Anda di halaman 1dari 12

IXEX1102 PENGANTAR USULUDDIN

Definisi Usuluddin dan kaitannya


dengan
pengajian akidah tauhid
1.0 Pengenalan

• Kursus IXEX1102 Pengantar Usuluddin adalah subjek


teras akademi yang wajib diambil oleh setiap mahasiswa /
mahasiswi ijazah dasar APIUM.
• Secara umum, Usuluddin adalah suatu disiplin ilmu yang
membincangkan prinsip utama ajaran Islam.
• Prinsip utama ajaran Islam ini menjadi tapak yang
mendasari struktur binaan Islam, sekaligus merupakan
asas keilmiahan dan kebenaran Islam.
• Sebelum dibincangkan isi kandunganya, ‘Usuluddin’ perlu
ditinjau dari aspek definisi dan latar perkembangannya
menurut sejarah pemikiran akidah tauhid.
2.0 Definisi Usuluddin
2.1 Dari aspek bahasa:
• Istilah “Usuluddin” adalah gabungan perkataan “usul” dan
“al-din”. Secara harfi, “usul” bermakna “asas-asas”,
manakala “al-din” bermakna “agama tertentu (al-Islam)”.
2.1.1 Perkataan “asl” atau “usul”:
• Menurut Bahasa Inggeris, “usul” diertikan sebagai “basis,
fundament, foundation, ground, origin, root” dan “source”.
• Menurut Bahasa Melayu, “usul” diertikan sebagai “asal,
asas, prinsip, teras, tunjang, paksi, tiang dan dasar”.
• Perkataan “asl” (mufrad) atau “usul” (jama`) bermakna
“ma yubna `alayh al-shay’” iaitu “sesuatu yang terbina
sesuatu yang lain di atasnya sama ada ia berupa sesuatu
Samb.
yang inderia spt struktur asas binaan atau berupa konsep yang
akliah spt binaan hukum cabang di atas kaedah umum”.
• Justeru, perkataan “asl” digunakan dengan makna berikut:

i) al-dalil (dalil) seperti “asal persoalan ini ialah al-Qur’an”.


ii) al-qa`idah al-kulliyyah (kaedah umum) seperti “keharusan
memakan bangkai ketika darurat menyalahi hukum yang asal
iii) al-rajih (yang lebih utama) seperti “asal dalam pembicaraan
adalah secara hakikat (iaitu lawan bagi majaz atau kiasan)”.
iv) ma yuqabilu al-far` (apa yg berlawanan dgn cabang).
Samb.
2.1.2 Perkataan “al-din”:
• Perkataan “al-din” merujuk kepada tiga makna yang
berbeza tetapi saling berlaziman iaitu diambil dari:
i) kata kerja “danahu dinan” iaitu urusan bagi sesiapa
yang menghukum, menguasai dan mengendalikan apa
yang tertakluk di bawah pemilikan dan penguasaannya.
ii) kata kerja “dana lahu” iaitu seseorang itu tunduk
mentaati sesiapa yang tertentu.
iii) kata kerja “dana bi al-shay’ ” iaitu seseorang itu
mengambil atau menjadikan sesuatu agama sebagai
iktikad dan kebiasaan akhlak baginya.
Samb.
• Gabungan ketiga-tiga makna tersebut mengandungi satu
unsur yang sama iaitu wujud “hubungan di antara dua
pihak yang mana salah satu daripada pihak tersebut
tunduk dan membesarkan pihak yang satu lagi”.
• Dalam erti kata lain, terdapat makna “ikatan pelaziman
secara patuh dan taat” dalam hubungan tersebut.
• Manakala secara istilah penggunaannya, sarjana Islam
mentakrifkan “al-din” sebagai “peletakan ketentuan ilahi
(daripada Tuhan) yang memandu dan membimbing
mereka yang berakal kepada kebenaran dan kebaikan
dalam tingkah-laku di dunia dan kejayaan di akhirat”.
• “Al-din” dengan makna khusus merujuk kepada “al-Islam”.
Samb.
2.1.3 Gabungan “usul” dan “al-din”:
• Lazimnya, perkataan “usul” digabungkan dengan perkataan
lain yang membentuk istilah khusus bagi disiplin ilmu agama
seperti Usuluddin, Usul al-Fiqh, Usul al-Tafsir & Usul al-Hadith.
• Dalam konteks istilah “Usuluddin”, perkataan “asl” atau “usul”
bermakna “persoalan-persoalan asas agama yang terbina
atau tercabang selainnya daripadanya”.
• Dalam erti kata lain, “Usuluddin” merujuk kepada status subjek
pembicaraannya (tentang iktikad) yang berbeza dgn ilmu fiqah
(tentang hukum amali) sebagai cabangnya.
• Justeru, sandaran perkataan “usul” kepada perkataan “al-din”
merujuk kepada “asas-asas agama Islam secara khusus,
bukan merujuk kepada ajaran selainnya”.
Ruang lingkup perbicaraan dan perbincangan mengenai Ilmu Usuluddin atau Ilmu Tauhid
ini ialah berkisar pada perkara perkara berikut:

1. Ilmu 'Akal
2. Sifat sifat yang Wajib, yang Mustahil, yang Harus bagi Allah
3. Sifat sifat Ketuhanan dan makna Ketuhanan
4. Perbezaan makna Allah dan makna Ketuhanan.
5. Hakikat Ketuhanan
6. Kenal Sifat Istighna' dan Iftiqor Allah dan perkara perkara yang
melazimi kedua dua nya.
7. Boleh membezakan I'tiqad Jabariyah, Muktazilah, Qadariah, Syi'ah
dan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Imam Abu Hasan Asy'ari dan Imam
Maturidi)
.
• 8. Boleh memahami pembahagian Sifat Sifat Allah kepada
Nafsiah, Salbiah, Ma'ani dan Ma'nawiyyah.
9. Menguasai Sifat Sifat Allah yang berada dalam
Martabat Zat, Martabat Sifat, dan Martabat Asma.
10. Tahu apa yang di nafikan dan di isbatkan dalam
Kalimah Syahadah.
11. Faham dan jelas mengena'i takluk semua Sifat Ma'ani
12. Perbezaan makna dan maksud antara I'tiqad dan
Syuhud
13. Mengenal sifat sifat benda baharu seperti Jauhar,
Jisim, Jirim dan 'Aradh serta lain nya.
14. Dan yang lain lain nya berkaitan dengan pengajian
Ilmu Usuluddin
Ilmu Usuluddin merangkumi pelbagai disiplin ilmu:
• Asas Akidah
Huraian tentang konsep asas dalam akidah Islam yang merangkumi konsep tauhid,
nubuwah dan ahli sunnah wa al-jama’ah serta hubungan di antara akidah dan syariah.
• Pengajian Tafsir
Huraian tentang pengajian tafsir al-Quran yang merangkumi definisi tafsir, bentuk-bentuk
tafsir, ciri-ciri kelayakan membuat penafsiran ayat-ayat al-Quran dan pembahagiannya
kepada aliran-aliran seperti al-Ma’thur dan al-Ra’y.
• Pengajian Hadis
Huraian tentang konsep serta istilah yang berkaitan hadis, kedudukan dan peranan al-
Hadith dalam Islam serta sejarah ringkas mengenai penulisan, pembukuan al-Hadith dan
Ulum al-Hadith, pembahagian al-Hadith dari beberapa aspek, faktor-faktor penolakannya
serta metode-metode periwayatan al-Hadith dan adab-adabnya.
• Sirah Rasulullah
Huraian tentang sirah Rasulullah bermula dari kebangkitan baginda sebagai Rasul
sehingga kewafatan baginda serta kesan dan bentuk teladan yang boleh diaplikasikan
oleh setiap individu muslim atau lebih dikenali sebagai fiqh al-sirah.
• Pemikiran Islam
Huraian tentang kedudukan akal dan Islam, konsep pemikiran Islam, perkembangan
ilmu-ilmu warisan Islam dan peringkat perkembangannya serta sumbangannya dalam
isu-isu pemikiran moden.
• Akhlak Islam
Huraian tentang konsep akhlak yang berintipatikan al-Quran dan al-Sunnah
serta akhlak Rasulullah s.a.w sebagai suatu sistem dan budaya hidup kepada
pembinaan masyarakat Islam yang cemerlang.
• Asas Dakwah
Huraian tentang isu-isu dasar di dalam dakwah khususnya melibatkan hukum
berdakwah, metode dan peringkat dakwah serta pendekatan dakwah dalam
masyarakat di Malaysia.
• Asas Akidah II
Huraian terhadap beberapa bahagian penting dalam perihal akidah yang
merangkumi konsep Sifat-sifat Allah, al-Nubuwwah, al-Risalah, al-Qada’ dan al-
Qadar berdasarkan pandangan para ulama’ Salaf dan Khalaf.
• Tasawuf
Huraian tentang konsep tasawuf berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, tasawuf
yang bersifat falsafah, perkembangan tariqah sufi dan faktor-faktor yang
berkemungkinan menjadi penyebab kepada berlakuya penyelewengan
tasawuf.
• Perbandingan Agama
Huraian merangkumi aspek keagamaan dalam masyarakat pelbagai
etnik dan agama yang merangkumi falsafah ketuhanan, sumber
hukum, syariat dan sosio-budaya suatu bangsa serta agama.
• Aliran Pemikiran Islam
Huraian tentang aliran pemikiran Islam yang merangkumi sejarah
gerakan pemikiran Islam seperti aliran Tradisionalis, Modenis,
Reformis, Tajdid dan Sekularis dan Adab al-Ikhtilaf serta fenomena
pelampau agama.
• Falsafah Islam
Huraian merangkumi sejarah dan definisi falsafah Islam, tokoh-tokoh
falsafah Islam dan pandangan mereka, beberapa persoalan pokok di
dalam falsafah Islam seperti teori ilmu pengetahuan, ketuhanan, alam
tabi’e, akhlak, politik, kemasyarakatan dan perbandingan dengan
falsafah Yunani.

Anda mungkin juga menyukai