Anda di halaman 1dari 35

TERAPI SENI

Oleh :
Sharifah Fakhira Syed Mahbar
Dhavasini A/P Arumugham
Mohd Saiful Azwa bin Jusoh

Pengenalan
Terapi seni direka berlandaskan
kepercayaan bahawa proses
melahirkan kreativiti boleh
mententeramkan jiwa seseorang.
Kebanyakan orang yang mengalami
trauma psikologi biasanya sukar
meluahkan perasaan melalui kata-kata.
Ia lebih mudah diluahkan melalui
lakaran atau lukisan.

Kanak-kanak,tidak pandai
menunjukkan perasaan dengan katakata dan biasanya mereka
menzahirkan gangguan emosi melalui
kelakuan.
Melalui terapi seni, kanak-kanak boleh
meluahkan perasaan dan emosi
dengan lebih baik serta mudah.

Maksud Terapi Seni


Terapi seni adalah satu kaedah untuk
menggalakkan pesakit meluahkan
perasaan dan pemikiran mereka yang
tidak boleh dilahirkan dengan perkataan
melalui seni, terutamanya lukisan.
Lukisan boleh menjadi cara untuk
pesakit berinteraksi dengan orang lain.

Seni dianggap sebagai


sublimasi di mana
kehendak tidak sedar
kanak-kanak ditunaikan

Mempunyai lambang visual


seperti lukisan yang boleh
digunakan sebagai alat
diagnosis

Konsep Utama
Mendorong luahan
pemikiran positif dan
negatif tentang diri
mereka, keluarga dan
dunia

Melahirkan keunikan, dan


kreativiti kanak-kanak

3 jenis lukisan yang biasa


digunakan dalam terapi seni

Potret diri

Lukisan
bebas /
spontan

Lukisan
keluarga

BERIKUT MERUPAKAN ILUSTRASI EMOSI


DARIPADA LUKISAN KANAK-KANAK

Sumber:

Mok Soon Sang (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Puchong:


Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kanak-kanak meluahkan perasaan


melalui ekspresi seni

Sumber:

Mok Soon Sang (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Puchong:


Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Pandangan Tokoh
Proses melukis boleh dipersepsikan sebagai
kesempatan untuk ekspresi kendiri secara
imaginatif, autentik dan spontan, sesuatu
pengalaman dalam tempoh masa yang
membawa pemulihan emosi, transformasi
dan aktualisasi kendiri. Proses kreatif ini
bertujuan membawa penambahbaikan
kesihatan dan perkembangan pengalaman.
Malchiodi (2006)

Art therapy is based on the ideas that the


creative process of art making is healing and
life enhancing and is a form of nonverbal
communication of thoughts and feelings.
American Art Theraphy Association (1996)

Art can be said to be- and can be used asthe externalized map of our interior self.
Peter London

Art is the meeting ground of the


world inside and the world outside
Elinor Ulman

Art is a way of knowing what we


actually believe.
Pat Allen

Bahan atau media seni yang diperlukan


krayon

Cat jari

Cat
tempura

Pen
marker

Tanah
liat

kertas

Gam

gunting

Kaedah pelaksanaan
Terapi seni ini adalah berdasarkan pada
keyakinan bahawa proses-proses kreatif
seperti menggambar dan melukis boleh
menjadi medium luahan perasaan.
Bagi kanak-kanak khususnya, trauma
ataupun perasaan yang dialami adalah
sangat sukar untuk diungkapkan melalui
kata-kata.

Oleh itu, terapi seni adalah sangat


berkesan untuk menggambarkan emosi
dan perasaan yang amat menyakitkan
jika diungkapkan melalui kata-kata.
Dengan mengikuti terapi seni ini, kanakkanak akan diminta menggambarkan
dan mengeluarkan fikiran dan emosi
mereka melalui karya seni.

Gambaran ini mungkin dalam bentuk


lukisan, gambar, seni pahat ataupun
bahan seni yang dicipta dari tanah liat.
Selanjutnya, pakar terapi ataupun
kaunselor akan mengajak klien untuk
membincangkan karya yang
dihasilkan.

Melalui proses ini, klien akan diminta


supaya bersikap terbuka dalam
meluahkan dan bercakap tentang segala
emosi dan perasaan-perasaan terpendam
yang dihadapi olehnya.
Kaunselor akan berusaha membantu klien
merungkai kegusaran yang dihadapi oleh
klien berdasarkan interpretasi kaunselor
terhadap gambaran ekspresif melalui
hasil seni yang dihasilkan oleh klien.

Klien berupaya meneroka perasaan


serta menyelesaikan masalah yang
dihadapi dengan cara yang berkesan
dan tidak menyakitkan dengan bantuan
daripada kaunselor.
Kaunselor atau pakar terapi harus
pandai mengawal situasi terapi ini agar
klien tidak merasa tertekan atau merasa
didesak untuk meluahkan perasaan.

Contoh gambaran kanak-kanak mengenai


Taufan Katrina melalui kaedah terapi seni

Contoh gambaran kanak-kanak mengenai


Tsunami di Sri Lanka melalui kaedah
terapi seni

INTERPRETASI HASIL KARYA SENI


TERAPI MELIBATKAN BEBERAPA
PERKARA SEPERTI:
Media seni pilihan kanak-kanak

Proses kreatif yang dilalui bagi


menghasilkan karya seni yang berkenaan

Bentuk dan kandungan hasil mutakhir

Garis panduan Tafsiran Hasil Karya


Seni Terapi Kanak-kanak
DIMENSI

HASIL KARYA

TAFSIRAN

SAIZ DAN
KEDUDUKAN

Bentuk-bentuk yang amat


kecil dan terletak di satu sudut
kecil pada kertas lukisan

Serba kekurangan dan tidak


selamat

Bahagian muka digelapkan


Matahari digelapkan

Berasa segan akibat akil


baligh
Kesedihan

Biru gelap
Kuning
Merah

Ketenangan
Kemesraan dan
kegembiraan
Kemarahan, penuh
bertenaga

Lukisan yang penuh dengan


lambang hati

Kasih sayang

Alat seperti penukul, pisau dan


sebagainya

Kemarahan

BAHAGIAN YANG
DIGELAPKAN
WARNA

KANDUNGAN

DIMENSI
Kandungan yang
melambangkan
gangguan emosi

HASIL KARYA

TAFSIRAN

Tiada bentuk manusia


hanya mengandungi
binatang peliharaan,
rumah, bunga, pokok, dan
matahari

Hubungan yang
renggang, tidak mesra
dengan ahli keluarga
dan orang yang
signifikan

Bahagian tubuh badan


yang putus-putus

Gangguan emosi yang


serius
Personaliti yang tidak
terurus

Penggunaan haiwan ,
makhluk fantasi, objek
bagi mewakili diri

Menyembunyikan
pemikiran dan perasaan
sebenar
Mempunyai imaginasi
yang tinggi

Bentuk yang bersifat robot


dan tegar

Bersifat amat difensif

Kelebihan Terapi Seni


Penyembuhan peribadi dan meredakan
stress.
Membantu kanak-kanak memahami perasaan
peribadi mereka dengan mengenali dan mengatasi
kemarahan, kesedihan dan emosi-emosi lain.
Ini sangat membantu untuk mengatasi trauma
yang dihadapi setelah sesuatu kejadian yang
dahsyat dan sebagainya.
Terapi ini boleh membantu menghidupkan kembali
semangat kanak-kanak.

Pencapaian peribadi.
Mencipta sebuah karya seni boleh
meningkatkan konsep kendiri yang
positif serta membangunkan rasa
percaya diri dalam diri kanak-kanak.
Ini akan membuatkan mereka
menghargai dan mencintai diri
sendiri.

Menguatkan perasaan dalaman.


Mengekpresi apa yang berada dalam diri
dan fikiran mereka yang selama ini tidak
mampu diluahkan melalui kata-kata atau
difahami oleh orang lain.
Melalui cara ini, kanak-kanak boleh
mengawal perasaan mereka dengan
lebih baik sekiranya berhadapan dengan
situasi yang serupa.

Kelemahan Terapi Seni


Kaedah terapi seni ini memerlukan
kerjasama yang padu daripada klien
atau kanak-kanak kerana sekiranya
mereka malu atau enggan untuk
meluahkan perasaan mereka melalui
hasil seni, sesi terapi tidak dapat
dijalankan dengan berkesan.

Salah tanggapan atau salah


interpretasi daripada kaunselor
mengenai lukisan atau hasil seni
kanak-kanak akan membawa kepada
kegagalan untuk menyelesaikan
masalah sebenar yang dihadapi oleh
kanak-kanak.

Proses terapi seni ini perlu berterusan


dan mengambil masa yang lama
untuk menghasilkan penyembuhan
yang kekal. Sekiranya tiada komitmen
yang konsisten daripada klien
sepanjang tempoh terapi tersebut,
sesi terapi yang dirancang tidak akan
berjaya.

Cadangan
Tidak menyatakan had waktu kepada
kanak-kanak untuk menyiapkan hasil
seni mereka.
Persoalan atau perbualan tidak terus
menjurus kepada masalah.
Contoh komen kaunselor yang baik :
Saya boleh faham apa yang anda
rasai setelah saya melihat lukisan
yang anda lukis ini

Cadangan
Sentiasa berwaspada dan
berjaga-jaga dengan persepsi
sebenar klien tentang hasil seni
yang dihasilkan. Mungkin persepsi
kaunselor dan klien adalah
berbeza terhadap hasil seni yang
sama

Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai