Anda di halaman 1dari 6

Jelaskan maksud autoriti yang “sah” dan cara mengukur bahawa sesuatu sistem politik itu

dapat diterima sebagai sah oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat politik?

Introduction:

Sains politik adalah sebuah bidang kajian yang sangat komprehensif dalam mengutarakan

konsep konsep dan isu isu politik dan hal ehwal masyarakat politik dalam dunia. Dalam dunia

politik yang selalu berubah ubah ini, isu berkaitan dengan legitimasi sesebuah kerajaan dalam

memerintah sangat kerap berlaku dan ia sudah sampai tahap melebih lebih. Pelbagai helah

yang digunakan seperti pembelotan, komplot dan penipuan semata mata untuk

menumbangkan kerajaan yang sedang berkuasa dan menggantikan dengan kerajaan yang

baru melalui taktik kotor. Disini timbul persoalan dan kritikan berkenaan legitimasi kerajaan

baru itu. Mandat rakyat ibarat ditolak tepi. Bukan sekali malah berkali kali perkara seperti

sudah berlaku di Malaysia dan ianya sudah menjadi sebuah polemik negara.

Satu contoh yang terbaik adalah Langkah Sheraton pada Februari 2020. Peristiwa tersebut

mengubah landskap politik Malaysia 180 darjah. Pada Pilihanraya Umum Ke-14 tertulis satu

peristiwa ikonic negara yakni penggulingan kerajaan barisan nasional yang telah lama

mentadbir negara dikalahkan oleh Pakatan Harapan yang diketuai oleh Dr Mahathir

Mohamad dan memenangi kerusi majoriti di dalam parlimen. Setelah Pakatan Harapan

menubuhkan kerajaan, Dr Mahathir mengepalai jentera politik negara sebagai Perdana

Menteri ke 7. Pakatan yang terdiri dari beberapa parti seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR),

Democratic Action Party (DAP), Parti Amanah dan Bersatu.

Namun pemerintahan Pakatan Harapan berdepan dengan pelbagai isu seperti tidak

kompeten, pentadbiran yang kurang matang, polisi yang banyak mendapat tentangan daripada
pembangkang dan juga ahli pakatan sendiri. Pakatan tersebut juga semakin rapuh dan tidak

stabil dan tidak lama selepas itu pada 24 Februari 2020 Dr Mahathir Mohamad meletakkan

jawatan sebagai Perdana Menteri akibat ketidakpuas hatian beliau dengan pakatan yang

penuh korupsi dan perbalahan. Tindakah tersebut amat mengejut dan meninggalkan lubang

kuasa dan sebagai akibat, terjadinya komplot yang dinamakan Langkah Sheraton.

Perbincangan di sebalik tirai pentas politik negara ini mengkibatkan beberapa ahli pakatan

sendiri bertindak untuk keluar parti dan seterusnya menjatuhkan Pakatan Harapan itu sendiri.

Perikatan parti parti politik yang baru ditubuhkan sebagai Perikatan Nasional (PN). PN

diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8

pada 1 Mac 2020. Perbuatan yang dikenali sebagai Langkah Sheraton tersebut mendapat

kritikan dan tentangan yang meluas dan menunjukkan bahawa politik dan institution

demokratik Malaysia tidak stabil. Secara dasarnya, Pilihan Raya Umum ke 14 menyaksikan

pembentukan kerajaan baru Malaysia yang tidak stabil dan mengakibatkan perpecahan

menjurus kepada pembentukan Kerajaan yang dilabel sebagai “backdoor government”.

Persoalan terhadap kerajaan baharu itu diutarakan oleh nama nama dan outlet media tersohor

dunia. Sebuah kerajaan yang dibentuk bukan melalui saluran konvensional seperti pilihan

raya atau pun bukan hasil mandat rakyat Malaysia tetapi melalui pembelotan dan pelompatan

parti hanya akan melahirkan rasa tidak puas hati rakyat, mengurangkan kredibiliti negara

dimata pelabur pelabur asing, dan menampakkan kelemahan institusi demokratik negara.

Aktiviti melompat parti oleh ahli parlimen sudah menjadi perkara ringan yang dibuat senang

wenang walhal itu adalah tindakan serius yang akan mengakibatkan kestabilan negara

terumbang ambing dan melambatkan pertumbuhan ekonomi. Tindakan melompat parti ini

juga melahirkan rasa tidak percaya rakyat terhadap ahli parlimen dan wakil rakyat itu sendiri

setelah diberikan mandat untuk menjalankan tanggungjawab. Pengunduran Perdana Menteri

DR Mahathir Mohamad dan pembentukan kerajaan PN menimbulkan kebimbangan berkait


ketelusan dan kebolehgantungan terhadap institusi demokrasi berpalimen dan perlembagaan

Malaysia. Dikhuatiri juga bahawa kerajaan belakang tirai ini akan menjadi pencetus untuk

perkara yang sama atau lebih buruk berulang di masa depan. Persepsi masyarakat terhadap

kuasa politik yang berubah ubah tanpa penglibatan secara langsung oleh Rakyat adalah

negatif.

Dari sini kita dapat lihat bahawa legitimasi kerajaan PN dipersoal. Melalui peristiwa

Langkah Sheraton ini, beberapa soalan boleh diutarakan.

1. Apakah definisi Autoriti?


2. Apakah pula pengertian autoriti yang "sah" dalam konteks sistem politik?
3. Bagaimana konsep autoriti sah ini berkait dengan penerimaan oleh rakyat
4. Bagaimana masyarakat politik mengukur ke absahan autoriti dalam suatu sistem
politik?
5. Apa kriteria dalam menilai kesahihan suatu sistem politik?
6. Wujudkah perbezaan pandangan di kalangan ahli masyarakat politik mengenai
kriteria untuk dianggap autoriti yang "sah" dalam suatu sistem politik?
7. Apakah peranan institusi dan perlembagaan dalam menentukan keabsahan autoriti
8. Apakah persamaan dan perbezaan penentuan kesahihan autoriti antara sistem politik
Malaysia dan antarabangsa?
9. Bagaimana kerajaan tanpa mandat rakyat memberi kesan kepada legitimasi kerajaan

tersebut dan penerimaan rakyat terhadap autoriti kerajaan itu?

10. Adakah kerajaan tersebut memegang autoriti yang sah menurut institusi demokrasi
berpalimen Malaysia?
11. Apakah pengajaran yang dapat diambil dari Langkah Sheraton dan penubuhan

kerajaan Perikatan Nasional dalam memelihara institusi demokratik dan mengekalkan

keabsahan kerajaan semasa tempoh peralihan politik dan pembinaan perikatan parti?

Semua persoalan ini mewakili nilai nilai konsep keadilan, penerimaan dan cara politik

sesebuah masyarakat. Pencarian lebih mendalam mengenai makna autoriti dan apakah

autoriti yang dikenal pasti sebagai sah dan apa yang menentukan keabsahan autoriti samada

ia diterima oleh sabjek pemerintahan yakni rakyat dan juga diterima oleh masyarakat politik.
Penerangan konsep autoriti dan keabsahan autoriti ini dapat membuka pemahaman baru

berkenaan perlembagaan negara, undang undang, demokrasi, etika politik dan faktor faktor

lain yang menentukan autoriti sesuatu perkara. Dengan usaha pemahaman ini, kita akan dapat

mengenalpasti bagaimana suatu autoriti dapat dikategorikan sebagai sah dan mengapa

pengukuran keabsahan ini amat penting untuk diutamakan.

II. Memahami maksud "Authoriti”

Secara definisinya autoriti satu kebolehan atau kuasa memberi arahan, menggunakan kuasa

untuk mendapatkan sokongan dan kepatuhan sabjek bawahan, dan kuasa dalam membuat

keputusan. Selalunya autoriti sesuatu orang memerlukan sabjek atau orang bawahan yang

terima kebolehan seseorang atau organisasi untuk mengarahkannya untuk membuat sesuatu,

untuk menggunakan paksaan jika perlu.

Untuk memahami lebih lanjut tentang makna "autoriti yang sah," kita perlu memahami

elemen-elemen asas yang membentuk konsep ini. Autoriti yang sah bukan sahaja berkait

dengan undang-undang, tetapi juga melibatkan penerimaan dan persepsi oleh masyarakat

politik. Terdapat beberapa pandangan teoretikal yang dapat membimbing kita dalam

menjelaskan makna autoriti yang sah.

Dalam konteks teori politik, John Locke, seorang pemikir Filsafat Perancis, menyatakan

bahawa keabsahan autoriti berasal dari persetujuan masyarakat. Beliau menganggap

bahawa suatu pemerintah yang diberikan kekuasaan oleh persetujuan rakyat adalah sah.
Teori ini mendorong kita untuk mempertimbangkan betapa pentingnya pemahaman dan

persetujuan dari masyarakat terhadap autoriti politik.

Sebaliknya, teori kontrak sosial Jean-Jacques Rousseau menyatakan bahawa pemerintah

yang sah ialah yang berasal dari "kehendak umum." Ini menggambarkan pentingnya

pengiktirafan masyarakat terhadap kepentingan bersama sebagai asas sahnya suatu

autoriti. Oleh itu, pemikiran Rousseau merangsang pemikiran kita tentang bagaimana

suatu sistem politik yang diiktiraf sebagai sah harus mencerminkan aspirasi dan

keperluan kolektif.

III. Factors Contributing to Political Legitimacy

Setelah memahami dasar-dasar konsep "autoriti yang sah," kita perlu meneliti faktor-

faktor yang menyumbang kepada legitimasi suatu sistem politik. Faktor-faktor ini bukan

sahaja merangkumi aspek undang-undang, tetapi juga unsur-unsur seperti persetujuan

masyarakat, keadilan dalam proses pembuatan keputusan, sistem demokrasi, nilai-nilai

sejarah dan tradisi, dan pertimbangan etika dan moral.

Perkara ini menjadi lebih jelas ketika kita mempertimbangkan kesesuaian undang-

undang dan struktur pemerintahan dalam konteks keabsahan. Suatu pemerintahan yang

bertindak di dalam garis panduan undang-undang yang jelas dan transparan memberikan

landasan sah yang kukuh. Walau bagaimanapun, pengiktirafan dan penerimaan oleh

masyarakat juga merupakan elemen penting. Sebagai contoh, pilihan raya yang bebas dan
adil serta proses pembuatan keputusan yang terbuka kepada umum dapat meningkatkan

legitimasi politik.

Pentingnya penerimaan masyarakat terhadap keputusan politik juga tidak dapat

diabaikan. Suatu sistem politik yang dianggap adil dan memberikan keadilan dalam

pengagihan sumber dan keputusan akan mendapat lebih banyak sokongan daripada

masyarakatnya. Oleh itu, pemahaman terhadap faktor-faktor ini adalah kritikal dalam

menilai dan mengukur legitimasi suatu sistem politik.

Anda mungkin juga menyukai