kelihatan
menarik dan estetik. Tempat duduk ini juga dapat memberikan keselesaan kepada warga
umum.

1.5 Objektif

Objektif projek ini adalah seperti berikut :


i. Tempat duduk mengambil wudhuk yang selesa untuk para muslimin dan muslimah.
ii. Memudahkan warga emas untuk mengambil wudhuk.
iii. Tempat duduk yang selamat untuk digunakan.

1.6 Skop Kerja


i. Tempat duduk ini selesa dan selamat untuk semua jenis umur.
ii. Kemasan yang dirancang adalah lepaan serta penggunaan tiles agar kelihatan estetik.
iii. Penggunaan tempat duduk boleh digunakan mana-mana pelajar atau bukan pelajar
tidak kira saiz badan mereka.

2
1.7 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, bab ini hanya menjelaskan berkaitan pengenalan projek, latar
belakang projek, penyataan masalah, tujuan projek, objektif projek dan skop kerja sahaja.
Pengenalan untuk projek ini hanya menjelaskan tentang projek yang akan dilaksanakan dan
projek tersebut dapat membantu untuk masalah yang dihadapi di kawasan projek yang telah
dipilih. Disebabkan masalah yang dihadapi di kawasan projek yang dipilih, projek membina
bangku ambil wudhuk di surau fardhu ain dijalankan bagi memudahkan warga kolej
mengambil air wudhuk.

3
BAB 2

LITERATUR

2.1 Pengenalan
Pembuatan kerusi duduk di wudhuk mempunyai banyak konsep yang berbeza dari segi
pembuatan oleh kerana dari zaman ke zaman yang semakin canggih atau dikenali sebagai
modern.
Pada permulaan kajian, perancangan dibuat untuk memastikan reka bentuk akan dipenuhi.
Konsep skop projek agar menepati projek yang diingini. Usaha dalam mencari bahan rujukan
adalah satu faktor yang penting bagi menjamin keberkesanan keseluruhan projek dan laporan
disiapkan. Maka dengan ini, beberapa maklumat berkaitan projek telah dicari dan
dikumpulkan agar projek ini dikenali dan dapat berfungsi dengan baik. Hasil kajian akan
diproses dan diterapkan di reka bentuk untuk memenuhi spesifikasi yang tepat dan memenuhi
keperluan projek diploma.

2.2 KONSEP / TEORI


Dalam penghasilan sesebuah projek ini, dengan kaedah konvesional memainkan peranan
masa untuk suatu benda kerja beroperasi dengan lancar dan menjimatkan kos pembuatan.
Dengan adanya kerusi wudhuk ini, para pengguna tidak lagi bersusah payah untuk berdiri
ketika mengambil air wudhuk yang menggunakan banyak tenaga. Hal ini juga sangat sesuai
untuk digunakan secara umum. Pembuatan kerusi duduk ini juga adalah dengan
menggunakan batu baur halus, kasa dawai, simen, jubin dan bata.

BAHAN BINAAN
BATU BAUR HALUS
Kebiasaannya, saiz batu baur halus adalah dalam 5 mm. Batu baur halus atau dikenali sebagai
pasir juga adalah sumber hasil dari sungai dan pasir lombong. Sebelum digunakan, juruaudit
memastikan batu baur halus adlaah berkualiti dan bebas daripada campuran kayu, tanah batu
– batu yang lebih besar dan bahan kotoran yang lain. Pasir haruslah ditapis terlebih dahulu.
Pasir juga tidak boleh mengandungi bahan-bahan organic untuk menampakkan warna yang
lebih gelap berbanding kecerahan asal.

4
SIMEN

Simen bertindak sebagai bahan pengikat dalam bancuhan konkrit. Simen yang hendak
di gunakan mestilah segar. Simen yang baik tidak berbuku-buku atau berketul. Simen yang
telah bertukar menjadi berbuku-buku atau berketul-ketul menunjukkan simen tersebut
terdedah pada cuaca dan telah menyerap lembapan . Jika di gunakan akan mempengaruhi
kekuatan konkrit. Sekiranya buku-buku tersebut boleh di hancurkan dengan tangan, ianya
masih boleh digunakan. Simen Portland terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya, simen
Portland Biasa. Selain itu, simen Portland Cepat Mengeras. Seterusnya, simen Portland Putih
dan Berwarna. Berikutnya, simen Portland kalis air.

BATA MERAH

Bata merupakan salah satu bahan binaan yang terpenting dalam sesuatu projek
pembinaan. Bata berbentuk segi empat bujur, dibuat daripada bahan tak organik yang keras
dan lasak. Saiz dan beratnya direka supaya mudah dipegang dengan sebelah tangan. Ukuran
panjang 2 kali ukuran lebarnya, campur dengan tebal 1 lapisan ikatan mortar, ukuran tebalnya
ialah lebih kurang 2/3 ukuran lebarnya. Pelbagai jenis dan bentuk, bergantung kepada jenis
dan punca bahan mentah dan kegunaannya.

JUBIN

Jubin ialah kepingan bahan tahan lasak seperti seramik, batu, logam atau kaca
diproses yang umumnya digunakan untuk menutup atap, lantai, dinding, pancuran, atau objek
lain seperti meja. Ia kadangkalanya juga boleh merujuk kepada unit serupa yang dibuat dari
bahan-bahan ringan seperti kayu, dan batu galian yang biasanya digunakan untuk
pemasangan di dinding dan siling. Jubin sering digunakan untuk membentuk alas dinding dan
alas lantai yang boleh disusun dari bentuk mudahnya sehingga ke corak mozek rumit. Jubin
jenis nipis boleh digunakan pada dinding yang tidak memerlukan permukaan yang tahan
lasak seperti pada lantai.(Wikipidea, 2020)

5
KASA DAWAI

Kasa dawai adalah lembaran logam yang nipis yang mempunyai corak seperti kain
kasa atau dawai. Kasa dawai akan diletakkan di atas cincin sokongan yang dipasang pada
kaki retort antara pembakar Bunsen dan peralatan kaca untuk menyokong bikar, termos atau
barang kaca lain semasa pemanasan. Beberapa kasa dawai mempunyai pusat seramik. Kasa
dawai yang kosong dapat menyebarkan haba dengan cekap tetapi kain kasa dengan pusat
seramik juga membolehkan haba tersebar lebih sekata. Seramik di tengah kasa dawai
dimasukkan pada tekanan tinggi untuk mengelakkannya mengelupas.

6
2.2 Kesimpulan

Kesimpulanya, bab ini menceritakan latar belakang sesuatu bahan untuk mengenal pasti
bahan yang akan dilakukan dalam pembuatan kerusi duduk wudhuk ini. Kajian literatur juga
dikaji sebelum projek dijalankan agar tiada kesilapan yang berlaku seperti kerugian atau
kelebihan sesuatu ketika projek dijalankan.

Kajian literatur ini juga dijadikan sebagai panduan dalam pemilihan bahan juga dan
dijadikan sebagai bacaan umum untuk kegunaan tempat kemudahan lain seperti tandas,
tempat mencuci tangan dan lain - lain.

7
BAB 3 :

METODOLOGI

3.0 PENGENALAN

Metodologi merupakan satu kaedah yang digunakann untuk menjalankan kajian ke


atas subjek kajian yang tertentu. Dalam bab ini, metodologi menerangkan cara sesuatu
masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan
metodologi adalah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian
kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian. Metodologi penyelidikan merupakan
kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat
menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Perancangan bagi pelaksanaan
yang dijalankan untuk Projek Membina Bangku Mengambil Wudhuk Di Surau Fardhu Ain
mestilah dikaji sebelum menjalankan projek. Langkah-langkah pembinaan bangku yang
digunakan haruslah mengikut kesesuaian bagi mengelakkan berlakunya kesalahan ataupun
kecacatan pada projek tersebut.

8
3.1 CARTA ALIR

CARTA ALIR PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR (PTA)

PTA : SEMESTER 3

Pelajar dan pensyarah /


MULA Penyelia projek

TAKLIMAT PTA Pelajar

PEMILIHAN TAJUK PROJEK, Pelajar dan


PENYEDIAAN PROPOSAL, Pensyarah /
BUKU LOG DAN PROGRES Penyelia projek
PROJEK

PEMBENTANGAN
PROPOSAL, MENGHANTAR Pensyarah /
PROPOSAL, BUKU LOG Penyelia projek
DAN PROGRES PROJEK

MENYEMAK DAN
MENILAI
PEMBENTANGAN Pensyarah /
PROPOSAL, PROPOSAL, Penyelia projek
PROGRES PROJEK DAN
BUKU LOG

PEMBETULAN DITERIMA?

9
10
3.3 SENARAI KUANTITI DAN KOS BAHAN SERTA PERALATAN PROJEK

Berikut merupakan senarai peralatan dan bahan yang akan digunakan semasa
pelaksanaan projek kami.

3.3.1 PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Jadual 1 : Bahan Yang Digunakan

BIL ITEM KUANTITI


.
1. Bata Merah 60
2. Simen 1 beg
3. Pasir 10 kg
4. Jubin 6
5. Kasar Dawai 1 meter

3.3.2 Peralatan Yang Digunakan

BIL. ITEM KUANTITI


1. Baldi Jurutera 3
2. Sudip Bata 3
3. Alat Aras Spirit 1
4. Grinder / Alat pemotong jubin Sebiji
5. Sesiku L 2
6. Benang 1 Gulung

11
3.3.3 Anggaran Kos

Jadual 3 : Anggaran Kos

BIL ITEM HARGA KUANTITI JUMLAH


. SEUNIT / HARGA /
RM RM
1. Bata merah 0.40 60 24
2. Simen 20 1 beg 20
3. Pasir 2.50 10kg 25
4. Tiles / Jubin 2 6 12
5. Kasar Dawai 1 1 meter 1
6. Baldi Jurutera 4.90 3 14.70
7. Sudip Bata 4.50 3 13.50
8. Alat Aras Spirit 24 2 48
9. Grinder / Alat Pemotong Jubin - - -
10. Sesiku L 3.80 2 7.60
11. Benang 4.80 1 gulung 4.80
JUMLAH RM
170.60

12
3.4 LUKISAN PROJEK

13
3.5 KAEDAH KERJA

Kaedah kerja merupakan penerangan berkaitan langkah-langkah kerja yang dilakukan


semasa pelaksanaan projek. Berikut merupakan langkah-langkah kerja yang terlibat dalam
pelaksanaan projek :

1. Memakai kelengkapan pakaian keselamatan (safety shoes, gloves, mask, googles)


2. Persekitaran tempat kerja perlulah bersih sebelum melaksanakan kerja.
3. Menyediakan bahan dan peralatan.
4. Kerja merancang tanda
5. Penggunaan alatan yang betul seperti menggunakan peralatan dengan fungsi yang
betul.
6. Tidak bermain-main semasa melaksanakan kerja.
7. Kaedah kerja perlulah dipatuhi dengan teliti supaya tiada langkah yang tertinggal
semasa melakukan kerja tersebut.
8. Kerja mengikat bata
i. Menyediakan bahan seperti bata,sudip bata,simen,pasir dan baldi jurutera.
ii. Membancuh mortar dengan nisbah 1:3.
iii. Mula mengikat bata dengan mortar yang dibancuh
iv. Memeriksa sama ada kepugakkan dan kerataan adalah stabil.
v. Membuat kemasan pada ikatan.
9. Kerja melepa
i. Membancuh mortar dengan nisbah 1:3
ii. Memastikan mortar tersebut tidak terlalu cair supaya ia senang ditampal.
iii. Kerja melepa dimulakan
iv. Membuat sedikit kemasan pada permukaan lepaan supaya tiada permukaan
yang tidak rata.
10. Kerja pemasangan jubin
i. Memastikan setiap jubin yang dipakai tidak mempunyai kecacatan
ii. Basahkan belakang jubin.
iii. Membancuh cement gum untuk melakukan kerja pemasangan jubin.

14
iv. Kerja pemasangan jubin dimulai
11. Persekitaran tempat kerja dibersihkan selepas kerja disiapkan.
12. Membersihkan semua peralatan yang telah digunakan.
13. Menyimpan peralatan di tempat yang sepatutnya selapas digunakan dan dibersihkan.

3.6 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian ini data akan dikumpulkan melalui maklumat yang diperolehi daripada
borang soal selidik yang mengandungi instrument yang mudah. Dengan itu kami dapat
mengetahui tentang permasalahan yang berlaku dan perkara yang diingini oleh semua warga
Kolej Vokasional Matang.

Berikut merupakan borang yang telah disediakan.

RAJAH 3 : BORANG SOAL SELIDIK

Borang soal selidik tersebut menggunakan skala likert. Skala likert merupakan kaedah yang
digunakan untuk menilai semula pilihan respons yang dibuat oleh responden dan
menganalisis unit-unit respons yang dipersetujui oleh panel.

Berikut merupakan jadual skala likert.

SKALA TAHAP

15
1 SANGAT TIDAK SETUJU
2 TIDAK SETUJU
3 SETUJU
4 SANGAT SETUJU
3.7 KESIMPULAN

Berdasarkan metodologi yang terdapat dalam bab ini, bab ini menerangkan langkah
kerja yang akan dijalankan semasa projek membina bangku ambil wudhuk dijalankan. Setiap
langkah kerja perlulah dipatuhi. Bab ini juga menerangkan berkaitan carta alir serta carta
ghantt. Di samping itu, terdapat lukisan projek dinyatakan dalam bab ini dan pembinaan
projek perlulah dilaksanakan berdasarkan lukisan projek tersebut. Akhir sekali, penggunaan
bahan-bahan dan peralatan juga disenaraikan bersama dengan anggaran kos bahan dan
peralatan tersebut. Penggunaan bahan-bahan hendaklah berkualiti supaya mendapatkan
pembinaan yang berkualiti dan mengurangkan kecacatan pada struktur pembinaan

16
17

Anda mungkin juga menyukai