Anda di halaman 1dari 11

SEJARAH PERKEMBANGAN

ULUM HADIS
Peringkat Pertama

Bermula selepas kewafatan Rasulullah


sehingga akhir kurun pertama Hijrah
Antara ciri-ciri :

i. Mengurangkan riwayat. Dibimbangi


tersalah atau terlupa yang membawa
syubhah atau pembohongan terhadap
Nabi.


Terjemahan : Sesiapa yang bercakap tentangku dengan hadis dan
didapati ia adalah bohong, maka ia adalah salah seorang yang
melakukan pembohongan terhadapku.

ii. Terlalu teliti di dalam menerima dan meriwayat hadis.

Saidina Abu Bakar telah didatangi oleh seorang nenek yang


menuntut haknya di dalam pewarisan. Lalu Abu Bakar berkata
kepadanya : Aku tidak dapati masalah hak kamu itu di dalam
al-Quran dan aku juga tidak tahu apakah Rasulullah menyebut
hak engkau itu. Kemudian Abu Bakar bertanya kepada orang
ramai : Lalu al-Mughirah pun bangun dan menjawab : Aku
hadir semasa Rasulullah memberikan 1/6 hak untuk nenek.
Lalu Abu Bakar bertanya kepada al-Mughirah, apakah ada
bersama kamu orang lain sebagai saksi. Lalu Muhammad Ibn
Maslamah menjadi saksi. Lalu Abu Bakar pun memberikan hak
nenek itu.
iii. Mengkritik riwayat-riwayat.

Saidina Umar mendengar hadis Fatimah binti Qais bahawa


suaminya telah mentalaqkannya dengan talaq tiga,
Rasulullah mengatakan bahawa orang (isteri) yang ditalaq
tiga tidak ada hak tempat tinggal dan tidak ada hak nafkah.
Lalu Umar berkata : Kami tidak akan sama sekali
meninggalkan Kitab Allah dan al-Sunnah nabi, semata-mata
kerana kata-kata seorang perempuan yang kami tidak tahu
sebabnya, sama ada ia hafal atau lupa, yang mengatakan
bahawa ia ada hak tempat tinggal dan nafkah.
Peringkat Kedua
Bermula dari akhir kurun pertama hingga
kurun kedua hijrah.
Lebih ke arah menyempurnakan lagi kaedah
ilmu hadis dengan menilai pelbagai jenis
hadis, satu persatu.
Para sahabat telah membuat tapisan dan saringan
terhadap setiap hadis yang diriwayatkan dengan
menggunakan kaedah :

Menyenaraikan sanad hadis dan sifat-sifat mereka

Hadis-hadis adalah agama. Maka, telitilah daripada siapa


kamu menerimanya

Merantau dan mengembara mencari perawi bagi sesebuah


hadis untuk mensabitkan riwayatnya.

Membentangkan hadis-hadis Dhaif dan Maudhu kepada


perawi thiqah lain (para penghafaz hadis)
Peringkat Ketiga

Bermula pada kurun ketiga hingga


pertengahan kurun keempat.
Peringkat Keempat

Pertengahan kurun ke-4 hingga awal kurun


ke-7 hijrah.
Karya-karya semakin meluas. Istilah-istilah
di dalam ilmu hadis telah dicipta dan dibuat
berasingan.
Peringkat Kelima

Mula pada kurun ke-7 hingga kurun ke-10.


Lebih sempurna lagi penyusunan dalam
Ulum al-Hadis.
Banyak menyelesaikan masalah secara
teliti.
Peringkat Keenam

Peringkat Beku.
Mula pada kurun ke-10 hingga beberapa
kurun seterusnya.
Tidak ada ijtihad, penyelesaian masalah
mahupun karangan serta penulisan dalam
Ulum al-Hadis.
Peringkat Ketujuh

Peringkat bangkit semula.


Orientalis telah campur tangan.
Ulama hadis bangkit untuk menjaga hadis
daripada penyelewengan dan pemalsuan.
Berterusan hingga ke hari ini.

Anda mungkin juga menyukai