Anda di halaman 1dari 2

Cara melakukan regangan bagi otot utama

Otot kuadrisep (bahagian depan paha) Berdiri tegak. Bengkokkan satu lutut dan berdiri pada sebelah kaki. Bawa kaki yang dibengkokkan ke belakang sehingga mencecah punggung. Tukar kaki dan ulang. Jika anda sukar mengseimbangkan badan, regangan ini boleh dilakukan sambil berbaring pada bahagian sisi.
Berdiri tegak sambil memegang sebarang alattulis. Kemudian, bengkokkan sepenuhnya lutut kanan dan cuba capai tumit anda dengan menggunakan tangan kanan. Tarik kaki belakang anda kea arah punggung dan cuba tahan untuk 20-30 saat. Ulangi semula aktiviti ini dengan menggunakan kaki yang sebelah lagi. Tambahkan regangan dengan menarik pinggang ke hadapan sambil menahan regangannya Berdiri dengan sebelah kaki. Kemudian, turunkan lutut anda ke bawah dan tarik kaki anda ke atas menuju ke belakang anda. Pastikan lutut ana berada rapat dengan badan anda. Sekarang, tarik tumit anda ke bawah secara perlahan-lahan. Anda pasti akan merasai regangan pada bahagian hadapan paha anda

Otot hamstring (belakang paha/pelipat lutut)

Duduk dan lunjurkan kaki (bentuk V). Lipat sebelah kaki ke bahagian paha kaki bersebelahan. Bengkokkan badan dan cuba sentuh ibu jari kaki yang diluruskan. Tukar kaki dan ulang. Jangan bimbang jika tidak dapat menyentuh ibu jari kaki; bengkokkan badan sejauh yang boleh dan pastikan anda tidak berasa sakit ketika melakukannya.

Berdiri dalam keadaansatu kaki berada di hadapan kaki yang satu lagi. Kemudian, cuba turunkan lutut belakang sambil membiarkan lutut hadapan berada dalam keadaan lurus). Now bend forward at the hips. You should feel the stretch along the posterior aspect of the upper leg. (Sekarang, cuba turun perlahan-lahan ke aras pinggang. Anda akan merasai regangan pada bahagian belakang kaki anda

Otot betis Berdiri kira-kira 0.75 meter (2 kaki) di hadapan dinding. Alihkan sebelah kaki ke belakang dan bawa badan rapat ke dinding hingga anda merasakan regangan pada bahagian belakang betis. Regangan ini perlu dilakukan dengan kaki yang di belakang berada dalam keadaan lurus dan kemudiannya, dibengkokkan. Tukar kaki dan ulang. Otot bisep (bahagian depan lengan) Berdiri kira-kira sedepa di hadapan dinding. Letakkan sebelah tangan pada dinding supaya lengan selari dengan lantai. `Tolak dinding sehingga nada merasakan regangan pada bahagian depan lengan. Otot trisep (belakang lengan) Bawa sebelah tangan ke belakang kepala seolah-olah anda cuba menyentuh bahagian belakang badan. Kemudian, letakkan tangan yang sebelah lagi pada siku

tangan yang dibengkokkan dan tolak perlahan-lahan sehingga anda merasakan regangan pada bahagian belakang lengan.

Anda mungkin juga menyukai