Anda di halaman 1dari 13

APA ITU PELAT

DEFINISI:
(DALAM KAMUS DEWAN EDISI KE-4)
1. Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan
dengan betul; telor

2. Cara menuturkan sesuatu perkataan di


daerah2 tertentu.
MASALAH PELAT
Kesalahan sebutan yang terjadi
pada peringkat umur tertentu. Ia
melibatkan masalah penghasilan
bunyi (artikulasi) dan juga pola bunyi
(fonologi).
Kanak-kanak sepatutnya mahir
menyebut bunyi tertentu apabila
mencecah umur yang tertentu
Berikut merupakan panduan umum
bila bunyi mula dikuasai

36 bulan /n/, /m/, /p/, /h/, /t/


40 44 bulan /f/, /w/, /ng/, /b/, /g/
48 bulan /s/, /j/, /d/
48 + bulan /r/, /l/, /sh/, /ch/, /z/,
/v/, /th/
Komunikasi bermula sejak lahir. Berikut adalah
perkembangan komunikasi mengikut peringkat umur
Bukan sesuatu yang pelik jika kanak-
kanak bercakap pelat kerana pada
peringkat awal tumbesaran, kanak-kanak
tidak boleh mendapat bunyi yang betul.
Sampai satu tahap apabila kanak-kanak itu dapat mengenal
pasti bunyi yang betul, si kecil akan bercakap dengan
bahasa betul.
Jika pada usia enam tahun kanak-kanak itu masih pelat,
perkara itu boleh diterima. Bagaimanapun, jika pada usia 7
hingga 8 tahun dia masih tidak mampu bercakap dengan
betul, ibu bapa diminta berjumpa pakar bahasa percakapan
bagi merujuk masalah itu
Masalah pelat kanak-kanak boleh
terjadi atas beberapa sebab:
1) masalah pendengaran.
2) masalah lidah terlekat (tongue
tie).
3) masalah lewat perkembangan
bahasa.
4) masalah sumbing (cleft lip
palate)
5) sindrome tertentu yang
berkaitan dengan kelainan saiz
lidah dan rahang.
6) masalah tumpuan.
TIPS-TIPS MEMBANTU KANAK-
KANAK PELAT
1. Menggunakan gabungan banyak otot untuk menyebut perkataan dengan betul iaitu meniru bunyi yang

dihasilkan. Bila bercakap dengannya, tunjukkan mimik wajah yang tepat. Meniru mimik wajah lebih mudah.

2. Bercakap dengan perlahan (slow, bukan soft) supaya lebih mudah kanak-kanak menangkap bunyi yang

hendak ditiru.

3. Mengenalpasti konsonan apa yang sukar disebutnya. Mulakan dengan satu suku kata. Jika 'k' yang sukar

disebut, latih sebut 'ku' dahulu. Sudah dapat, ikuti dengan 'kuku'. Menumpukan satu konsonan pada satu-satu
masa

4. Melakukan aktiviti latih tubi. Sekejap-sekejap lebih baik tetapi berulang-ulang. Jangan memaksa atau beri

tekanan pada kanak-kanak kerana apabila terlalu lama ia akan membuat kanak-kanak tersebut jemu.

5. Memberi upah atau dorongan jika dia berjaya menyebut dengan betul. Cukup sekadar pujian, tepuk tangan

atau dakapan kepada murid tersebut.

6. Memberikan cermin muka kepada kanak-kanak dan biarkan dia tersenyum di depan cermin. Ini dapat

mengaktifkan otot-otot wajahnya. Bercakap dengan cermin juga baik. Dia dapat mengenalpasti otot-otot yang
perlu digunakan ketika bercakap.
Selain itu, guru hendaklah menjalankan
aktiviti yang bersesuaian dengan bahasa
dan pertuturan kanak-kanak. Guru boleh
menjalankan aktiviti bermain peranan
ketika di dalam kelas. Ia dapat
membantu murid melatih dirinya
memperbaiki pertuturannya.
Guru perlu memperbetulkan setiap
perkataan yang dipertuturkan jika
didapati perkataan pelat digunakan.
Guru hendaklah mengambil berat
tentang masalah ini supaya kepelatan
tersebut dapat diatasi dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai