Anda di halaman 1dari 2

Cara Memproses Air Bersih

Kalaulah kita tahu punca air yang diambil, mesti kita taknak minum walaupun air tu dah di
masak. Ini adalah air yang diambil dari Sungai Selangor. Di Malaysia kebanyakkan air yang
masuk ke logi rawatan warnanya lebih kurang macam ni la. Unit kekeruhan air diukur dalam
unit NTU. Bukan semua air boleh dirawat tau. Air yang boleh di rawat mestilah mempunyai
NTU kurang dari 3000NTU. Kementerian kesihatan telah menetapkan air terawat mesti
mempunyai bacaan NTU di bawah 5NTU. Itulah bacaan maksimum yang dibenarkan untuk
air diagihkan ke rumah-rumah. Sesuatu yang membanggakan kita ialah air terawat dari Logi
Rawatan Air Sg Selangor ni ialah 0.2 NTU. Bayangkanlah daripada 3000NTU air yang
diperolehi di sungai nak dijadikan sehingga 0.2NTU. Prosesnya mestilah memakan belanja
yang besar. Oleh itu mari kita tengok proses-proses yang terlibat.

Air yang diambil dari punca seperti sungai ini akan ditakung dan dibiarkan untuk
menghilangkan bau, rasa, pengoksidaan serta mengasingkan iron dan manganase. Proses ini
dinamakan Aerator.

Air ini kemudian akan dialirkan kepada 5 aliran. Dalam masa yang sama, bahan Lime (untuk
mengawal PH ) dan alum (untuk pengogulan) dicampurkan. Proses ini adalah untuk
memastikan keladak dan kotoran akan mendap. Bagi sesetengah logi yang berteknologi
tinggi, penambahan microsand dan polimer digunakan bagi mempercepatkan lagi proses
pemendakan. Cuba tengok gambar di bawah. Air yang keruh pada asalnya bertukar agak
jernih dengan penambahan microsand (macam pasir). Lumpur yang berat akan mendap ke
bawah, dan sampah-sampah ringan akan terapung. Buih-buih ni adalah sampah dan habuk
yang ringan.

Selepas itu air yang bercampur pasir tadi akan ditapis. Penapis dibuat daripada pasir biasa
setebal satu meter. Tak caya ke? percayalah! penapisnya adalah pasir biasa je.

Air bertapis kemudian akan dimasukkan ke dalam kawasan yang dinamakan Clear Water
Tank. Di sini, air akan ditambah dengan lime untuk menstabilkan pH diantara 6.5-9pH.
Tengoklah air yang dihasilkan di sini. Air yang pada mulanya keruh bertukar menjadi jernih.
Sangat teruja untuk mandi dan berenang-renang di dalamnya.
Air yang jernih ni akan ditambah dengan klorin dan florida. Klorin adalah bahan yang perlu
untuk membunuh kuman dan bakteria manakala florida untuk menguatkan tulang dan gigi.
Air yang telah dirawat akan disalurkan ke kolam takungan sebelum disalurkan ke seluruh
penduduk Lembah Kelang, Selangor dan Putrajaya.
Sebenarnya ada proses yang lebih penting dalam rawatan air. Proses membuat ujikaji.
Ujikaji dibuat di dalam makmal bagi menentukan berapa bahan yang saya sebutkan tadi
macam alum, microsand, klorin, flourida diperlukan dalam proses rawatan tersebut.
Simulasi juga digunakan di dalam makmal untuk mendapatkan formula bahan tersebut
untuk setiap kali proses rawatan. Bukan semua proses rawatan boleh letak bahan yang
sama banyak. Ia bergantung kepada kekeruhan air yang diperolehi di sungai. Gambar kat
bawah ni adalah simulasi pemprosesan air di dalam makmal.
Proses ni saya pelajari semasa membuat lawatan di Logi Rawatan Air Sg Selangor tempoh
hari. Sedikit ilmu dan pengalaman dalam pemprosesan air ni bagus juga kalau dapat
dikongsi. Kalau ada adik-adik nak buat asigmen berkenaan dengan proses rawatan air boleh
la guna. Semoga bermanafaat untuk semua.

Kenapa Air Perlu Dirawat?

Ada beberapa tujuan air dirawat :-

1. Untuk menghilangkan pencemaran

2. Membunuh semua organisma yang membawa penyakit

3. Membuang bau, warna dan rasa yang tidak enak

4. Menhapuskan gas terlarut yang menyebabkan air tidak segar.

5. Mengurangkan sifat mengkarat air.

6. Supaya sesuai untuk tujuan domestik.


Jom kita lihat proses rawatan air yang tipikal yang terdapat banyak di Malaysia mengikut turutan.

Anda mungkin juga menyukai