Anda di halaman 1dari 8

Matlamat

Tamadun
Islam

Untuk mencapai matlamat tamadun Islam


beberapa ciri yang bersifat alat bantu
diperlukan:
1. Penggunaan tulisan mempercepatkan proses
penyebaran kebudayaan Islam seterusnya
mempergiatkan perkembangan ilmu
2. Kemunculan kota-kota bagi menampung
pertambahan penduduk yang sedia ada
3. Wujudnya ketidakseragaman jenis bangsa yang
memeluk Islam telah menyebabkan berlakunya
perbezaan peranan
4. Kewujudan bangunan-bangunan yang bersejarah

Secara umumya matlamat utama tamadun Islam


ialah untuk memartabatkan Islam sebagai ad-deen
iaitu satu cara hidup yang lengkap dan
komprehensif.
Matlamat khusus tamadun islam pula adalah untuk
menjalinkan hubungan berikut:
1. Hubungan manusia dengan Allah S.W.T
(Hablumminallah)
2. Hubungan manusia dengan manusia
(Hablumminannas)
3. Hubungan manusia dengan alam

Hubungan Manusia dengan Allah S.W.T (Hablumminallah)

Manusia dapat mengenal Allah s.w.t melalui rukun iman yang


enam dan berhubung dengan-Nya melalui rukun Islam yang
lima. Keimanan mempunyai unsur kekuatan yang mencukupi
untuk membangun individu dan masyarakat supaya menjadi
umat yang berjiwa besar.
Pelaksanaan rukun Islam yang lima mempengaruhi diri
individu muslim untuk mengiktiraf secara sukarela tentang
kewujudan dan keesaan Allah s.w.t itu sendiri. Keupayaan
seseorang melaksanakan rukun Islam yang lima membuktikan
ketinggian iman dan berjaya membentuk peribadi muslim
yang warak dan tawaduk.

Implikasi Hubungan dengan


Allah s.w.t:

Pengiktirafan terhadap pencipta


Pengiktirafan terhadap keagungan
pemerintahan-Nya dan kebesaran
kekuasaan-Nya
Pengiktirafan terhadap nikmat-nikmat Allah
Menyedari dan mengharapkan rahmat Allah
Penumpuan kepada Allah melalui
permohonan dan doa

Hubungan Manusia dengan Manusia


(Hablumminannas)

Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t daripada asal keturunan yang


satu iaitu daripada Adam a.s. bersama pasangan hidupnya Siti
Hawa. Maka daripada kedua-duanya lahir manusia dan terus
membiak memenuhi alam sehingga hari ini. Tiap-tiap manusia wajib
menganggap manusia yang lain tidak kira bangsa, tempat dan
warna kulit adalah mempunyai hak yang sama daripada segi
kemanusiaan dan kebebasan.
Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran yang bermaksud:Wahai manusia,
sesungguhnya kami menciptakan kamu dan seorang lelaki dan
seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa dan bersukusukusupaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang

Hubungan dan tatacara pergaulan dengan


sesama manusia hendaklah berasaskan
persaudaraan seagama, berbeza agama dan
kemanusiaan secara amnya. Kesempurnaan
masyarakat hanya dapat diwujudkan dengan
adanya kerjasama, tolong-menolong dan
perpaduan dengan cara penyelarasan undangundang yang menentukan hak setiap
masyarakat tidak dicerobohi. Kepentingan orang
ramai hendaklah diutamakan daripada
kepentingan diri sendiri.

Hubungan Manusia dengan Alam

Allah s.w.t menciptakan seluruh alam ini untuk keperluan manusia.


Alam yang penuh dengan hidup-hidupan, tumbuh-tumbuhan, udara
yang nyaman, air yang bersih, cahaya yang menyegarkan serta
dijadikan siang dan malam silih berganti adalah untuk dimanfaatkan
oleh manusia. Hal ini bukanlah bererti manusia bebas menggunakan
nikmat ini dengan sesuka hatinya, sebaliknya ia adalah satu amanah
untuk ditadbir secara terancang ke arah mengabdikan diri kepada Allah
untuk mencari keredhaan-Nya. Di tangan manusia terletaknya
kemakmuran alam dan segala penghuninya. Ini ditegaskan oleh Allah
s.w.t di dalam al-Quran yang bermaksud:
Dan dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi ini untuk
kamu semua.(Al-Baqarah : 29)

Anda mungkin juga menyukai