Anda di halaman 1dari 7

IXEX1102

PENGANTAR
USULUDDIN
Definisi Usuluddin dan
kaitannya dengan
pengajian akidah tauhid
1.0 Pengenalan
Kursus IXEX1102 Pengantar Usuluddin adalah subjek
teras akademi yang wajib diambil oleh setiap mahasiswa /
mahasiswi ijazah dasar APIUM.
Secara umum, Usuluddin adalah suatu disiplin ilmu yang
membincangkan prinsip utama ajaran Islam.
Prinsip utama ajaran Islam ini menjadi tapak yang
mendasari struktur binaan Islam, sekaligus merupakan
asas keilmiahan dan kebenaran Islam.
Sebelum dibincangkan isi kandunganya, Usuluddin perlu
ditinjau dari aspek definisi dan latar perkembangannya
menurut sejarah pemikiran akidah tauhid.
2.0 Definisi Usuluddin
2.1 Dari aspek bahasa:
Istilah Usuluddin adalah gabungan perkataan usul dan
al-din. Secara harfi, usul bermakna asas-asas,
manakala al-din bermakna agama tertentu (al-Islam).
2.1.1 Perkataan asl atau usul:
Menurut Bahasa Inggeris, usul diertikan sebagai basis,
fundament, foundation, ground, origin, root dan source.
Menurut Bahasa Melayu, usul diertikan sebagai asal,
asas, prinsip, teras, tunjang, paksi, tiang dan dasar.
Perkataan asl (mufrad) atau usul (jama`) bermakna
ma yubna `alayh al-shay iaitu sesuatu yang terbina
sesuatu yang lain di atasnya sama ada ia berupa sesuatu
Samb.
yang inderia spt struktur asas binaan atau berupa konsep yang
akliah spt binaan hukum cabang di atas kaedah umum.
Justeru, perkataan asl digunakan dengan makna berikut:

i) al-dalil (dalil) seperti asal persoalan ini ialah al-Quran.


ii) al-qa`idah al-kulliyyah (kaedah umum) seperti keharusan
memakan bangkai ketika darurat menyalahi hukum yang asal
iii) al-rajih (yang lebih utama) seperti asal dalam pembicaraan
adalah secara hakikat (iaitu lawan bagi majaz atau kiasan).
iv) ma yuqabilu al-far` (apa yg berlawanan dgn cabang).
Samb.
2.1.2 Perkataan al-din:
Perkataan al-din merujuk kepada tiga makna yang
berbeza tetapi saling berlaziman iaitu diambil dari:
i) kata kerja danahu dinan iaitu urusan bagi sesiapa
yang menghukum, menguasai dan mengendalikan apa
yang tertakluk di bawah pemilikan dan penguasaannya.
ii) kata kerja dana lahu iaitu seseorang itu tunduk
mentaati sesiapa yang tertentu.
iii) kata kerja dana bi al-shay iaitu seseorang itu
mengambil atau menjadikan sesuatu agama sebagai
iktikad dan kebiasaan akhlak baginya.
Samb.
Gabungan ketiga-tiga makna tersebut mengandungi satu
unsur yang sama iaitu wujud hubungan di antara dua
pihak yang mana salah satu daripada pihak tersebut
tunduk dan membesarkan pihak yang satu lagi.
Dalam erti kata lain, terdapat makna ikatan pelaziman
secara patuh dan taat dalam hubungan tersebut.
Manakala secara istilah penggunaannya, sarjana Islam
mentakrifkan al-din sebagai peletakan ketentuan ilahi
(daripada Tuhan) yang memandu dan membimbing
mereka yang berakal kepada kebenaran dan kebaikan
dalam tingkah-laku di dunia dan kejayaan di akhirat.
Al-din dengan makna khusus merujuk kepada al-Islam.
Samb.
2.1.3 Gabungan usul dan al-din:
Lazimnya, perkataan usul digabungkan dengan perkataan
lain yang membentuk istilah khusus bagi disiplin ilmu agama
seperti Usuluddin, Usul al-Fiqh, Usul al-Tafsir & Usul al-Hadith.
Dalam konteks istilah Usuluddin, perkataan asl atau usul
bermakna persoalan-persoalan asas agama yang terbina atau
tercabang selainnya daripadanya.
Dalam erti kata lain, Usuluddin merujuk kepada status subjek
pembicaraannya (tentang iktikad) yang berbeza dgn ilmu fiqah
(tentang hukum amali) sebagai cabangnya.
Justeru, sandaran perkataan usul kepada perkataan al-din
merujuk kepada asas-asas agama Islam secara khusus,
bukan merujuk kepada ajaran selainnya.

Anda mungkin juga menyukai