Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN YDP PIBG SMK DUSUN NANDING SEMPENA HARI MERENTAS DESA

2015

Yang Berusaha Puan Pengetua SMK Dusun Nanding Pn Syamsiah Ahmad Jupri,

Pn Siti Baizura binti Zainuddin PK Petang memangku jawatan PK Pentadbiran,

Ustaz Abu Mansur Urdi bin Yahya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta Encik
Aziz bin ________ Penolong Kanan Kokurikulum.

Saya merafakkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya kita
dapat menjayakan Kejohanan Merentas Desa kali ke-____ SMK Dusun
Nanding. Pada kesempatan ini saya memanjat rasa penghargaan dan terima
kasih atas kesudian pihak sekolah mengundang saya ke sini.

Kejohanan Merentas Desa SMK Dusun Nanding kali ini bukan sahaja
memenuhi tuntutan keperluan kokurikulum sekolah, tetapi lebih kepada
penerusan tradisi kejohanan yang disambut meriah pada setiap tahun.

Kegiatan sukan di sekolah-sekolah pada hari ini telah diangkat menjadi


sama penting dan sama berat dengan akademik atau kurikulum. Saya percaya,
aktiviti sukan dan kejohanan merentas desa seperti ini dapat membentuk sikap
dan sahsiah yang tinggi dalam persaingan untuk mencapai kecemerlangan
dalam bidang kokurikulum, akademik dan kehidupan.

Kejayaan dalam bidang sukan banyak bergantung kepada faktor


kemahiran, sikap, keazaman dan komitmen yang tinggi sama ada secara
individu mahupun berpasukan di samping kemudahan-kemudahan yang telah
disediakan. Kesungguhan ini akan mendorong pelajar untuk bersaing secara
sihat bagi memenangi sebarang acara yang dipertandingkan dengan
cemerlang.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Kejohanan


Merentas Desa pada kali ini. Terima kasih kepada para penyumbang yang
memungkinkan kejohanan kali ini berjalan lancar. Terima kasih juga kepada
tuan-tuan dan puan-puan dan semua anak pelajar yang hadir memeriahkan
kejohanan merentas desa kali ini. Selamat bersukan dan majulah sukan untuk
negara.

Anda mungkin juga menyukai